“Warkah buat isteriku”. Beria2 mertua minta hntaran 10k. Sbb xmampu aku blakon “curang”. Mlm trakhir kita, abg terangkn siapa dia.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum sayang… Sebenarnya abang ingin meluahkan apa yang terbuku dalam hati abang.. abang tau.. awak top fan page nie. InsyaAllah awak baca..

Semalam, ketika abang katakan pada awak, “Abang sayang awak sorang saja..” Awak balas.. “Tapi.. abang pernah curang kan?” Awak cover ayat tu dengan gelak. Walaupun abang tahu itu bukan gurauan dari awak. Awak cuba mengimbau peristiwa 18 tahun dulu. Di kesempatan ini, abang ingin menjelaskan secara terperinci.

Walaupun abang dah berkali kali jelaskan. Tapi awak masih menyimpan luka dihati. Abang sedih. Betullah kata orang. Wanita itu mungkin memaafkan.. tetapi tidak melupakan.. Tahun 2003, Ketika pertama kali bertemu awak, hati ini sudah tidak mampu melupakan awak. Masa tu awak masih melanjutkan pelajaran di universiti.

Abang gunakan segala kepakaran mengayat yang abang ada untuk mendapatkan awak. Alhamdulillah.. awak yakin dengan abang. Pada masa tu, abang langsung tak sedar yang abang terlalu jauh taraf pendidikan dengan awak. Abang cuma ada SPM. Kerja pun cuma biasa-biasa. Tapi hati abang masih nakkan awak.

Sehinggalah awak beritahu yang mak awak minta 10k sebagai hantaran. Abang buat cool. Tapi dalam hati abang menangis, meraung. Terasa ditampar berkali kali oleh nilai tu. 10k?? 18 tahun dahulu, nilai itu sangatlah besar. Kalaulah awak tahu, apa yang abang makan tengahari tu..

abang cuma makan ikan keli sambal dan sayur pucuk paku. Lauk yang sama abang makan 2kali. Tengahari dan malam. Tu pun tak sampai rm5. Walaupun abang cuba berjimat, Simpanan abang tak sampai 2K pun masa tu. Mana abang nak k0rek rm10k? Setiap kali jumpa awak, abang rasa sedih.

Abang rasa awak terlalu jauh untuk abang gapai. Macam bulan. Macam bintang. Sedikit demi sedikit abang cuba sedarkan diri.. yang mencintai tidak semestinya memiliki. (Ish! Kenapa abang menangis pulak ni!) Dalam memujuk hati abang sendiri, tanpa pengetahuan awak,

abang dikenalkan dengan seseorang yang setaraf dengan abang. Seorang gadis kilang. Yang biasa-biasa. Yang bukan bulan. Yang bukan bintang. kita masih couple macam biasa. Masih jumpa. Masih gelak-gelak. Cuma lebih banyak gaduh. Mungkin itu strategi abang untuk menyingkirkan awak masa itu..

kej4mnye abang. abang minta maaf ye.. Abang rasa sakit bila memikirkan akan menyakiti hati awak. Tapi sedar diri lebih realistik ketika itu. 10k yang mak awak nakkan terlalu tinggi nilainya untuk abang. Abang tak pernah terfikir untuk ada 10k dalam seumur hidup ini pun!

Sehinggalah satu hari, kita gaduh. Awak marah sangat sangat sebab terjumpa mesej perempuan lain dalam fon abang. Sebenarnya itu semua dalam perancangan abang. Abang sengaja tak delete mesej dia. Sebab abang tak sanggup berahsia lagi. Masa tu berhari hari awak merajuk. Abang rasa bersalah.

Abang pun rasa s4kitnya. Sangat s4kit menyakiti orang yang disayangi. Disitu abang cuba selesaikan apa yang abang dah mulakan. Abang ajak awak jumpa. Dan awak turutkan Masa tu, kita sama sama tahu malam itu malam terakhir buat kita. Dan malam itu, abang terangkan siapa ‘dia’.

Dia yang abang kenal selepas awak. Dia mudah untuk abang kahwini. Dia bukan budak U. Abang ni miskin. tak ada harta. tak ada 10k. Dia kata yang dia mungkin hanya perlu tak sampai 5k sebagai hantaran. Malam tu, awak terlalu tenang. Dan awak katakan “Abang kawin la dengan dia. Lepas tu kita couple la kat belakang dia! hahah”

Sempat awak bergurau. Ya, begitulah awak. Awak akan sedaya upaya menutup lara di hati. You are really one of a kind. Selepas itu, kita officially putus! Ada sedikit kelegaan dalam hati. Tapi bila balik rumah, abang tak boleh tidur. Abang menangis. Abang cuba kuatkan hati. Tapi semakin terbayang wajah ceria awak.

Gurau senda awak. Abang bangun, ambil wudhuk. Solat hajat. Minta dikuatkan hati. Selepas solat, tak tau kenapa abang kol awak. Awak angkat. Tapi tanpa suara. Di situ kita cuma berdiam. Abang menangis. Abang tahu awak pun menangis kan? Masa tu abang berharap awak merayu untuk kembali pada abang. Tapi hampa.

Kita biarkan fon di telinga selama lebih kurang 3 minit. Lepas tu kredit abang habis! Esoknya, abang berbisik pada diri sendiri. Aku kena move on! Disitu, bermulalah episod abang dan dia. Dia seorang yang sangat lurus. Pernah abang cuba buat lawak yang pernah abang berikan pada awak.

Tapi dia cuma kerutkan dahi. Tak faham. Abang surrender. Mula hari itu, abang cuba layan dia sepertimana dia. Abang cuba hilangkan bayangan awak. Dia kata abang tak romantik. Abang buat buat romantik, belikan bunga. Dia pun happy. Tapi tiba tiba dia mintak abang belikan coklat ferrero rocher.

Aduh! Abih makan tengahari aku beli coklat mahal ni! Di situ abang perasan, demand tinggi minah ni! Pakaiannya.. minyak wanginya.. semua branded. Kasut tumit tinggi. Mekap siap foundation, maskara. Abang terus teringatkan awak.. Jeans lusuh, baju lengan panjang, tudung bawal.

Sandal rata. Fesyen kebanyakan budak U. Mekap pun cuma bedak dan lipstik nipis. Perfume? Awak tak suka bau wangi sangat. Awak sakit kepala. Dan abang pun sama.. Beberapa kali abang telan panadol selepas jumpa si dia. Mesti migr4in. Bukan masalah perfume. Cuma seolah olah disembur terlalu banyak.

Pernah abang cuba tegur.. dia merajuk. Abang biarkan. Lagipun bukan perkara besar. Pernah sekali tu, abang tak sengaja terpegang fon dia. Dia cepat cepat rampas dari abang. Dia katakan beri dia privacy. Ok.. abang malas nak ambil hati. Disitu, abang teringatkan awak. Betapa mudah abang membelek segala galanya dalam fon awak.

Sebab dalam fon awak ada game ular yang kita selalu jadikan persaingan. Abang ingat lagi, bila awak berjaya dapat highest score. Awak kol abang pukul 2pagi. Semata mata nak bagitau tu je! Comel. Pernah dia sanggup keluar restoran semata mata nak jawab kol. Dia beralasan yang dalam restoran bising.

Padahal masa tu ada 3 customer saja. Abang buat dek lagi.. Abang tanya dia ada orang lain tak selain abang? Dia katakan yang dia memang ramai peminat. Tapi masa ni dia layan abang sorang saja. Masa dia kata dia ramai peminat tu, abang geli sebenarnya. Poyo betul minah ni.

Abang ingat lagi masa abang tanya awak soalan sama. Awak jawab.. “Sapelah nak dengan saya ni..abang je yang sanggup keluar dengan saya” Jawapan awak tak pernah mengecewakan. Masalahnya setiap kali keluar dengan awak, bukan tak ada lelaki yang pandang pandang awak.

Selepas 2 bulan abang kenal dia, dia bawa abang jumpa mak bapak dia. Bincang tarikh tunang. Dan seperti yang abang agak.. Hantaran cuma 3k. Masa tu duit abang dah cukup. Dua hari sebelum abang dan dia berjanji untuk membeli persiapan tunang, abang duduk depan tv, tersiar kartun kegemaran awak, Futurama.

Dalam kartun tu ada mesej yang dihantar seolah olah untuk abang “wake up! She’s not the one!” Abang terkejut. Tapi abang anggap kebetulan saja.. malam tu juga abang buat istikharah. Esoknya, abang terjumpa kawan lama. Apa yang mengejutkan dan sangat pelik. dia kata pada abang

“Baru semalam aku mimpikan kau. Dalam mimpi tu ko dah kawin! Haha” Abang terus ajak dia minum. Sambil kami bercerita tentang kenangan rumah sewa. Abang selitkan pertanyaan tentang mimpi dia. “Dalam mimpi ko tu, bini aku macamana orgnya?” “kulit cerah. Muka ada bekas jerawat sikit”

Abang tergamam. Sah awak! “Bekas jerawat pun ko nampak?” Dia katakan yang dia nampak jelas muka isteri abang dalam mimpi tu. Sebelum berpisah, abang mintak dia tolong hantar mesej kepada bakal tunang abang guna nombor dia. Mesej nak berkenalan. Kawan abang ikutkan saja.

Abang langsung tak terkejut bila bakal tunang abang layan dengan baik. Dan siap kata dia single lagi. That’s it! Dah nak beli barang tunang pun masih nak menggatal. Oink oink betul! Kawan abang tanya, siapa perempuan tu? Abang cakapkan.. tunang tak jadi!

Selepas tu, abang tak tunggu lama. Abang mesej tunang tak jadi tu pakai fon abang.. Abang rasa kite tangguh dulu untuk tunang ni..lagipun awak single lagi. Selepas tu bertalu talu mesej datang. Abang buat tak layan. Abang dah agak minah tu akan merayu. Kol dari dia juga abang tak jawab. Abang off terus fon.

Abang jumpa sorang ustaz. Abang tanyakan hal ini. Dia kata “dah istikharah kan? Allah dah tunjuk tu. ikut rasa hati” Hati abang tak pernah lupakan awak! Abang tekad untuk menangi hati awak semula! Abang ingat lagi malam abang nak kol awak semula selepas 4 bulan kita terpisah.

Abang serah pada Allah. Abang doa agar dipermudah jalan untuk abang. Abang kol. Awak angkat. Awak katakan.. “Helo.. rumah m4yat shah alam..” Awak masih dengan sifat kelakar awak. Abang rindu lawak itu..abang rindu suara itu. Rindu sangat sangat. Cerianya suara awak masa tu.

Cepatnya awak lupa pada abang. Bila abang kenalkan diri. Awak diam. Disitu abang terus terang yang abang nakkan awak balik. Awak diam lagi. Mengiyakan tidak. Menidakkan pun tidak. Abang ajak awak jumpa. Awak tolak. Abang g4mble datang ke rumah sewa awak. Alhamdulillah awak tak pindah lagi.

Tahu tak masa awak buka pintu, abang rasa nak peluk awak kuat kuat sambil minta maaf? Mujurlah abang masih tahu batas. “Jom ikut abang. Balik kampung! Abang nak kenalkan pada mak ayah abang” Awak menolak dengan macam macam alasan. Senggugut la. Pening la. Tapi abang tak bagi peluang untuk awak kata tidak.

Abang tunggu dekat bawah rumah sewa awak. Sampai awak turun jugak! Kita pun naik kereta yang abang sewa selama 2hari. Dalam kereta awak cuma diam. Abang ceritakan dari awal hingga akhir. Sampailah awak bangkitkan tentang 10k.. “Yang tu kita serah pada Allah. Yang penting abang tak nak orang lain dalam hidup abang!”

Masa tu abang nampak awak pandang ke luar tingkap kereta. Awak menangis kan? Pada masa tu juga, abang hubungi tunang tak jadi tu. Depan awak, abang putuskan hubungan. Dia menjerit jerit macam h1steria. Abang putuskan panggilan. Melalak la ko sorang-sorang! Selang beberapa jam, dia mesej.

Sebab abang tengah drive, awak tolong bacakan. Dia beritahu yang dia tadi pengsan. Tak sanggup nak berpisah dengan abang. Masa tu awak kesiankan dia. Awak sempat kata nak undur diri. Tapi abang yakinkan awak yang tunang tak jadi tu manusia paling cel4ka dalam hidup abang. Banyak benda dia tipu abang.

Abang tak nak tulis di sini sebab masih nak jaga a1b dia. Abang bawa awak masuk rumah mak ayah abang. ‘tunang tak jadi’ tu pun tak pernah lagi jejak ke rumah mak ayah abang. Ada je masalah setiap kali abang nak kenalkan dia pada mak ayah. Disitulah bermulanya doa-doa abang. Abang percaya awak jodoh abang. Abang akan usaha sampai jadi!

Abang berjimat. Abang kumpul duit. Tapi masih belum berjaya kumpul 10k. Masa tu abang buat macam macam kerja. Tapi, cuma berjaya kumpul 7k. Abang dah habis ikhtiar. Takkan nak mintak diskaun kat mak awak. Malu la.. Hampir setiap malam abang menangis dalam tahajjud.

Sehinggalah satu malam, abang berjumpa kawan lama. Dia buat bisnes printing. Dia tanya “Sampai bila nak single?” Abang ceritakan semuanya. A-Z. Dia kagum pada cantiknya takdir. Dia kemudian berkata. “Tetapkan tarikh, nanti aku cukupkan duit ko yang tak cukup. Nanti ko bayar la balik sikit sikit”

Seperti orang mengantuk disorongkan bantal. Abang terus salam tangan dia. Abang cium tangan dia. Ya Allah..tak sangka kau hantar malaikat berupa manusia untuk tolong aku. Akhirnya, tanpa risik, tanpa tunang, kupinang kau dengan bismillah.. kita terus nikah secara sederhana.

10k hantaran abang berikan. Yang paling abang tak sangka, mak awak pulangkan semula rm4k. Sebagai belanja katanya. Allahu.. Rupa rupanya dia cuma ingin lihat sejauh mana bakal menantu dia berusaha. Dengan duit tu kita beli kereta Iswara terpakai. Cash. Tanpa hutang. Alhamdulillah..

mudah untuk abang hantar awak pergi check up bila awak ditakdirkan mengandung setelah 8 bulan kita nikah. Indahnya takdir kan sayang? Oh ye.. abang dah settlekan semua hutang hantaran. Abang bayar sikit sikit. Dalam 2tahun, abang dapat bayar semua. Alhamdulillah. Semoga Allah berkati hidup dia dunia akhirat.

Abang takkan lupa jasa dia. Alhamdulillah.. Ketika menulis warkah ini, abang dikelilingi anak anak yang tengah mengg4nas. Ada yang terjun katil. Ada yang buat somersault. Ada yang menangis. Abang malas nak layan. Kejap lagi elok le tu. Oh ye.. jangan kata abang curang lagi ye?

Hati abang tak pernah lupakan awak, dari kenal sampai sekarang! Semoga kita ditakdirkan tua bersama. Dan awak menjadi penghulu bidadari syurga abang. Aamiin.. – Suamimu (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Hafiz aiman – Penat ke bang ? Sabar, disebalik kepenatan dan kesusahan kita hari ini sedang terbinanya sebuah gudang emas untuk kita di masa hari. Jadi gantungkan azam kita setinggi bintang di langit dan rendahkan hati kita serendah mutiara di lautan. Jika berasa penat berehatlah dan bukan berputus asa.

Pandanglah ke depan tanpa menoleh ke belakang. Kerana kemahuan hari ini adalah kejayaan kita hari esok. Bak kata seorang hamba Allah. Dunia tempat untuk berpenat.
Akhirat tempat untuk berehat. Syarat nak bahagia dalam hidup iaitu meletakkan setiap kesusahan yang dialami.

Lalu pandanglah Allah dan hari akhirat. InshaAllah selepas itu jiwa kita akan hadir dengan sifat Redha. Semoga rumahtangga kita semua sentiasa dihiasi dengan sifat sakinah, mawaddah dan rahmah dari Allah. Qowiy Lillahi Ta’ala

Kak hah jepun – Biarlah dia nk kata awk curang. Asalkan isteri bahagia. Kalau ikutkan byk lg dia nk kata tu. Hidup ini bukan tentang gembira awk sj. Apa pun alasan, awk mmg curang. Berubah hati sblm kahwin xapa dan terus terang sj utk putus bukan two timing dan menyakitkan hati.

Jgn cuba rasa tidak bersalah, itu lebih menyakitkan hati isteri. Kena dating perempuan lain dulu to realise how precious she is, juga menyakitkan hati.

Zulhimi hassan – Saya suka baca confession ni. Saya tergelak sorang2 part rumah m4yat Shah Alam. Futurama pun saya layan juga. Teringat zaman sekolah. One of the most satisfying ending in tv series. Saya rasa sebak part dalam kereta on the way jumpa mak ayah tu dan part call diam 3 minit tu.

Confessor please jaga isteri baik2, amanah tuhan tu, jangan lukakan hati dia lagi ya. Based on confession dia isteri yang baik. Saya dapat rasakan dia akan happy sangat sangat husband dia luahkan perasaan cinta di sini, ramai yang baca dan terinspirasi. Saya doakan confessor and isteri bahagia hingga ke akhir waktu.

Sumber iium