Ayah terlmpau marah dgn mak dibalingnya periuk nasi. Tp hairan, tsengeh2 mak sambil kutip. Rupanya nie hikmh Sarah jd ank drhaka.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum. Terima kasih admin yang sudi menyiarkan cerita ini. Kisah ini mungkinlah biasa biasa saja tapi saya harap boleh dijadikan pengajaran buat kita semua.

Saya ingin menceritakan mengenai adik ipar kesayangan saya, Sarah namanya. Ini cerita mengenai hubungan Sarah dengan ayah mertua saya.Masa awal-awal perkahwinan dulu memang saya rapat sangat dengan Sarah. Even masa sambut anak pertama pun, dia yang ada uruskan semua benda sebab suami masa tu tak boleh tinggal kerja.

Sarah ni ‘sporting’. Mungkin sebab tu la kami sekepala.Namun langit tidaklah selalu cerah untuk hubungan rumah tangga ayah mertua saya. Tahun 2018 keluarga suami saya diuji apabila hubungan ayah dan mak mulai dingin. Untuk pengetahuan, ayah mertua saya ni individu “n4rcisstik”.

Saya tak pasti apa nama full pnyakit tu tapi rasanya saya pernah baca satu confession pasal ni dekat sini. Bila saya baca luahan dia tu, serious memang boleh relatekan dengan perangai ayah selama ni. Ayah seorang alim, zikir sentiasa,berkopiah, berjubah. Pendek kata, kalau cerita dekat orang apa pengh1naan yang dia katakan pada mak,

sumpah potong jari orang takkan percaya. Sebaliknya, orang tu pulak yang sama sama shift the point to Mak. Kata mak ni isteri derhaka la, mak ni nusyuz la. Mak tak pandai jaga hati suami.Tapi hakikat sebenar, sungguh saya memang respect giila dengan mak. Umpama her0in yang dalam cerita indon tu. Apa apa orang buat dia macam ‘lemah’ tak berdaya gitu.

Jenis redha je dengan apa yang berlaku. Biasalah, nak masuk 30 tahun bersama individu n4rcistik, memang tepu setepunya lah.Saya ingat lagi masa first kahwin. Depan mata saya ni, ayah baling periuk ricecooker tu. Sebabnya mak tanak nasi sikit. Masa tu ayah ada nak jamu orang masjid, mungkinlah mak tak dengar ke sebab tu yang dia tanak nasi sikit pagi tu.

Tapi masa tu sumpah saya terkejut tapi mak rilek je kutip ricecooker tu masuk rumah sambil sengih sengih. Saya yang tengok masa tu memang telan air liur la. Suami pulak, “Biasalah… ayah memang macam tu….” Ayah ni kalau sekali jumpa, memang orang akan cepat sayang sebab dia pandai bercakap. Tapi saya tengok, paling lama orang tu rapat dengan ayah mungkin setahun, dua tahun.

Last last ayah akan ‘sendiri’ jugak. Sebab saya nampak ayah ni t0ksik dengan orang sekeliling dia. Campak la dia di mana mana komuniti, mesti la ade je benda yang dia tak puas hati. Kat ofis, gaduh dengan orang tu orang ni. Kata orang tu jeles kat dia la, orang ni tak suka dia naik la.

Dalam persatuan kampung, mula mula join jadi AJK okay je. Tiba tiba dengar cerita pulak dia gaduh dengan orang tu orang ni. Tup tup saya dapat tahu ayah dah letak jawatan. Tapi mulut tu asyik nak kondem je persatuan tu. Dah keluar tu duk diam diam la, buat apa nak masuk campur lagi. Yang peliknya, kalau ada kenduri kat rumah nenek,

orang orang yang katanya cari gaduh dengan ayah rilek je datang kenduri macam tak ada apa apa yang berlaku. Ayah pulak, menyorok dalam rumah acah acah main ngan cucu. Bila orang panggil turun, dia buat buat la masuk toilet la apa la.. Haish tak faham! 2018 tu Sarah tengah buat Degree. Saya pun memang dah jarang la jumpa dengan Sarah sebab dia sibuk.

So memang dia tak sempat nak datang kat rumah. Waktu kes ayah dan mak tengah ‘panas’,memang setiap malam suami akan otp. Bercakap dengan ayah, konon nak dengar luahan hati ayah. Tapi lepas tu adalah saya dengar bunyi baldi, pasu kena baling. Suami masuk rumah pun mata merah.

Suami cerita yang ayah luah perasaan pasal mak. Ungkit cerita dari awal dia kahwin dengan mak. Cakap mak perempuan itu.. perempuan ini… Kalau saya mention ayat ayah kat sini,memang pedih la baca. Suami cakap kalau dulu, bila timbul apa apa isu memang ayah tak cerita dekat dia. Ni mungkin sebab dia pun dah berkahwin,

dan ayah pula tak ada sesiapa dah yang sudi ‘layan’ perasaan dia. Suami pulak jenis anak yang patuh, dia dengar je lah apa yang ayah dia kata walaupun hati macam kena siat. Last last pasu sawi pakchoy saya yang jadi mngsa. Macam adik beradik dia yang lain, selalu iyakan apa yang ayah buat selama ni terutama dekat mak.Tapi Sarah lain.

Saya nampak ketara kematangan Sarah ketika itu. Bilamana semua orang seaakan tunduk dengan segala manipulasi atau cerita rekaan ayah, Sarah la satu satu manusia yang bangun dan bangkang setiap peniipuan ayah. Ayah kononnya nak luah perasaan dekat Sarah, Sarah sejenis tak boleh orang cakap belit belit. Orang sains kan, biasalah, mana boleh terima kalau benda tu bukan fakta.

Contohnya ayah ada cerita kejadian masa majlis kat rumah, mak kononnya tak ajak abang ayah sebab mak tak puas hati pasal pembahagian bahagian lembu. Tapi ayah punya konar, dia cerita mak ni perangai buruk, tamak haloba dan suka gaduh dengan orang. Kitorang semua ada je masa kejadian tu.

Dan cerita tu memang 100% tak betul. Ayah ni kenapa suka hidup dalam tafsiran sendiri ek?? Bila Sarah dengar, of course akan keluar ayat “Betul ke?” “Aik ye ke macam tu?. Dikya ada masa tu, bila mak kata macam tu yah?” Dan orang n4rcistik ni, bila si mngsa dah start bersuara dan curiga dengan cerita dia,

memang dia akan menggelabah tak tentu arah. Tup tup saya dengar, Sarah jadi anak derrhaka pula. Lawan cakap ayah. Suami dan adik beradik dia yang lain lagi best, berjemaah kaw2 nasihatkan Sarah. Ye la, dah si ayah duk nangis nangis luah perasaan kononnya gagal mendidik seorang anak perempuan.

Saya perhatikan, senj4ta ayah satu je, nampak macam orang nak ‘att4ck’ dia sikit atau orang macam dah tahu dia menipu, mulalah keluar air mata. Bukan menyesal sebab perbuatan dia, tapi dia akan manipulate benda tu seolah olah Sarah pulak yang bersalah. Bagi saya, jawab je la dengan yakin soalan tu.

Kalau betul itulah sebenar benar apa yang berlaku. Kenapa perlu takut? Tapi Sarah balas, “Dikya tak pelik kalau ayah menipuu, sebab perangai tu ayah tak buang masa muda dulu. Tu yang tua macam ni pun, perangai tu dah jadi drah daging dia. Yang DikYa pelik, orang orang sekeliling ayah yang setuju walau korang pun tahu ayah penipu dengan alasan ayah tetap ayah.

Hairan betul. Semua duk kata ayah tu kira okay sebab dia sembahyang full lima waktu, tapi kalau betul la ayah tu sembahyang yang betul betul sembahyang, mulut dia takkan jadi gitu. Buka mata woi, yang dia kata tu mak kita tu” Saya dengar suami cerita Sarah cakap macam tu, rasa macam nak je saya jumpa Sarah and sep kat dia.

Sebab saya sebenarnya lama dah ‘geram’ dengan ayah sebenarnya. Dia pernah buat kes dengan saya dan suami suatu ketika dahulu. Nak cerita panjang sangat tapi cukuplah saya kata, sebabkan suami yang terlalu ikutkan sangat janji janji manis dia yang kononnya ada ‘cable’ besar nak masuk kerja kerajaan,

kami suami isteri sampai tahap jatuh terduduk hasil duk me’layan’kan sangat perangai ayah.Tu belum cerita pasal ayah masuk campur hal kitorang laki bini lagi. Memang saya mrah, tapi mungkin suami ni kira penyejuk jugala, banyak tenangkan saya. Berbalik pada kisah Sarah, lepas kejadian yang Sarah menjawab ayah tu, keadaan jadi makin bertambah parah.

Especially pada hubungan adik beradik.Saya mula lihat ipar duai saya yang lain mula ‘ignore’kan Sarah. Tentunya sebabkan mulut ayah yang duk asyik meraih simpati dengan anak anak dia yang lain dengan cara mengungkit setiap jasa dan peng0rbanan dia pada Sarah.

Sampai tahap harga beg sekolah Sarah masa sekolah rendah pun ayah UPkan mungkin demi nak menyedapkan cerita.Saya yakin, sesiapa sahaja yang dengar narat1f cerita ayah, pasti semua akan automatic kata Sarah 100% bersalah, anak derrhaka, anak kurang ajr! Tapi hakikat sebenarnya tidak sama sekali.

Sebenarnya saya nampak adik beradik suami yang lain memang setuju je dengan Sarah tu, cuma diaorang sejenis penakut. Tak berani lawan ayah kononnya takut derrhaka.Dan saya nampak diaorang ni jenis pendam even hati tu macam kena siat bila dengar ayah hina mak sendiri. Bagi saya, memang tak membantu betul. Umpama bagi ‘dedak’ la kat perangai ayah.

Dan mungkin juga Sarah ni Allah swt takdirkan dia untuk jadi sejenis ‘stand-up’ dan berani supaya boleh bagi ‘tamparan’ pada ayah.Dalam 4 orang anak anak mak, siapa je yang selamba bagi ayat dekat ayah, “Yah, solat asar kejap lagi jangan lupa mintak ampun banyak banyak dekat Allah sebab dah sakitkan hati isteri ek”.

Pastu cepat cepat dia chau masuk bilik. Sarah oh Sarah, win betul kau ya dik! Kes ayah dan mak kira senyap macam tu je. Tu pun lepas Sarah gunakan perkataan cerrai. Masa ni memang ketara Sarah makin nampak ‘derrhaka’. Tapi bagi saya, kalau betul betul selami apa yang sebenarnya Sarah lakukan ni, tak lain tak bukan, lebih kepada nak menjernihkan keadaan.

Mungkin sebab Sarah tahu kelemahan perangai ayah. Memang kena ajar walau nampak derrhaka. Tapi derrhaka ke Sarah tu? Kalau betul derrhaka, first of all, dia takkan balik langsung rumah tu. Pernah masa tu ayah masuk ward, dan masa tu ramai ramai tengah kumpul. Boleh pulak ayah ni dia kata dia ada anak 3 orang je. Sarah rilek je senyum.

Ayah tak mengaku anak kot, kalau saya memang ‘koyak’ habis ah. Saya pun taktahu la hati Sarah ni jenama apa. Macam macam ayah duk kata pasal Sarah, dia rilek je balik rumah macam biasa. Salam mak, salam ayah macam biasa. Nampak ayah ‘over’, dia cantas ayat ayah on the spot pastu dia cabut.

Dan Sarah takkan jadi orang yang paling banyak keluarkan duit untuk setiap majlis kat rumah tu. Sarah lepas degree tu adalah dia jual macam macam. Amwayy la, Carya la.. Sejenis tak duduk diam punya orang. Walaupun ayah banyak kali kata yang Sarah tu tak dapat kerja dalam bidang dia sebab lawan ayah sendiri.

Tapi saya tengok, mashukk je si Sarah tu bahkan lebih kaya dari anak soleh solehah ayah yang lain. Tak cakap orang lain lah, suami saya pun. Even kerja pejabat, kereta rumah serba serbi tapi ‘struggle’ tu siapa siapa kerja makan gaji tahu lah ye. Tapi memang taklah kitorang nak cerita dekat ayah.

Mak je yang tahu pasal cerita cerita sedih kitorang sebab memang suami cerita full. Kalau dekat ayah, suami memang tapis cerita dan bagitahu yang manis manis saja. Takdir Allah punya kuasa, hujung tahun 2018 seingat saya. Ayah kena 0perate kaki. Sebab peny4kit pvns apa entah. Saya tak pasti cuma ayah 0perate dengan dua tujuan lah.

Sebab nak buang tum0r tu dan masukkan besi dekat lutut. Ayah dapat MC 6 bulan kot kalau tak silap. Kebetulan masa tu Sarah memang ada kat rumah sebab dia baru berhenti kerja kat Klang. Sarah balik sambil nak intai peluang sambung master katanya. Tup tup ayah 0perate. Ayah pula 0perate kat kaki kan, memang perlukan bantuan la.

Masalahnya sebab mak pun masih kena kerja, jadi tak ada siapa yang boleh jaga ayah masa tu. Ayah punya konfiden duk ulang ulang suruh suami saya, adik dia, dan yang bongsu tu cuti untuk jaga dia. Walhal, masa ayah dalam dewan bed4h tu, memang 4 beradik duk bincang dah pasal ni. Kat situ saya nampak dah la anak soleh dan solehah ayah ni semua macam tak boleh nak jaga ayah.

Walau saya tahu diaorang boleh jeeee tapi saya tahu sebab utama sebab diaorang memang cannot go dengan perangai ayah. Tapi saya cuba husnuzon la, mungkin tak.Sarah kata biarlah dia jaga lagipun memang dia free sementara tunggu untuk dia masuk master tu kan. Suami saya pulak menggelabah tak tentu pasal. Dia takut Sarah dengan ayah berper4ng je nanti.

Ye la, dua dua panas kan. Dan betulla memang benda tu berlaku pun. Masa ayah dalam proses penyembuhan tu kan, sumpah la perangai dia makin menjadi jadi. Suka hati je nak tengking orang. Makanan tak sedap la, pendek kata memang serba tak kena la. Saya tahu pun sebab mak cerita. Sarah pulak, makin tinggi suara ayah, makin tinggi dia jawab.

Tapi teruk macam mana pun, memang serba serbi dia jaga. Maksudnya, bila g4duh tu, kira sampai situ je lah, lepas kira lepas la.. Pastu Sarah akan buat macam tak ada apa apa berlaku. Ada pernah saya balik jenguk ayah. First time nampak Sarah suap ayah tu, saya tiba tiba rasa sebak. Suami dan adik beradik lain pun.

Even sebelum tu diaorang ‘gaduh’ sebab remote tv. So nampak tak? Relationship Sarah dengan ayah ni, kalau orang yang jenis cepat judge, memang kena kec4m dah Sarah tu. Tapi kami semua tahu, ada hikmah. Kenapa dalam ramai ramai, Allah boleh lorongkan Sarah untuk jaga ayah? Mungkin Allah tahu, kalaulah adik suami yang lain jaga, diaorang kan jenis pendam.

Ayah kata apa apa pun dia, at last diaorang tak tahan dan terus tinggal ayah. Kalau Sarah ni, dia marah memang dia lepas je. Dan dia ada keupayaan untuk act like nothing lepas tu. Dia tahu cara nak ‘control’ dan tundukkan ayah. Alhamdulillah la, ayah pun dah sembuh cuma masih perlukan fisio. Sarah pulak dah masuk UTM buat master.

Ayah lepas 0perate ni memang adalah perubahan tu.Nampak la ‘slow’ sikit dari segi sembang kencang lebat dia tu. Dia dengan Sarah pun tak adalah jadi rapat sebab memang diaorang pun tak rapat. Cuma ayah memang dah shutdown terus pasal kisah Sarah si anak derrhaka tu. Sarah jarang balik rumah maybe sebab dia busy kan dengan kerja

kerja dia kat sana tapi setiap kali kitorang kumpul kumpul mesti ayah la akan sibuk suruh nak videocall Sarah. Tapi taknak pulak ayah nak bercakap, dia just tengok gitu je. Biasalah eg0nya masih ada. Susah nak buang. Masa birthday ayah tahun ni pun, jubah yang Sarah hadiahkan tu, ayah pakai dulu berbanding hadiah hadiah anak yang lain tau.

Kami semua pun tahu ayah tu sayang dekat Sarah. Dan dia pun memang menyesal cuma untuk nak buat sesi bermaaf maafan antara Sarah dengan ayah tu, hmmm dalam mimpi je la tuan tuan dan puan puan. Yang ada hanya sesi per4ng memer4ng saja. Even masa raya pun,

Sarah salam dan peluk cium macam biasa sambil gelak gelak gitu je, takdenya nak nangis nangis bagai. Paling latest, Sarah sekarang tengah dalam fasa nak bertunang dah. Tapi ayah gigih k0rek cerita dengan suami saya pasal BF Sarah tu.Mungkin dia malu kot nak tanya Sarah.

Sebab dua beranak ni bukannya boleh duduk semeja, pe4ang dunia ke-19 nanti. Pasal BF pun dia cerita sikit je sebab saya takdan nak korek lebih lebih. Dua benda sebenarnya saya belajar dengan keluarga suami saya ni. First, tak boleh nak nilai seseorang sesuka hati. Macam saya, bila saya tengok Sarah menjawab, Sarah ‘lawan’ ayah,

memang first saya akan anggap Sarah tu kurang ajar dengan ayah sendiri.Tapi as time goes, saya tengok ‘hikmah’ betul Allah jadikan Sarah macam tu. Tak lain tak bukan untuk perbetulkan balik apa yang patut dibetulkan. Bila luah kat orang pasal perangai annoying ayah tu, orang mostly akan shift balik dekat kita dengan ingatkan balik jasa ayah,

peng0rbanan ayah, d0sa derrhaka bla…bla..bla… Tapi itukah tiket untuk dia kata macam macam dekat mak? Tak.. Diam dan berpura pura setuju atas alasan dia seorang ayah walau terang tang-tang apa yang dibuat tu salah, sorry to say la.. lagi derrhaka dari yang nampak derrhaka. Sebab apa saya kata macam tu?

Sebab adik beradik suami saya lebih rela lihat ayah perlekehkan mak iaitu syurrga mereka tu semata mata nak pertahankan ayah.Second, tak semua yang terzahir tu sebenar sebenar kejadian. Bila nampak ayah kata macam macam dekat Sarah, saya expect Sarah la orang first sekali yang akan back-off untuk jaga ayah.

Tapi tengoklah, dialah jururawat, dialah tukang masak, tukang cuci luka ayah, tukang gaduh terutamanya. Dan bila saya fikir balik, saya tak rasa suami atau adik beradik lain akan jaga ayah sebaik Sarah. Sebab apa saya kata gitu? Sebab diaorang ni, walau depan ayah diam membisu, kat belakang boleh tahan mulut.

Siap kata nak amik p1sau tiikam je ayah tu.Betul lah orang kata mulut tu lagi t4jam dari pedangg kan. Diorang mesti marah orang h1na mak sendiri kot. Tapi berani kat belakang je lah. Let say diaorang jaga ayah. Ayah ni kalau bahasa Penangnya, “pongoihhh”. Selama ni diaorang setakat layan perangai ayah tu bila masing masing balik rumah 2-3 hari.

Boleh la nak tahan hati dan telinga tu. Tapi ini nak kena hadap 24jam, sebaik baik manusia pun takkan tahan! Mujur Sarah jadi ‘derrhaka’ so boleh la nak jaga orang macam ayah. Sekian sahaja la cerita saya. Macam panjang sangat je saya tulis ni. Terima kasih sebab sudi baca. Semoga boleh dijadikan teladan buat kita semua ye. – Dewi (Bukan nama sebenar).

Reaksi Warganet

Cik Puan Ria – Ramai orang memilih untuk judge berbanding korek dan memahami keadaan disebalik tindakan seseorang. Senang kata, orang jenis sarah nih, realistik…Orang jenis realistik nih memang jarang orang nak suka.

Sebab kebenaran tuh bukan semua orang boleh terima dengan berlapang dada. Tapi begitulah hidup ini. Lebih banyak depan lain belakang lain….haha….

Sohaimi Mj – Apa apa pun salute lah kat mak Sarah ni. Apalah spesis hati yang Allah kurniakan pada mak Sarah ni hingga sanggup bertahan begitu lama dengan lelaki yang suka mem4ki h4mun, mengh1na. Padahal tu isteri yang melahir dan membesar kan zuriat dia..

Zack Zarina –Lelaki macam bapa mertua confessor ni, bersepah dalam masyarakat kita ni. Orang yang paling sesuai sekali hidup dengan diaorang ni adalah yang orang yang macam Sarah tu. Baru buku bertemu ruas orang kata…

Ida Mami Amirash – “Anak derrhaka” ni la biasanya akan ade time mak ayah memerlukan. Anak anak yang dok mengampu ni cuba Mintak tolong sikit. Ade je Alasan nak mengelak. Tu pun masih disayangi walaupun jelas lagi nyata perangai diorang macam sampah.

Orang macam ayah ni kadang jangan layan sangat. Biar dia mereput dengan sikap ego dia. Biar anak anak syurrga dia je layankan dia. K, bye!

Sumber IIUMC.