Masa suami nk “brsama” aku tolak sbb penat. Tp pelik, bila aku dh bsiap wangi2, dia tdur bilik ank. Mcm2 alasan dia bagi.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalammualaikum. Tak taulah kalau artikel ni akan disiarkan atau tak. Tapi aku dalam keadaan tak tertahan nak menangis, nak mengadu tak tahu pada siapa.

Nak luahkan rasa kecewa dalam hati ni yang selama ni aku cuba abaikan dan tukarkan jadi fikiran yang positif. Aku dah berkahwin masuk 7 tahun dan memang perkahwinan kami bahagia. Aku akui ada banyak kekurangan dalam perkahwinan kami.

kami belum berpeluang ada rumah sendiri, kereta pun belum habis bayar. Hidup kami syukur alhamdulillah, memang Allah kurniakan rezeki yang tak berhenti. Sentiasa datang daripada pelbagai sudut. Terutamanya rezeki untuk anak-anak kami. Sentiasa ada rezeki untuk mereka. Tak pernah putus. Aku masih bekerja dan aku berniaga online.

Jual macam-macam dan buat pelbagai perniagaan. Aku juga tolong suami aku berniaga online. Boleh bayangkan tak macam mana sibuknya aku siang dan malam? Attend kelas online waktu malam, siang kerja, nak layan customer, nak manage pages fb, ig, telegram lagi.

Balik rumah memang dah kena siapkan masak2 untuk family, lepas tu kena siapkan barang2 anak skolah etc.. tak masuk lagi segala urusan dan persiapan kerja aku sendiri setiap hari. Suami aku tak bekerja. Sejak kami kahwin dia kerja tak menentu. Income yang tak menentu setiap bulan. Tak ada gaji tetap.

Baru nak merasa gaji tetap, tapi diberhentikan dek kobid. Sejujurnya aku penat sangat. Bukan penat apa, penat menampung keluarga dan memikirkan segala hal untuk memastikan kami cukup makan pakai, isi minyak, dan segala expenses kehidupan harian. Aku memang syukur dengan Suami aku ni orang yang sangat penyayang dan rajin.

Aku memang sangat respect dengan dia. Cuma bab kewangan tu… dengan komitmen nak hantar anak2 sekolah, sewa rumah dan lain-lain… Allah saja tahu aku bertungkus lumus macam mana. Aku dah niat dan redha dalam hati, aku redhakan smua apa jua rezeki dan mata pencarian aku, aku taknak berkira dengan suami aku..

sebab aku tau semuanya pemberian dari DIA. aku lebih bersyukur sebab Allah kurniakan aku suami yang rajin dan tak berkira jagakan anak, jaga urusan rumah untuk kami sekeluarga. Cuma satu je… kami banyak kali bertengkar sebab aku kepenatan yang amat sangat setiap kali dia nak ajak bersama.

Walaupun sebenarnya kebanyakan kali aku akan turutkan walaupun dalam keadaan badan yang tak larat, kepenatan atau sengaja aku paksa. Dah lama kami tak bertengkar tentang ni.. sebab Alhamdulillah kami happy saja dengan kehidupan walaupun banyak serba kekurangan tapi Allah gantikan dengan rezeki dari sudut lain.

Cuma lately dalam sejak 3 minggu yang lepas dia setiap malam, takkan tidur dengan aku sebilik. Sentiasa bagi alasan untuk tidur dengan anak2. Walaupun hari yang aku balik awal / lepas balik kerja tunggu dia, bersiap dan wangi2 pun, dia balik dan tidur dengan anak.

Sebenarnya dalam 3 minggu ni dia sibuk almost setiap malam keluar jumpa kawan, bincang bisnes / kerja wallahualam. Balik pukul 1,2 /3 pagi.. buat pengetahuan korang dia memang daripada kami mula kawan / kahwin pun memang macam ni.. macam dah jadi biasa juga, tapi selalunya kalau aku pesan / mintak dia jangan balik lewat dia turutkan saje.

Lepas tu dalam seminggu biasanya aku memang ada hari2 yang aku extra penat kalau aku kena kerja luar tak masuk ofis / atau perlu berjalan sana sini. Aku pernah cadang banyak kali juga untuk set jadual saja untuk kami bersama.. Contoh macam sabtu malam / khamis / jumaat malam.. hari yang masing-masing relaks sikit sama2.

Tapi setiap masa tu ada2 saja aktiviti lain dia.. tetiba dia keluar malam and balik lambat.. bila dah balik lambat, kalau bukan aku yang penat.. dia sendiri pun penat tak larat.. Dan nak jadikan cerita satu malam tu aku dalam kepenatan tengah tidur m4ti… dikejutkan waktu malam.. dia nak bersama lagi…

aku tak sempat apa lagi.. baru nak berkalih, sebab tidur yang kena kacau, tiba-tiba dia meng4muk… Aku sangat penat dan aku tak larat nak pujuk.. dia merajuk dan tidur dengan anak2.. Sampai lah ke hari ni dia dingin dengan aku.. Tak manja macam biasa… dan hari2 sentiasa cari sebab kecil2 remeh temeh yang selama ni dia ok saja bertolak ansur..

Semua jadi sebab nak dimarah.. Bila aku tanya dan cakap sebab nak bersama.. Dia deny.. Dan dia kata benda yang tak patut memang dia kena tegur.. Sekarang ni aku nak tanya… kalau lelaki tak dapat jalankan tanggungjawab nafkah zahir, lepastu menangkan eg0 dan tak nak bagi pula nafkah batin…

semua terletak kat bahu perempuan ke? Kat mana pula ya letak tanggungjawab seorang perempuan? Kita perlu tinggalkan ke bab kerja / bisnes dan layan dia je.. Betul ke??Habis benda tu semua dia tak boleh provide tapi dia nak kita provide everything, jadi isteri solehah perfect angel untuk dia..

Kalau aku berhenti kerja, dia pergi kerja… tapi tanggungjawab nafkah batin untuk aku ditunaikan, dan tanggungjawab aku sebagai isteri pun aku tunaikan.. So tak payah kan aku penat2 buat segala2 susah payah kerja penat2 bagai, lepas tu apa aku buat dia tak hargai..

Tak boleh nak memahami.. Dan yang dia tau waktu dia nak, dia nak.. Gitu ke? Aku ke yang selfish… atau dia yang pentingkan diri sendiri? Bukan aku tak minta maaf, pujuk, dan cari masa untuk bersama.. Tapi semua dipandang sepi..

Aku siap belikan makanan dia suka, belikan segala apa lah.. Untuk lembutkan hati dia.. Tapi dia masih nak lancar per4ng dingin. Seriously aku buntu yang teramat sangat. Aku dah hadiahkan al-fatihah, doa pada allah lembutkan hati dia.. Aku buat macam2 solat hajat daripda dulu lagi..

Sentiasa pujuk hati aku memahami bahagian yang dia tak boleh bagi / kekurangan.. Jadi aku sangat sedih.. Kenapa dia tak boleh nak negotiate apa jua kekurangan aku… sedangkan aku dah buat sehabis baik untuk perkahwinan kami dan kebahagiaan kami dan anak2… Sedih lah wehh… Yang terguris hati, Dan sedang menangis. – Sha (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Kak ain – Kerja secara online ni, penatnya di otak kita yg membawa ke fizikal….orang tak nampak kepenatan tu. Kena explain kpd suami. Biar dia ambil tanggungjawab menyara keluarga supaya awak tak terlalu penat.
Satu lagi akak rasa masalah awak bukan ‘penat’ semata2, mungkin kurang rasa ingin bersama.

Kena atasi. Normal kalau suami perlukan isteri di waktu malam, dan normal isteri juga perlukan. Kalau isteri rasa tak perlu, ada masalah kita di situ. Hubungan intim suami isteri mesti dijaga, kerana di situ terletak bahagia batin masing2. Yg membawa kepada bahagia hari2 esok yg dilalui bersama.

Raihana – Suami ni emosi kurang stabil sikit kalau keperluan batin dia tak di penuhi. Dia akan jadi str3ss dan em0si. Perempuan pula em0si akan jadi tak stabil kalau takde sokongan dan kasih sayang. Puan tak salah. Tapi walaupun kite tak salah, still perlu rendahkan eg0 dan minta maaf dengan suami.

Bila suami dah lembut hati, boleh bincang semula heart ti heart. Lelaki ni ade eg0 dia puan. Memang rasa tak puas hati sebab puan tak salah. Tapi meminta maaf dulu tak bermakna puan yang salah. Jus langkah pertama untuk buka ruang perbincangan.

Saya percaya masih ade ruang untuk baiki semula hubungan ni. Mungkin kurang komunikasi je. Saya doakan Allah bukakan jalan keluar untuk sis ye.

Liajane – yang patut kerja keras tu suami bukan isteri. kalau isteri boleh buat semua tu kenapa suami tak boleh? meh nak jawab sebabnya perempuan ni memang ada naluri TAMAK. maksud tamak ni macam ni dia rasa dia nak senang, nak bahagiakan keluarga nak semua lengkap so dia usaha dapatkan sampai terlupa sepatutnya usaha tu tugas suami bukan dia.

akhirnya jadi lah macam konfesor ni, memang cuba nak ikhlas nak redha tapi bisikan2 sy4itan memanggil2 untuk jadikan apa yang dah dibuat tu rasa nak dihargai sedangkan ikhlas tak perlu pun untuk dihargai. apa kebaikan yang dah dibuat lupakan saja tak perlu fikir itu baru ikhlas sebenar. semua benda kau nak buat dek memang penat.

hubungan suami isteri tu sepatutnya dinikmati, Allah dah kurniakan nikmat sepatutnya enjoy lah tak kira jadual bagai bukan robot. ingat satu je benda dapat pahala memang sy4itan akan h4sut bagi rasa tak seronok hubungan suami isteri ni kalau kau rasa seronok sy4itan menangis.

melambak orang yang takde hubungan halal buat, sy4itan cucuk rasa seronok. jadi dah ada hubungan halal kenapa nak sia2kan tak kan nak ikut sy4itan.

Sumber Iium