Ayh cerraikn isteri ke 2, lps kant0i dgn ibu. Xpasti bila ia bmula kini giliran ibu pula. Tduduk ak bila tahu ibu dgn siapa.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum. Terima kasih di dahulukan sekiranya admin page menyiarkan luahan saya. Saya W, berumur 26 tahun, merupakan anak sulung dalam keluarga saya.

Tujuan saya bercerita ni sekadar ingin kan jawapan. Kerana saya buntu. Saya pasti bukan saya sahaja yang mengalami perkara seperti ini. Saya yakin ramai di luar sana yang senasib dengan saya. Namun saya tidak pasti dan tidak tahu apa yang perlu saya lakukan. Saya tidak tahu kepada siapa saya harus bercerita.

S4kit hati saya pendam selama 11 tahun. Sc4ndal atau cur4ng. Dah banyak kali saya baca cerita sebegini. Isteri/suami cur4ng, isteri ada sc4ndal dengan boss, suami ada sc4ndal dengan bini orang. Selalu sangat saya baca kisah-kisah sebegini.

Tapi tidak pernah saya jangka bila ahli keluarga saya sendiri terlibat dengan sc4ndal/cur4ng ini. Siapa? IBU DAN BAPA saya. Tahun 2008, bapa saya kahwin lain. Kahwin di Thailand. Kahwin dengan j4nda anak satu. Ex suami janda itu pengih ddah.

Janda mintak cerrai sebab tak tahan dengan suami. Bapa saya seorang yang mudah kesian. ATAS DASAR KESIAN, bapa saya sanggup kahwin dengan janda tu. B0doh kan? Tapi itu laa bapa saya. Pada tahun 2010, ibu saya mengetahui cerita bapa kahwin lain dari sumber yang beliau percaya.

Maka kantoi laa perkahwinan yang disembunyikan selama 3 tahun. Malam tu jugak ibu meng4muk. Ibu pukl bapa, ibu menangis bagaikan orang g1la. Dan malam tu jugak, bapa cerraikan j4nda tu talak 1. Di depan saya dan ibu. Kenapa talak 1? Kenapa bukan talak 3? Entah, saya sendiri tak tahu.

Sampai sekarang bapa hanya diam seribu bahasa. 11 tahun saya memendam rasa. Saya marah, saya s4kit hati, tapi saya tak mampu berbuat apa-apa. Sampai sekarang saya tak tau bapa masih berhubung atau tidak dengan janda dia. Tapi hati saya kuat mengatakan yang mereka masih lagi berhubung.

Namun saya tiada cara untuk menyiasat. Kali ini kisah ibu saya. Ibu saya seorang pensyarah di sebuah maktab perguruan. Ibu saya seorang yang tegas. Dia tegas dalam mendidik kami adik beradik. Tegas nya beliau sehingga kami jadi takut.

Takut untuk berkenalan dengan lelaki sebab takut kami akan dimarahi, takut untuk bergaul dengan orang ramai sebab takut ibu kata mereka beri pengaruh buruk pada kami. Kesan ketegasan ibu pada kami membuatkan saya dan adik kedua saya jadi intr0vert.

Kami takut untuk bers0sial. Sehingga hari ini kami tiada kawan. Hidup kami berdua sehari-hari hanya dirumah sahaja. Saya tak tau bila lagi ibu start ada sc4ndal. Mungkin sebelum bapa kahwin lain, atau selepas mengetahui kisah bapa.

Yang pasti, saya mengetahui kisah sc4ndal ibu saya ni pada tahun 2018. Sc4ndal ibu saya merupakan rakan sekolah. Mereka berjumpa ketika majlis alumni sekolah mereka. Lebih mengejutkan saya ialah sc4ndal ibu merupakan guru kepada adik-adik saya.

Dan juga seorang bapa kepada 5 orang anak serta seorang suami! Saya terduduk ketika saya tahu pasal ni. Bermacam macam perkara dalam fikiran saya ketika itu. Kenapa? Kenapa ibu cur4ng? Baru beberapa hari yang lepas saya baca whatsapp ibu. Siap ber abang sayang. Ber video call lagi.

Sedihnya saya ketika itu. Marahnya saya. Untuk pengetahuan semua, ibu saya seorang yang bertudung labuh, pakai stokin lengkap menutup aurat, mengaji sehingga berpuluh kali khatam, tapi siapa sangka di sebalik semua tu ada sesuatu yang disorok.

Sejak saya tahu kisah ibu dan bapa saya, saya berubah 100 peratus. Kalau dulu saya hanya diam mengangguk, tak pernah membantah, Tapi sejak 11 tahun yang lepas mulut saya laju menjawab setiap bicara mereka. Saya selalu member0ntak.

Siapa je yang taknak jadi anak yang baik, siapa je yang taknak masuk syurga. Saya tahu marah macam mana pun saya pada ibu bapa saya, saya tetap kena hormat mereka. Tapi perasaan marah, pedih, sakit hati tu terlalu kuat sehingga saya terfikir untuk bnuh diri.

Sebab saya gagal jadi anak dan kakak yang baik. Kenapa saya tak tegur mereka? Sebab saya tak berpelajaran tinggi. Saya pernah tegur mereka bila mereka buat silap. Tapi mereka tak layan. Kata mereka saya tak berhak beri teguran sebab saya tak belajar tinggi.

Saya tak boleh menegur sebab saya tak bijak. Sejak dari tu saya tak pernah tegur apa-apa. Bila mereka buat silap, saya hanya diam memerhati. Saya perasan sejak 11 tahun yang lepas, ibu asyik marahkan kami. Buat je silap sikit, terus melenting.

Masa tu saya bersangka baik, mungkin ibu penat balik kerja. Jadi em0si tak stabil. Saya tenangkan adik-adik, saya hadap semua kata-kata ibu. Adakah kesan dari sc4ndal ini menjadi punca ibu selalu b4d mood? Semua saya pendam seorang diri. Hampir setiap hari saya menangis.

Kenapa Allah turunkan ujian pada kami? Kalau ibu dan bapa sudah tawar hati, bercerrai lah. Tak nak cerrai sebab pikir kami anak-anak? Jangan risau kan kami, pandai kami jaga diri. Dari kecil lagi kami dah berdikari. Apa yang patut saya buat?

Serius saya penat. Penat bila saya kena pura-pura buat tak tahu. Sakit hati bila tengok ibu dan bapa pura-pura bahagia depan orang lain. Pada siapa saya harus bercerita? Apa tindakan yang saya boleh buat? – W (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Shezz fawaz – Apabila membaca kisah begini, barulah tersedar yang sebenarnya memiliki ibu bapa yg saling menghormati dan menyayangi juga satu nikmat drpd Allah. Semoga confessor adik beradik tabah.

Rasanya lebih baik tumpukan perhatian menjaga dan menyokong sesama sendiri. Jgn fikir sgt hal kecurangan dan sk4ndal ibu bapa, doakan mereka diberi hidayah serta peluang utk berubah.

Siti zaridah – Serius aku tak paham dengan parents yang anggap diri tu maksum. Once dah beranak, yess aku boleh buat apa aku suka kat anak2 tanpa fikir kesan baik buruk kat anak2.Ntahlah,kadang2 rasa bukan diorang taktau hukm agama tapi ignorance tu tebal.

Dik,dari kau kena tengok diorang macam tu cuba angkat kaki bina hidup sendiri.Dah cuba tegur pun tapi takda effect inshaa Allah bahagian kau dah terlepas.Jaga hati sendiri dulu.

Semoga cerita macamni jadikan pengajaran untuk kita semua.Jadi parents bukan lesen untuk buat kita suka tanpa fikirkan anak2. Anak2 pun ada hati & perasaan.

Aza yati – Dear adik.. dekat nk ramadhan ni mntak adik jumpa ibu and ayah personally and bgtau what u feel, plg baik lps solat atas sejadah.. Sekiranya mereka tak berubah, adik lapangkan hati sbb selesai dah tggungjwb adik utk menegur..

adik focus pada ur siblings and jadikan ikatan korang lebih erat.. adik beradik boleh jadik kwn baik but kwn baik tetap kwn baik.. slowly ajak adik2 utk bers0sial mcm jogging, hiking, travelling and so on.. bila ramai2 kurang rasa malu nk berinteraksi..
Adik u already 26, start to find and create ur happiness.

Kita yg mampu corakkan hidup kita, jadikan yg buruk sbgai teladan.. akak hrp ramadhan kali nih adalah ramadhan plg tenang dlm hidup adik.. And klu adik still rasa tertekan pls jumpa kaunselor/ klinik kesihatan/ talian nur.. Hugss.

Sudi suffiyah – Rakan sy juga alami seperti confessor but more worst than that sehingga beliau depr3ssion. Parents yg tak pernah peduli pasal beliau, masing-masing dgn life masing-masing. Bertahun beliau simpan rahsia ni,

malah bila sudah tahu, tindakan yg sepatutnya diambil oleh seorang pemimpin tidak dilakukan. Slowtalk, tegur semua beliau dah buat. Siap nangis-nangis lagi. Malah family beliau juga bukan yg jenis jaga agama tapi bercakap bab agama sangat pandai. Macam N4rciss1stic pun ada.

She’s the one and only yg solat. Beliau ambil keputusan keluar dari rumah, untuk elak depr3ssion semakin teruk dan trigger. Dan apa yg sy tahu, dalam dunia ni apa yg paling mahal adalah KASIH SAYANG. Tak semua berpeluang, jika yg masih ada hargailah.

Sumber Iium