Beria2 aku kenalkn angh dgn Dya. Tp skit pn angah xlayn. Tkejuut aku bila ayah surh masuk minang Dya, tp jwpn Dya buat aku serba salah dgn angah.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum, Terima Kasih IIUM sebab siarkan confess saya. First sekali nama aku Zafira. Aku ada 6 orang adik beradik, 3 lelaki 3 perempuan.

Along Angah Alang lelaki, and aku anak bongsu. Manja dan nakal hehe. Okeyy aku nak cerita pasal angah aku. First, ini cerita pasal jodoh. Sejauh mana kita merancang, jika allah tak izinkan, tak kemana juga akhirnya. Along aku dah kawin, aku okeyy je dengan kakak ipar, sempoii sekepala. Hahahahah

Angah aku ni umur dia dah 27, dia kerja Hospital sebagai apa tu aku rahsiakan. Kalau cakap rupa dia tu, boleh dikatakan good looking lah, sebab kulit dia putih suka senyum, and suka ketawa. Even benda kecik je pun dia punya ketawa, terbahak-bahak terkahak-kahak.

So bila umur dah 27, ayah aku ni dah risau pasal dia, along aku kawin umur 25. So masa dinner ayah aku tanya, “takde calon ke ?” Angah cakap “belum ada lagi” and ayah cakap “kawan ayah nak jodohkan anak dia dengan angah, tapi anak dia umur 31” angah macam terhenti suapan and dia balas “haa ?

Huii sunnah tu kawin yang lagi tua. Hehe” pastu semua gelak, and dia sambung lagi “Ada je yang minat dekat angah, tapi angah malas nak layan. Sebab nak cari aset dulu, baru lah senang nanti hehe” And dia sambung lagi “Kat wad pun ada doctor nak Angah, baik dia, adik beradik dia semua belajar kat Luar negara.

Tapi umur dia 30.” Mama membantah, mama cakap “jangan lah, payah nanti. Nanti kat rumah mertua, angah terpencil je, ye lahh. Diorang pandai-pandai semuanya.” Angah senyum je, tapi sebelum dia cerita pasal doc tu, dia selalu sakat dengan aku. “Nanti majlis angah dengan dr nia nak grand.”

Aku terfikir dalam hati “betul ke angah ni dengan dr tu?”. Okeyy lepas kisah doc tu, angah pun dah tak banyak sakat aku pasal doctor tu. Mungkin sebab mama aku tak suka kot (jangan kecam mama, mama aku ada alasan tersendiri.) Satu hari tu aku add perempuan ni kat fb, Nama dia Dya.

Dya ni umur dia 25 memang cantik g1la lah, dia punya perangai pun lebih kurang dengan angah. So nak dijadikan cerita, rupanya dia ni kawan sedara jauh aku. So aku pun rekemen kat angah, “angah taknak Dya ke ? Lawa ngahh.” Dia pun cakap “taknak lah.” Aku pun diam kan je, aku cakap dalam hati, takpe angah tunggu.

Aku tunjuk gambar Dya kat ayah dengan mama, tapi ayah aku cakap “ahh taknaklah, takdelah cantik sangat ” and mama pun cakap macam tu. Takpe, tunggu. Hari birthday kakak aku dah nak dekat, so aku jemput dia untuk memeriahkan lagi, dengan perangai ramah dia tu. Makan dengan family aku, dia pun okeyy, pandai bawak diri.

Pandai masuk dengan family aku, tapi masa ni angah tersipu malu. Blushing dia hahahahah. So, lepas celebrate birthday tu. Semua orang dalam kereta macam dah kena jampi (sumpah aku tak buat apa-apa) semua dok cakap Lawa ye Dya tu, pandai dia bawak diri. Ramah dan mesra, payah nak dapat macam tu, takde malu-malu.

Aku dalam hati duk cakap “haa tau pun”. Sejak dari tu Angah Ayah Mama asik sebut nama Dya je. Ayah aku siap cakap “kalau angah dengan Dya, ayah sponsor semua masa majlis kahwin nanti.” Wowww, untung angah. So 2-3 bulan lepas tu, ayah aku cakap “cuba tanya Dya tu, dah ada orang ke ?

Kalau takde, hujung tahun ni kita masuk meminang” Aku pun like “whatt? Secepat ini ?” Ayah cakap “yelahh, angah pun dah tua, nanti tak laku hahah” aku pun gelak je lah. Bila dah jumpa masa yang sesuai, aku pun tanya Dya “ermm Dya, nak cakap sikit ni, dah ada ke ? Kalau takde, ayah nak masuk meminang hujung tahun ni lepastu tunang terus.”

Dia sengih dia cakap “Erm, tak boleh kot ra, Dya dah anggap macam family sendiri.” Start ni aku rasa macam nak nangis, sebab family aku menantikan jawapan aku. Aku tanya “kenapa Dya ?” Dia sambung “family Fira telampau baik, and dya dah anggap macam family.” So aku terus stop, aku cakap “yeke ? Takpe lah.

Tapi family ra still terima Dya as daughter okey ?” Dia balas dengan senyuman kelat. Aku balik, ayah dengan mama aku tanya “macam mana ? Dia setuju ke ?” And aku macam ada yang sekat dada aku untuk cakap, dengan beratnya aku cakap “dia, dia… dia tolak ma, dia cakap dia dah anggap macam Family dia”.

And then ayah dengan mama macam, sedih. And ayah cakap “okeyy sekarang ni jangan cerita apa-apa lagi pasal Dya, dah stop sebut nama dia”. So aku pun macam terkejut and rasa serba salah, kenapa ayah marah? Aku pun tak expect kan.

So sejak dari pada tu masing-masing dah jarang sebut nama dia, tapi jauh dalam lubuk hati aku masih mengharap yang dia akan jadi kakak ipar aku. Tapi masing-masing dah boleh move on, tapi still ada tanya khabar dia lah. (Banyaknya Tapi hahaha). Now jarang jumpa dia, sekali sekala je, tak macam dulu.

And dia pun nak kawin tahun depan dalam bulan 6. Dapat tahu je, terus rasa nak menangis, tapi apakan daya. Tuhan yang tentukan segalanya, dan hanya Dialah yang mengetahui sebaliknya. So moral aku kat sini, kau boleh nak jodohkan atau perkenalkan orang untuk abang

or sesiapa je tapi biarlah berpada-pada and bila dah tahu dia dah ada someone, jangan teruskan lagi perancangan tu. Terus je hentikan and bagitahu. ALLAH sebaik-baik perancang, dan Dialah yang menentukan Jodoh yang terbaik buat kita.

Kalau Allah tak izin kan, kita rapat macam mana pun still takde jodoh. But, kalau Allah izinkan, jauh beribu batu, berlainan agama atau negara pun boleh bersatu.

Part 2

Assalamualaikum admin, terima kasih sebab approve first post aku, and if approvekan this 2nd post, aku ucapkan terima kasih. Aku Zafira. Tahun lepas aku pernah buat confession berjudul Jodoh Untuk Abang. Kali ni aku datang lagi dengan sambungan kisah Angah aku.

Selepas lamaran Angah ditolak, memang aku akui kitorang 1 family kecewa, yelah dya tu baik dan berpakej lengkap, bukan setakat cantik, tapi pandai buat kerja. Ehh pendek kata memang perfect dan payah nak jumpa perempuan macam Dya. Tapi apakan daya. Dia milik orang.

Ada 1 hari tu family aku buat kenduri, apa yang mengejutkan aku is Dya bawak tunang dia datang rumah. Masa ni memang aku nampak angah dah lain muka dia, wei bila orang yang kau sayang, tiba-tiba bawak tunang dia jumpa family kau. Agak-agak kau happy ke tak? Okey, dah datang rumah aku tu tak pe lah.

Tapi apa yang buatkan aku marah, tunang Dya langsung tak salam angah. Angah yang pergi dapatkan tunang dya, and salam dia. Along aku pun dia tak salam, and then datang kenduri dengan seluar pendeknya. Aku cakap ni bukan sebab aku tak suka ok, tapi sebab kenduri wei. Jaga laa adab.

Masa kenduri ni, aku cari angah. Merata tempat aku cari dia, memang tak ada. Angah jarang keluar time kenduri, melainkan kalau nak hantar makanan kat kawan dia. Aku terus call angah tanya dia kat mana, dan angah cakap “Angah keluar jalan-jalan jap, malas angah nak duduk rumah tu.”

And then aku tanya “kenapa ?” Aku jawab “Yelah, tunang dya ada kat situ. Takpe lah, nanti angah balik laa.” Malam tu angah balik lambat, dalam pukul 1 macam tu. Aku taktau apa niat dya, sama ada dia nak menunjuk and nak buat angah jeles atau dia memang nak kenalkan dengan family kitorang.

Lepas malam tu, angah memang sentiasa b4dmood, dengar lagu sedih. Aku diam kan je laa, and then slow-slow dia ok. Ambil masa sebulan juga dia nak lupakan pasal malam tu. Walaupun dia act normal, tapi aku tau laa dia. Aku paling rapat dengan dia.

Family kitorang memang akan buat kenduri tiap-tiap bulan, so memang dya orang yang pertama datang untuk tolong, haa time ni memang angah dah boleh move on, and angah dah boleh cakap-cakap dengan dya. Dah gurau-gurau dengan dya, dya pun tak awkward, kalau sebelum ni memang nak tegur pun payah.

Alhamdulillah, makin rapat kitorang. Dah macam adik-beradik dah, itulah hikmah disebalik pinangan ditolak. Walaupun pahit, tapi ini buktinya. Hubungan makin rapat, dan dah tak rasa malu-malu. Tapi nanti dulu, belum habis lagi pasal angah. Macam aku cakap kat confession yang lepas, dya akan kawin dalam bulan 3-4.

Family aku memang dah tahu tarikhnya, cuma angah sorang je yang tak tahu. Minggu lepas, aku bagi tahu angah. Masa tu aku ngan angah otw pergi KL. Aku cakap “angah, 31hb ada pergi mana-mana tak ?” And then angah cakap “tak tau lagi, maybe kawan angah kawin. Nape dik ?” So aku bagitahu “takde laa, dya kawin 31hb” and then,

tiba-tiba angah brek mengejut. Lepastu dia tanya “betul ke dik ? Dengan orang yang sama ? Kawin juga dia ye” Aku balas “haah ngah, ala takpe lah. Ada laa tu hikmahnya.” Angah pun diam je sepanjang jalan tu. Semalam aku tanya lagi sekali, “angah sure taknak pergi ?” Dia cakap “takpelah, angah nak pergi kenduri kawan angah tu.”

Aku cakap “haa yelah, kalau tak. Boleh pergi kan ?” Lepastu angah cakap “kalau kawan angah tak kawin tarikh tu pun, angah taknak pergi. Nak buat apa ?”. Eh, belum move on lagi rupanya. Jujur aku cakap, bakal hb dya sangatlah jauh bezanya. Bagaikan langit dan bumi. Aku bukan nak burukkan, tak.

Tapi angah aku ni more handsome laa, dya tu cantik. Cantik tanpa make up, if dia makeup nampak tak cantik. Angah aku bukan takde siapa nak, ramai je yang nak. Tapi disebabkan perempuan yang minat kat angah tu, sama kerjaya dengan angah. So angah taknak, maklumlah. Dah nama kerja hospital kan, kalau dua-dua hospital.

Memang akan busy laa. Minggu depan Dya akan jadi isteri orang, aku doakan semoga dia kekal bahagia. Korang doakan semoga angah aku cepat move on. Kepada korang, yang nak aturkan jodoh tu. Better tak payah, aku bersyukur sebab angah kena reject awal-awal. Cuba bayangkan kalau angah dah kawin dengan dya, and then tak sefahaman.

Dan membawa kepada cerai, tak ke aku rasa serba salah ? So better fikir dulu masak-masak. Confirmkan dengan kedua-dua empunya badan. Samaada dia okey untuk di matchkan atau tak. Jangan jadi macam aku okey. Sekian itu saja dari aku, if angah aku dah kawin. Assalamualaikum. – Zafira