Dh 3bln aku xbg suami sentoh sy. Rodtek kreta pn xmampu byr. Tgamam dgr alasan dia bila surh buat partime.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum semua . Saya cuma nak mintk pendapat . Saya ibu muda ada dua org anak . Mula dari anak pertama macam2 dugaan Allah bagi. Waktu awal perkahwinan Allah uji saya dengan suami dibuang kerja.

Susu pempers ank sya yang tangung semua. Sejak dari hari tu saya betul2 dah hilang rasa sayang pada suami. Baik saya jadi j4nda daripada menangung biawak hidup. 2 tahun saya tahan alhamdulillah suami dapat kerja sebagai p0lis bantuan. Waktu tu Allah je tahu gembiranya hati saya.

Bila dah stabil kami pon merancang untuk tambah anak no 2. Alhamdulillah dapat sepasang. Anak pertama perempuan. Ank kedua lelaki. Tapi ujian tu datang balik waktu saya mengandung anak no 2. Suami tanggung pinjaman ayah dia sebanyak 30ribu. Tiap2 bulan gaji suami tolak sebnyk 1900.

Suami tak boleh pinjam bank lagi sebab terikat dengan kontrak lagi. Setahun saya diamkn aje. Sekarang saya dah mula berkerja dipetronas. Segala byaran pengasuh 300, susu pempers ank 350 saya yang tngung. Suami kata dia malu nak buat partime. Saya tak tau ape la dugaan sye dapat suami macam ni. Patut tak saya teruskn hidup saya tanpa suami.

Saya dah nasihatkn suami untuk buat partime tetap dia tak nak buat. Ibu mertua suruh saya pulak yang tanggung belanja ank semua. Ada kepatut roktek kereta suami dah tamat tempoh dengan muka tak malu dia suruh saya yang bayar. Kan ank dia sihat boleh carik kerja partime lain. Tak rasa malu ke,

sekarang saya betul2 tak boleh nak tengok muka suami. Bulan ni dah 3 bulan saya tak bgi dia sentuh saya tapi dia marah2. Dia tak tau ke punca saya hilang hormat semua sebab dia. Saya ada bincang dengan dia untuk bercerrai. Tapi dia buat xreti je. Saya betul2 tak boleh tahan dah dah la saya tak ada kedua ibu bapa anak tungal pulak tu.

Sedih sangat rasa tak tau nak luah dengan siapa. Kalau boleh saya tahu mcm mana nak mudahkan tuntutan cerrai ya. Saya betul2 dah tak sanggup dah. SUMBER:KRT.

Anak Mithali Tak Semestinya Suami Mithali. Assalamualaikum Pembaca page yang budiman. Namaku Melur Putih semestinya nama samaran. Cerita ini ringkas sahaja. Aku berpendapatan lagi tinggi dari suami bekerja di sektor swasta. Alhamdulillah pekerjaan tidak terjejas dengan kobid. Suami bekerja di sektor awam sebagai staf sokongan.

2 biji kereta dan rumah aku yang bayar. Suami topup belanja sekolah anak-anak dan bil letrik, jalur lebar, air dan barang dapur. Masalah terbesar rumahtangga aku ialah orang ketiga. Jangan salah faham, orang ketiga tak semestinya perempuan. Orang ketiga ialah keluarga mertua dan ipar duai.

Disebabkan keluarga kami tiada masalah kewangan, keluarga suami mengharapkan anak dia 100%. Bila suami kene support family dia aku kene support family kecil. Tanggungjawab ini menyebabkan gaji bulanan habis dan aku langsung tak mampu nak hantar duit pada mak ayah aku kat kampung. Bila ajak bincang, suami dan mertua menggunakan hukm ISLAM.

Anak perempuan tidak perlu bertanggungjawab pada keluarga. Anak lelaki perlu jaga kebajikan ibubapa dan saudara2 perempuan. Mereka sekeluarga menggunakan AGAMA dengan mempergunakan aku 100%. Ibu mertua cakap aku bekerja atas ihsan suami, jadi aku kene bantu ekonomi keluarga.

Mertua suami isteri tidak bekerja. Adik beradik suami juga tidak bekerja. Ada yang masih bersekolah. Kadang2 aku str3ss kerana gaji habis tiada simpanan. Sedangkan suami boleh menyimpan dan labur pada keluarga. Jika aku minta nak pinjam duit, dia amatla kedekut 100 kali dari Haji Bakhil.

Tapi boleh pula mewahkan ibu bapa dan adik beradik. Bila cakap, macam biasa la. Guna hukm AGAMA. Oh Ya. Mereka sekeluarga bukan la alim pun. Mereka menggunakan agama ikut keselesaan mereka. Yang tidak menguntungkan mereka, mereka tak ikut pun. Solat pun tidak.

Ibu bapa dan adik beradik suami tidak boleh susah. Aku kene berdikari. Sampai sakit demam pun ke hospital sendiri. Pernah aku tak dapat pergi kerja kerana kereta rosak. Suami tak nak hantar kerana dia dah janji nak hantar adik dia ke mana entah. Adik dia tak reti berdikari. Aku kene cuti.

Kadang2 aku terfikir, dia sayang aku atau duit gaji aku sebab aku tak rasa pun kasih sayang tu. Dengan adik beradik dan ibu bapa cakap lemah lembut gemalai. Manja2. Nak makan apa, nak pergi mana semua sponser. Tapi untuk aku dan anak2 kami tidak dilayan sebegitu. Sekarang, aku berkira2 untuk tukar kerja dan pindah tempat lain yang sangat JAUH.

Aku nak jual rumah. Jual 1 biji lagi kereta. Biarlah suami berdikari pula. Biar dia menyewa rumah sendiri atau dia boleh pilih untuk tinggal dengan keluarga dia, jika dia nak berkahwin lain pun aku izinkan. kalau susah, minta la tolong adik beradik. Aku dah tawar hati. Suami yang terlalu sayangkan keluarga sendiri melampau2 memang menyakitkan jiw4 dan hati.

Kita pun tak redha. Jadi, tidak guna kita bersama parasit. Mereka semua par4sit. Mohon semua doakan aku dapat tukar kerja lain dan pindah jauh2 dari suami dan keluarga mertua. Aku dah tak ingin nak tengok mereka semua. Doakan aku murah rezeki. Semoga Allah permudahkan urusan aku. – Melur Putih (Bukan nama sebenar) via IIUMC.

Reaksi warganet.

Sepatutnya makbapak yg kena fikir sblum nk menyusahkan ank2. Sebagai ank susah nak kata tidak bila org tua membuat permintaan nak buat loan.Simpati pada tt,semoga terus tabah dan semoga urusan keluarga kamu dipermudahkan – Uqasah Audrey.

Niela orang kite, mentality tak pernah berubah. Malu nak buat kerja2 sampingan. Jenis takda rasa tanggungjawab. Kalau saya pon, saya akan jadi macam TT nie. Saket hati. Patotnya ketua keluarga la kerja lebih, cari rezeki lebih – Ila Bella Nik Haany.

Org lelaki y bergelar suami.. Kalau dia rasa ade sifat tangungjawab ke ats isteri dan ank2 dia… Kalau dia syg keluarga dia…Dia akan usaha untuk bahagiakan isteri dah ank2…usaha cari kije part time…bukannye bebankan isteri…sbab tu rezeki dia susah sebagai seorg suami.. Sbab dia tak jlankan amanah dia sebagai seorg suami…bebanan semua ats kepala isteri…. Semoga tt tabah…. Dan dipermudahkan urusan – Qayla Sara.

Andai melangkah membuatkn hidup awk n ank2 lebih baik.. lebih baik awk melangkah.. klau nk stay pun dia xberubah tetap selesa dgn kehidupan dia skrg baik awk cari keselesaan awk sendiri je.. simple – Nadia Noraizi.

Sy xlayak nak kata banyak. Apa lg nk sokong sebuah percerraian. Lihatlah dr banyak sudut dan faktor.Timbang tara kebaikan dn keburukan baru buat keputusan. Dlm masa sama xsalah dptkan khidmat nasihat pakar (pejabat agama). Tp igt, org dipejabat agama tu pn manusia.

Dia cuma boleh menasihati bukan membuat keputusan. Keputusan ttp ditangan puan. “sesal dulu pendapatan, sesal kemudian xberguna” – Qyla QyLot.

Kes pencerraian paling tinggi adalah sebab kewangan, tak sanggup hidup ssh sama2, tapi last skali isteri jgk yg ssh, nak kena tanggung ank2 lagi, dapat plk suami enggan bayar nafkah anak selepas bercerrai.. semoga dipermudahkan urusan puan. cuba cek ngn pinjaman ayh suami, sape jadi penjamin – Alya Qushairy.

Kpd semua mertua dan bakal mertua ..tlg lah ye faham.. bila ank2 awk dh kawen jgn nk susahkan kehidupan ank menantu.. beri peluang dorg bina hdup sndri n bahagia… jika ank menantu susah bantu lah… jgn sesekali menyusahkan… ingat tu… pd tt.. carilah bahagia utk diri sndri n jgn sesekali abaikan ank2.. seeloknya mintalah nasihat di pej agama – Lia Illia.

Mcm X logik je loan 30k, bln2 bayo 1.9k, boleh kot bayo lebih rendah..aq rasa ada yg X jujur ni, suami yg kedekut mgg sempet rezekinya..sis yg tbaiknya, doa la senjata utama, Minta petunjuk yg sebaiknya..jgn lari dr masalah, hadapi dgn tenang – Safia Amri.

Saya anak dua. siang kerja lain malam part time buat cuci kereta rumah ke rumah. senang je sebenarnya. bukan malu penyebabnya tapi antara nak dan taknak pilihan atas lakimu sendiri kak… Klw rasa tanggungjawab besar buat je jangan fikir malu ke apa.. Bukan nya kerja part time berb0gel nak malu2 – Muhammad Sharizzad Mahat.

Inilah ujian rumahtangga dan kewangan mmg punca terbesar pencerraian. Selagi puan boleh sabar utk bantu suami, puan buat lah. Bnykkn doa..bnykkn solat sama2..smpai satu masa klau dia nk berubah, alhamdulillah. Tp klau dia dirumah jaga anak2, ringan tulang..xpe buat masa skrg tlg suami dlu.

InsyaAllah rezeki ada dimana mana. Sentiasa ikhlaskn hati. Dan doa semoga rezeki tu sentiasa diberkati. Jgn gaduh2g rezeki xmasuk. Tp andaikata mmg dh xboleh tahan dgn mslh wang ni, mgkin perpisahan yg terbaik – Angeline Jules.

Tuntut fasakh…. jgn dgr ckp org suruh awk bersabar bagai…. diorg xrasa apa yg awk rasa…. dri awk truskan…. awk x bhgia…n boleh memudaratkan diri sndri… org ckp hdup jd janda ni susah… ermmm bg sy… ok je… apa yg susah… Allah yg bg rezeki… ade org ckp…jd janda ni… org pandang h1na…. knp perlu fikir apa org nk h1na… hdup sekali… knp perlu pilih derita kalau bahgia itu pilihan – Mish Boo.

Yang aku nampak di sini.. tt x puas hati sbb tanggung loan tu haa.. dah la gaji ciput ada hati nak tanggung loan org… ni mesti tak ikut pendapat tt masa nak buat loan kan?? kalau aku pon sakit hati.. hantar je balik kilang dia biar kilang dia sama2 rasa tanggung biawak – Syuera Azura.