5thn kawin xde ank. Mlm tue aku bsila dpn suami, tp skit pun xpndg aku. Betullah apa ustaz cakp.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Salam admin, confession ni semuanya benar belaka, harap admin sudi siarkan. Aku dengan husband dah 5 tahun hidup berdua, jadi end of last year we both decided to adopt.

Alhamdulillah, rezeki berpihak pada kami dan sekarang hanya menunggu panggilan dari pihak JKM je. Orang kata, 5 tahun pertama memang dugaannya berat, aku tidak menafikannya. Lumrah kehidupan rumah tangga, ibarat lautan, ada pasang surutnya. Macam tu lah kehidupan kami. Tapi untuk beberapa tahun kebelakangan ni, aku dapat rasa ada something wrong somewhere.

which aku tak pasti apa, dan naluri isteri itu jarang sekali salah. Kisahnya bermula bila aku kerap s4kit, macam-macam peny4kit, pergi ke klinik, d0ktor tak dapat kesan, refer ke h0spital and jawapan masih sama. So dalam setahun tu kira banyak kali aku kena warded sebab doktor nak jalankan pelbagai test untuk mencari punca s4kit aku but ended up, tak jumpa.

And also masa tu aku dengan husband aku kerap bergaduh, tak boleh langsung jumpa and dalam tempoh aku kena warded seminggu tu, hari pertama je dia datang, hari lain langsung tade datang, tanya khabar pon tidak. And ayah aku je la jadi peneman setia, datang bawa makan and teman aku sehari dua kali (2 kali visiting hourskan).

kadang ayah datang bawa mak, kadang mak mertua yang datang teman (lepas dia balik kerja) tapi suami? Senyap macam tu je. Sampai la one day, dalam tengahari, ayah aku datang melawat, kali ni dia bawak seorang ustaz. By the way, aku dengan ayah aku memang rapat, aku banyak bercerita perihal hidup aku kat dia.

Sampai je kat katil aku, aku tengok muka ustaz tu berkerut. Sekejap sekejap kang dia geleng kepala. Pastu dia ajak ayah aku entah kemana, bincang berdua. Dalam 10 minit macam tu, ayah datang ke katil, ayah suruh aku minta doktor dischargekan aku haritu jugak. Tapi doktor tak bagi, esoknya baru doktor dischargekan aku.

Esoknya, dalam pukul 5 baru aku dapat balik, p4tient yang disch4rged pon agak ramai haritu, hari Jumaat lagi, jadi standard la kalau lambat. So lepas disch4rged, ayah terus bawa aku ke rumah ustaz, dia suruh aku duduk membelakangkan dia, dia minta izin untuk sentuh belakang aku, dia letak ibu jari kat tulang belakang, terus dia Ruqyahkan aku.

Sepanjang dia Ruqyahkan aku, badan aku rasa macam ada benda bergerak sebelah kanan, panas lagi. Tiba- tiba aku rasa nak nangis, nak marah semua aku rasa dalam satu masa. Tapi ustaz tu pesan, jangan ikutkan hati, istighfar banyak- banyak. Selesai dia Ruqyah, dia suruh aku pandang dia. Dia kata,

“Adik, apa ustaz nak kata ni, ada dengar baik baik, apa ustaz tanya, jawab elok- elok. Kalau rasa nak marah, tahan marah tu. Boleh?” Aku angguk. “Baiklah, macam ni, adik dengan suami adik ni, terkena buatan orang. Suami adik terkena minyak pengasih, tak cukup dengan tu, ada antara kawan- kawan yang dengki dengan kesenangan hidup kalian.

jadi dia datangkan amarah dan derit4 antara kalian. Derit4nya ialah zuriat. Bertahun kahwin, masih tiada anak. Amarah pula dengan kehadiran orang ketiga dalam hidup suami..” lebih kurang macam tu la ayat dia. Masa tu aku rasa macam nak g1la. Ayah aku suruh aku tenang dengar dulu apa ustaz nak kata. Ustaz tu sambung..

“Mengenai zuriat, 5 tahun kahwin masih tiada zuriat, pergi ke hospital check apa semua, doktor kata tiada masalah. Tapi pernah tak cuba rawatan Islam?” Aku geleng. “Zuriat ni dik, orang selalu kata, kalau dah lama kahwin tiada zuriat, masih belum ada rezeki.. kan? Pergi check hospital, suami isteri tiada masalah, doktor kata normal.

Tapi jujur ustaz kata, bila dah cuba cara rawatan moden, tapi tak jumpa punca masalah, cuba rawatan Islam. Tak salah cuba. Kadang kita tak tahu apa yang menghalang kita dari mengandung, entah- entah ada j1n yang menumpang badan kita, kita tahu? Doktor pon tak tahu. Jadi tak salah cuba rawatan Islam.

dalam Al- Quran pon menggalakkan kita berubat menggunakan ayat- ayat Al- Quran kan? aku angguk. Baiklah, adik ni, bukan tak boleh mengandung, boleh, tapi ada satu je masalah. Masalahnya, adik ni dah terkena ‘buatan’ orang. Ada seorang lelaki yang sayang pada adik, bukan suami adik ye, seorang kenalan, adik tolak dia, jadi dia tak boleh terima.

Dia dend4m. Pada dia, kalau dia tak boleh dapat adik, tiada yang boleh dapat. Jadi dia bagi adik peny4kit, salah satunya dia tunjuk lengan aku, hanya ni yang adik boleh nampak dengan mata kasar. Bila jumpa doktor, doktor kata al3rgik, makan ubat, sapu ubat, tapi masih tak hilang. Betul tak?

Dia nak suami adik rasa geli/ j1jik dengan adik dan akhirnya cerraikan adik..” “Yang suami adik pula, ada seorang perempuan yang sukakan dia. Dia tahu yang suami adik sudah berkahwin dan dia juga tahu kalian masih belum punya anak. Jadi dia mula masuk j4rum. Mula dengan berkawan, lama- lama jadi rapat.

Jumpa selalu. Kat situ dia mula bagi suami adik makan. Bila suami adik makan makanan yang dia bagi, suami adik akan jadi ingat kat dia je. Kemudian dia sapu minyak kat badan suami adik. Tak perlu banyak, secalit je. Masa bergurau- gurau tu, dia usik suami adik dia calit sikit je. Apa jadi lepas tu?

Suami adik akan selalu ingat kat dia, sayang kat dia, cinta kat dia. Bila suami tengok adik, dia jadi benci, menyampah.. tu yang asyik gaduh je. Rumah tangga jadi panas. Dia asapkan suami adik hari- hari supaya suami adik benci adik. Tapi adik kena ingat, yang suami adik sayang adik, dia jadi macam ni sebab apa perempuan tu buat.

suami adik hidup dalam keadaan dikawal oleh perempuan tu. Suami adik bukan baru kena, lama dah. Cuma adik perasan atau tidak je..” Yes, aku perasan sebenarnya. Tapi aku bersangka baik mungkin ujian dari Allah semata nak ukur tahap kesabaran, kesetiaan dan kekuatan kami mempertahankan ‘masjid’ yang kami bina.

Seriously, aku tak sangka selama bertahun yang kami asyik ‘panas’ dan ‘sakit’ ni, rupanya angkara orang benci, dengki.. apa lagi..? Entah. Aku sendiri tak percaya dengan benda- benda ilmu hit4m ni. Dulu bila aku dengar orang kena buatan orang, aku like, “eleh, tah iye ke tidak kena buatan orang.. entah- entah saja je cari perhatian..”

And now bila kena kat diri sendiri.. baru aku sedar bertapa tingginya langit tu. Aku termakan kata- kata aku sendiri. Ayah aku duduk sebelah diam je, sesekali dia usap belakang aku. Yang aku menangis je empangan pecah, mengalir je air mata aku ni. Sesekali aku senyum kelat bila kenangkan selama ni aku ingat suami aku yang jahat.

rupanya aku yang jahat sebab berfikiran buruk terhadap suami sendiri. Ustaz tu sambung, “Nanti malam, balik rumah, ajak suami duduk, pastu cerita dia apa yang ustaz cerita tadi. Esok ke lusa ke, bawa dia jumpa ustaz. Ustaz buat apa yang ustaz mampu. Boleh?” Aku angguk je.

Malam tu aku balik rumah, dia dah ada kat rumah, dia dalam bilik, pura- pura tidur. Aku pulak, masuk bilik, mandi bersih- bersih, solat hajat mohon dia terbuka hati untuk aku ceritakan what happen. Bila kenangkan balik, lama dah kami hidup macam tu. Dia mengelak dari berjumpa atau bercakap dengan aku.

Lama aku makan hati. Ajak borak or even makan sama pon tak nak dah macam orang asing dah kami. Dulu tidur dia selalu peluk, yelah, hidup berduakan. Tapi sekarang, dia di utara, aku di barat. Sedih. Lepas dah siap- siap semua, aku duduk bersila disebelah dia, aku usap kepala dia dan buka bicara,

“Abang, sayang ada benda nak cakap kat abang ni, abang duduk sekejap boleh?” Dia bangun dan duduk, tapi sekali pon dia tak pandang aku. Masa tu rasa sebak sangat. Aku sambung, “Apa sayang nak cerita kat abang ni, abang dengar elok- elok. Kawal perasaan dan jangan melenting okay..”

Dia angguk. Aku ceritakan semuanya. Muka dia macam blurr, aku cerita sampai habis dan untuk pertama kalinya, dia pandang dan peluk aku. Masa tu, Allah je yang tahu apa yang aku rasa aku rasa bahagia berada dalam dakapan suami. Sepanjang malam tu kami berborak, kami menangis dan aku lega, suami akhirnya sedar juga.

Esoknya kami jumpa dengan ustaz tu. Ayah ada sekali, ustaz kata kena ada orang ketiga teman in case kalau terjadi apa- apa. Ustaz mulakan bacaan Ruqyah pada suami aku. Sesekali suami aku merengus, mengeluh dan menggeliat. Ustaz pesan pada dia supaya jangan berhenti beristighfar walau macam mana susah atau sakit sekalipon.

Pada satu tahap, suami aku bl4ckout sekejap, dia terbaring tiba- tiba. Cuak aku masa tu, tapi ustaz tu kata normal. Tak sampai lima minit, suami aku bangun, ustaz tu suruh dia baring luruskan kaki. Dia ambil lada hitam, dia tekan pada ibu jari kaki suami aku dia menjerit bukan kepalang.

“Sakit.. sakit.. SAKIT!!” Ayah aku pegang tangan dia. Ustaz kata, ada 3-4 ekor j1n dalam badan suami, yang mengawal suami dan ada antara j1n tu yang keluar masuk dalam badan aku, jadi bila kami bergaduh, j1n- j1n tu akan melagakan kami. Bukan tak pernah aku cuba tik4m dia. Tapi dengan keizinan Allah, pisau tu terlepas dari genggaman aku dan aku pon berlalu pergi dari dia.

Hampir bercerrai pon pernah. Dua tiga kali turun naik mahkamah (kaunseling), sampai ustazah tu pon pening. Yang selebihnya sepanjang berubat tu, biarlah kami saja yang tahu. Yang korang perlu tahu, sekarang aku dan suami beransur pulih. Hubungan kami perlahan- lahan kembali seperti dulu.

Ustaz juga sudah ‘pagar’ badan kami, juga dia beri ayat- ayat pendinding untuk kami amalkan hari- hari. Alhamdulillah aku ucapkan. Allah penyembuh segala peny4kit, kita hanya mampu usaha. Apa yang aku cuba sampaikan is, kalau ada antara readers yang mengamal ilmu- ilmu hit4m, minyak pengasih dan sebagainya, please stop.

Ketahuilah bahawa kuasa Allah meliputi segala apa yang ada dibumi dan dilangit. Dan pada yang cuba pisahkan kami suami isteri, pada yang mendengki atau berdend4m pada kami, kami maafkan korang dan harap korang maafkan juga kami dan berhentilah ‘menghantar’ pada kami.

Andai ada salah silap sepanjang perkenalan, andai kami ada terambil yang bukan hak kami, terlukakan hati dalam pergurauan dan semualah, maafkan kami. Terima kasih admin, dan terima kasih readers. Yang baik datangnya dari Allah Ta’ala, yang jahat tu datangnya dari diri aku sendiri. Akhir kata, ittakullah, takutlah pada Allah! – Hamba Allah