Tdengr byk “hal” bkenaan dia. Pelik kawn2 dia xpenh aku jump. Nk tunjk gambr aku dia isau. Rupa2nya ini sbbnya.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Hi Assalamualaikum. Aku nak story kisah pertunangan aku bersama Fahmi (Bukan nama sebenar). Well orang kata dugaan bertunang ni kuat. Orang yang terpilih je mampu bersabar dan teruskan hingga ke jinjang pelamin. Aku baru habis belajar. Dalam masa 4 bulan aku bekerja, Fahmi datang dalam hidup aku.

Zaman sekarang, kenal melalui S0cial Media je. Dia tegur aku dekat igstory. Aku dah lama kenal dia tapi sebagai kenalan satu sekolah. Hari pertama dia tegur aku terus dia minta nombor aku. Laju buat kerja. haha. Kitorang pun setiap hari whatsapp each other. Fahmi ni sweet talker. Ayat dia memang semut pun kerumun lah. Aku pulak jenis garang dan jarang layan lelaki. Pada mulanya aku tak heran sangatlah dengan dia.

Tapi dia bersungguh nak berkenalan dengan aku. Setiap masa, waktu pejabat pun dia whatsapp. Indah belaka. Aku geli juga sebab dia ni asyik bagi ayat manis je, bosan juga. Muka dia elok lah sedap mata memandang. Bagi aku, muka dia nerd dan boleh pergi jauh lah untuk jadi husband material. Aku ni tegas bab-bab nak kenal dengan someone.

Fahmi pun ajak aku keluar for the first time masa buka puasa. Kitorang ni LDR. Dia ambil aku di pejabat, you know what apa aku rasa masa tu. Sumpah nervous. Aku tak pernah keluar berdua dengan lelaki untuk merancang lebih dari seorang kawan. Setakat kawan tu aku tak heran. Tapi kali ni status lelaki ni lain. On our first meeting, dia dah tanya aku bila target nak kahwin.

Aku terpinga-pinga sebab aku baru bekerja, boyfriend pun tak ada. and for sure marriage is not in my wishlist for these 2 years. Aku plan kahwin umur 27. Bagi aku masa tu aku dah cukup matang, kerjaya kukuh dan puas dengan single life. Cara dia tanya ni macam nak serius dengan aku. Seriously aku tak terfikir nak look forward dengan Fahmi. Bagi aku dia ada rupa, kerjaya, bijak, boleh dapat yang lebih baik dari aku.

Agama tu mungkin ada sikit. pada mulanya setiap kali nak dating, pasti dia cakap pilih tempat yang senang untuk solat. Daripada situ aku dah judge dia mungkin dia okay dan dia yakinkan aku dia ni boleh jadi husband. Aku terus terang dengan dia kalau nak serius dalam hubungan, solat istikharah dulu. Aku tak nak hubungan ni sia-sia sebab aku takut kecewa.

Sebab itu kalau aku berkawan dengan lelaki, aku tak nak hubungan tu lebih dari seorang kawan. Aku pun jenis garang dengan lelaki, lelaki pun takut nak kenal lebih dekat haha. Masa aku suruh dia solat istikharah. Katanya dia buat sehingga 11 kali berturut. Hari yang ke sebelas baru dia mimpi hubungan kitorang mesra, bayangan lepas kahwin seperti solat bersama, makan bersama dan balik kampung bersama.

Aku pun buat juga solat istikharah tapi hati aku ni tak sedia untuk terima siapa jodoh aku buat masa tu. Aku buat solat taubat dan istikharah dua hari berturut tapi masih tak nampak petanda. Aku give up sebab aku tak bersedia. Aku cuma follow the flow je lah. Masa pertemuan keempat, dia cuba beranikan diri jumpa my parents. Alhamdulillah semuanya smooth.

Dia pun ada bagitahu his parents about our relationship. Pihak dia suruh kitorang tunang secepat mungkin. My parents terkejut sebab terlalu awal untuk ikat, my parents kurang setuju tapi pihak lelaki nak jugak. Aku cakap dengan dia, “Fahmi, Yana tak ready nak kahwin lah. Macam-macam kita kena handle. After kahwin kita jadi satu tau. Commitment tinggi.

” Fahmi jawab “I faham tapi takkan sebulan before engagement day pun you tak ready kan? You takut apa? I ni dekat rumah pakai boxer je” Bila dia jawab macam tu, aku dah start curiga dengan alasan kenapa dia nak kahwin. Dia umpama tak faham situasi lepas kahwin, tanggungjawab. Sepanjang perkenalan aku dengan Fahmi, bagi aku dia seorang yang perfect.

Mungkin aku rasa bila dia jaga solat. Dia boleh jaga aku. Macam mana aku tahu dia jaga solat? Sebab bila aku tengah whatsapp dengan dia, mesti dia cakap baru lepas solat sunat (kebetulan bulan puasa) haha. Tapi masa tu aku rasa dia ni tak perlu kot sampai solat sunat pun nak bagitahu. Puasa 6 straight. Setiap kali traffic jammed, dia istighfar dalam kereta.

Aku terdiam lah juga konon impress. Padahal. Tunggu sat lepas ni sambung. Sebulan sebelum tunang, aku dan Fahmi bergaduh. Masa tu lah aku nampak true colors dia. Dia diamkan diri untuk berapa hari tak pujuk aku. Hati aku dah terdetik “Aku tak nak lah kahwin dengan dia. Gaduh sikit, biarkan berhari” Dia ni jenis kalau nak gaduh memang nak win je.

Aku pun nak win. End up aku yang beralah sebab penat dan rindu. Aku pun bagitahu my mom, Yana tak nak teruskanlah majlis pertunangan ni. Boleh batalkan tak? tapi my mom said No. We had invited our big family for this event. So masa tu aku terdiam. pujuk hati untuk teruskan. Sepanjang aku kenal dengan dia, aku pernah jumpa parents dia sekali je masa parents Fahmi datang merisik aku.

Aku pernah tanya Fahmi bila nak bawa aku jumpa family dia, borak2. Tapi ada je alasan Fahmi. So Fahmi cuma ramah mesra dengan my parents je lah. Masa merisik tu his mom yang letakkan harga hantaran. Family aku cuma kata ikut kemampuan, kami tak berkira walaupun aku lulusan Ijazah, sudah ada kerja. Semasa hari pertunangan tu, aku tak rasa apa-apa.

Supposedly aku nervous, excited, happy. tapi aku tak rasa apa-apa. Keadaan aku like “Betul ke keputusan aku ni”. Selesai sahaja majlis. Dua minggu selepas tu aku diuji. Fahmi bercuti di oversea bersama kawan dia. Dalam masa dia di sana, sikit pun dia tak contact aku. Aku pun membebel lah. Aku ni tunang dia bukan girlfriend dia buat dunno je sampai berhari tak ada khabar.

Hari dia nak balik Malaysia baru dia text aku. Masa ni lah dah nampak masing2 punya true colors. Aku admit that aku banyak kekurangan. Since dia orang yang istimewa, semestinya aku nak tahu dan kenal dia lebih dekat. Lepas je tunang macam-macam g0sip aku dengar pasal dia.

Yelah aku tahulah dia h0t guy dulu tapi ada aku kisah. Aku sikit tak jatuh hati masa dia h0t dulu and I never expected I will end up with him. Ada je suara sumbang kata dia ni pl4yb0y, pernah k1ssing, pernah make out/sleepover with his ex. Aku percaya dia dan aku tahu ni sbb orang cemburu.

Fahmi pernah cakap dia tak nak show off my photos dekat socmed sebab ramai orang dengki dan dia ramai h4ters. Aku pelik juga siapalah h4ters tu. Katanya senior. Tak logik betul. Entah2 jaga hati perempuan lain ataupun tak nak low market. So aku percayalah yang dia tak pernah buat kerja terkutuk tu.

Hubungan kitorang tak berapa elok dalam tempoh pertunangan. Asyik bergaduh sebab dia sibuk bekerja dan aku pula nakkan perhatian. Kau bayangkan lah takkan sibuk sangat sampai tak boleh respon my text. tengah malam baru dia reply to say good night. Dia ingat duduk oversea agaknya. Tapi dia cakap bersyukur sikit ada orang lagi mampu say good morning and good night sahaja.

Ada orang date once in 6 months. Bersyukur ye. Pandai dia nasihat aku. Aku tak boleh relate ayat dia suruh bersyukur padahal perangai dia tu yang nak menang je. He explained too much on being busy for future. Sampai dia cakap dengan aku suruh sibukkan diri, pergi cari hobi sendiri. Aku sentap.

Masuk bulan ketiga pertunangan, gaduh lagi sebab aku merajuk dia tak spend banyak masa dengan aku. Dia banyakkan masa dengan family. Okay aku hormat cuma aku terkilan bila dia tak text aku. Mungkin dia terlalu sibuk dengan family dia. Kebetulan kitorang nak pergi kursus kahwin.

Disebabkan aku em0sional sgt psl dia tak spend masa yang lama dengan aku, aku merajuk dan tak nak pergi kursus dengan dia. Biar aku pergi sendiri. Dia pujuk juga tapi aku degil. Biasalah perempuan kan complicated. haha. Tiba-tiba dia decide tak nak pergi kursus kahwin. Aku menangis malam tu. Pagi2 subuh aku call dia tak angkat untuk pujuk.

Serupa macam aku cabar dia lah kan? Tu sebab dia malas nak layan. Then his mom angkat katanya Fahmi tak nak pergi kursus kahwin. Aku macam oh okay. Why his mom tak encourage him pergi kursus kahwin tu? Mak dia macam chill je anak dia biarkan tunang pergi sendiri. But end up dia pergi juga lepas aku pujuk.

Sepanjang pre-wedding course tu, aku perasan dia main handphone je. Aku ni pun kemain curiga. Siap tegur dia buat apa tu tak dengar ceramah ke. Aku ni bersungguh nak belajar dan tambah ilmu tapi tengok bakal suami tak take serious. Bulan yang keempat, perjumpaan yang terakhir di wedding kawan aku. Tu last moment kitorang. After je date, 2 days after that dia dah mula senyap.

Mungkin fedup dengan perangai aku. Aku call dia banyak kali tak angkat. Pagi esoknya baru kata dia tidur penat sangat. Dulu masa baru kenal, dah tidur pun handphone bunyi sekali je terus angkat. Siap cakap tak apa tak ganggu pun. But now, so much different. Call banyak kali dikata psych0. Bila orang yang kita sayang tak angkat call, mestilah kita risau. sepanjang hari tak contact.

Sejak tu dia abaikan semua mesej aku, semua call aku. One night tu kitorang discuss. Dia kata life dia berbeza dengan aku. Surroundings dia penuh dgn party, drvgs and drinks. Dia cakap Aku ni perempuan melayu terakhir, terlalu inn0cent, too nice for him, tak open minded. Dia tak pernah kenalkan aku dengan kawan2 dia.

Masa tunang pun aku cuba nak rapatkan hubungan dengan family dia. Tapi dia tak bawa aku pun. Aku pelik why pinang aku dulu?if nak treat aku like this. Aku ni yang sentiasa pujuk dia balik walaupun memang dia salah, bila dapat tahu dia demam, aku sanggup jumpa dia, bila gaduh aku bagi dia hadiah untuk pujuk.

Nampak sangat aku sayang dia lebih padahal at first dia yang beriya nak kahwin dengan aku. Aku sedih bila ingat balik usaha aku untuk pertahankan hubungan. Sepanjang aku pujuk dia untuk 2 minggu, aku sediakan love letter and coklat dalam kotak hadiah. Konon romantik nak pujuk. Tapi aku tak tahu macam mana nak bagi dia sebab dia jauh.

Aku pun cuba dapatkan alamat pejabat dia. Bila aku cuba confirmkan alamat tu dengan dia, dia tak respon. Kebetulan esoknya waktu bekerja dan aku kena ke pejabat client. Aku plan nak post hadiah tu lepas balik dari client’s office. tapi…… Balik je dari client’s office, aku dapat mesej.

Fahmi putuskan hubungan kami dengan alasan dia tak nampak hubungan kami boleh pergi jauh dan menganggap lepas kahwin kami takkan harmoni. “Salam. Look,I’ll be very frank with you now. At first this relationship went on very smoothly.

However, after the engagement, you changed. You’re trying to change me into the person I’m not & I can’t be totally myself while being with you. There’s always wrong in every rights in your eyes. In addition to that, you’re being a total control freak doesn’t help one bit. It’s just way too suffocating & intimidating for me.

I am sorry but I tried my best. I don’t see us after marriage living happily. This relationship shall not take another step ahead. I have a feeling that if we’re married, we wouldn’t be able to live in peace & harmony. I suggest that we put a stop to all of this right now so it wouldn’t bleed any longer. I don’t blame you because this is our own mistake.

The compatibility & the chemistry has gone poof. I see no way out of this. We tried our best & it seems like our best is not good enough. As told, prevention is better than cure so let’s not hurt ourselves further. This run has teach me lots of things either good or bad. I hope it teaches you too so that we can be a better person for ourselves.

I thank you for everything you have done for me. We’ll just contact by texting or WhatsApp. Again, I am sorry.” I didn’t expected this would be happened on us. Aku fikir hubungan kitorang cuba gaduh biasa setakat sibuk bekerja, tak reply, tak ada isu besar pun sampai nak kena putus. Rupanya dia tak tahan. Dia kata aku dah berubah. Bila aku flashback, sebenarnya dia yang dah berubah.

Pada mulanya aku nampak dia jaga agama, siap hadiahkan aku buku agama pasal perkahwinan, hormat orang tua, ayat manis, you are my future lah, tiba-tiba lepas tunang dia abaikan aku, solat entah ke mana. Setiap kali dating, katanya boleh jamak sebab dia jauh. Alang2 aku solat, apa salahnya dia solat juga? Aku perhati dengan rambut tegak je macam tak basah.

Orang ambil wudhuk, pastinya nampak kesan basah. Muka basah sikit. Tapi dia ada je bagi alasan tunggu aku solat lama tu sebabnya rambut dah kering. what? Aku pun ada adik beradik lelaki, aku pun ada ayah, aku pun ada kawan-kawan lelaki. Macam aku ni tak ada experience and failed about a guy. Aku diamkan sahaja semua perubahan dia.

Lepas dia putuskan hubungan dengan cara mesej sahaja. Aku pun pujuk kita ni melibatkan dua keluarga. Nak putuskan biarlah dengan cara baik. Bincang dulu. Bukan suka hati buat keputusan. Then dia bl0ck aku dekat semua socmed. whatsapp pun. padahal dia cakap we can just contact by texting or whatsapp. Em semuanya tipu.

Aku cuba call mak dia. His mom pun terkejut dan katanya Fahmi baru sahaja transfer duit hantaran malam tadi dekat his mom. Aku mula musykil dengan cara dan keputusan dia. Tak tetap pendirian ke. Dia ni dah lost ke. Aku tak jadi post hadiah tu. Aku ambil Emergency leave for two days. Aku hearbr0ken sampai tak tahu nak buat apa.

Terperap dalam bilik menangis. My family pun dah tahu dan my family takkan salahkan anak orang. My family selidik dulu sampai aku sendiri kena marah sebab aku selalu ajak Fahmi buat benda baik. Tapi Fahmi ni degil sikit. Aku share ceramah pun, dia ignore. No wonder dia cakap life dia berbeza dengan aku. Aku fikir dia jenis tak kisah, sbb at first dia tunjuk yang baik2 depan aku.

So bila nak jd husband and wife, both of us cuba dan belajar untuk jadi lebih baik. Aku cuba galakkan dia. Then, my parents bawa aku pergi darussyifa. Diorang fikir aku ni punca. Aku ni yang panas. Aku pergi berubat cara islam. Day by day aku rasa down sangat. Sebab aku tak tahu punca kenapa dia putuskan hubungan macam tu.

Selepas seminggu, aku cuba contact his bff, Senah. Aku tak pernah kenal Senah ni. Aku cuba dm dia dekat instagram untuk dapat info since aku tak boleh contact Fahmi langsung. Senah ni mulanya baik, aku percaya dia boleh tolong aku. Ktorang pun met each other at one place. Aku menyesal tak bawa teman sebagai saksi.

Aku beranikan diri jumpa stranger untuk kes aku dengan tunang aku ni. Rupanya si Senah ni ex-girlfriend Fahmi tapi now jadi BFF. Ah sudah. Aku silap cari orang. Tapi Senah ni dah tunang, so dia kata tak perlu insecure. Senah ni kemain membawang juga. Dia kutuk Fahmi. Kutuk family Fahmi. Dia kata Fahmi ni pernah sleepover dengan ex dia, dia bawa that girl balik rumah masa Form 5.

Setiap kali his mom pergi outstation je, dia buat keje lah. Aku dengar Ya Allah. aku ingatkan semua tu fitnah dia bila suara sumbang sampaikan dekat aku. rupanya betul. cuma Fahmi sahaja tak mengaku. Bila dengar dr BFF dia semua kisah Fahmi, dia cakap Fahmi ni kalau lepak dengan kitorang pun tak solat, nak acah2 pula.

Belakang parents, memang macam set4n, depan parents macam malaikat. Aku senyap je dengar apa yang BFF dia nak cakap. Macam-macam BFF dia kutuk dia. Aku tak expect dia akan kutuk family Fahmi sekali. Katanya family Fahmi ni sangat bawang, sangat percaya anak, suka bangga dengan harta sendiri, berapa banyak beli rumah, bangga anak berjaya, itu ini.

Bagi aku semua mak bangga dengan kejayaan anak, and apa yang mak dia borak tu aku rasa its normal for mak-mak untuk buka topik. Tak ada terfikir pun benda tu untuk menunjuk. Tapi bila Senah ni cuba burukkan pasal kawan baik dia sendiri. Aku dah dapat bezakan mana satu kawan dan lawan Fahmi. Kawan yang baik takkan buka aib kawan sendiri.

Tak kisahlah seberat mana dosa dia pernah buat. Fahmi pernah cakap dengan aku dia betul2 bertaubat masa pergi umrah. Aku pun b0doh percaya dia dah berubah. Kalau dia betul2 dah berubah, dia takkan berani sentuh tangan aku, peluk aku. Sejak tu aku fikir he is not the one. Kalau betul dia hormat aku as perempuan, dia takkan berani merayap tangan.

Aku yang tak pernah pegang tangan ajnabi, tetiba pegang mestilah nervous. Fahmi siap tanya “Tangan you berpeluh ni, you nervous ke?” Tak tahu nak suruh aku carut apa bila dia tanya gitu. Baik pegang anjing je lah. Kissing secara paksaan serupa tak boleh tunggu ketika akad.

Aku minta tolong Senah pass kan kotak hadiah yang berisi love letter dan coklat tu dekat Fahmi. Okay Senah cakap dia boleh bantu aku. Aku pun percaya.Minggu berganti. Masih tak ada berita pasal family dia nak jumpa untuk putus secara rasmi. Aku terkilan juga lah sebab keluarga dia tak main peranan penting untuk settlekan hal ni.

Aku ni dah macam patung bila nak, tergesa-gesa pinang dan ikat. Bila tak nak, buang macam tu je. Tiada rasa hormat. Kebetulan Fahmi memang tak ada adik beradik perempuan. So mungkin tak rasa apa yang family aku rasa. em. Lepas seminggu jumpa Senah tu, Aku whatsapp Senah tanya dah contact Fahmi ke belum. Senah cakap dah.

Aku rasa drama sangat. Senah putar belit cerita. Senah blame aku, kec4m aku. Dia kata dia dah dengar cerita dari pihak Fahmi. Aku tak pasti apa yang fahmi ceritakan tapi looks like Senah kec4m aku macam 100% salah aku. Senah cakap jangan guna muka aku yang cantik untuk buatkan lelaki stay dengan aku. Aku macam bingung juga.

Aku tak pernah mengorat Fahmi. Fahmi yang datang dekat aku. Aku tak faham dengan Si Senah ni dan dia cakap tak payahlah berharap dengan Fahmi lagi. He never turn back time, he won’t look back. Bayangkan bila kita percaya Senah boleh tolong perbaiki hubungan kita dengan tunang kita tapi akhirnya Senah yang jadi batu api.

Aku cakap dekat Senah tak perlulah pass hadiah tu dekat Fahmi. Masa tu aku dah kecewa sangat. Buat apa aku pujuk sedangkan orang dah tak nak. Aku minta Senah pulangkan balik hadiah tu. Senah janji nak pulang after 2 weeks. Senah begging supaya aku tak mengadu dekat Fahmi pasal aku dengan Senah contact each other sebab Senah kata dia tak nak hubungan dia dengan Fahmi terganggu.

Aku pun turutkan. Sampai sekarang aku tak bagitahu Fahmi keadaan ni. Aku bukanlah batu api sampai nak api2kan persahabatan dorang walaupun Senah stabbed both of us. Senah dah sedap kutuk Fahmi,tetiba backup Fahmi. Siap bagitahu jangan bagitahu Fahmi pasal ni. Aku macam tak percaya apa yang aku tengah hadap sekarang.

Dugaan kuat betul. Lepas tu Senah terus bl0ck no aku. Padahal boleh je reach Senah melalui no phone lain, tapi aku malas. Akhirnya, his dad call my dad untuk putuskan secara rasmi. Ayah aku cakap datanglah rumah ikut adat, putuskan in proper way. tapi pihak keluarga sana tak setuju. Katanya segan. Aku speechless. Aku rasa maruah keluarga aku dipijak-pijak.

Ayah aku cakap masa tunang pun dah nampak setiap kali gaduh, senyapkan diri seminggu. Kalau dah kahwin, bergaduh sikit, keluar rumah tak balik-balik. Nak ke macam tu? Ayah aku cuba brainwash aku. Ayah aku sambung, ayah ni dah tua. Ayah nak lelaki yang betul-betul boleh jaga awak. Awak tu anak perempuan.

Kalau elok suami awak,InsyaAllah elok lah masa depan awak. Kahwin pun untuk sehari dua. Bila bergaduh, bincang. Bukan lari. Awak boleh ke bersabar? Dialog tu.. buat aku sedar okay enough Yana enough. life must go on. Silap you cuma you silap pilih pasangan. Don’t always blame yourself. Aku cuba pujuk hati sebab sepanjang tempoh nak putuskan secara rasmi.

aku salahkan diri aku sebab memaksa dia untuk berubah jadi lebih baik. Aku lupa dia juga manusia biasa. aku ajak sama2 untuk berubah tapi kalau empunya diri tak nak. Kita tak boleh nak paksa. Perubahan berlaku bila diri sendiri nak berubah, bukan atas dasar orang lain.

Maka berakhirlah hubungan ktorang yang cuma 4 bulan perkenalan, 3 bulan tempoh pertunangan. Aku percaya semuanya ada hikmah. Asalnya aku tak boleh terima takdir ni. Aku kecewa sungguh sebab aku anggap dia lah yang terakhir. Tapi Allah maha mengetahui. Jodoh itu cerminan kita. Aku bukanlah baik sangat. Tapi Allah tahu siapa yang perlu ada disamping kita.

Siapa yang layak. Ustaz pernah cakap Fahmi ni seorang yang keras kepala, mudah terpengaruh ke arah yang tidak baik, nak orang ikut kata dia je. Okay for this obviously aku perasan tapi after Ustaz cakap baru aku perasan. Sebelum ni aku b0doh2 je terima dia seadanya walaupun perangai eg0 tinggi dia tu.

Aku tak sure apa jadi dekat dia sekarang. Yang pasti aku dengar2 dia sakit. Maksud sakit ni bukan fizikal yang sakit. His souls are very sick. Kadang2 aku kesian sebab dia dah pergi jauh dari landasan agama. Tapi sebelum aku kesian dekat orang, lebih baik aku kesian dekat diri aku sendiri. Jaga iman aku sendiri. Biarlah dia nak buat benda haram.

Itu pilihan hidup dia. Allah dah selamatkan aku. Aku bersyukur sangat. Semua hikmah dah Allah tunjukkan. Aku betul2 tersungkur, aku cuba untuk mohon ampun pada Tuhan mungkin ada silap aku. Last but not least, jangan sangka air yang tenang tiada buaya. Jangan sangka acah alim itu orang yang baik selamanya. Kita tak tahu orang tu berpura-pura ambil hati kita atau tidak.

Setiap niat kita, Allah hitung. Jika baik, baiklah perbuatannya. Jika jahat, wallahuallam. Ikhlaskan diri untuk berkawan. Manusia punya pelbagai jenis hati. Jagalah hati sendiri sebaik mungkin. Sayangi ia seeloknya. Bila keadaan ni terjadi, buatkan aku trauma nak berkenalan dengan seseorang.

Selepas sahaja aku putus, ada sahaja lelaki yang nak kenal rapat dengan aku. Tapi aku tak layan. Layanan aku cukup sebagai kenalan. Hati aku masih belum pulih dalam masa dua bulan itu. Tapi sekarang aku dah kuat. Alhamdulillah. Moga kita sama-sama dapat jodoh yang baik di sisi Tuhan dan di sisi manusia. Perancangan Allah itu indah. – Yana