“Istri boleh cari, tp mak hy seorg nie je”. Abg ttekan mak. Kereta servis semua bini byrkn. Simpanan hj pun bini msukkn. Abg malu mak.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Selalu aku dengar mak aku cakap mak ada satu saja tapi isteri boleh cari ganti. Perkara ni disebut bila mak tak puas hati dengan isteri aku.

Betul mak, ikatan drah antara mak dengan anak takkan terputus sampai akhir h4yat. Tapi mak, tak bermakna isteri yang abang lafazkan akad, bila tak sempurna mak nak abang buang macam kertas buruk mak? Senang saja mak tuduh abang asyik dengar cakap bini. Bini apa mak? Dia isteri abang mak.

Perkataan bini tu pon tak sanggup abang nak sebut. Bunyi macam bawah dari kuli. Wanita yang mak k3ji tu, yang mak benci tu, isteri abang mak. Ibu kepada anak-anak abang, cucu mak. Isteri abang yang selalu hulur abang duit bila tak cukup duit bila mak minta.

Isteri abang yang banyak mengalah demi tunaikan permintaan mak. Isteri abang mengalah mak. Takkan abang nak dengar cakap isteri jiran sebelah mak? Mesti abang kena dengar pendapat, cadangan, usul isteri abang sendiri. Dia kan pasangan hidup abang.

Macam mak, ayah sentiasa sokong apa yang mak usulkan. Sama saja kan macam tu, ayah dengar cakap isteri dia juga kan mak???? Isteri ayah tu mak abang kan? Mak kata isteri abang b0mhkan abang sebab tu abang asyik ikut cakap dia kan? Abis takkan ayah tu pon kena b0mh dengan mak sebab abang asyik nampak ayah ikut saja cakap mak.

Kalau bantah mak mengam0k kan? Kan mak? Betul Mak wajib abang taat, tapi mak berdosa kalau abang aniaya isteri sendiri. Esok dekat akhirat abang ditanya mak. Kenapa mak selalu buat abang terselit? Serba salah? Nasib abang baik, sebab isteri abang dia mengalah demi sayangkan abang.

Dia tanak abang ters3ksa. Dua-dua penting dan wajib di utamakan. Mak ke, isteri ke, orang yang penting dalam hidup abang. Mak nak apa mak? Mak nak abang berpisah dengan isteri abang ke mak???? Mak nak abang kepit bawah ketiak mak saja ke???

Kusut la mak bila mak hari-hari call semata nak cerita buruk isteri abang. Lama-lama abang em0si juga bila mak kata isteri abang macam-macam. Abang takde m00d nak bercakap dengan semua orang. Abang str3ss. Abang jadi m00dy mak. Tempias kena dekat keluarga abang.

Kadang abang rasa semua orang sengaja nak sakitkan hati abang. Mak kata isteri abang kikis harta abang. Tu yang mak nampak. Abang kasi mak duit belanja tiap-tiap bulan. Mak bising tak cukup. Sebulan Rm600 mak minta. Abang bagi. Adik-adik abang hulur.

Nak puasa lebih abang bagi. Nak raya abang bagi peruntukkan raya. Mak tau duit kereta abang, isteri abang tolong bayarkan. Servis kereta, tayar kereta pat biji tu isteri abang tukarkan. Road tax kereta dia tolong bayarkan. Abang yang kikis duit gaji isteri abang mak. Malulah. Duit abang tak cukup.

Kot ye pun abang bagi duit dekat isteri abang, janganlah mak pertikaikan. Barang kemas isteri abang ada dekat ar rahnu tu mak. Kerja keluar masuk je. Bukan abang belikan pun. Isteri abang beli sendiri. Isteri abang beli sebentuk cincin guna duit bonus sendiri pun mak ngam0k.

Tohmah isteri abang macam-macam. Kikis harta anak mak konon. Mak tahu tak, sebelum ni. Isteri abang kongsi dengan abang yang mak selalu marah dia. Abang tak percaya. Sehinggalah suatu hari isteri abang tunjukkan bukti rakaman perbualan antara mak dengan isteri abang.

Sedih abang mak. Mak guna perkataan mak tak redha kami berkahwin tu. Mak kata isteri abang macam-macam. Depan abang, mak lembut saja kata-kata. Tapi abang ni anak mak. Abang ada hak ke nak marah mak?? Dosakan mak? Isteri abang menangis mak, dia tahu mak tak suka dia. Mak benci dia.

Mak cakap buruk dia. Sampai dia minta abang tukar tempat kerja dok dengan mak. Biarlah dia pjj dengan abang. Sampai dia tolak bila abang bagi dia nafkah, dia minta abang bagi dekat mak. Sebab dia tak nak mak berkata-kata. Isteri tu amanah Allah mak.

Abang tetap bagi dekat isteri abang, nafkah bulanan isteri. Tak banyak mak. Nilai segram emas ikut pasaran masa kini. Diam-diam dia masukkan duit nafkah abang bagi tu dalam akaun tabung haji mak. Yang mak ingat anak-anak mak sumbang tu.

Pada hal menantu yang mak selalu keji tu yang sumbangkan. Kesian dia mak, kesian isteri abang mak. Dia nak beli apa-apa pun dia fikir banyak kali. Sebab dia pentingkan keperluan keluarga kami mak. Dah pegang letak balik. Pegang letak balik. Abang perhati je. Abang belikan, dia senyum lebar mak.

Abang nangis malam-malam atas tikar sejadah. Ya Allah ampunkanlah dosaku Ya Allah. Ampunkanlah dosa ibu bapa ku Ya Allah. Ampunkanlah dosa isteriku Ya Allah. Permudahkanlah kehidupan kami Ya Allah. Limpahkanlah kurnia kasih sayangMu dalam keluarga kami Ya Allah. Abang tahu, jasa mak besarkan abang memang abang tak mampu nak balas.

Tapi mak, mak kena faham. Anak mak ni ada tanggungjawab pada keluarga kecil abang mak. Makan, minum, pakai, keselamatan anak isteri tanggungjawab abang mak. Elok la PKP ni, bagi ruang dan masa untuk kita semua bertenang. Abang tak pernah lupakan jasa baik mak dan ayah. Hari-hari abang call tanya khabar. Abang str3ss mak, str3ss. – Brader John (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Lyana ramli – Allah hebatnya dugaan ni dan semua orang ada ujian masing2. Ada dua solusi, pertama terus terang dengan mak, cerita semua peng0rbanan menantu yg dia benci, cerita semua yg bro confess ni, semoga dgn penerangan tu lembutkan hati mak

Solusi kedua, ramai commenter lain suruh diam ja, sabar, tapi kalau diam lama2 wife makan hati lama2 rumahtangga pun hancur, nauzubillahiminzalik. Semoga ada jalan keluar, semoga bro n wife kuat ya, semoga pengakiran yg baik2 utk dua2 pihak.

Tolong jaga wanita yg bro pilih utk jadi isteri tu baik2, dia dah k0rbankan perasaan, kasih sayang dia, dan mungkin segala2nya yg dia ada utk tak bagi bro jd anak derh4ka.

Mas azura – macam boleh paham isi hati TT kan.. Doa byk2 okay moga dilembutkan hati ibu. Dulu saya menantu yg byk mkn hati juga. Dia buat semua tu spt dia rasa tercabar anak dia sayang perempuan lain selain dia, tp saya mmg sabar, tabah, bile sedih menangis masa mandi..

Tp lepas perkahwinan yg ke 5 thn, slowly masing2 paham keadaan masing2. Bila dh 10thn lagi much better, skrg ni dah 18th kami kahwin, mak mertua saya akan refer apa2 dekat saya dah utk apa2 keputusan semua benda. Kalau nak ajak kami pergi kenduri temankan dia dgn abah pun dia akan bgtau saya suh ajak anak dia skli..hahahha.

Dan kalau suami saya xdpt pergi, saya yg akan bwk mrk. Nak dpt ni, mengambil masa awk.. hrp awk n isteri boleh sabar. Insyallah yg baik2 akan dtg. Knp saya boleh sabar, kerana suami saya sentiasa menyokong n support saya bila saya diser4ng dgn bermacam2 peluru.. So TT pun kene buat mcm tu ok.

Syadatina hekmah – Bergenang air mata baca confession bro ni. Dah sampai masa kau kena berterus terang dgn mak kau. Bgtahu je kau x mampu nk bg byk. X jatuh eg0 bila berterus terang. Biar malu di dunia, jgn dibentangkan satu per satu di akhirat. Risau ada secalit rasa x redha di hati isteri, kau yg kena nanti.

Bgtahu mak, kereta sume isteri yg byr. Dah smpai masa kau kena bayar semua tu. Anak2 mak kau ramai lagi kan. Kenapa kena berabis byk dkt kau sorg? Tgk balik turutan nafkah baru bg dekat mak tu. Aku bkn deny hak mak kau tu, tp kena ukur baju family sendiri duly.

Sumber iium