“Dilema seorg penyond0l”. Sbb xtahu, aku hanyut dgn suami org. Bila tersedar, hati mula syg. Aku nekad.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Bismillahhirrahmannirrahim… Terima kasih kerana sudi menyiarkan confession saya… Mohon nasihat dan sokongan dari para pembaca. Saya serba salah nak cerita kan perkara ni…

Tapi saya harap confession ini sampai kepada empunya badan. Bukan tidak mahu berdepan tapi lagi elok saya tidak memanjangkan lagi masalah ini… Saya telah berkenalan dengan seorang lelaki hampir setahun. Saya semakin sayang dengan dia. Dia sangat caring dan memahami. Saya selesa bersama dia, saya bahagia bila dia ada.

Mabuk cinta, semuanya indah. Dia ada menyatakan hasrat ingin berjumpa orang tua saya dan menjadikan saya isterinya. Siapa tak bahagia mendengar niat itu. Memanjangkan umur saya pun sudah meningkat saya tak teragak menerima dia. Alhamdulillah niatnya saya sampai kan kepada ibu bapa saya.

Tersenyum mereka, anak mereka bakal berkahwin. B0d0hh dan buta betul saya. Cair dengan kata-kata dan layanan dia. Setiap hari tidak lepas ‘I love you’. Bersyukur Allah s.w.t sayang kan saya, saya terjumpa akaun fb si dia. Saya pernah cuba cari. Tapi tak pernah jumpa.

Di akaun fb itu terpampang gambar dia bersama isteri dan anak2 nya. Akaun itu juga tidak mengunakan nama sebenarnya. Begitu juga akaun lagi satu. Saya tidak melenting dekat dia, saya tanya elok2, tanya kenapa tipu saya? Dia ada anak perempuan tidak kah dia risau suatu hari nanti anaknya menerima nasib yang sama seperti saya?

Menangis tu pasti sebab dah terlalu sayang. Pandai sungguh dia sorok kan status dia. Langsung tak dapat saya hidu. Dia minta maaf sangat2 dekat saya. Katanya mula2 sekadar main2, namun setelah mengenali saya dia sudah mula sayang akan saya.

Tersepit dengan situasi b0dh ni. Hati saya sayang sangat dekat dia, namun akal saya berkata “kau bukan pemusnh rumah tangga orang”. Saya fikir wajah anak2 nya, comel sangat tersenyum saya. Mungkin sebab saya suka kan kanak2. Namun tergamak ke saya memusn4hkan senyuman tu. Saya tak kejm.

Saya lihat pula gambar isterinya, cantik sekali orang nya. Apa yang kurang? Jauh lebih cantik dari saya. Saya mintak putus. Dia tidak mahu melepaskan. Saya terganggu, dia masih meneruskan aktiviti harian caring dan memahami nya meskipun saya tidak menyahut panggilan atau mesej dia.

Saya kalah bila dia kata hendak berkawan. Salah saya, saya sendiri belum sedia melepaskan. Jauh disudut hati saya mahu dia menjadi milik saya. Kami mula berhubung semula. Saya cuba k0rek masalah rumah tangga nya. Setiap hari saya ingatkan dia terhadap tanggungjawab dia kepada keluarga.

Kononnya saya penyelamat rumah tangga nya. Hakikatnya saya yang susah melepaskan dia. Tak pernah sekali pun dia memburukkan isterinya. Bahkan dia mahu bawak anak2 nya berjumpa dengan saya. Saya tolak. Masih belum bersedia berdepan dengannya. Saya tak kuat nak hadapi semua ini.

Beberapa kali juga saya minta putus, saya cuba buat hal. Tak pernah dia marah saya, bahkan memberi saya ruang, memberi kata semangat. Betul lah suami orang ni memang pandai berkata kata. Dia bahagia katanya dengan saya, siap tanya saya nak tak jadi isteri no 2.

Saya tak nak, bukan sahaja saya tak sanggup memusnahkan kebahagiaan keluarga nya. Saya sendiri tak sanggup nak berkongsi. Dimata saya dia sempurna, m4buk cinta betul. Saya mohon dia memberitahu isterinya mengenai kami. Saya setiap hari dihimpit rasa bersalah berhubung dengan suami orang.

Tapi berat juga untuk saya lepas kan dia. Dia asyik menangguhkan permintaan itu. Disitu saya dah nampak apa yang patut. Jujur jika isterinya tidak mengizinkan, kaki saya memang ringan untuk berundur. Tapi dia kerap mengatakan dia akan menyakinkan isteri nya.

Kisah status dia tak pernah saya cerita kan kepada keluarga mahu pun sahabat baik. Malu, berhubungan dengan suami orang. Tapi pendam sorang2 buat saya str3ss, akhirnya saya cerita kan kepada sahabat saya. Alhamdulillah saya ada kawan yang baik. Tegur saya secara elok.

Katanya faham dah sayang. Faham kenapa saya rahsia kan status dia. Sebab saya malu. Cuma sahabat saya harap saya bagi tau awal dekat dia supaya dapat membantu. Dia tak mahu lihat saya terluka menangis. Saya doa sentiasa semoga Allah menjaga saya.

Andai betul jodoh saya tak tolak, namun jika tak berilah petunjuk agar hati saya boleh move on. Berkat bantuan kawan saya, perlahan2 saya undur kan diri. Mula tidak reply msg atau panggilan nya, bermacam alasan saya buat… Sibuk, penat etc.

Dia masih setia menghubungi saya, sehingga lah saya perasan dia telah menyekat saya di WhatsApp. Saya tersenyum, adakah ini petunjuk dari nya. Saya tggu sehingga beberapa hari dan saya DM dia di fb. Tiada balasan tapi dia online. Kemudian saya stalk akaun isteri dia. Saya tersenyum lagi.

Sah dia kant0i dengan isterinya. Status isteri nya dah membuktikan tekaan saya. Terus saya decide untuk bl0ck dia dari semua arah. Saya sudah sedih untuk move on. Tapi dalam masa yang sama rumah tangga dia bergoyah. Saya dihimpit perasaan bersalah. Aku punca ini terjadi.

Saya panjat kan doa semoga Allah s.w.t melindungi rumah tangga mereka, semoga mereka kekal bahagia sehingga ke Jannah. Disini saya meminta maaf kepada isterinya, kehadiran saya mengganggu kebahagiaan rumah tangganya. Saya akui silap saya, walaupun saya yang di tipu oleh si dia.

Namun bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Kak, saya minta maaf dari hujung rambut ke hujung kaki. Saya tiada niat hendak menjadi perampas atau pemusnh rumah tangga akak. Saya juga wanita, hati saya lembik bila dengar ayat2 manis dia. Saya juga wanita, saya terbayang kalau saya di tempat akak.

Pasti saya terkulai menangisi nasib. Tapi saya respect akak sebab akak kuat. Saya doakan rumah tangga akak berkekalan sehingga jannah. Maaf kan saya, saya berdosa dengan akak. Saya jahat. Saya si penyondol tak guna. Untuk si dia, sudahlah…isteri awak sudah cukup sempurna. Dia telah membawa, melahirkan dan membesar kan zuriat awak.

Makan minum, pakai awak semua terjaga rapi. Jangan disia2 kan dia, dia bidadari awak. Kita dah tersilap, anggap ini pengajaran. Ayuh sama2 kita bertaubat, mohon kemaafan dari yang esa. Selamat kan lah rumah tangga awak. Jangan difikir pasal saya. Saya maafkan awak.

Saya bukan manusia yang sempurna tapi biar lah saya mencuba dari membiarkan diri hanyut dengan hasutan dunia. Saya tidak sempurna, saya juga ada cacat cela. Ini pengajaran besar buat saya, berhati hati lah agar kesilapan sama tidak berulang kembali. Semoga saya tabah n cekal menghadapi ujian ini.

Buat gadis di luar sana, berhati hati lah agar tidak terjerat dengan suami orang. Selagi boleh elak, elakkan lah. Seandainya ada jodoh, Insyallah kebahagiaan itu milik kalian. Saya tidak menangis, jujur saya rasa ringan. Seolah satu beban yang besar hilang. Dari badan saya. Tidak pernah saya perasan yang selama ini saya membawa beban yang berat.

I’m moving forward. Saya belajar untuk mencintai Allah s.w.t, keluarga dan diri saya sendiri, itu lebih baik. Doakan saya untuk terus melangkah dan tidak berpaling ke belakang. Terima kasih, – Fyza (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Khalijah kamarul – Sy pernah jugak mengalami situasi macam ni di mana kita tak tau lelaki tu adalah suami orang dan hati dah mula rasa syg. Tp Allah syg pd kita, kadang Dia dah tunjuk itu bukan jodoh kita. 1 hari dia accident dan masa tulah isteri dia ada. Yg paling sedih, isterinya tgh mengandung. Walau dah mula syg, sy tanya diri sendiri, adakah sy sanggup membina kebahagiaan di atas penderitaan orang lain?

Sy tak sanggup. Sungguh walau susah, sy nekad undurkan diri. Untuk perempuan yang mengalami perkara macam ni, buatlah pilihan yg bijak. Kita mampu untuk pilih mengundurkan diri selagi boleh. Biar kita sakit dahulu asal tak banyak pihak yg akan terluka kemudian hari. To confessor, moga awak bertemu jodoh yg terbaik dan selalu dalam lindungan Allah. Amin!!

Atikah amirah – Tahniah confessor. Sebab berjaya menjauhkan diri dari dia. Bagi saya bukan salah confessor terjebak dengan suami orang. Bak kata confessor, dia pandai sorok kan. Kisah confessor hampir sama dengan saya dulu. Terkenal dengan sesorang yang saya taktau langsung status dia. Jarang2 contact sebab dia busy dengan kerja. So kita faham.

Tak pernah berjumpa pun sebab duduk jauh2. Tapi dia pernah cakap, dalam tempoh setahun perkenalan, nak masuk meminang. Weiii pempuan mana tak berbunga kan? Rupanya apo? Masa dia cakap tu, rupanya bini dia tengah pantang anak sulung. Wakakkakaaka. Wa terkena bebbbb.

Macam mana tau? Sebab ada 1 hari tu tergerak hati nak sek0deng habis s0cial media dia. Memang tak tau pun. Main agak2 je. Based on info yang ada kat fb dia yang tak seberapa tu. Nahhhh. Terjumpa gambar dia and family mertua dia enjoy2. Fuhhh berderau gak la drah bila tau selama ni contact dengan laki orang.

Kalau mak bapak tau mampussss kena par4ng ni Tapi takpe. Kita diam je. M4tikan diri. Sampai la dia whtsapp dulu. Tak respon apa pun, cuma bagi gambar anak bini dia. And pesan jaga family tu elok2. Jangan buat macam tu dah lepas ni. Hargai bini.

Alhamdulillah lepas tu dia hilang begitu saja. Now agaknya anak pun dah 3-4 orang kot. Alhamdulillah setahun 2 lepas kejadian, saya pulak kawen dengan kawas sekelas. Saya doakan confessor bertemu dengan seseorang yang terbaik untuk confessor, yang akan bimbing, akan hargai confessor setiap masa.

Era sarif – Hampir 50% sama dgn kes sy… Lelaki tu suami org…mase memule kwn die x mengaku die dah kwin smpi la sy dpt no badan die..sbb die askar….minx petunjuk dari Allh y maha tahu….jumpa FB die…tanye knpe tipu…sikit pon x de jwapan….die ckp minta maaf je…..fb die guna nama ank die y perempuuan….

bile ckp x takot ke bebde nie jd kat ank ppuan die…die melenting…tp buat kat ank org x pe agak nye….dah fb die gune pic wife and 2 org ank die…dan y x disangka2… die ade ank OKU… sy dpt contact bini die…dan bini die sendiri mengaku suami die byk kali kant0i sepanjang 6 tahun dieorg kawin….dasar lelaki hidung belang.

Sumber iium