Bila seru nama “dia”, terus dia hadir. Pelik, bila bcerita ttg mimpi2 aku mak trduduk. Rupa2nya ustz bgtau “aku s4kit teruk”. Terus ak blur.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Hi dan assalamualaikum. Lama rasanya tak menulis di sini. Sebelum ni tulisan aku kesemuanya tentang reality yang tak ramai percaya. Tapi kali ini, aku pilih kisah reality yang sebenarnya dan kisah tersembunyi yang kemungkinan besar lagi ramai takkan percaya.

W4rning Kisah ni sangat panjang, dan bukan untuk mereka yang tak percaya alam ghaib. Tak mengapa jika tak percaya. Aku dulu pun sama, tak percaya. Sehingga aku sendiri berkenalan dengan “mereka”. Aku kenalkan diri sebagai Seri Melati, berusia 32 tahun, alhamdulillah belum ditemukan jodoh dan diberi masa untuk berbakti pada orang tua dan diri sendiri.

Kisah Dua Alam. Itu yang nak aku nukilkan di sini sebelum aku lupa apa yang terjadi sepanjang 20 tahun lepas. Aku bersahabat dengan mereka, aku melihat mereka, yang baik, yang jahat, yang buruk, yang cantik. Semuanya. Entah kenapa semua tertarik untuk rapat dengan aku. Kata beberapa orang ustaz, bila seseorang sudah pernah dis1hir, aura badannya sudah terkoyak dan senang dihampiri m4khluk halus.

Sejauh mana kebenarannya, aku tak pasti. Ada juga yang mengatakan hijab aku tersingkap jadi aku boleh melihat mereka. Aku tak nak cerita kisah s1hir, kisah rumah ditabur tanah kubr, botol kaca berkain kuning semua. Aku cuma nak kongsi kisah aku dan alam sana. Pertama kali aku lihat dengan mata kepala aku sendiri waktu mandi. Usia aku 11 atau 12 tahun barangkali.

Mandi waktu senja dan tandas diluar rumah, aku nampak seorang lelaki dewasa tapi rendah sahaja orangnya, bertanjak dan berbaju melayu seluar singkat berwarna hitam sedang memerhati. Jarak aku dengan dia cuma kurang 5 meter, pandangan dia sampai harini aku ingat. Berdiri gah bak pahlawan, tersisip kemas keris yang dia pegang.

Lama aku dan dia berpandangan dan bila aku toleh sekejap ke tempat lain, dia hilang. Sampai sekarang dia tak pernah muncul. Banyak sangat siri kejadian yang terjadi di tempat tempat yang berbeza, aku hilang rentak, mana dulu mahu aku mulakan. Jadi aku pilih bilik aku.

Bilik yang pernah jadi tempat paling selamat untuk aku, cave aku. Tapi sekarang aku berkongsi dengan mereka. Ya, mereka. Sebab ramai. Urutan cerita aku berkaitan bilik ini mungkin tidak sequential, macam aku cakap, aku lost track.

A. Kakak Cantik di Hujung Katil

Aku ingat pernah sekali, waktu tengahari, mungkin sekitar 2014-2016, aku dan family semua melepak depan TV di ruang tamu dan aku masuk bilik untuk berehat. Katil aku waktu tu di sebelah kiri pintu bilik. So bila aku buka pintu bilik, aku nampak seorang perempuan, berbaju cantik warna putih.

ala putih sutera, berambut panjang, duduk di hujung sebelah kiri katil aku. Aku dapat rasa dia cantik, jangan tanya macam mana, I just kinda feel so. Tapi dia cuma menunduk sahaja dan aku tak rasa sebarang b4d vib3s tapi terkejut lah jugak, so aku tutup balik pintu bilik, tak jadi masuk.

Aku lupa siapa yang tanya aku kenapa, aku cuma jawab “takde apa, ada ‘orang’ dalam bilik. Kejap lagi lah masuk”. Ni time menaip aku rasa macam dia kat belakang je tengah memerhati, rasa semacam, but not b4d v1bes.

B. Makhluk Hitam di Sisi Katil

Lepas terlampau banyak sangat siri gangguan yang aku kena, parents aku decide untuk renovate seluruh bilik aku. Semua almari 6 pintu, katil double bed, meja solek semua dibuang dan diberi pada orang. Ada ustaz minta ditukarkan suasana bilik sebagai salah satu ikhtiar. So katil aku dari double dah jadi single.

Pernah awal awal dulu aku terjaga dan aku nampak lelaki berbadan hitam sepenuhnya seolah memerhati aku tengah tidur. Dia sedikit membongkok ke depan. Aku terkejut tak tau nak cakap apa, tapi kejap je lepastu hilang. Ingatan aku pun dah kabur kabur sedikit. Last aku nampak lelaki ni tahun lepas waktu aku sakit teruk.

aku di KL, rumah sewa aku kat sana. Rumah family aku di Terengganu. Di KL, aku selalu tidur di sofa sahaja dan pernah satu malam entah dari mana aku jumpa jarum patah di dapur. Aku tak fikir panjang, terus pegang je dan hantar gambar melalui Whtsapp to my dad and he was so upset that I touched it.

So adik aku dari Bangi rasanya terus datang cepat cepat and dia cakap “lain macam rasa rumah ni”. dan dia terus sejukkan balik. Adik adik aku semua alhamdulillah boleh rukyahkan sendiri sikit sikit. Bila aku nak tidur malam tu, aku perasan adik aku duduk je kat sofa belakang kepala aku. Esoknya aku tanya, “Angah,

kau nampak tak benda hitam yang berdiri lepastu makin menunduk ke arah aku semalam?” dan dia jawab “Agak agak kau kenapa aku tunggu je kat kepala kau sampai kau tertidur?”. Yang tu, aku sense a very b4d vib3s. Yang sangat sangat jahat. Adik aku dah rukyahkan jarum tu dan buang ke sungai malam yang sama. Selebihnya dia taknak cerita.

C. Berteman si Kacak dari Sana

Aku tak pernah tau yang aku berhubungan dengan lelaki di ‘sana’ selama bertahun tahun. Pada aku, semua yang aku alami cuma mimpi yang sangat hampir dengan realiti. Semua start dengan mimpi aku jumpa dengan seorang lelaki berbaju Melayu lama, seluar singkat, warna coklat lembut, tinggi, berkulit cerah dan rambut cecah bahu.

Aku mimpi jumpa dia di tepi sungai dan dia berikan sesuatu, seingat aku batu permata cincin. Pesannya, “jaga elok elok..” dan aku terima. Start dari situ aku selalu mimpi dia datang, ajak berjalan jalan kat kawasan gunung or bukit. Sunyi. Sejuk. Hijau. Kadang kala cuma berjalan sahaja.

Dan kadang kala dia datang, menyentuh aku selayaknya seorang suami menyentuh isterinya. Tapi again, waktu tu, pada aku, itu mungkin mimpi so bangun mandi wajib dan life continues as usual. Sampai satu hari, ada seorang pengamal perubatan Islam ni dijemput ke rumah aku,

sebab mak aku selalu sakit sakit tapi bila pergi klinik. hospital, semua cakap ok takde sakit apa. Aku pun tak ambil pusing sangat. Aku cuma terpandang ustaz tu hujung mata sahaja bila aku melintas ruang tamu untuk ke bilik dan aku nampak ustaz tu pandang aku.

Few days lepas tu mak aku ajak aku masuk bilik, kunci pintu dan tanya aku ada mimpi yang pelik pelik ke, so aku bagitau mak aku. Dia terduduk dan raup muka dia dan istighfar berkali kali. Dia tanya kenapa aku tak pernah cerita, aku pun pelik, takkan aku mimpi pun kena bagitau.

Bila aku tanya mak aku kenapa, mak aku bagitau ustaz yang datang haritu bagitau abah, “anak kau sakit, teruk.” Aku pun blur. Apa yang sakitnya. Lelaki dari sana, aku namakan “Riyadh” sahaja, aku taknak mention nama dia. Dia cukup sensitif, bila aku sebut sahaja nama dia, aku akan rasa ada hembusan di leher.

atau tangan aku rasa sejuk atau tangan aku rasa dipegang. Senang cerita, aku rasa berteman. Mula dari situ Riyadh sangat cepat marah. Peribadi Riyadh yang aku kenal adalah seorang yang sangat lembut bicaranya. Bila aku marah, dia akan ingatkan aku supaya banyakkan bersabar, istighfar, tak baik marah marah katanya.

Tapi bila ada yang masuk campur antara aku dengan dia. aku nampak amarah dan kekecewaan Riyadh. Aku berubat dengan ramai ustaz tapi tak seorang pun mampu halang atau sembuhkan aku sepenuhnya. Pak Usu aku sendiri pernah cakap, apa yang kita ikhtiarkan ini cuma akan menjarakkan dia, bukan buat dia hilang terus. Kadang kala aku nampak dia memerhati dari jauh,

tak lagi dekat tapi bila dah lama, dah kembali macam biasa. Satu lagi hal, sebelum ke kisah seterusnya. Aku mention yang parents aku tukar semua coordination and renovate my whole room kan, prior to that, katil aku queen bed. Aku tak share bilik aku dengan manusia lain.

Pernah satu kali aku baring untuk tidur, selalunya di sebelah kanan katil, aku nampak dengan jelas di mata aku, sebelah kiri katil aku berkeluk dalam seolah ada yang baru duduk lepas aku baring. Tapi sebab aku tau itu Riyadh, aku senyum dan cuma cakap, ‘tidurlah, jangan ganggu saya ye’.

Kata orang, bila ada berkaitan dengan mkhluk dari alam lain, jodoh susah nak dekat, kawan tak ramai. Dan betul, sangat sangat aku akui. Pernah seorang lelaki yang aku sangkakan boleh jadi kawan baik aku ceritakan yang dia mimpi ada seorang lelaki datang marah marah dia sebab berkawan dengan aku.

Bila aku tanya fizikal dia macam mana, aku tau tu Riyadh. Rupanya lelaki tu tak sesungguhnya nak berkawan, cuma mengisi masa lapang dan mengambil kesempatan wang sahaja. Riyadh pernah cakap, dia akan lepaskan aku bila dia yakin aku dah jumpa lelaki yang betul betul akan jaga aku.

Aku sedih bila dia cakap macamtu, sebab aku sense dia pun sama sedih. Macam mana aku tau yang berkomunikasi tu Riyadh dan bukannya diri/ otak/ halusinasi sendiri? Entah, perasaannya lain. Aku tak tau nak gambarkan macam mana tapi aku tau aku bercakap dengan mereka.

D. Sleep Paralysis

Dulu zaman remaja aku cukup takut bila dimomokkan dengan kisah kena tindih dengan hantu (Hantu menurut Kaum Melayu, dari segi bahasanya adalah merujuk kepada m4khluk yang tidak kelihatan. Sengaja aku highlightkan sebab ramai yang cakap ‘mana ada hantu kat dunia ni.

Secara tak langsung tidakkah mereka menolak isi kandungan al Quran yang menyatakan dunia ni juga dihuni oleh mkhluk ghaib yang tidak kelihatan di mata kasar manusia melainkan jika diizinkan Nya?. Ok back to kisah tindih ni. Aku selalu kena dan aku selalu salahkan si hantu jahat ni tapi bila makin lama aku dah matang,

aku force diri aku to believe that there are science explanation to it and it’s called Sleep Par4lysis. Sampai lah satu tahap bila selalu sangat aku kena aku mula tertanya tanya, betul ke Sleep Par4lysis? Reason behind it was that 95% of my sleep par4lysis occurred only in my room.

Makin lama makin teruk. Awalnya bila baca ayat Qursi, terus terlepas dan boleh gerak so aku cepat cepat pusingkan badan ke posisi lain – ni petua abah aku. Tapi berkali kali lepastu bila kena, memang makin menjadi jadi usikannya. Aku baca ayat Qursi dah tunggang terbalik. Kadang dah tahap aku azankan dalam hati baru terlepas.

bila terlepas aku cepat cepat berlari ke pintu bilik untuk keluar sebab ada extreme b4d v1bes yang aku sense. Tapi bila aku capai je tombol pintu, aku dengar suara perempuan mengekek meng1lai macam sangat sangat gembira kat telinga aku, ayat common dia, “Mesti kau ingat dah terlepas kan. Hiiiiiiiiii.. belum lahhhhh”

and bila aku toleh aku nampak diri aku terbaring lagi kat katil. Dan banyak kali jadi hingga dah satu tahap time tu fikir aku ni dah g1la ke apa. Dia tu pulak asyik la duk mengekek ketawa tak habis habis. Dah puas sakat aku 3 4 kali tu baru dia lepaskan, merangkak aku keluar dari bilik, rebah depan pintu bilik. Sakit sakit satu badan.

Dan kejadian ni berulang ulang setiap kali aku tidur di bilik sendiri. Entah apa yang jaki sangat dengan aku pun entahlah perempuan tu. Sakit badan seolah olah baru lepas demam urat. Then aku decide aku taknak lagi tidur dalam bilik ni, siang atau malam. Even aku terlelap sekejap pun akan kena.

Yang peliknya, cuma dalam bilik aku je. Bila aku pergi staycation mana mana seorang diri, takde pulak perempuan sewel ni ikut kacau aku. So now tempat tidur aku kat ruang tamu, bentang toto. Ini lagi teruk jadinya bila nak tidur malam selalu dengar suara orang/ beruk mendengus marah “huhhhhhh!!”.

Aku dah immune so aku dek kan aje. Pernah jugak aku terjaga almost 3 pagi, aku bukak mata aku nampak ada makhluk berbulu halus, umur macam budak budak, bertinggung sebelah aku duk ralit memerhati je. Aku tarik nafas panjang panjang lepastu terus je lantak kau lah. Duduk situ diam diam sudah. Tak jadi nak ke tandas, aku tarik selimut, sambung tidur.

Aku yakin aku tak berhalus1nasi sebab family members aku yang lain pun dengar kadang kadang yang mendengus marah tu. Dan mkhluk yang mencangkung tu pun bila aku bagitau mak aku dia rilek je senyum, tau dahh. Selalu dah nampak katanya. LOL.

E. Sahabat Garang dari Sana

Ni kejadian ni quite recent. Kalau tak salah aku akhir tahun lepas. Aku sakit teruk tahun lepas dan aku memang all the time nak menyendiri so aku tidur dalam bilik, berkurung 24 jam dalam bilik. Tapi aku tak tidur atas katil, aku still bentang toto kat bawah. Aku tidur dengan posisi mengiring sebelah kanan, muka dan badan aku hadap kiblat.

Tiba tiba aku rasa pinggang aku kena cuit, aku memang jenis ticklish so aku sedar. Then aku dengar suara lelaki, “Assalamualakum, saya Qadir. Saya nak bersahabat dengan awak”. Aku pun macam, yelah okay kan aje. Nama Qadir tu bukan nama sebenar, aku kurang gemar sebut nama betul. Sama macam Riyadh, sebut nama dia seolah olah panggil dia ke sini.

Ni pun kepala aku dah sakit macam nak pecah rasanya. Qadir ni a complete opposite of Riyadh. Pemarah, garang, over pr0tective. Selalunya sebelum rumah aku kena simbah air kapur/ tanah kbur atau ada kejadian kejadian m1stik, Qadir akan datang bagitau dahulu. Dia pesan, berjaga jaga. Dia cukup marah sebab abah aku jenis nak berubat bagi sihat je.

tak perlu nak pulang balik apa jenis s1hir yang orang hantar. Selalu yang kena, aku. Sebab yang hantar s1hir tu tahu kekuatan dan kelemahan abah aku, aku. Tapi abah aku tetap cakap, “belum tentu kalau kita pulangkan balik tu nanti sama dengan apa yang dia hantar. Mungkin orang tu hantar pada kita, kena kaki so kaki kita sahaja yang tempang, tapi kalau kita pulangkan balik.

kalau kena kepala dia macam mana? Terus m4ti, jenuh nak merangkak cari nanti. Banyakkan bersabar” Tapi macam aku cakap, Qadir sangat pemarah orangnya. Pernah disebutkan sejenis ‘rawatan’ pada aku dan dia minta aku sampaikan pada abah . Katanya abah tahu. Jadi aku tanya abah, “Abah, Qadir pesan suruh abah gunakan cara Yasin XXXX”.

Aku nampak muka abah aku terkejut sebab dia tak pernah share pasal ni, katanya tu antara amalan untuk pulang balik apa yang di’hantar’ orang dan dia pernah belajar dari guru agama dia tapi tak diamalkan. Qadir tau apa yang abah aku tau tapi aku tak tau. Abah aku cukup kurang berkenan dengan Qadir dan pernah abah aku marah marah dan halau Qadir pergi.

Abah aku tak nampak, tapi aku nampak Qadir ada di ruang tamu rumah aku, dia tersenyum dan jalan keluar. Aku nampak muka dia sangat sangat kecewa. Tapi aku tau dia masih ada, dia masih berpesan jika ada musibah mendatang. Cukup sekadar di sini dahulu, sekadar sebahagian dari kisah hidup aku. Banyak lagi kisah beruk merah di bilik air, perempuan cantik ajar aku menari.

betulkan bacaan tajwid Quran aku, perempuan buaikan anak di tengah tengah ward hospital, perempuan baju koyak rabak rambut kusut masai di hujung bilik aku di ward.. banyak. Sangat banyak. Tapi tak mengapa, cukup kisah di bilik ini sahaja dahulu aku kongsikan. Maafkan coretan panjang aku. Aku sunyi, tiada tempat bercerita. Kec4m sikit sikit dah la ye, aku hati tisu tak tahan kec4man. Jaga diri. Salam, – Seri Melati (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet.

Hasmidah sail – Hebat akak…Saya dulu 1orang jak dari alam sana nak berkawan. Tu pun ndak lama lah. Sebab saya takut terpengaruh..Terpaksa Berubat supaya si dia Pergi jauh.. Dorang ni sebenarnya bagus..tpi kalau kita terlalu Rapat. Lama kelamaan Kita jadi hanyut. Ntahh lah susah mau explain kan macam mana, Saya pun dulu pernah Nampak macam2..

tapi alhamdulilah sudah berubat dan di tutup mata hijab sy… Dan kalau bab2 Pasal Alam sana tu kan. Sy takut btul mau Cerita sama siapa2 mengenai kampung dan bentuk dorang. Sebab dulu pernah dibagi pesan supaya Rahsiakan… Apa2pun semoga akak Cepat sembuh dan terlepaas dari benda2 ni.

Shezz shawaz – baca skip-skip, sbb ada beberapa perkara yang sama dgn pengalaman. jadi confessor, i nak ingatkan, kita kena bersahabat sesama manusia, dgn haiwan kita buat baik. berkawan dgn mkhluk ghaib tu, apa keperluannya? silapnya apabila mula rasa selesa dan menerima. satu lagi silap apabila rasa dia membantu menjaga, melindungi drpd lelaki jahat. eh helo?

kita minta perlindungan drpd Allah. kemudian Allah letakkan kita dalam keluarga, masyarakat utk membantu melindungi kita. malaikat pun ada sekeliling kita. maka dah kenapa makhluk tu pula yg dianggap menjaga drpd lelaki jahat? hati-hati, jgn letak keyakinan di tempat yang salah. semoga Allah jauhkan confessor drpd mkhluk itu semuanya.

Nurul madihah – masa kecik kecik pun sy pernah juga kena dgn mhluk yg suka duduk bertinggung atas kepala katil. bila kita dongak atas, masyallah ngeri plak. nk bngun nk apa pun tak blh. buat buat tak ternampk pun dia. pastu psl kelibat kelibat sy blh tahan dan buat dek je. ada skali tu bdan lemah demam pns plus kena kencing kotor…

balik rumah plk mlm sbb kelas habis lambat haritu… buka je pintu bilik megekek pmpuan tu ketawa berbisik dari atas syiling dekat pintu. tak nmpk tapi dia berbisik nada syaitan berbisik mcm dlm citer ex0rcism tu ha.. jatuh terduduk, herot badan ngensot lari sejauh mngkin dari bilik, buka pintu rumah duduk depan rumah.

rumah plk apartmnt atas bukit time tu family balik kg duk sorg. jiran lalu tnya apa hal ni.. dia bawa masuk dlm rumah baca baca renjis air kat muka kita… kalau stay dlm rumah tu mngkin dh jadi emily rose dh aku huhu.

Sumber Iium