Pelik, balik rmh nngis mint maaf mnyesal. Tp bila keluar, terus lupa aku. Smpai pakai “email” baru layn. Xnk biar suami tmbh d0sa, aku nekad isi borang cerrai.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum semua. Ini adalah kisah saya, sampai sekarang saya masih tak dapat move on, sampai sekarang saya masih sayangkan dia.

Suami yang paling saya hormat dan sayang berubah sekelip mata. Sebagai seorang isteri, Allah berikan kita naluri bila suami kita mula berubah. Awak mula tak balik rumah, awak cakap awak busy sebab nak kejar sales. Saya faham, saya bagi awak keluar sampai malam.

Sedikit pun saya tak pernah halang, sebab awak nak cari rezeki untuk keluarga kita. Awak mula berubah bila awak start tak balik rumah. Saya cakap saya s4kit tapi awak tetap tak balik rumah. Siang malam saya tunggu awak balik rumah. Saya sanggup tunggu awak balik sampai pagi sebab nak berbincang apa masalah awak.

Bila saya nak berbincang awak cakap awak penat, awak tinggalkan saya tidur sorang-sorang. Awak cakap awak “tiada perasaan” kat saya lagi. Perasaan awak dekat saya menjadi kosong. Saya ditinggalkan tanpa belas kasihan. Saya merayu supaya saya tidak dicerraikan, awak cakap awak kena lepaskan saya.

Since awak tak balik saya cari kawan awak untuk tanyakan keadaan awak. Saya mula menyiasat apa sebenarnya berlaku, saya check statement bill awak, awak asyik call satu nombor ni. Awak bergayut sampai 2, 3 jam. Saya tanyakan kawan awak , kenapa number ni dia selalu dail. Kawan awak cakap itu biasa, mungkin pasal kerja.

Then saya tanya lagi, adakah perempuan itu dah kawen. He said yes. Saya lega bila dengar kawan dia cakap macam tu. Lepas tu awak masih tak balik, saya mintak kawan dia selalu tengokkan dia. Lepas itu saya dapat mesej daripada awak, awak cakap kenapa perlu libatkan perempuan itu.

Awak hanya cakap “lupakan saya” “lupakan saya” “lupakan saya”. Sampai hati awak! Salahkah seorang isteri risau akan suaminya?Saya tak tahu nak buat apa lagi, saya call mak dia ceritakan tentang perubahan dia. Saya mintak mama tolong tengokkan dia, apa masalah dia. Saya risau sangat.

Dia start tak balik rumah, dia pergi tidur rumah mama. Saya serba tak kena, sampai saya naik grab pergi rumah mama. Tapi, kedatangan saya macam tak disambut dengan baik. Awak cakap awak busy, schedule awak penuh. Saya tahu awak nak pergi jumpa perempuan tu. Sampai hati awak lebihkan perempuan dari saya isteri awak.

Awak sanggup belikan semuanya untuk perempuan tu, awak sanggup belikan bunga, bag, sedangkan saya jadi isteri awak selama 3 tahun, sekuntum bunga pun saya tak pernah dapat. Saya isterimu, tapi saya tak dapat nak call awak, saya tak dapat mesej, saya tak dapat jumpa awak. Kalau saya rindu awak, saya kena email.

Sedangkan saya ni isterimu, hak saya lagi tinggi berbanding perempuan tu. Sakit sangat semua perbuatan mu. Saya terpaksa buat keputusan untuk pindah dari rumah sewa. Sebab saya tak mampu nak bayar sewa rumah sorang-sorang. Saya email untuk mintak izin untuk pindah, untuk pergi bekerja, untuk semuanya.

Saya tak nak jadi isteri derrhaka. Tapi awak tak pernah balas. Pada suatu hari awak balas email saya, awak cakap awak akan balik rumah, awak akan pergi mahkmah selepas habis PKP. Bila awak sampai rumah, awak menangis. Awak tak henti-henti menangis dan mintak maaf. Saya mintak awak fikir baik-baik selepas buat apa-apa keputusan.

Lepas awak pergi awak peluk saya, kita solat berjemaah sama-sama. Tapi after awak tinggalkan rumah, awak balik perangai asal awak. Awak tak pedulikan saya. Saya email awak, saya mintak tolong awak teman saya sebab saya demam. Awak hanya reply “Maaf janji sekali je kan, just buat kerja macam biasa.

Jangan buat kerja nonsense anymore.” Sampai macam tu sekali awak layan saya? Disebabkan saya mintak satu hari awak spend masa sebagai hadiah anniversary kita, awak betol-betol tunaikan. Macam-macam saya usaha untuk selamatkan rumah tangga kita. Saya pergi jumpa ustaz, saya request untuk runding cara di pejabat agama.

Saya betul-betul nak selamatkan rumah tangga saya. Saya mintak berbincang, awak tak pernah datang. Tapi awak boleh spend masa dengan perempuan tu setiap hari, awak boleh bawak dia dan anak-anaknya keluar berjalan. Tapi saya isteri awak, awak tinggalkan saya sorang-sorang. Sakit dia hanya Allah saja yang tahu.

Saya tahu rumah perempuan tu kat mana, saya tahu number telefon perempuan tu. Tapi, saya sikit pun tak pernah cari dia. Sebab apa? sebab saya hormat awak sebagai suami saya. Tapi awak tak pernah mengaku awak ada orang ketiga. Awak tak mengaku depan family awak ada orang lain.

Cuma awak cakap awak kesian kat saya, awak tak boleh buat saya macam ni. Awak letakkan saya list paling bawah untuk selesaikan masalah. Apa awak nak jawab dengan Allah nanti? Awak abaikan wife awak. Berbuih mulut mama nasihatkan awak. Saya sampai kurus sebab saya ters3ksa dengan perbuatan awak.

Disebabkan saya sangat sayangkan awak, saya ambil keputusan untuk lepaskan awak. Biar saya yang failkan cerrai, tak apa biar nampak semua salah saya. Saya tak nak awak terus-terusan menambah dosa. Awak g4ntung saya tak bertali. Saya isi semua borang cerrai, submit semua.

Pada hari perbicaraan, awak masih cakap tak tahu, awak menangis. Tapi awak cerraikan saya jugak. Saya ingat bila saya buat macam ni, awak akan tarik balik. Awak akan menyesal, tapi awak tak pernah menyesal. Sekarang after 2 months awak cerraikan saya, satu mesej pun tak pernah hantar untuk tanya kabar saya.

Nafkah saya memang tak pernah awak nak bagi. Saya tahu saya bekerja, saya ada duit. Tapi nafkah itu wajib, kalau awak bagi RM10 pun saya terima. Saya tak pernah mintak banyak. Tapi saya sabar, Allah akan beri rewards kepada orang yang sabar. Saya jumpa semua bukti, saya jumpa gambar awak dengan perempuan tu,

kawan saya nampak awak keluar dengan dia. Hati saya sakit sangat, sampainya hati awak. Selama ini, saya tak pernah jaga awak dengan baik ke? Makan pakai awak tak pernah saya miss. Awak tak ada duit saya tolong. Awak pernah bersyukur tak menjadikan saya sebagai isterimu? Saya tak layak jadi isteri awak ke?

Kadang-kadang sebagai manusia biasa, saya juga pernah buat silap. Tapi itu tugas awak untuk betulkan saya. Awak cakap dah cakap banyak kali still buat jugak. Masa ni saya realize, bila orang dah tak suka dia akan cari semua kesilapan kita.

Susah senang kita selama ini senang je awak lupakan. Awak tak pernah hargai saya. Sakit sangat bila dikhianati oleh orang yang kita sayang. Bukan pertama kali, tapi kali kedua. Sampai sekarang saya masih sayangkan awak. Saya pun tak tahu kenapa. Sedangkan awak buat macam-macam kat saya.

Setiap hari saya berdoa untuk awak, supaya awak sedar dan berubah. Doakan saya dapat hilangkan semua perasaan ini. 5 tahun kita couple, 3 tahun kita kahwin. Tapi kita bercerrai sebab awak cakap tak ada perasaan. Senang kan? Mudah sangat.

Saya harap ini yang terbaik untuk kita. Doakan supaya saya dapat maafkan awak dengan perempuan tu. Andai kita ada jodoh lagi, kita akan bersatu kembali. Saya yakin pada Allah, dia yang atur segala-galanya. Doakan supaya saya kuat dan tak menangis lagi. Terima kasih sebab bahagiakan saya. Saya sayang awak. Salam, – Alyaa Zulaikha (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Aisyah nur – Masa akan ubati luka tu tt. InsyaAllah.. Jangan kenang lagi. Jangan tanya dia tak ingat ke apa yang awak berdua dah lalui, apa yang dah awak k0rbankan. Sebab kalau dia ingat dia takkan khianati hubungan.

Apa2 masalah jgn mengadu dengan mertua. Jarang mertua nak sebelahkan menantu. Itu anak dia. Dia akan sebelahkan anak dia jugak. Sibukkan diri, fokus kehidupan mendatang. InsyaAllah semuanya akan baik2.

Nonie nuralia – Kadang kerana kita terlalu memuja, terlalu takut kehilangan,terlalu bersandar dan terlalu yakin pada pasanganlah hati dan hidup kita akan di uji. Sebab kita lupa hati sesiapa pun bila2 akan berubah. Dik..lepaskan.

Berhenti mengharap pada manusia yang sudah mengakui tidak lagi punya perasaan. Berdoa banyak2 pada Allah SWT,minta lupuskan dia dari ingatan dan padam dia di hati. Tidak mudah dan tidak singkat tetapi berusahalah. Semoga kembali tenang dan bahagia. In sha allah. Amiin.

Norizan awang – Berdamai dgn takdir. Redha.. itulah ubatnya. Memang mudah ckp..dan saya telah lalui dan rasa apa yg awak rasa. Masa akan mengubat semuanya. Jgn berlebih2 sygkn org yg dah tak hargai kita. Fokus dan listkn apa yg patut dilakukn utk esok dan seterusnya.

Sudah..lap airmata dan bangkit! Allah uji ikut kemampuan kita dan percaya serta mohon kpd Allah utk beri bahagia. Adik berhak bahagia..dan perlukn bermula dgn diri kita sendiri. Insya Allah..yakin pada Dia!

Sumber iium