Tiap2 bulan laki bg 5k utk nafkah. Sbb nk masuk skolh private, aku mint lebihan 3k. Suami hy diam.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dari kisah ini. Assalam dan selamat sejahtera kepada semua pembaca. Min, tolong hide fb aku.

Ceritanya, aku kahwin duda anak dua dalam 5 tahun lepas. Aku sendiri pun janda anak dua, tapi dorang cerrai bkn sebab aku, katanya laki aku lah. Aku dengan ex dia pun macamtu lah, tak pernah pulak kitorang bercakaar, bercakap pun jarang skali.

Laki aku ni sangat ambil berat pasal kebajikan anak2 dia, jangankan nafkah, rumah pun dia bagi kat ex dia. Ex dia tak pernah keje selama diaorang kahwin, sekarang aku dengar dah kahwin baru dah. Hubungan aku ngan anak2 dia baik, dorang hormat aku sebagai isteri baru ayah dorang.

Anyway, so sebab laki aku ni kerja dia asik travel sini satu negara tu negara ni asik pindah randah. So aku tinggalkan anak2 aku ngan mak aku, sebab susah nak uruskan pindah sekolah apa semua since laki aku keje dia tak tetap satu tempat, even still ngan company sama.

Ex laki aku lesap tanpa khabar berita, satu sen pun tak pernah hulur. Aku dgn laki yg sekarang ni takde anak. Laki aku yang ni ok. Aku susah nak keje sebab masalah bahasa kat negara orang kan, pelajaran pun takat spm je, so dialah yg support anak2 aku. Aku tak pernah ambik tahu brapa gaji dia sebulan.

Yang aku tau dia pengarah kat satu company oversea ni, so aku agak byk jugaklah. Yg aku tau company siap bagi elaun rumah condo tiap kali kitorang kena pindah, kereta, travel elaun, international school anak2 dia pun company yg tanggung. Bulan2 pulak laki aku bagi kat aku dlm 5k je mcam tu,

so dgn duit tu lah aku bg kat mak aku dalam 2 ke 3k sebulan, travel, bercuti ngan anak2 ke, then baki aku pakai utk kegunaan aku sendiri. Hal rumah bil2 semua brg2 dapur kereta semua dia sediakan utk aku cukup lengkap. Masalahnya bila anak2 aku masuk tingkatan satu tahun ni.

Aku cadang nak masuk kn diaorang kat international school juga, since aku jauh, susah nak pantau dorang, lagipun dorang nak sangat duduk asrama. Aku tau private school ni mahal, tapi aku dah congak2 duit poket aku yg laki aku bg tu.

Then aku cuma nak dia tambah duit bulanan aku sikit je lg utk cukupkan. Semalam bila aku suara kan niat aku, dia diam. Tak cakap apa2. Hari ni aku tnya lg, boleh ke tambahkan duit bulanan aku dlm 3k camtu, dia cakap nanti lah dia pikirkan.

Dia ckp dia plan nak bersara tahun depan, saving dia dah cukup, saving utk education anak2 pun dia dah plan smpai dorang abis university. Katanya dah penat keje travel sana sini. Dia ckp kalau aku nak masukkan anak aku private school, maknanya dia kena keje lg lah setahun dua,

takut tak cukup saving katanya. Aku terasa g1la bila dia cakap mcm tu, padahal dia punya lah spend kat anak2 dia barang mahal2. Dia sendiri pun tiap2 tahun beli motor besar smpai garaj kitorang dah tak muat smpai nak kena jual motor yg umur tak smpai dua tahun pun dok ikutkan minat g1la dia tu.

Of course dia slalu jgk belikan aku hadiah walaupun aku tak mitak, tp setiap kali aku nak belikn apa2 untuk anak2 aku sndiri aku tak pernah mintak dia. Sebab aku sedar diri, dia tu sekadar bapak tiri je pun, bkn tanggungjawab dia nak kena sediakan semua tu, dia dah sanggup nak bela pun dah cukup baik.

Korang rasa kalau korang kat tempat aku, apa korang buat? Aku malu nak paksa2 dia, tp aku jugak teringin nak bagi yang terbaik untuk anak2 aku. Aku sungguh2 mintak pendapat korang dalam hal ni. Janganlah kecaam aku please. Terima kasih semua.

Part 2. Salam min. Mohon hide profile aku. Rentetan cerita aku pasal yang nak minta suami tambah rm 3k untuk msukkan anak2 aku ke private school tu, ramai yang kec4m aku cakap aku tak sedar diri lah, tamak haloba lah, tak reti bersyukurlah, mcm2 lagi m4kian aku terima.

Ye aku paham, utk yang tak kenal aku, memang akan pikir mcm tu. Sorry panjang sgt sebab aku tak pandai lukis. Utk pengetahuan, aku dah lama tinggalkan anak2 aku kat mak aku. Silap masa muda khwin dengan jantan tak guna lepas tu kena tinggal dengan dua anak.

Aku pindah ke bandar, nak bwk anak2 aku tak mampu byar pengasuh so aku buat dua tiga keje then aku bg semampu aku utk mak aku kt kampung utk jagakan anak2 aku. Aku tau aku ibu yang kej4m,anak yang tak kenang jasa, mak dah bela aku lepastu aku bg dia bela anak2 aku pulak.

Masa tu aku takde pilihan, lagipun adik2 aku semua dah besar so aku ingat ok lah sebulan sekali aku balik jenguk anak2 aku. Then aku kenal laki aku masa dia keje kt Malaysia, dia foreigner. Bila dia masuk islam then kitorang khwin dan pindah negara lain. Ex dia dok Europe masa tu, cerrai sebab ex dia penat nak ke hulu ke hilir angkut pindah randah

sebab keje dia yang tak tetap satu tempat. Dia lelaki, ada duit pulak tu, opkos la dia nak ada bini yang boleh ikut dia kehulu kehilir. Aku pahamlah. Tapi dia ada cakap masa aku setuju nak ikut dia, dia akan tolong aku support apa saja keperluan anak2 aku, if anak2 aku nak apa2 berkaitan sekolah ke apa dia akan bg semampu dia

sebab dia tak boleh nak luangkan masa dengan anak2 aku mcm aku luangkan masa dengan anak2 dia kt sini. So yang bulanan 5k tu, bukan aku mintak pun. Dia tau aku tak boleh keje kalau aku kat negara org nanti, pasal aku tak pandai bahasa dorang. Ni bukan yang English punya speaking,

ni yang bahasa yang aku sndiri pun tak pernah tau wujud sebelum ni. Yang laki aku tu ok lah, company dia international punya, cakap English je. Aku ni nak keje apa kt oversea kalo takat spm je aku ada? Tp dlm tak boleh keje pun, kadang2 kalau ada peluang aku buat part time juga kat restoran ke

kitchen ke kat mana2 area tempat yang kitorang duduk. Buat tmbah duit poket, isi masa lapang. Tp tu pun bergantung juga, sebab English aku pun takde lah lancar sgt, laki aku pun kekadang still baiki grammar aku. Tu yang aku nak sgt anak2 aku kat private school, at least dorang boleh juga borak2 ngan laki aku, sebab sekarang ni stiap kali aku nak jumpa anak2 aku,

aku yang balik Malaysia, sebab anak2 aku tak fasih English lagi nak bawak dorang datang sini lama2. Yer anak2 aku bkn budak pandai pun, sebab tu aku nak dorang skolah kat private tu. Aku nak monitor sendiri pun susah sebab aku dok jauh, balik kmpung pun dua tiga bulan skali. So sekali aku balik tu, spend dua tiga minggu ngan anak2.

Ni musim kobid ni baru skali aku balik tahun ni. Laki aku tak pernah larang sekerap mana aku nak balik, tp aku paham lah, kos travel bkn nya murah. At least better lah dari yang aku keje dulu, sebulan pun dpt balik kmpung sehari dua je sebab keje mcm org g1la nak cari duit. Berbalik pada cite aku, aku pun tau yang company dia support school anak dia,

so aku tak bwk anak2 aku sebab tu lah, tahu nanti school semua kena byar sndiri. Tak sanggup aku nak bebankan dia sebab anak dia pun company byar, takkan angkut anak2 aku then dia yang pegi byar pulak kan. Aku agak mahallah kan skolah swasta kat oversea ni.

Untuk yang cakap aku ni cerita dongeng hidup korang sadis angat ke sampai tak pernah dengar laki orang bagi kat bini dia ribu2 sebulan? Tp kalau kau curious juga nak tau cite aku ni betul2 ke reka2, kau pm lah admin mitak fb aku. Aku izinkan kau kenal aku, tp jangan lah v1ral kn aku pulak.

Takdelah laki aku sempurna g1la pun, ada juga kekurangan dia yang jenis suka argue suka mengarah2 kuat complain sana sini maybe terbawak2 dari keje kan, aku pulak jenis penurut je. Semua dia yang aturkan. Tak pernah aku bantah. Mtk maaflah kalo crita aku mcm novel, takkan aku nak tipu nak bg nampak real pulak.

Spbnarnya kalo tolak travel balik kmpung sana sini, 5k tu brapa lah sgt tinggal. Laki aku bg aku semua tu, dlm ringgit, bukan dollar pun. Dok cakap level kayangan lah lupa daratanlah, so yang level mcm tu takde masalah ke tak boleh luah masalah kat krt ke? Kang aku cakap dia pengarah company mana korang pi search pulak.

Tu belum lagi aku cite pasal mak mertua aku yang sayang g1la kt aku tu, yelah laki aku tu anak tunggal dia. Lagi jahat mulut yang doakan mitak2 aku takkan dpt anak lagi. Aku mitak doa tu janganlah berbalik kat kau. Utk yang komen elok2 dan pikir positif tu, aku doakan hidup korang murah rezeki smpai bila2.

Aku byk kwn yang dlm krt ni, kalo aku cakap laki aku dari negara mana, mesti ada yang dah cam aku. Aku ni pengikut tegar krt juga ni. Yela kat sini keje takde kwn takde so keje aku mengkomen hidup org kat krt lah. Hihi Anyway lepas berhari2 dia dok pikir pasal plan aku msukkan anak aku kt private school, dia dah bg keputusan bersyarat.

Yang aku ni lepas dah kena kec4m mcm dah tak kisah sgt dah. Sedang blajar bersyukur sperti korang nasihatkan tu. Mengucap panjang aku baca komen korang, bitter sgt ni dah kenapa? Dok m4ki2 aku mcm aku ni mitak duit laki korang pulak kan. Laki aku cakap tak salah pun aku nak try minta wlpn bkn hak aku, dapat tak dapat lain cerita.

Tp still dia minta maaf sebab dia mcm tak adil ngan aku, dengan anak2 aku, pdahal aku layan anak2 dia mcm anak sndiri, dan selama aku ngan dia aku bkn kaki shopping mcm pempuan yang dia kenal. Tak pandai aku nak bermewah2. Tak pernah lagi aku mtk dia apa2, semua dia bg sendiri.

Well aku datang dari kampung kot, dah biasa struggle so takdelah tetiba jadi tak sedar diri berlagak mcm org kaya. Netizn biasa je aku, tu yang still dlm krt ni. Psal simpanan korang jangan risaukan aku, laki aku dah ketepikan duit kecemasan siap2 kalau jadi apa2 kat dia, dan aku tak pyh keje sampai tua dah dengan duit pencen dia.

Law dorang kalau suami mti pencen dpt kat wife smpai wife tu mti, wlpun bukan keje gomen. Even bercerrai tanpa anak, dia jugak dah ketepikan duit ihsan utk aku if dua2 nak bercerrai cara baik. Dia ni memang teliti buat bajet, semua aspek dia pikir, smpaikan kucing kitorang pun masuk skali dlm bajet, siap ada insurance ngan passport lagi sebab kitorang slalu kena travel.

So sebab aku ingat private school ni bkn kecemasanlah, tu aku tnya dia dulu, takde nak pakai duit emergency yang dia prepare utk aku tu. Ni klau aku cakap jumlah dia kang, korang cakap aku riak pulak. Ni aku cerita details dah. Kan aku dh cakap laki aku ni sgt bertanggungjwb, even lepas cerai pun ex dia hidup senang lenang goyang kaki.

Anak2 dia? Tak susah, dorang ada maid, aku tau lah sebab anak pempuan dia baik ngn aku. Laki aku ni dulu ada janji lepas dia berenti keje nanti dia nak belikan apartment utk aku kat kl sbagai hadiah sebab aku dah ikut dia merata2 selama 5 tahun ni. So syarat laki aku ni, dia boleh byarkan semua kos private school anak2 aku, tapi dia dah tak boleh belikan apartment yang aku nak tu. Takut lari bajet katanya.

Apapun dia puji aku sebab sanggup beranikan diri minta duit extra utk education anak2, bkn utk beli barang2 mengarut. Kitorang dah ada satu rumah yang dia beli kt negara dia utk settle down nanti, cuma aku nak juga ada harta kt Malaysia sebab tu tanah air aku kot. Aku nak beli sendiri pun, aku tak keje takde slip gaji.

So sekarang ni aku kena pilih antara dua tu lah. Kalau korang jadi aku, apa korang pilih? Ari tu aku mintak pendapat dah kena kecam. Aku ni dahla jenis iyakan cakap orang, tak pandai buat keputusan sndiri, naif, asal kmpung, sekolah pun tak tinggi. Aku pun taktau kenapa laki aku sayang kat aku sgt.

Aku pun sayang dia. Mcm dlm novel kan. Tp tulah, bekas janda. Anak dua lagi. Dah rezeki kot. Ni aku mitak lagi korang bantu aku buat keputusan je, jangan lah kecam lagi. Hmm. Oh ye, lagi satu, wujud je laki camni. Kala kau cari yang dlm ‘pagar’ tak jumpa, kau jenguk lah yang kat luar ‘pagar’. Law dorang takleh kahwin dua tau.

And kalau laki mati ke kena cerai ke, hidup korang still terjamin. Korang cubalah cari nanti. Jangan gi rembat mat Bange la pulak. Nasib baik laki aku takde fb. Hihi
Terima kasih semua.

Reaksi warganet

Tie arif – Tak perlu hantar private school. Sekolah biasa2 pun budak2 boleh pandai English. Anak2 murid saya ramai yang masa di sekolah tak ada lah pandai BI sangat tapi bila dah keluar je ke dunia reality, pandai je. Kalau nak anak pandai cakap BI di sekolah cuba hantar ke sekolah elit mesti pandai cakap BI

sebab mostly anak2 orang kaya ni mmg speaking je di sekolah. Tak pun pilih sekolah elit yang campur macam2 bangsa. InsyaAllah pandai. Pilihlah utk beli rumah sebab itu lebih penting. Selain mudah bila balik sesekali, ianya juga boleh jadi satu pelaburan yang baik.

Intan kitchen – Sape yg ckp cite ni rekaan mmg katak dlm tempurung ler..Otak x berkembang.. Klu saya pilih apartment…uiii harga umh mahal oii skrg..tambah2 yg kat kl ni…fikir panjang..pe2 ko boleh duk apartment ngn anak2 t..or bg anak2 duduk klu diorng dah keje nnti…

x yah la sewa bilik kat kl tu.. Klu nak anak pandai BI,senang je..ko tanya anak2 sapa cikgu Bi diorng kat sekolah…ko wassap tanya boleh x kocikgu tu ajar ank2 ko tusyen BI..klu cikgu tu xdpt, ramai lg boleh..budak2 lpasan U ramai belum keje lagi…cari kt fb area kmpg ko..

kt area aku ni, tusyen Bi pun rm 10 sejam.. ko boleh je byr dlm bajet 5k ko tu…Lg satu, kesian gak kat anak2 ko klu xdpt catch up study kat International School tu… budak2 nya pandai2 sbb otak mix kan..So, pilihlah APARTMENT…Boleh wariskan kat anak2

Aida suzanna – kalau nak masukkan anak ke International school kena start dari darjah
Sebab sillibus dia lain. risau anak ko jadi struggle dan ketinggalan kebelakang. nanti akan buat dia jadi down pulak. lebih baik ko hantar dia class tuisyen English je. contoh kat Cambridge English for life.

pastu kalau nak terror math boleh hantar ke Kumon. nak extra lagi ko hantar dia ke mana2 class art pulak utk buat dia tak bosan. jangan ingat asal hantar anak ke International school je anak akan power English. no laa..