Hari2 mak ty pasal calon, mgkin malu “langkah bendul”. Aku nekad mohon “loan” utk “beli” jodoh aku.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalaamualaikum. Hai pembaca yang dikasihi. Hari ni aku ada masa nak berkongsi satu pengalaman yang real berlaku dalam hidup aku.

Memandangkan sekarang ni kita berada di bulan Ramadhan yang mulia Alhamdulillah syukur masih lagi bertemu Ramadhan. Apapun peristiwa yang berlaku ini berlaku di bulan Ramadhan juga. Apa yang aku nak sampaikan adalah cerita tentang jodoh. Bagi aku jodoh adalah anugerah dari Allah yang kita perlu minta.

Dah alang alang meminta biarlah meminta yang elok elok dan berkualiti dan hasilnya pun puas hati. Sedikit pengenalan sebelum berlaku peristiwa gempak pada waktu itu aku sedang di tahun akhir pengajian di sebuah universiti. Kawan2 sebaya kebanyakan waktu itu bakal menghabiskan zaman pengajian dan bujang.

Mereka semua dah bersarung cincin tunang. Aku antara yang nganga sorang sorang bila diorang sembang tentang jodoh masing2. Aku ok aja. Ye lah kita kena sedar diri lah tak ada rupa memang payah orang nak memandang dan pula tak bekerja lagi buat apa nak rushing kan. Tenang tenang aja.

Masalah tentang jodoh ni datang bila aku dah habis belajar dan pulang ke kampung halaman duduk kat rumah famili. Mak aku antara orang yang menentang ‘ketidakadajodohan’ aku ni. Kata-kata yang keluar dari mulut mak aku sehari hari bagai halilintar yang menyambar. Tajam dan pedih.

Kata nya aku ni tak laku, sebab adik aku nak bertunang raya nanti. Langkah bendul malu kat orang. Ini pemikiran mak aku. Pemikiran orang lama lama. Aku sampai tahap menangis malam malam mengenangkan nasib yang malang dalam rezeki jodoh ni. Yelah, tak ade orang berkenan takkan aku nak mengorat je sape2 yang lalu lalang kat tepi jalan?

Setiap malam ramadhan aku bangun tahajjud dan solat hajat minta petunjuk. Aku tak mau terdesak cari jodoh nanti dapat pasangan yang hmmmm. Aku f0bia parent aku bercerrai. Aku mula jadi cerewet dalam memilih jodoh. Sebab aku tahu aku tak kuat nak hadap yang duduk serumah itu boleh ke itu? Boleh ke ini?

Makin rungsing. Apa yang terdetik pada aku waktu itu lebih baik aku “beli” terus dari Allah jodoh aku. Allah saja lebih tahu sesiapa yang sesuai dengan hambanya ini. Tapi bila nak “membeli” kena apply “loan” dulu maka aku pun bernazar berpuasa sunat selama enam puluh hari tidak berturut jika dapat jodoh yang baik dalam tempoh terdekat.

Aku tekad di malam ramadhan yang mulia. Aku pun tak sangka boleh bernazar sebegitu. Bimbang jugak sebab takut tak tertunai. Bila aku fikir semula benda nak sehidup sem4ti selepas tu nak menghasilkan generasi yang soleh solehah pulak bukannya aku boleh buat sorang sorang.

Tak pasal pasal aku sendiri hanyut. Di pendekkan cerita, pada suatu pagi,bulan ramadhan itu juga aku dapat mesej dari seseorang katanya ada seseorang yang bertanya tentang aku untuk dijadikan isterinya. ”Ah sudah. Mustahil secepat ini?” terketar pulak jari aku menaip mesej waktu tu.

Doa itu senj4ta mukmin is real guys. Ini apa yang aku alami. Berpeluh aku. Fuhh. Sambil kipas muka dengan tangan. Dipendekkan lagi kisah,kami berhubung melalui mesej, katanya dia pernah nampak aku sekali saja masa di universiti. Selepas tu tak pernah nampak dah. Sudah berbulan dia cuba cari melalui kawan kawan sekarang baru jumpa.

”Serious?? Ada juga rupanya yang tercari cari aku dalam diam?” haha, aku tak sangka. Dia pun dah putus asa nak cari aku dan dah hilang mood pun nak kawin, hahaha. Aku pula langsung tak kenal dia. Tak pernah tengok pun. Jenuh berkirim gambar melalui emel. Aku tanya dan risik kawan kawan yang sefakulti dengan dia.

Kebanyakan kata ok je. Awalnya aku tak minat sebab dia muda banyak dari aku hahaha. Tiga tahun jarak. Bila aku bagitahu mak aku tentang ni mak aku langsung tak percaya aku tak kenal. Katanya merepek. Mana ada zaman sekarang kawin tak kenal pasangan?

Nak jadi cerita lagi, mak aku senyap senyap pergi ke kampung famili bakal menantu dan cari rumah dia alhamdulillah jumpa. Mak aku balik dia bagitau yang dia berkenan sebab nampak budak tu pimpin tangan maknya yang dah uzur dia bawak ke pasar malam.

Dipendekkan lagi, famili lelaki terus merisik dan bertunang dalam hari yang sama pertama kali kami tengok muka masing masing dan berbual depan famili masing masing tentang perancangan kahwin, sebelum raya haji kami telah disatukan. Aku jadi tergamam dan tak percaya secepat itu Allah beri.

Adik aku pun yang dah bertunang tak kawin lagi waktu tu haha. Hebat perancangan Allah. Kini dah lima belas tahun kami masih pasangan suami isteri dan dikurniakan tujuh cahayamata. Kesimpulan selama lima belas tahun dikurnia suami hasil nazar yang Allah pilih ini adalah seorang penghafaz al quran

dan tak pernah tinggikan suara nya pada aku dan anak anak. Kesemua kelahiran anak anak suami yang menjaga aku dan anak dalam pantang. Buat susu anak setiap malam-sentiasa ingatkan aku tentang aurat terutama stokin liat nak pakai haha. Usaha memewahkan isteri dan anak-anak.

Sentiasa tak kisah balik kampung belah siapa dulu-anggap keluarga aku macam keluarga dia sendiri. Ok lah kan? Kekurangan suami? Tetap ada kekurangan. Aku lagi lah banyak kekurangan yelah nama pun manusia. Lagi pun yang Allah anugerah ni manusia bukan malaikat ye dak?

Alhamdulillah jarang sangat bergaduh yang selalu merajuk tu aku je lah, haha. Itu lah manusia, bila tak ada nak sangat sangat, bila dah dapat tak mahu bersyukur (kata kat diri sendiri). Allah taala kata ”jika kamu bersyukur aku tambah2kan rezeki kamu, jika kamu ingkar, tunggulah azab pedih”

Alhamdulillah puasa nazar dah habis itu pun jenuh makan tahun, huhu. Bernazar itu salah satu cara kita berdoa dan meminta sesuatu yang baik untuk ditunaikan. Apapun syukur sangat kerana berbaloi. Terima kasih semua sudi membaca. Salam Lailatul Qadar.

Apa saja kesukaran dalam hidup pohonlah kepadanya. Yang mencari jodoh, atau apa sahaja mintalah pada Allah. Mohon keampunan kepadanya. Allah sentiasa mendengar aduan hambanya. – Isteri tuan syamil (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Ajish roberson – ‘bila nk membeli kena apply loan dulu” Aku selalu membuat loan spt dia n alhamdulilah berjaya dapat n aku pun dh bayar. Baru ni ada wat loan lg n tempoh byar dia sedang berlangsung lg sebulan 13 hari.Bole cuba.Macam2 loan aku buat termasuk jodoh.pekerjaan.masa dpt result spm pun ada dulu.byk la.

Mira miraei – Saya pun berikhtiar bermacam-macam cara supaya dipertemukan dengan jodoh yang terbaik untuk saya. Saya gemar bersedekah dan di antaranya ialah sedekah kepada mereka yang mengumpul wang wakaf. Suatu hari saya terfikir satu idea dengan menggunakan sticky note.

Apa yang saya buat, saya tulis satu ayat di sticky note tersebut dan antara doa saya ialah “Saya mohon tuan/puan doakan jodoh yang terbaik untuk saya”. Lalu sticky note tersebut saya lekatkan pada wang tersebut dan masukkan ke dalam tabung sedekah/wakaf tadi.

MasyaAllah. Sy yakin selain berkat doa mak ayah saya, mungkin juga doa daripada insan yang membantu mengumpul duit wakaf tadi. Cuma nasihat saya, jangan ada perasaan syak wasangka kepada mereka ini. Kalau kamu tak yakin yang mereka ini kumpul dana untuk bina masjid/surau/madrasah,

jadi kamu tak perlu derma disitu. Kamu fikir alternatif lain. Dan disebabkan saya yakin mungkin salah seorang doa mereka ini termakbul, akhirnya Allah pertemukan sy dengan lelaki terbaik untuk saya. Seorang lelaki yang sangat menghargai sy. Alhamdulillah

Hamidah nor – Bernazar..sy juga buat since 10 tahun lepas.. Yg paling rare sy bernazar di saat kecemasan.. Minyak kereta nak abis dan x jumpa stesen minyak lg.. Sy pon x sngka dgn 2 bar sy boleh pergi jauh sngt.. Klau ikut pnglmn mmndu, itu mustahil..

Sumber iium