Sbb takut, ak minta diteman. Selesai hajat, aku ditegur “berani pergi sorg”. Terus tdiam, siapa yg teman aku.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Terima kasih admin kerana menyiarkan cerita ku. Namaku Tasha. Berusia 28 tahun.

Harini aku nak share beberapa cerita ser4m aku sewaktu diku4r4ntin kerana pos1tive kobid19 di salah sebuah hspital diutara tanah air. Aku disahkan pos1tive kobid selepas disaring ketika menjadi salah seorang close contact kepada housemateku. Long story short, aku telah dibawa ke wad kobid sehari selepas disahkan pos1tive.

Secara kebetulan, aku ditempatkan di wad yang sama housemate aku, Nana ditempatkan. Aku tiba di w4d lebih kurang pukul 7pm. Urusan pendaftaran, mengambil masa lebih kurang sejam termasuk briefing dan sebagainya. Setelah semuanya selesai, aku ke katil aku untuk berehat.

Pada malam itu aku tidak perlu mandi. Kerana sebelum ambulance datang mengambilku tadi, aku telah selesai semuanya dirumah. Selepas itu, aku tertidur sehingga la jam menunjukkan pukul 11pm. Pada ketika itu, barulah aku teringat yang aku belum menunaikan solat maghrib dan isyak.

Tetapi kerana terlampau tak larat, aku decided untuk teruskan berehat (berd0sanya rasa)… Keesokkan harinya, aku tersedar dalam pukul 5:30am. Aku lihat, keadaan w4d masih lagi gelap. Sambil aku bermain handphone, n0tification menandakan waktu subuh dah masuk. Keadaan masih lagi sunyi.

Jam hampir menunjukkan pukul 7am dan masih ramai yang sedang lena diulit mimpi. Aku bangun untuk menunaikan solat subuh dan menggantikan solat maghrib dan isyak yang aku tinggal semalam. Aku gagahkan diri untuk ke toilet, walaupun takut kerana keadaan masih lagi sunyi.

Setibanya aku di toilet aku lihat kawan ku Nana baru keluar dari bilik shower. Aku menegurnya, awalnya kau mandi. Dia cakap, aku bukan mandi tapi buang air kecil sambil sengih2. Aku yakin dia takut untuk ke toilet yang agak kebelakang dan decided untuk kencing di bahagian shower sahaja.

Aku pun terus mengambil wuduk dan kembali ke katilku untuk menunaikan solat. Aku tidak mengajak Nana, sebab sepanjang aku berkawan dengannya, aku tahu dia seorang yang tidak menunaikan solat. Selepas selesai, aku baring dan whatsapp Nana untuk ajak berborak. Tetapi tidak direply.

Dalam pukul 9am barulah Nana reply dan minta maaf sebab lambat reply kerana baru bangun tidur. Aku terkejut, aku bertanya, bukan ke kau bangun untuk kencing pagi td. Dia menjawab tidak. Aku hanya berdiam diri sahaja. Kalau bukan Nana, then siapa yang aku tegur tadi?

Kejadian ser4m kedua berlaku beberapa hari sebelum aku discharged. Lebih kurang pukul 2am, aku terjaga kerana terasa ingin membuang air kecil sangat2. Keadaan sangat sunyi dan gelap. Kerana bimbang akan terkencing dekat katil, aku ke meja nurse untuk mengajak salah seorang daripada nurse untuk menemani aku.

Terdapat beberapa nurse disitu dan aku menyuarakan hasrat aku. Salah seorang nurse bersetuju untuk menemani aku. Sebagaimana yang aku beritahu diatas tadi, toilet wad ni, bila kita masuk, kita akan jumpa shower room dulu. Belakang sikit barulah toilet.

Setibanya aku di toilet, aku terpaksa menebalkan muka dan memberitahu nurse untuk aku kencing sahaja di shower room. Seakan memahami ketakutan aku, nurse tersebut memberitahu, kalau takut, kencing sahaja dikawasan paip air bersebelahan sinki.

Kawasan itu agak terbuka, tetapi nurse tersebut membelakangkan dirinya supaya tidak nampak aku kencing. Aku pun mencangkung dikawasan paip itu lalu melepaskan kencingku. Setelah aku selesai, kami pun kembali ke wad, sewaktu melintas di meja nurse berkumpul td.

kesemua nurse berada di situ agak terkejut kerana aku berani untuk ke tandas seorang diri. Tapi aku memberitahu ada seorang nurse menemani aku. Berkerut muka mereka, kerana pada malam tersebut, hanya ada 3 orang sahaja yang bertugas.

Dan semua tidak menemani aku. Meremang bulu roma aku bila dapat tahu perkara itu. Persoalannya, siapakah yang menemani aku malam tersebut? Itu adalah antara kisah2 yang pada aku agak seram.

Aku menceritakan perkara ini kepada Nana, dan Nana pun memberitahu ada beberapa kisah seram yang dialami olehnya. Tapi itu nanti lah aku cerita . Hai semua. Terima kasih admin approvedkan cerita aku. Kalini aku nk sambung kisah wad yang aku ceritakan baru-baru ni. Aku nak cerita kisah pelik / ser4m yang berlaku kepada Nana pulak.

Kisah ini diceritakan kepada aku oleh Nana setelah kami disch4rged daripada wad… Kisah yang pertama, berlaku pada satu senja, sewaktu pes4kit-pes4kit kebanyakkan sibuk membersihkan diri dan get ready untuk waktu Mahgrib. Ketika itu, Nana hanya baring dikatilnya sambil main game p0kemon go.

Nasib baik juga kawasan wad kami ada pokestop dan gym pokemon. Takdelah boring sangat kami disitu. Okay2 sorry melalut sikit. So long story short, tiba-tiba ada seseorang datang kepada Nana untuk meminjam telekung darinya. Untuk pengetahuan pembaca, kami tidak dibenarkan untuk meminjam atau memberi pinjam sebarang item peribadi.

Nana menjawab, sorry saya tiada telekung kepada orang itu. Sebenarnya literally, Nana memang tiada telekung, sebab macam yang aku cerita haritu, Nana ni tak menjaga solat sangat. Jadi telekung pun dia tak bawak masa warded haritu. Yang ser4mnya, semenjak dari tu, dia langsung dah tak nampak wanita yang ingin meminjam telekung tu.

Jadi apakah wanita itu bukan manusia? Kami pun tak tahu. Tapi aku cuba buat lawak kepadanya, nasib baik dia nak pinjam telekung, kalau. Dia nak jd friend pokem0n kau. Lagi haru… Kisah kedua pulak berlaku dekat tandas. Nana cerita dekat aku sewaktu dia mandi, dia menyangkut towelnya disebelah kiri penyangkut yang berada dibalik pintu shower room itu.

Tetapi apabila selesai mandi dan nak ambil towel tu, towel tu berada disebelah kanan pulak. Selepas selesai mandi tu, Nana ke cermin pula dibahagian sinki untuk memakai tudung. Sewaktu tengah pakai tudung tu, tiba-tiba merasakan macam ada orang tengah tengok dia walaupun dia seorang je dikawasan sinki tu.

Mungkin Nana tersilap. Tp bagi aku, tak mustahil perkara pelik macam itu berlaku. So aku anggap ser4m jugak lah cerita Nana ni. Cerita ketiga ni, juga berlaku dikawasan tandas, lebih kurang pukul 2pm. Nana menceritakan kepadaku dia masuk ke tandas untuk kencing.

Disebabkan waktu itu petang dan keadaan tidak menyeramkan, takdelah Nana kencing dishower room sahaja. Dia berjalan ke toilet yang berada dibelakang sikit. Ada dalam 5 cubicle toilet yang berada disitu. Semuanya tiada orang. Sewaktu kencing tu, dia ada dengar cubicle sebelah ada orang masuk.

Kedengaran bunyi air dijirus dilantai dan kemudian pintu dibuka kembali. Dalam hati Nana, ni mesti jenis orang yang kencing atas lantai je ni. Sebab takde bunyi flush air. Setelah selesai kencing, Nana pun keluar dan melihat cubicle sebelahnya kering dan lantainya juga kering seperti tiada orang yang menggunakannya.

Semenjak peristiwa itu, Nana dah tak berani untuk ke cubicle toilet, sebaliknya hanya kencing di shower room sahaja walaupun waktu siang. So, itulah sedikit sebanyak kisah wad yang aku nak share dengan pembaca semua. Syukur tiada apa-apa yang teruk berlaku kepada kami sewaktu berada diwad tersebut.

Selepas ni, kalau ada kesempatan, aku nak share kisah seram sewaktu berada di asrama zaman aku sekolah pulak. Sekian Tasha.

Sumber FSG