“Dilema bila xkawen lg”. Salah aku ke xkawen lg. Bila kenduri aku mals nak pergi. Kadg2 kwn baik sndiri pun xfaham.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualakum semua. Okay, nama aku Aireen berusia lewat 30an mempunyai kerjaya, Master holder dan belum berkahwin. Aku just nak cakap sesuatu saja dekat masyarakat kita ini tentang pandangan mereka terhadap orang2 yang belum berkahwin.

Usia sudah lewat tetapi belum berkahwin? Adakah ianya salah? Adakah bila berkahwin itu kita dah mencapai puncak kejayaan dalam hidup? Aku selalu terkena dengan mak cik-mak cik bawang and also kawan-kawan yang tak memahami situasi orang perempuan yang belum berkahwin. Aku ringkaskan cerita. Aku ada dua orang kawan baik.

Kami berkawan sejak di zaman sekolah lagi dan dedua dah berkahwin. Yang seorang itu (B) baru saja berkahwin tahun lepas semasa kohid laa and yang seorang itu (D) dah dikira agak lama jugak berkahwin dalam 3 ke 4 tahun dah aku pon lupa. So before B berkahwin kami selalu lepak and keluar sama macam bestfriend yang lain jugak.

Bila Keluar, cerita about life and so on. Bila B dah berkahwin ada sekali sahaja after B berkahwin kami bertiga berjumpa. Pergi makan macam biasa then bercerita. Apa yang aku perasan kali ini is, dunia aku dan mereka dah berbeza. Cerita juga berbeza. Bila B dan D bercerita tentang rumahtangga,

tentang hubungan suami isteri, tentang mertua dan ipar duai, aku hanya terdiam. Yer laaa. Aku nak cerita apa weyh? Aku nak share pasal apa weyh? Aku tak ada suami, mertua and ipar duai lagi nak diceritakan. So sepanjang itu aku banyak diam and minum-minum air aku saja untuk hilangkan rasa kekok.

Then tetiba D macam perasan aku diam dia terus cakap dekat aku, “Aireen kami tunggu kau lagi ini masuk cerita dengan kami. Kau tunggu apa lagi? Semua sudah ada. kahwin laaa. Usia sudah berapa? Nanti boleh share cerita macam kami” Aku jadi sentap g1la-g1la masa tu. Sumpah aku terasa hati dengan ayat te.

Kau kawan baik aku kot boleh cakap macam itu. Selama ini aku tak anggap serius sangat bab kahwin ini tah kenapa masa D cakap macam itu aku terasa hati. Yer laa aku faham niat dia baik tapi cuba faham keadaan. Rezeki kita tak sama. Allah bagi kau kelebihan untuk merasai manisnya berumahtangga awal sedangkan aku tidak.

Nak kahwin apa kalau boyfren pun takdok HAHA. Masa itu aku tak tahu nak jawab apa aku just senyum and sengih. Then B pula. Aku dengan B selalu wasap share macam-macam benda. So satu hari itu B share ada seorang kawan sekolah kitaorang kahwin. So dia share gambar dekat aku then aku balas alhamdulillah.

Sampai sudah jodoh dia. Then dia cakap dekat aku. “Kannn? Syukur laaa kan semua sudah kahwin” Eh hello kau tengah cakap dekat orang tak kahwin lagi ini. Kalau korang terasa tak? Then aku senyap jugak. Actually takde benda pun ini. Tengok on p0sitive site saja tapi boleh fikir sendiri kan bila cakap hang cakap macam itu dekat orang belum kahwin.

Kawan kau ini tak kahwin lagi kot tapi kau cakap semua dah kahwin?? Itu dari segi kawan baik. Tak masuk lagi dari segi mak cik-mak cik. Mak cik sendiri boleh cakap depan-depan tau. Ada lah satu hari ini mak cik aku datang rumah. Masa itu anak dia baru lepas kahwin so dia datang untuk pulangkan semula barang-barang mak aku yang dia gunakan masa kenduri anak dia.

So bila aku turun dari bilik ke ruang tamu dia terus cakap, “haa ini lagi sorang ini bila tah nak kahwin. Dah tua itu” Ya Allah. Tahu laaa anak kau baru saja kahwin jangan lah nak condemn orang yang tak kahwin lagi. Dari situ aku tak pernah dah pergi mana-mana majlis kenduri apa pun keluarga aku terutamanya kenduri kahwin sepupu sendiri.

Aku dah macam tak boleh nak hadam ayat-ayat m4ut itu. Bila ada majlis-majlis aku akan buat alasan sakit. Siap pegi klinik and buat story dekat whtsapp and ig so diorang tahu aku betul-betul s4kit HAHAHAHA aku dah macam tak boleh nak terima semua itu weyh. S4kittt sangattt.

Tak semua ayat aku terasa hati just cara penyampaian itu dan cara penerimaan aku lah. Sebabnya, ada satu hari aku balik kampung and petang itu cerita-cerita dengan mak cik aku pasal kahwin. Mak cik aku cakap dengan nada yang lembut “kami mahu kamu kahwin bukan sebab apa-apa pun. Cumanya bila kami sudah tiada nanti ada yang jaga kamu.

Sampai bila kami boleh jaga kamu?” Mak cik aku cakap macam ini aku boleh terima dengan hati terbuka weyh. Aku boleh fikir dari sisi baiknya ada betul mak cik aku cakap. Takde pun nak hurt feeling santai jer. Tapi aku rasa ini disebabkan faktor persamaaan jugak kot. Sebab mak cik aku ini ada anak sebaya dengan aku dan belum berkahwin jugak.

So dia faham situasi laa kot. Sama jugak dengan kawan-kawan. Bila aku share benda macam ini dekat kawan yang senasib dengan aku, diorang akan cakap weyh pemikiran kita sama laaa. Sebab apa? Sebab situasi yang sama. Dulu, aku anggap benda ini macam biasa. Siap aku pernah cakap alaaa orang tanya bila nak kahwin saja pun.

Tapi seiring pertambahan usia ini dia dah jadi benda yang paling terkesan dalam hati. Disebabkan kejadian-kejadian ini aku siap simpan dalam hati, “InshaAllah kalau satu hari nanti aku ada rezeki berkahwin, aku tak upload dekat mana-mana pun sebab aku nak jaga hati dan perasaan kawan-kawan yang tak berkahwin lagi”

Yer laaa kadang tengok gambar orang pun kita dah jadi macam halaaa bilaa laa turn aku pula? Rasa syukur itu dah takda dekat situ. Doakan aku semoga niat aku itu tercapai and sy4itan tak ganggu. Sebab aku nak menjaga “Hablum minallah, Hablum Minannas” Nak jaga hubungan dengan manusia itu agar tak ada peny4kit ain bila tengok gambar-gambar atau video-video kebahagiaan.

Percayalah, macamana pun sekecil-kecil zarah mesti ada perasaan iri hati jugak. So, untuk mak cik-mak cik bawang. Hormatilah dan kalau boleh kawallah mulut anda daripada soalan-soalan yang tak sepatutnya. Kita tak tahu apa yang sedang dilalui oleh mereka. Dalam hati itu cukup terguris. Kalaulah jodoh itu macam beli barang dekat shopee or lazada, kalah anak-anak engkau mak cik.

Aku dah kahwin dulu dah. Haaaa macam itu laaa perasaan dia. Kitaorang ini bukan tak nak berkahwin cumanya rezeki itu tak sampai lagi. Kepada kawan-kawan, tak kisahlah engkau kawan baik ke kawan biasa ke kawan apa pun lah, korang hormati jugaklah perasaan kawan korang. Banyak mendengar masalah dia.

Cuba fahami situasi dia bukan malah memaksa. Selepas engkau dah berkahwin, kawan dia makin berkurang. So cuba letak diri itu seketika ditempat kawan engkau. Try to feel them. Mesti engkau pun tak sanggup nak fikir apa lagi laluinya. Kawal percakapan itu dan jangan menyakitinya. Sebab orang-orang yang tak sampai jodoh lagi ini akan mengalami depr3si jugak.

Last sekali, untuk mereka yang senasib dengan aku, jangan bersedih Allah bersama kita. Sekarang Allah tengah menguji kita untuk melihat selama mana kita mampu bersabar dan bertahan dengan ujian ini. Pegang pada janji Allah setiap ujian pasti ada hikmah dan penawarnya. Selain bersabar, kita perlu bersyukur.

Bersyukur kita masih bujang dan masih terus dapat berbakti kepada kedua orang tua kita. Allah beri kita masa yang panjang untuk bersama dengan orang tua kita. Selain itu, kenapa aku cakap bersyukur? Sebab ada satu kejadian (maaf sambung cerita sikit), aku ada seorang kawan bukan lah kawan baik sangat tapi kawan lah. Dia dah berkahwin and berkerja.

Ada satu hari dia cakap dekat aku dia rindu zaman bujang dia sebab dia rindu nak “me time” yer lah kalau bujang balik kerja boleh santai sendiri. Bila dah berkahwin, balik kerja kena layan suami and tak ada masa untuk diri sendiri. So dia rindu zaman bujang. Sebab itu aku kata kita perlu bersyukur.

Kita nakkkkk sangat-sangat berada disituasi orang yang dah berkahwin tapi mereka pula sebaliknya. Allah sayang orang yang bersabar. Masuk bulan ramadan, bulan yang penuh dengan keberkatan dan doa diterima, mintalah dengan Allah. Allah maha baik. Itu sahaja confession dari aku. Semoga penulisan aku mendapat menfaat dan iktibar untuk semua. – Aireen (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Nwurieka zainal – Positif jee TT.. Saya kalau ada yg tanya saya suka jawab “doakan saya jugak”.. antara doa2 yg dimakbulkan adalah doa seorang muslim ke atas muslim yg lain.. kita tak tauu mungkin ada antara doa sedara mara atau makcik2 yg termakbul. Satu lagi kalau pergi kenduri atau nampak gambar kawan2 kawen

saya suka cakap pada diri saya “in sha ALLAH akan sampai giliran aku pulak”. Berkata2 yg baik adalah satu doa.. ALLAH mengikut sangkaan hamba2 NYA. By the way saya juga belum berkawen. Doakan saya juga yaa semoga dipermudahkan bertemu jodoh dan berkawen.

Salwana othman – Orang yang dok kata kahwin supaya orang boleh jaga kita bila sakit ni tak fikir yang dalam dunia ni ada banyak kemungkinan dan perancangan kita tak seperti apa yang Allah tentukan. Boleh jadi kita tak kahwin, tapi Allah bagi kesihatan dan sumber rezeki supaya kita tak menyusahkan orang lain.

Memang betul kalau ada pasangan, pasangan tu boleh jaga kita masa kita sakit, tapi possible je pasangan kita tu tetiba tak boleh nak berada di samping kita masa kita betul-betul memerlukan dia. Kesimpulannya, nak kahwin ni kena ada niat yang betul. Orang yang belum kahwin ni dia tak bahagia sangat, tak miserable sangat.

Macam dok in the middle. Kalau dapat pasangan yang membahagiakan, memang betul la perkahwinan itu membahagiakan. Kalau dapat pasangan yang menyusahkan, perkahwinan tu dah jadi macam beban. Walau apapun, kita kena niat dan usaha nak kahwin. Dapat pasangan yang baik atau tak, itu ialah ujian.

Yang penting, kita jangan putus doa kat Allah supaya Allah hadirkan pasangan yang baik dan membahagiakan. Kalau orang buat statement cakap asal tak kahwin, mintak la orang tu tolong doakan jodoh yang baik untuk kita instead of bagi jawapan buat tarbiyah sentap. Dengan cara itu, hati kita lebih tenang dan mana tau doa orang tu termakbul ke.

Nur hasliza – Saya umur 38 tahun ni & tak kahwin jugak. Saya rasa mak cik2 bawang dah krg busy body hal kahwin ni dgn saya bila umur saya 35 & ke atas. Bosan dah kot tanya soalan sama je. Setiap orang rezeki & nasib nya tak sama. Part mak cik bawang kata bila sakit takde orang jaga tu saya tak setuju.

Sebab nya saya seorang pesakit & antara sebab saya berat hati jgk nak cari jodoh sebab sakit saya jgk antara sebabnya. Kalau kahwin, ada pulak rezeki anak, jadi apa2 kt saya, kesian pulak anak saya tu besar takde mak…kalau saya kahwin, tetiba sakit saya jadi lebih kr0nik drp skrg, sanggup ke suami saya tu jaga saya sekurang2 nya mcm Ayah saya pernah jaga saya .

Antara sebab saya malas nak pikir pasal jodoh, kalau ada tu adalah. Takde pun takpe, saya nikmati je hidup saya yg masih berbaki ni dgn gembira. Alhamdulilah saya masih ada Ibu Bapa & anak2 buah untuk tumpang kasih. Confessor jgn pikir sangat apa org nak kata, lagi kita fikir lagi str3ss. Appreciate & enjoy your life to the fullest.

Sumber Iium