Umur awal 30an, beria mak surh kawen. Berangan nk puck muda. Ini yg Dia hantar buat aku tgamam.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalammualaikum semua. Aku Fa-Rah. Berusia 30an. Seorang perempuan berdikari dan bekerjaya. Kerjaya aku tak lah hebat, cuma bolehla lepas makan minum aku dan mak aku.

Aku banyak baca kebelakangan ni pasal kelebihan tahajud, dhuha, solat hajat dan sebagainya. Kelebihan ini pon berlaku kat aku. Aku tak sangka makbul pula permintaan aku ni. Aku rasa angan-angan aku tu macam angan mat jenin. Takkan terkabul. So aku mulakan sikitlah ye cerita aku ni.

Aku ni asyik kerja, balik rumah dan pergi kerja sahaja. Life aku memang dengan mak aku. Lebih-lebih lagi bila aruwah ayah aku mennggal dalam 3 tahun lepas. Hujung minggu aku akan pergi pasar beli barang dan masak dengan mak aku. Itulah hobi aku. Teman mak aku dan masak.

Aku dengan mak aku, kita tinggal bersama dekat rumah kakak aku. So selain temankan mak aku, hobi satu lagi aku adalah bergaduh dengan kakak aku. Orang kata en3my and bestfriend, orang yang sama. Hahaha.. Istilah boyfriend tak ada dalam hidup aku. Aku pernah bercinta dulu.

Umur 28 bercinta setahun putus. Jarak jauh. Dia pulak keje oil and gas. Makwe keliling mengorat dia. So, banyak pilihan lain. Putus. Lepas tu aku solo lama sampai umur 32. Emak aku da bising lepas tu. Bising sebab kenapa aku tak kahwin lagi. Orang lain semua da beranak pinak.

Kenapa aku boyfriend pon tak ada. Selepas kena ment4l t0rture dengan mak aku pasal kahwin ni. Lama-lama entah macam mana aku berjumpa dengan A. Kemudian putus sebab dia tipu aku. Katanya single, rupanya laki org anak 2. Cantikkan game dia? Lepas tu aku single dalam 8 bulan dan kemudian adalah berkenalan dgn B ni.

Kawan lah aku dengan B ni. Family B tak nak kan aku sebab aku bukan orang selatan senegeri dia. Makanya, putus la lagi. Waktu putus dgn B ni, A kembali lagi. Menaruh harapan. Bagi aku menangguk di air yang keruh je. Nak selamatkan diri daripada A ni, adalah seorang mamat ni.

Dia dah lama cuba nak kawan dengan aku tapi aku rasa tak boleh ngam dengan dia. Namun disebabkan nak lari daripada A, aku terima jelah C ni. Tu pon sebab mak aku suruh. Berkawanlah dengan C. Rupanya C ni penipu aje. Entah macam mana, sikap C berubah time PKP 1.0 tu. Dan juga aku selalu doa,

tunjukkan kalau betul C ni yang terbaik untuk aku. Kalau tak terbaik, bongkarkanlah. Sebab, aku ada banyak benda tak sedap hati dengan dia tapi aku tak tahu apa sebab. Cuma gerak hati. 2 hari sebelum raya, aku dapat tahu dia ada awek lain. Aku jumpa perempuan tu.

Bukan nak gaduh tapi cari kebenaran. Rupanya C ni kaki perempuan. Dia ada makwe sampai 8 – 9 orang. C dapat malu bila aku pecahkan rahsia dia face to face di pagi raya dekat rumah aku (akhir bulan 5 2020) dan keluarga aku jadi saksi. Yang paling aku geram, mengaku bujang padahal duda anak 5.

Tak beragak dia punya menipu tu. Aku puas check purse dia. Tak ada apa mencurigakan cuma C memang takut kalau aku pegang fon dia. Dia memang kalau boleh tak bagi. Rupanya C ada agenda. Nak kikis duit aku. Nasib la selama ni dia tak berjaya. Selepas daripada episod A, B ke C.

Aku macam serik. Taubat. Tak nak dah kahwin ni. Mana taknya. Nak selamatkan diri dari mulut buaya (A) termasuk pulak ke mulut harimau. Nasib baik sempat diselamatkan. Aku rasa aku ni tak berjodohlah. Lagipon aku da 30an. Mana nak cari lagi calon suami yang lebih tua daripada aku?

Kebanyakan dah jadi suami orang. Laki muda daripada aku pon banyaknya dah kahwin. So, aku dah tak fikir pasal jodoh. Aku rasa cukuplah pengalaman aku yang naik serik dengan lelaki ni. Tapi, mak aku tak serik. Dia asyik cakap “Mak tak kira. Mak nak juga kau kahwin tahun 2020 ni,”

Ayat dia tu bergema dalam telinga aku sampai aku terjaga tidur selalu. Dia buat aku str3ss. Aku kadang fikir aku kalau tak kahwin, m4lapetaka sangat ke? Aku cakap kat mak aku. “Tahun 2020 tinggal 6 bulan je lagi mak. Mana nak cari lagi mak. Logiklah mak. Orang tak nak lah main tangkap muat asal kahwin.

Kang esok tak bahagia macam mana? Lagipon orang tak kahwin tak ada susahkan sesiapa pon. Semua orang urus sendiri.” Mak aku diam je bila aku cakap camtu. Akak aku selalu bela aku. Dia pon kadang marah mak aku. Dia cakap kat mak aku. Kalau dibuatnya adik tu kahwin dengan lelaki sebarangan, dia menderita. Baik dia hidup solo.

So, selepas kena game dengan C. Aku macam frust. Aku macam terperanjat sebab tak sangka jumpa lelaki jahat sangat macam ni. Tapi syukur Allah selamatkan aku. Sejak dari tu aku selalu bangun solat malam. Aku buat tahajud tanpa henti. Aku memang rasa serik. Tak nak dah kahwin tapi entah macam mana satu malam tu aku terdetik,

tak baik putus asa dengan rahmat Allah. Jadi malam tu permulaan aku berdoa dalam sujud akhir tahajud. Aku minta Allah temukan aku dengan lelaki yang kacak dan muda daripada aku. Muka ala – ala artis yang aku suka. Macam Chris Hemsworth tu. Alah Thor tulah.

Aku dalam bayangan aku tu dia macam pahlawan lah.. warrior gitu. Sebabnya bayangkan Chris Hemsworth sebagai Thor tu digabungkan dengan artis Malaysia yang aku suka Fahrin Ahmad. Kalau boleh nak yang tinggi tegap. Nak yang kulit sawo matang tak nak putih sangat. Nak yang beragama. Pandai mengaji, pandai solat and etc.

Nak keluarganya pon baik-baik dan sayangkan aku. Bertanggungjawab. Tak beragak aku punya demand tu. Kiranya macam budak-budak beranganlah. Time aku doa tu aku selalu rasa. Alah.. aku ni siapalah yang Allah nk makbulkan doa aku ni. Jadi bila aku doa nak jodoh aku yang macam mana tu,

aku sesaja je doa nak yang taste tinggi – tinggi sebab aku rasa doa aku takdenya nak makbul. Yelah aku ni siapalah. Dosa pon bertingkat – tingkat. Dan aku buat solat tahajud tu dalam sebulan lebih tanpa tinggal walau sehari. Kalau aku tinggalkan sebab datang bulan.

Aku tetap bangun malam dan bermunajat hajat aku tu. Entah macam mana dalam 2 3 minggu selepas tu tanpa dijangka. Aku berjumpa seorang lelaki dekat kedai makan. Namanya Z (bukan nama sebenar). Masa tu dalam awal bulan 8. Masa Raya Haji. Kali pertama jumpa aku cuci mata. Duduk berdepan kan.

Dia punya dup dap dup dap tu… Orangnya memang jaw dropping lah.. Kalau berlakon watak hero cerita pon memang boleh sebab memang handsome.. Hahaha.. Ni mata aku lah. By the way, dia lebih muda daripada aku 6 tahun. Tak sangka dia pon pandang aku. Kami berkenalan.

3 hari kemudian aku jumpa family dia. Seminggu lepas tu dia jumpa family aku. Hujung bulannya, dia tanya aku “Boleh tak kalau dia nak datang merisik aku.” Aku macam bior betul mamat ni. Laju betul. Nak merisik tu dia contact sendiri mak aku. Dia datang jumpa depan – depan.

Abang-abang aku semua dia whatsapp bagitahu dia nak masuk merisik. Nak minta izin abang – abang aku. Abang aku yang kedua kebetulan datang umah kakak aku time tu. Nak ziarah mak aku. Dia jumpa abang aku yang kedua tu buat pertama kalinyalah. Terus cakap nak merisik.

Abang aku balik rumah membawang dengan akak ipar aku dengan anak buah aku. Anak buah aku siap whatsapp aku. “Mokcu, papa kata mokcu da ada pakwe. Papa kata handsome.” Kembang kuncup hidung aku time tu. Panas kejaplah berita tu. Selepas dah merisik, kami bincang. Percepatkan. Jadi kami nikah 3 bulan selepas aku dirisik.

Dalam masa berkenalan (tempoh dari berkenalan sampai kahwin tu), aku tak sangka dia sememangnya pendekar. Dia memang pandai bersilat. Bab agama, alhamdulillah baik. Solat jarang tinggal. Dia menulis dekat buku pon tulis jawi. Aku kadang-kadang naik berpusing nak mengeja jawi tu.

Nampak sangat aku buta jawi. Dia memang selalu diminta baca tahlil, baca doa selamat, khatam quran, etc. Mak bapa dia pon ustaz dan ustazah. Aku ni jelah yang bukan macam tu. Segan pon ada juga. Cita-cita mak aku nak tengok aku berkahwin tahun 2020 tercapai.

Dan hajat aku yang aku minta dengan Allah swt tu makbul. Apa yang aku minta tu aku memang dapat. Aku sungguh tak sangka. Sebab aku doa tu macam budak-budak berangan yang kita rasa tak mungkin terkabul. Tapi itulah kebesaran Allah. Dikabulkannya doa aku. Syukur ya Allah.

Selepas da kahwin ni, kami masih proses berkenalan. Memahami antara satu sama lain. Lebih pada bercinta selepas kahwin sebab perkenalan sebelum kahwin tak lama. Dalam 4 bulan setengah aje. Alhamdulillah, buat masa ni dia baik. Bertanggungjawab. Aku tak sihat dia jaga aku dengan elok. Jadi kawan-kawan. Nasihat aku adalah,

jangan berputus asa dengan rahmat Allah swt dan banyakkan berdoa dan jika boleh bangunlah solat malam dan buatlah solat hajat. Selalulah berlapang dada, redha dan yakin dengan rahmat Allah. Doakan jodoh aku dengan suami aku Z ni kekal hingga ke syurga. Sekian, terima kasih. – Fa-Rah (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Arif penawar – Apa2 nak mintak doa kat Allah tu mintak sungguh2. Kalau ko mintak main2 maka apa yg ko mintak tu, apa yg ko akan dapat. Lagi satu aku x suka perangai mak ko yg suka push2 tu kawin tu. Bab jodoh ni bkn blh main2.

Kalut kenapa? Takut org mengata belakang?. Bila ko buat keputusan terburu-buru maka hasil ko dapat tu selalunya x panas sampai ke petang. Sekadar peringatan bersama. Allahu A’lam.

Ikhlas hati – Alhamdulillah…klu aruwah mak masih hidup..mesti mak aq tanye mcm nie jgk..same mcm aruwah tanye akak dulu..pening akak aq..yelah..tak minat couple..tetiber disuruh kawin..alhamdulillah..dikurniakan abg ipar yg baik..

aruwah mak ckp..cari yg macam abg ipar..aq ingat nk klon jew abg ipar aq tu.. haha.. doakan sy juge dikurniekan jodoh yg baik.. dan makin dekat dgn allah.

Emam ismail – Alhamdulillah… Tt dah pilih jalan yang betul untuk bangun malam dan qiam. Teruskan amalan itu sehingga ke akhir hayat. Selepas ni pun tetap akan ada juga ujian,

tetapi ujian itu adalah untuk meningkatkan darjat ketakwaan tt sehingga tt benar2 faham maksud diri dihantar ke dunia ini. Semoga kekal bahagia dan kekal mengusahakan ikhlas dalam amal.

Sumber iium