“Suka sgt susahkn ank prempuan”. Smpai aku minta tarik balik doa nk jaga ibu. Mcm2 buat ttp disishkn. Derhakanya aku.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Saya ada soalan nak tanya kepada Mak bapak terutamanya yang berbangsa melayu, kenapa korang menyusahkan anak perempuan tetapi merajakan anak lelaki?

Tolong jawab boleh? Aku nak sangat tahu. Sebab perangai korang tu sangat menyusahkan anak perempuan. Kenapa? Apa salah anak perempuan? Apa h1nanya anak perempuan? Apa b4ngsatnya anak perempuan ni? Dengan anak lelaki habis semua anda julang biarpun anak lelaki tu cari awak bila mereka tak berduit.

Kalau nak pakai alasan alahh nanti anak lelaki tu lah yang jaga Mak bapak, anak lelaki tu lah yang berkerja kuat, anak lelaki tu lah itu ini, hahaha macam TAK je?? Aku tengok macam aku je yang banyak bekerja????? Hai. Saya Ariana. 29 tahun. Belum berkahwin. Anak kedua.

Dan anak tunggal perempuan dari 5 adik beradik lelaki. Saya merupakan seorang admin di syarikat swasta. Saya ada ijazah dan mempunyai gaji hanyalah RM1430 selepas tolak kwsp. Saya ada abang. Gaji Abang saya lebih besar dari saya. Saya juga ada adik yang mempunyai gaji yang lagi lebih besar dari saya.

Hubungan adik beradik baik, cuma saya kurang ngam dengan adik bongsu yang pemalas lagi suka main game tetapi suka minta macam macam. Namun, itu bukanlah masalah yang besar. Apa yang menjadi kegusaran kepada saya ialah perangai ibu bapa yang suka lebihkan anak lelaki segalanya tetapi menyusahkan anak perempuan.

Ya. Saya menggunakan perkataan menyusahkan. Biarlah. Memang menyusahkan dan membebankan pun. Perangai ibu saya membuatkan saya menjadi anak derh4ka dengan mempunyai perasaan benci kepada dia. Sehingga pada satu tahap saya benci nak tengok muka dia. Dengan Abang, dengan adik2, walaupun dia tidak berduit, sanggup dia bagi duit.

bagi segalanya jika adik dan Abang saya perlukan apa2. Cakap ja nak apa. Semua nya akan diusahakan dapat. Setiap bulan, Abang akan bagi dia RM150. Ibu selalu cakap “eh tak pelah kalau tak da duit, ibu tak nak pun duit anak2 ibu” walaupun tangan tu ambik juga. Dengan adik2 lain juga begitu,

Tetapi bila dengan saya, saya bagi RM200 sebulan, ibu buat muka dan cakap, “ni je?” Allah, gaji aku cuma RM1430. Bagi Kat dia RM200. Bayar ptptn RM188. Bayar mesin Cuckoo Kat rumah dia tu RM75. Rasa rasa gaji saya tinggal berapa? Saya pergi kerja pun bawak bekal. Tak makan kedai.

Ni Kawan Kawan ajak pergi bercuti saya tak join sebab tengok location and hotel dorang nak stay tu mahal. Lebihan gaji tu lah saya nak simpan. Nak bayar lain2 keperluan saya. Pernah saya tak cukup duit nak bayar parking dalam rm3. Mintak dengan ibu pinjam dulu rm3. Dia buat muka dan baling rm5 Kat saya.

Kenapa ya wahai ibu ibu kaum melayu?? Mengapa? h1na sangat ke anak perempuan minta pinjam rm3? Cuba kalau dengan Abang dan adik2. Kalau keluar bersama, eh setakat duit parking, duit makan, duit tol minyak, jangan lah bimbang, boleh jadi semua ibu belanja. Setiap pagi jam 5pagi saya akan bangun masak, ibu mesti buat muka.

Entahlah. Sebab makanan saya masak cuma yang simple, kadang sup sayur, kadang ikan goreng, kalau bau kuat sikit pun cuma sardin atau nasi goreng. Cuba kalau Abang, pukul 10 malam kata lapar dan nak makan kari daging, ibu akan masuk dapur buat.

Harini ahad. Abang nak makan Mi kari, sesegera ibu ke pasar beli apa yang patut. Adik saya, dah kahwin, isteri adik saya tak suka ibu saya. Dia bl0ck ibu saya. Ibu saya tetap masakkan lauk sedap untuk adik saya bawa balik kerumahnya sebab adik kata dia banyak masak sendiri sebab sejak mengandung ni isteri dia tak larat masak.

Saya bukanlah lapar dengan duit Mak bapak. Tidak. Bukan duit jadi isu. Tetapi perangai mereka buat saya benci dengan ibu bapa saya sendiri. Dulu masa gaji saya RM2000, saya bagi ibu saya RM300 sebulan. Barang dapur around RM300 sebulan. Mesin tapisan air blondal saya bayar kan RM166 sebulan.

Tapi tetap disisihkan, di anak tirikan. Sejak pend3mik, gaji distruktur balik, dan hanya mendapat RM1430 sebulan, lagi saya disisihkan. Pantang saya buat Salah, ibu halau saya. Lately ibu banyak cakap saya bukan anak dia. Saya ni tak berguna.

Saya sedih. Sebab saya mempunyai seorang ibu yang begitu. Saya selalu berdoa. Kalau saya kahwin, boleh ke kalau saya nak dapat Suami yang baik dan ibu mertua serta ipar duai yang sangat positive dan baik. Sebab saya nak menumpang kasih ibu mertua saya.

Kalau saya ada anak perempuan, saya nak jadi seorang ibu yang baik dan tidak mahu abaikan anak perempuan saya. Saya juga berharap, bakal Suami saya nanti bukanlah jenis pilih kasih juga. Anak itu amanah. Anak itu rezeki. Saya takkan sia siakan anak saya.

Kepada ibu, Kenapa buat dan layan saya macam ni? H1na sangat ke saya dimata ibu. Tiap kali ibu marah, mesti ibu akan kata putus hubungan, ibu tak ada anak perempuan, ibu benci saya. Dulu saya selalu berdoa untuk duduk bersama dengan ibu supaya saya boleh jaga ibu, tetapi bila jadi macam ni.

saya rasa saya nak Tuhan tarik balik doa saya tu, dan bagi saya kerja jauh2. Impian saya kalau suatu hari nanti kalau ibu sakit, saya nak mandikan ibu, nak bersihkan ibu. Tapi kan ibu, sekarang saya dah tak ada impian tu. Impian tu saya terpaksa buang sebab perangai ibu yang tidak menghargai anak perempuan.

Ibu lebih sayangkan anak lelaki. Saya doakan semoga jika ada sesuatu berlaku pada ibu nanti, ibu pergi lah ke rumah Abang dan adik ya. Jangan pergi kepada saya. Sebab saya tak nak jaga ibu. Tuhan, maafkan saya, berikan lah aku rezeki kerja jauh. Aku ingin mencari bahagia aku sendiri. Ampunkan aku ya Allah jika aku adalah anak derh4ka.

Janganlah Salah kan diri ku semata tetapi lihatlah mengapa aku jadi begitu. Ya Allah. Teringin nya aku ke tanah suci mu. Aku ingin bertanya kepada Mu, dihadapan Kaabah Mu, apakah h1na aku menjadi anak perempuan? Aku juga ada impian baru, nak m4ti di tanah suci.

Dan Dikburkan di sana. Jauh dari keluarga. Biarlah mereka tidak melawat jen4zahku asalkan aku dekat dengan tanah suci Mu. Aku tahu, aku tak layak, aku tak banyak duit, belum berjaya seperti orang lain. Tak layak nya aku nak minta mennggal di Tanah suci Mu.

Tapi kau Ibu ku Ya Allah, kau lah bapa ku. Aku tahu kasih sayang Mu lebih dari kasih sayang seorang ibu. – Ariana (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Siti noraini – Saya perasan lama dah benda ni. Tak tau lah dulu2 mak ayah kita dibrainwashkan (maafkan bahasa rojak saya) macam mana. Kebanyakan (tak semua) family memang macam ni. Anak perempuan kau usahalah sebaik mana, sebagus mana sikap pun tetap dianggap biasa.

Kalau anak lelaki, buatlah perangai buruk macam mana sekalipun tetap dipandang mulia. Saya harap sis tabah lalui perkara ini. Keluarlah, cari rumah sewa lain, duduk berasingan. pasal jodoh, berdoalah moga jumpa jodoh yang baik & mertua yang baik.

Aqlili ariana – Sis kena berhenti berharap dgn mak sis. Jgn expect anything dari sekecil2 benda. Kalau kita tak expect anything, kita tak de rasa kecewa. Sis buat je apa yg selama ni buat, mak nk terima kasih ke nak perli ke nak ape ke, sis jawab biasa2 je.

Tak pyh nk trigger. Kalau abg adik sis mak sis lyn mcm raja, lantak. Sis buat je rutin tu. Lagi, sis cari hobi. Bnyk je hobi yg xyh pakai duit. Create quality me time. Quality me time sgt perlu to keep our sanity intact. Lagipun, hidup kita ni xpjg.

Tak kemana hidup sis kalau hari2 kecewa sedih ngan perangai mak tu. Dia mmg pyh nk berubah. Sis kena embrace dgn dugaan sis. Allah maha mendengar sis. Yakin He will not leave you alone and in despair all the time.

Ni la masalah ngan org tua. Anak kasihankn anak, tp mak ayh langsung xkasihankan anak. Ramai ada masalah sama. Tp yg amazing nya, wpom dpt mak ayh yg toxic mcm ni, dpt anak yg soleh solehah, yg filial, baik budi pekerti.

Kima kim – Bila dah mcm ni, walau teruk ibu mu sekalipun, tetap syurga bawah tapak kaki ibumu. Takkan boleh nak disangkal jasa dia melahirkan, susukan & besarkan kamu. Umur dah 29thn, mgkn dah patut keluar dr rumah keluarga. Org kata dekat2 busuk, jauh2 wangi.

Jgn pulak anggap dgn berkahwin hidup akn bahagia selamanya pulak. Kita hidup dgn manusia dgn bermacam ragam. Sabar je lah dgn mak sendiri, nnt dah beranak baru taw perasaan tu mcm mana. Bermula dr kita utk ubah cara didikan anak lelaki.

Skrg ni byk lebih adat dr agama, tu byk jd penunggang agama. Orang perempuan zaman sekarang kena pandai serba serbi tolong tanggung keluarga sekali. Isteri penat dikata pemalas, suami penat dikata rajin mencari rezeki

Sumber Iiun