Bila istri balik lmbat, aku tduh dia pelacr. Sbb xdpt zuriat, ak ckp dia mndul. Tp bl doc sahkn pyakit aku, tdudk aku nk terima.

Apa perasaan kau bila orang yang paling kau sayang ialah orang yang paling kej4m dalam dunia? Ini kisah hidup aku, tapi aku bukan mngsa dalam kisah ni. Akulah orang yang dipanggil sy4itan oleh mereka yang pernah mengenali aku. Aku harap korang dapat terima pandangan dari perspektif aku. Bukan nak bela diri, tapi sekadar nak cerita.

Aku anak tengah, keluarga aku elok. mak abah tak ada masalah sk4ndal, kewangan dan aku dibesarkan dengan penuh kasih sayang. Cumanya aku adalah anak tunggal lelaki dan aku ada dua orang kakak dan dua orang adik. Masa sekolah aku budak baik. Tak mer0kok, tak ponteng. Aku ramah dan rapat dengan kawan dan cikgu.

Aku popular sebab aku pandai melawak, mulut manis, dan rupa pun boleh tahan kacak sebab ada keturunan cina. Dari kecil sampai besar boleh dikatakan apa yang aku nak, semua aku dapat, walaupun permintaan aku tu biasa dan tak melampau. Nak bercuti dapat. Nak motor dapat. Nak baju baru dapat. Mesti korang hairan macam mana aku boleh jadi sy4itan kan?

Depan orang ramai, kawan, keluarga, aku sempurna. Tak pernah meng4muk. Kalau marah aku diam masuk bilik tutup pintu. Kalau geram aku senyum je cakap takde hal. Tapi dengan pasangan, hanya Tuhan je yang tahu. Aku ada 11 orang ex, dan seorang bekas isteri. Semuanya jadi mngsa amarah aku. Aku sendiri tak tau dari mana datangnya kemarahan ni.

tapi lepas aku bercerrai baru aku sedar semuanya. Disebabkan hidup aku dikelilingi “power woman”, aku tak berapa menyerlah sebagai seorang lelaki. Boleh kata aku rasa kejantanan aku tercabar bila aku dekat dengan perempuan yang boleh tahan kepimpinannya. Kakak, adik dan mak aku semua jenis kuat bawa diri, dan bapa aku jenis angguk2 je.

Aku selalu tak tahan tengok bapa aku asyik mengiakan apa yang mak, kakak dan adik aku bebelkan. Aku jadi geram. Dan bila aku dalam relationship, aku nekad nak jadi ketua. Disini aku ada overinflated eg0. Dan bila eg0 aku tidak dilayan, aku jadi marah sampai hilang akal.

10 bekas teman wanita aku, aku dump sebab mereka tak dengar cakap. Masa tu aku memang fikir akulah lelaki paling baik dalam dunia dan diorang sepatutnya beruntung dapat aku. Bila diorang nak pertahankan pendapat mereka, aku tak dengar sebab aku yang paling pandai dan aku yang paling betul sebab aku lelaki dan aku lebih tua.

Ada antara mereka yang pernah jadi saksi keg1laan aku semasa aku tengah marah. Tak angkat call tiga kali berturut2 aku meng4muk. Mesej reply lambat aku meng4muk. Tak bagitau nak keluar aku meng4muk. Kawan atau bertegur dengan lelaki aku meng4muk. Aku control mereka habis-habisan. Balik sekolah, balik kerja, terus balik rumah.

Aku kira waktu perjalanan diorang dan kalau mereka lambat, aku persoal. Nak keluar dengan kawan tak boleh lebih dua jam. Nak keluar jangan yang ada lelaki sekali. Nak lunch dengan kawan2 sekerja boleh, selagi lelaki tak ikut sekali. Tak boleh keluar dengan kawan2 mereka yang aku tak suka, walaupun perempuan.

Kalau diorang cuba bergaduh, aku halau diorang suruh berambus. Aku banyak menc4rut ketika marah. Panggilan perempuan sund4l, betina, haram j4dah, b4bi, pel4cur, semua pernah keluar dari mulut aku ketika marah. Bila aku marah, aku tak dapat kawal. Aku jadi g1la. Bila aku marah, aku nak sentiasa di atas.

Aku nak sentiasa betul. Aku nak diorang mengaku diorang salah dan mengaku yang aku betul, walaupun hakikat itu sebaliknya. Bila aku marah, aku dah tak nampak mana betul mana salah. Aku dah tak ingat Tuhan. Aku dah tak tahu dengan siapa aku bergaduh. Yang aku nampak ketika aku marah ialah, orang itu ialah mush yang aku perlu tawan dan tewaskan.

Lepas aku meng4muk tu, aku pandai memujuk. Belikan hadiah. Bawak berjalan. Jadi romantis, nyanyi lagu, gembirakan mereka. Cuma satu je aku tak pernah buat. Aku tak pernah minta maaf. Aku tunjuk kemarahan aku hanya dekat kekasih sahaja. Tak pernah dekat keluarga sebab aku tahu mak, kakak dan adik aku lebih hebat bergaduh dari aku, dan aku akan kalah.

Aku tak pernah tunjuk marah dekat kawan atau rakan sekerja sebab aku ada reputasi ‘nice guy’ dengan mereka. Hanya dengan perempuan aku tunjuk. Dan aku suka perempuan yang tak pandai bergaduh, lemah, dan sanggup buat apa saja untuk aku. Bila aku b4d mo0d, aku tunjuk marah dan mereka terkedek kedek memujuk.

Aku suka macam tu sebab aku rasa macam raja. Bila aku marah dan perempuan menangis, aku puas sebab mereka putus asa dan lemah dan tak dapat lawan balik cakap aku. Buku bertemu dengan ruas. Lepas 10 ex tu, aku kenal dengan kekasih terakhir aku yang akhirnya menjadi isteri aku.

Takdir menentukan aku berkahwin dengan perempuan berkerjaya hebat, businesswoman, dan seorang yang sama degilnya seperti aku. Hubungan kami sangat tidak stabil, tapi kami akhirnya berkahwin kerana terl4njur. Asalnya aku takutkan komitmen terutamanya dengan perempuan yang saling tak tumpah macam mak,kakak dan adik aku dalam bab eg0.

tapi sebagai lelaki, aku harus pikul tanggungjawab dan d0sa yang aku telah buat dan aku kahwin dengan dia. CInta? Ya aku cintakan dia. Cuma dia yang boleh bidas kata kata aku. Cuma dia yang tak menangis bila bergaduh dengan aku. Cuma dia yang berani cakap aku b0d0h, aku eg0, dan aku adalah lelaki yang teruk.

Tapi aku cintakan dia sebab dia hebat, malah ada masanya aku rasa dia lebih hebat dari aku. Tapi kerana ini juga aku jadi marah, sebab dia tak boleh lebih hebat dari aku. Aku suami, aku lelaki, aku perlu jadi lebih hebat. Dan kerana pemikiran inilah banyak benda aku buat untuk menjatuhkan semangat dia.

Walaupun dia dis3ksa sebegitu, dia tetap sayangkan aku. Dan lama kelamaan aku rasa she’s my true love. Memang separuh jiw4 aku yang aku telah hilang. Aku mula lebih banyak manjakan dia. Aku kurang marah. Aku lebih banyak bermotivasi untuk jadi lebih hebat, tapi dengan cara yang positif. Aku buat bisnes sendiri.

Aku pun nak jadi hebat macam dia. Tapi bisnes aku tak maju. Aku terpaksa tutup bisnes tu dan berdepan dengan macam2 masalah lain. Masa ni aku rasa eg0 aku tercalar besar. Isteri aku? Dia tak kej4m macam aku. Dia belai aku lembut2, cakap perlahan, dan dia janji dia akan sokong aku. Dia tak kisah bagi duit untuk aku naik balik.

Dia sabar. DIa banyak berk0rban masa dan tenaga untuk aku. Masa ni aku rasa sangat loser. Aku rasa aku manusia paling teruk dalam dunia dan isteri aku ialah manusia paling beruntung dalam dunia. Tapi aku marah. Marah sebab aku rasa tak adil. Aku rasa kenapa aku yang kena diuji teruk sebegini sedangkan isteri aku boleh gembira dengan bisnes dia?

Kenapa bisnes aku je yang lingkup? Aku rasa dunia tidak adil. Aku mula dihantui bayang sendiri. Orang lain mungkin akan rasa bersyukur dapat isteri macam ni. Tapi aku tak. Lama kelamaan apabila aku dapat kerja lain dan ekonomi menjadi semakin stabil, eg0 aku naik balik. Aku perlekehkan peng0rbanan isteri aku.

Bila aku marah, aku ungkit balik cerita lama. Aku tuduh dia tak ikhlas tolong aku, aku tuduh dia sebenarnya berlagak bagus masa tolong aku. Aku tuduh dia sebenarnya gelakkan aku sebab aku l0ser. Em0si aku sangat tak stabil masa ni. Orang lain tak nampak, cuma isteri aku je yang nampak. Aku cuba take back control into my life.

Aku cuba untuk jadi orang diatas balik. Tapi selalu tak berjaya, sebab aku sentiasa dihantui kegagalan aku. Aku sentiasa rasa semua orang gelakkan aku atas kegagalan aku. Aku rasa semua orang rasa aku l0ser. Dan kerana ketakutan ini, aku semakin kej4m dengan isteri.

Bila dia balik lambat, aku tuduh dia curang, sedangkan dia kerja lebih masa untuk dapat extra income. Aku cakap dia pel4cur sebab selalu balik malam, tidur dengan lelaki lain sebab duit. Aku cakap dia perempuan murah dan patutu bersyukur aku nak kahwin dengan dia sedangkan dia dah ‘rosak’. Aku cakap dia m4ndul, penipu, sebab dah beberapa tahun kahwin tak ada anak.

Macam2 aku kutuk dia sebab aku sendiri rasa in4dequate. Sampailah satu hari isteri aku kant0i, dia sebenarnya memang cur4ng dengan lelaki lain. Aku meng4muk teruk. Aku hampir pukl dia, aku pecahkan barang rumah, aku tumbuk dinding sampai berd4rah. Isteri aku mengaku yang lepas aku bankrupt tu dia memang ikhlas nak tolong aku.

tapi dia rasa sedih sebab dia tak nampak perubahan aku kearah lebih baik tu kekal lepas dia tolong. Dia ingat aku dah berubah. Dia ingat aku akan sayangkan dia seperti suami normal yang lain. Isteri aku cakap dia kecewa dan patah hati. DIa memang bercadang untuk minta cerrai dan berkahwin dengan lelaki tu, cuma dia tak tahu bila masa sesuai untuk bagitahu.

Aku meng4muk, aku lafaz cerrai talak tiga dan keluar dari rumah. Aku tak balik seminggu, aku tidur hotel. Dalam keadaan tu solat semua aku dah tinggal. Orang lain mula nampak aku berserabut. Aku ponteng kerja. Lepas seminggu tu aku balik rumah, mak dan abah dah ada kat rumah aku. Mereka cuba pujuk isteri aku. Mereka marahkan aku.

Aku disuruh pergi kaunseling keluarga dan kaunseling peribadi. Semasa aku berjumpa pakar kaunseling, mereka ada kata mungkin aku ni ada masalah ment4l macam bipol0lar atau b0rderline pers0nality. Masa tu aku rasa lega sikit, sebab sekurang-kurangnya aku tahu, bukan aku yang bermasalah, tapi aku hanya ada peny4kit.

Aku dah bayangkan yang aku boleh pujuk isteri untuk kembali dan dia akan faham tentang peny4kit aku. Tapi lepas diagn0sis penuh, mereka kata aku hanya ada anger management issue dan masalah eg0. Aku diberitahu yang seumur hidup aku, tiada siapa yang berani memperbetulkan perangai aku sejak kecil sebab aku pandai berpura2 depan orang untuk validation.

Tapi hidup dalam f4ke life itu sendiri yang buat aku str3ss. Selama aku hidup, aku cuba untuk jadi sempurna. Aku cuba untuk jadi orang paling baik, anak kesayangan, kawan paling best. Aku tak boleh terima yang aku ada kekurangan, walaupun aku sendiri tahu aku tak sempurna. Aku nak jadi orang yang terbaik, tapi aku tak ikhlas, sebab aku buat tu hanya kerana aku nak orang sanjung dan puja aku.

Aku cuba untuk jadi orang yang terbaik, walaupun hakikatnya, tak ada manusia yang tak ada cacat cela dalam dunia ni. Lepas kaunseling semua tu, aku mula berubah. Aku belajar untuk mengaku salah. Aku belajar minta maaf. Aku terima yang diri aku ni penuh dengan kekurangan. Aku masih ada rasa marah selalu tapi aku lepaskan dengan cara lain.

Aku mula bersukan. Mula khusyukkan solat. Aku layan isteri aku elok2. Kali ni, aku ikhlas nak kurangkan d4mage dalam hidup aku dan dekat orang lain. Tetapi malang sekali, isteri aku tak berjaya dipujuk. Mungkin dia dah terlalu kecewa dengan apa yang aku buat, sampai dia sendiri nak teruskan dengan pencerraian.

Maka bercerrailah kami, dan habis saja idah, dia berkahwin dengan lelaki yang dia suka dulu tu. Sekarang aku tak ada rasa sekelumit pun marah kat bekas isteri, walaupun dia masih curang semasa aku tengah berubah. Aku faham dia dah terluka teruk dan aku tak boleh baiki hati dia lagi. Aku memang menyesal, aku maafkan segala dosa dia semasa dia masih isteri aku.

dan aku harap sangat dia boleh maafkan d0sa aku selama aku zalim dengan dia. Sekarang ni aku tak terdetik untuk berkahwin lain, biarlah aku betul2 cari ketenangan dalam hidup dan jadi orang yang betul2 baik dan ikhlas, barulah aku akan cari pasangan untuk aku gembirakan dia, dan bukan untuk dia jadi hamba aku.

Kepada semua yang membaca ni hingga habis, terima kasih. Aku harap ada antara semua yang sedar dengan kekurangan diri sendiri. Masih belum lambat untuk bertaubat, selagi kita masih hidup. Akhir kata, jangan berpura-pura untuk menjadi someone yang korang sendiri tahu bukan diri sendiri hanya kerana kau nak nampak bagus depan orang lain.

Kalau jahat, biarlah kita jahat, selagi kita sedar yang kita ni jahat, masih ada hidayah untuk bertaubat. Jangan lengahkan taubat tu takut nanti tak sempat, aj4l datang menjemput. Untuk mereka yang mempunyai masalah marah, bawak berjumpa pakar yang berpatutan, dan ikhtiar untuk perbaiki diri sendiri.

Kita semua tak sempurna, tapi kita semua boleh usaha untuk menjadi yang lebih baik. Akhir kata, maafkan saya kalau ada yang terkesan atau terguris hati dengan luahan ini. Assalamualaikum. – Darius