“Salahkah aku dilahirkn perempuan”. Bila ayah bduit, smua cucu2 dia merasa. Tp bila aku balik, rm10 pun xhulur.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum.. Memandangkan esok aku ambil cuti atas urusan kesihatan, jadi malam ni, aku rasa sedikit lapang untuk menulis sesuatu sebagai tatapan buat kalian.

Andai ada kandungan yang positif, ambillah sebagai teladan. Jika sebaliknya, jadikanlah sebagai iktibar. Sekian lama tidak menulis, maaf andai kandungan cerita ini sedikit berkecamuk. Anak anak ke 5 dari 6 orang adik beradik. 4 lelaki, 2 orang perempuan. Akulah anak perempuan sulung itu.

Ibu mennggal dunia hampir 5 tahun yang lalu. Ayah tidak berkahwin semula selepas itu hinggalah ke saat ini. Alhamdulillah, dalam 6 orang adik beradikku, 4 daripadanya bekerjaya. Adikku seorang suri rumah tangga. Lagi seorang? Haaa, nanti aku cerita. Rezekiku juga, dalam keluarga, akulah yang paling senang. Kakitangan kerajaan gred 44.

Selama ini, apa pun yang terjadi melibatkan wang ringgit dalam keluarga, aku tidak pernah kecil hati mahupun berkira, aku ikhlas seikhlas-ikhlasnya. Namun, peristiwa beberapa bulan lalu benar-benar mer0bek hati kecil aku. Aku sendiri seorang isteri bekerjaya awal 30an dengan anak 4 orang yang rapat-rapat usianya, yang sulung baru 6 tahun.

Aku dan suami sebaya, suami juga kakitangan kerajaan gred 44. Sungguh, hidup kami tidak pernah mewah lantaran banyak komitmen kewangan yang perlu diselesaikan. Komitmen bulanan 2 buah rumah, satu rumah kecil yang kami diami sekarang, satu lagi kami beli di kampung, rumah yang agak selesa dengan niat untuk menetap di sana. Kereta 2 buah.

Aku dan suami masing-masing punya pinjaman peribadi. Selebihnya dihabiskan untuk zuriat yang Allah kurniakan pada kami, Alhamdulillah. Sebenarnya, aku dan suami tak pernah jemu mencari rezeki, suami sendiri buat kelas tuisyen 4 hari seminggu, 2 jam setiap sesi, dapatlah bayaran dalam RM800 sebulan.

Dengan wang itulah, suami selalu berbelanja untuk kami bergembira di hujung minggu, makan bersama, jalan-jalan. Aku sendiri ada buat jualan makanan kecil-kecilan. Tak banyak pun dapat, sebab serius tak da masa sangat, mana dengan kerja hakiki, mana dengan urusan anak-anak kecil. Tetapi sekurang-kurangnya, kami suami isteri berusaha untuk hidup senang dan menyenangkan orang di sekeliling kami. Penat?

Tunggu lagi tak penat, kau orang bayangkan, siang dah kerja sampai lewat petang, malam kau keluar lagi pergi cari duit. Suami aku balik malam memang berdengkur tidur dia, dan aku tahu, dia letih! Sabar suamiku, Allah sayang orang yang berusaha. Al kisahnya disini bukanlah perihal aku dan suami tetapi perihal keluargaku di kampung.

Ayahku merupakan seorang ketua keluarga yang merajakan anak lelaki. Anak perempuan sungguh ibarat hamba. Dalam 6 orang anak ayah semuanya, kenapa aku saja yang kena hulur belanja bulanan pada ayah? Walhal adik beradik yang lain tak ada la sesusah mana. Gaji boleh tahan juga, kereta besar-besar juga. Ayah selalu bagi alasan, anak lelaki, jangan dikacau.

Banyak nak pakai duit. Habis aku? Tak da tanggungan? Ayah yang didik anak-anak lelaki ayah macam raja. Anak perempuan ibarat hamba, semua benda kena buat. Aku tanggung kos renovate rumah loan bank RM20 ribu, aku tanggung hutang kereta yang ayah suruh beli guna loan nama aku RM400, aku bagi belanja bulanan RM500 sebulan sebab hanya itu yang aku mampu buat masa sekarang.

Total bulanan untuk ayah saja RM1300 sebulan. Dan ayah asyik merungut belanja bulanan tidak cukup. Allahhuakbar, aku tersangat lah sedih. Walhal aku punya 5 orang lagi adik beradik yang lain. RM50 pun tak boleh hulur? Semua mengharapkan aku. Alasan? Aku laki bini gaji tinggi, dua2 orang gred 44. Tolonglah.

Hidup di bandar, asal langkah keluar pintu rumah, semua perlukan duit. Kau orang ada yang hidup rumah tinggalan mertua, bulanan pun tak payah bayar. Aku bulanan untuk 2 buah rumah saja dah RM3700. Ayah sendiri ada income yang lain kurang lebih RM800 sebulan. Rumah kampung tiada hutang, loan bank pun tak da. Kenapa masih tak cukup.

Sedangkan aku hidup di bandar dengan suami dan 4 orang anak kami begitu mencatu perbelanjaan harian. Sedih sangat. Wahai adik-beradik sekalian, tolonglah. Hentikan sikap membuli kau orang. RM50 saja sebulan, tak kan itu pun tak boleh? Punca ayah selalu tak cukup duit adalah abang aku yang menganggur.

Hebat, kami laki bini siang malam kerja, anak-anak kadang tak sempat cara pun. Dia sedap2 goyang kaki di rumah. Kerja 6 bulan, cuti 2 tahun. Kerja 2 tahun, cuti 2 tahun. Serius aku penat. Kalau setakat ayah sorang. Cukup aja duit belanja dia tu. Ni nak kena tanggung sorang biawak hidup dalam rumah yang hanya tahu makan tidur saja.

Pagi2 ayah memang akan beli nasi bungkus special untuk anak lelaki dia tu. Setiap pagi ok. Tengah hari abang aku bangun, makan. Nanti lewat sikit ayah keluar lagi beli lauk-lauk, nasi putih masak, air bungkus, kira makanan hingga malam. Abang aku serius bukan jenis kurus kering makan sikit2 tu.

Jenis berisi makan melantak tak ingat orang lain. Jenuh ayah aku atur menu hari-hari. Punya seorang lelaki merajakan anak lelakinya. Aku dengan adik beradik lain memang tak bercakap langsung dah dengan abang aku si penganggur tu, sebab dulu penah salah sorang dari kami tegur, dan dia tak balik kampung 5 tahun.

Yaaa, 5 tahun gaissss. Ingatkan dah m4ti. Last-last muncul 1 mesej masuk fon, minta masukkan duit dia nak buat tambang balik kampung. Masa ni teruk juga la em0si ayah aku nak hadap orang kampung yang kepoh asyik menanya mana anak jantan tak guna tu pergi. Orang tua-tua, lama-lama hadap soalan sama, koyak juga la.

Ni dah balik kampung, ayah larang sesiapa sound anak dia yang tu lagi. Pergh. Tolong para suami sekalian, jangan jadi macam ayah aku. Walaupun dia ayah aku, aku sendiri sedih dengan cara dia. Inikah cara ayah mendidik anak? Penyudahnya, ayah aku sendiri jadi ibarat kuli anak lelakinya sendiri.

Kemuncak hati aku member0ntak yang membawa kepada hilangnya rasa ikhlas dalam hati aku bilamana tahun lalu, ayah aku mendapat sedikit wang pampasan dari tanah yang diambil untuk dibuat jalan. Dalam RM45k macam tu dia dapat. Aku dapat tahu, ayah bagi RM5000 pada adikku sebab dia tak bekerja.

saja nak bagi anak yang tu pegang duit lebih sikit. RM5000 tu termasuk RM1000 untuk setiap 3 orang cucunya. Wahhhh, banyak cucu dia yang ni dapat, sorang RM1000. Untuk cucu-cucu yang lain, maksudnya anak abang-abang aku, dia hulur sorang RM500. Dalam hati aku berkata, baiknya ayah, ingat juga pada cucu-cucu dia.

Lama lepas tu, dah ada kebenaran rentas negeri, kami sekeluarga pun balik kampung, dalam seminggu juga lah. Dalam hati aku berkata, kalau tak banyak, sorang RM100 mesti ayah hulur pada anak-anak aku. Ya lah, anak-anak aku pun cucu dia juga kan. Masa aku kat kampung pun, ayah aku cerita ja dia bagi duit dekat cucu ni sikit, cucu tu sikit.

Kau orang tau, sampai hari aku nak balik semula rumah aku, RM10 pun dia tak hulur pada anak-anak aku! Ya Allah, ampunilah hambamu yang tersangatlah berkecil hati dengan perilaku ayahnya sendiri ni. Aku menangis dalam kereta. Sungguh, bukan aku hadap sangat duit ayah. Tapi ada beza ke anak-anak aku dengan cucu dia yang lain?

Anak-anak yang lain hulur duit bulan-bulan pun tak. Aku ni berhabis untuk dia beribu sebulan, tak layak ka aku dapat layanan sama rata kau orang? Dia memang tak pernah pegang atau gurau-gurau dengan anak aku. Ketara sangat nampaknya. Aku nangis sampai suami tanya, sedih sangat ke nak tinggalkan kampung kali ni.

Aku iyakan saja, ngadu dengan suami ibarat bercakap dengan pintu kereta. Akhir sekali aku disalahkan. Simpan saja dalam hati. Lama aku tak telefon ayah lepas kejadian tu, hampir sebulan. Sebab aku memang betul-betul makan hati. Aku sound juga adik beradik yang lain. Aku tak ambil 1 sen pun duit ayah.

Ada yang terasa, sebab aku tau, memang ada yang meminta-minta duit ayah. Hingga satu hari tu, adik aku wassap bagitau, ayah kata aku dah tak bank in duit bulan-bulan sebab tau ayah aku tengah banyak duit. Panas betul hati aku. Padahal aku masukkan aja duit, Cuma aku tak bagitau sebab dah lama tak telefon kan.

Aku tak bagi duit sebulan, habis dicanangnya, yang adik beradik lain tak pernah bagi tu, tak da pulak bising-bising. Aku sedar ja selama ni, ayah hanya call aku time nak minta duit. tak pernah tanya khabar aku laki bini, khabar cucu apatah lagi. Sampai aku dah betul-betul boleh hafal ayat dia, call hanya untuk minta masukkan duit dalam acc.

Tapi aku telan ja selama ni, tak pernah aku berkira dengan adik beradik yang lain. Tapi kejadian hulur duit pada cucu tu benar-benar buka mata aku, aku hanyalah anak untuk bagi dia kesenangan wang ringgit. Kau orang, mengapa pilih kasih harus wujud dalam keluarga? Sedihnya hanya Allah saja yang tahu.

Sakit tau tak jadi ahli keluarga yang dianak tirikan. Kalau kerja berat di rumah, semua tunggu aku balik kampung untuk uruskan. Ya lah, katanya mak dah tak ada, tak da siapa nak tolong kemaskan rumah. Walhal adik perempuan aku tinggal 5 minit ja jaraknya dari rumah ayah.

Dan aku hanya balik kampung 3 hingga 4 kali setahun apabila dapat cuti panjang sekurang-kurangnya 4 hari. Nak alih perabot rumah, tunggu aku, nak pasang tikar getah, tunggu aku, nak beli rak pinggan baru, tunggu aku. Anak lelaki ada 4 orang, kenapa aku anak perempuan yang tengah mengandung 5 bulan ni juga yang ayah suruh buat kerja semua tu.

Kerja kotor-kotor pun semua serah pada aku. Ada suatu hari tu, hari raya, ada kucing kencing kena almari rumah, aku tengah susukan anak, ayah panggil aku suruh cuci, Walhal adik perempuan aku ada, abang-abang aku pun ada. Semua tengah nonton televisyen, dan almari yang kena kencing kucing tu pun almari televisyen.

Susah-susah dia sanggup panggil aku semata-mata nak suruh cuci, anak yang lain tu semua tunggul ka? Semua nak longgok atas kepala aku. Nak tukar bumbung rumah bocor, call aku minta duit. Nak buat parking motor berpagar untuk abang si penganggur aku tu, call aku minta duit.

Aku tengah sakit-sakit nak bersalin, dah otw ke hospital aku bagitau ayah, tak da dia risau sikit pun, disuruhnya transfer cepat, tukang dah minta duit. Sedih kau orang. Aku tak pernah merungut, aku telan ja semua, tak pernah aku complain pada sesiapa adik beradik aku atas ketidak puasan hati aku.

Sebab aku tak nak hubungan kami renggang atau ada yang bergaduh. Kadang aku rasa diri aku ni b0dh sangat, biar ja adik beradik lain pijak-pijak aku. Sampai aku rasa adik beradik yang lain turut sama mempergunakan aku macam ayah ajar mereka. Allah maha adil, moga Allah bayar kesabaran aku selayaknya.

Pernah dulu, anak aku ada masalah kesihatan, 4 bulan dia sakit, tak da sorang pun yang datang melawat hinggalah ke saat aruwah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Semua keluarga mertua yang banyak uruskan. Bila dia orang Tanya, mana family aku, tak da yang datang melawat ke. Aku malu sangat, tak tahu nak jawab apa.

Jarang-jarang sekali dia orang Tanya khabar aku time tu. Siap pakej salahkan aku sebab tak update pasal anak dalam group wassup. Macam mana aku nak update, sorang pun tak pernah bertanya. Sesekali suami ada masukkan gambar, cerita itu ini, ada la yang merespon sikit. Lepastu diam macam tu aja la.

Sama juga macam ayah, kalau dia call, tak pernah Tanya pun anak aku yang sakit tu. Aku yang beria cerita, lepas tu dia tukar topic lain. Sedih sangat gais. Aku tetap telan semua masatu. Hinggalah kes tak hulur duit tu, aku betul-betul rasa kecil hati. Kau orang, kalau ayah aku hulung RM50 sorang untuk anak-anak aku, tak luak pun duit dia.

Bukan duit yang aku hadap gais, bukan. Tah lah, tak tahu nak cakap, lebih kepada rasa mengapa perlu dibeza-bezakan. Tak layak ka aku dilayan sama macam anak-anak yang lain. tak layak ka anak-anak aku jadi cucu dia macam cucu-cucu yang lain. Aku ni hanya anak untuk bagi dia kesenangan saja ke?

Dan sekarang, dia dah mula merungut duit dia banyak dah susut. Aku pekakkan telinga saja. Aku teruskan rutin macam biasa, walau benar aku tersangatlah kecil hati dengan perilaku ayah. Aku tetap bagi wang belanja macam biasa, call pun macam biasa.

Tepat 25hb gaji masuk, aku transfer duit, terus call bagitau. Kau orang doakan hati aku cepat pulih, sebab ayah aku pun dah tua. Aku tak nak ada rasa tak ikhlas dalam setiap pemberian aku pada dia. Doakan ya. Aamiin. Yang benar, – Anak Yang Tersakiti (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Miema faiz – Oh sama mcm aku. Aku bagaikan ATM bergerak. Kemuncak aku tersedar dari lena rupanya aku di canang tak bantu keluarga yg susah. Ah set4n apakah. Org kata ucapan itu satu doa. Aku makbulkan permintaan anak kesayangan.. Anak umur 1hari sampai anak dia masa tu 3. Susu pampes sewa rumah baju atas bahu aku.

Barang sekolah semua aku hidang. Bila dpt tahu aku di umpat. Lafas bismillah aku keraskan hati 2hari sebelum sekolah 1 barang x tersedia. Marahlah mak sebab aku masih x membeli. Aku buat bodoh. Sewa rumah dah kena duit belanja aku bagi mak guna. Dalam hal begini kita yg kena berubah.. TT nasihat aku. Sila kurangkan kadar bagi wang saku tu..

ckp je duit tak cukup sebab buat personal loan untuk pandai2 la drama. Selagi ada yg menangung selagi itu biawak hidup tu senang si bapak pon hati girang biawak ada yg bagi makan.. Kita yg kena berubah. Alhamdulillah aku dah berubah.. TT pasti boleh.. X payah mengharap manusia punya perhatian..

Leen rashid – Kak rasa..Ayah tu fikir adik dan suami banyak duit,gred 44 suami isteri kerja kerajaan.Betul pun banyak sebenarnya.
Tapi ada banyak komitmen bulanan yang kadangkala orang tak perasan. Ayah tu rasanya dia jenis tak pandai tunjuk sayang atau peduli.. sebenarnya dia sayang.

Dia tak bagi duit kat anak-anak adik sebab dia fikir adik dan suami dah cukup mampu.
Dia suruh adik cuci najis kucing sebab adik ja yang mudah membantu..yang lain mungkin akan bagi alasan macam-macam.. Mulai hari ni adik kena bersuara kalau tak suka. Lagipun sekarang sedang mengandung dan anak-anak kecil lagi sebab tu jadi sensitif..

Bab belanja tu kak rasa adik cukup bijak untuk fikir apa nak buat. Mungkin boleh tulis surat kat ayah cerita apa yang adik terasa hati. Utamakan keluarga adik sendiri tapi bantulah ayah setakat yang ikhlas..ayah pun ada pendapatan sendiri rm800..dah cukup pun untuk sara diri dia..

lagipun duit kereta adik dah tolong bayarkan. Cara berkomunikasi dengan suami pun adik kena tambah baik jugak,supaya adik boleh bercerita semua masalah kat dia dan dia boleh bagi respon yang sesuai.Boleh cuba baca buku man from mars women from Venus..bagus buku ni.

Anna ecru – Duk bela biawak hidup..benci sangat aku jenis mak bapak bela biawak hidup ni..lepastu tak boleh usik..hebat sangat.. dah la tak bekerja..menu makan nak kena fikir..tahu bangun tido makan..kerja rumah apa tak buat..raja sangat..orang mcm ni elok m4mpus cepat..rajakan sangat anak lelaki..

mak bapak tu sepatutnya tanggungjawab anak lelaki.. sepatutnya akak bagi ikut atas ehsan je..tak payah ikut kerak bapak akak tu..dia buat berkira dengan family akak.. saya doakan akak kuat dan bersuara..semoga Allah permudahkan urusan akak..banyak2 bersabar akak..akak kuat..

Sumber Iium