Dilema sbumbung dgn “mnantu h4ntu”. Hairan, mak turutkn semua. Aku yg tgok pun pedih. Tkejut aku bila mak nangis2 bcerita.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Salam. tQ admin sebab dah siarkan confession aku ni. Maaf kalau confession aku nie agak panjang dan agak terbuka. Tapi sebenarnya aku takda niat nak buka a1b sesiapa.

Aku cuma tak tahu nak mengadu dan luah dengan siapa dan aku harap cerita aku nie boleh dijadikan pengajaran buat orang kat luar sana. Aku nie dulu sebenarnya seorang student kat salah sebuah universiti kat pantai timur. Tapi lepas apa yg terjadi pada keluarga aku, mama aku buat keputusan untuk berhentikan aku dari belajar dan suruh aku cari kerja.

Sedih memang sedih, yelah sebab time tu dah sem 4 nak masuk sem 5, aku berhenti belajar macam tu je. Rasa selama 4 sem aku belajar tu sia-sia je. Makin sedih bila terkenangkan kawan-kawan semua dapat sambung sampai grade. Kadang-kadang aku terfikir kenapa mesti aku? Sedangkan aku pun ada cita-cita sendiri, nak merasa jugak pakai jubah, naik pentas ambil sijil.

Mesti mama aku bangga. Tapi apa yg aku boleh buat selain akur dengan keadaan keluarga aku sekarang. Mesti ramai yang tertanya kenapa aku kena berhenti belajar kan? Hurm, aku sebenarnya tak tahu nak salahkan siapa dalam hal ni cuma apa yang aku nampak semua ni terjadi berpunca dari abang aku sendiri.

Untuk pengetahuan korang, aku ada seorang abang, seorang kakak ipar dan mama. Ayah? Ayah aku dah lama mennggal sejak aku kecil lagi. So, sejak aruwah ayah mennggal kononnya tugas sebagai ketua keluarga tu lepas pada abang aku la tapi hanya angan-angan kosong sahaja.

Knp aku cakap hanya angan-angan? Okey eh, abang aku ni dah khawin dalam 2 tahun lebih macam tu. Sejak dia khawin dia langsung tak bekerja! Kerja dia setiap hari cuma makan, tidur, makan, tidur. Tidur pagi bangun petang. Malam jadi burung h4ntu! Solat jangan cakap lah. Walau dah ada anak pun dia masih dengan perangai set4n dia tu.

Isteri dia pun sama. Boleh dikatakan perangai abang dengan kakak ipar aku ni sama je 2×5. Sama-sama pemalas. Jadi, macam mana nak jadi ketua keluarga macam tu? Abang dengan kakak ipar tinggal serumah dengan aku dan mama. Kakak ipar aku ni bila mama aku minta tolong buat kerja rumah mesti dia akan member0ntak.

Paling buat aku menyampah, mama tanya dia, dia boleh buat b0doh je macam tengah bercakap dengan meja makan! Lepas tu, kalau mama mintak tolong dia kemas rumah ke atau buat kerja-kerja rumah dia boleh lepak atas sofa sambil makan kacang lepas tu endahkan apa yang mama aku suruh! Weh kalau aku jadi mama aku pun terasa bhai dapat menantu macam tu.

Kerja tak buat tapi boleh lagi makan kacang sambil layan drama! Haha. Sumpah mendidih aku tengok perangai dia. Dah la tu buat mama aku ni macam hamba abdi dia je. Makan mama yang masak, kain baju dia mama yang basuhkan. Even pakaian dalam dorang pun mama aku yang cuci! Aku sendiri pun tak tahu apa nak jadi dengan dorang laki bini tu.

Kalau aku kata anak derh4ka karang marah, kata aku nie kurang ajar. So, aku diam jelah. Bayangkan ea, kalau aku dengan mama balik kampung ke atau tidur rumah sedara, sebelum pergi tu kami akan pastikan rumah dalam keadaan yang bersih dan kemas. Pinggan, mangkuk, meja makan, dapur, ruangtamu sehinggalah ke bilik kami akan pastikan kemas.

Tapi bila aku dengan mama balik semula ke rumah, hanya Allah je yang tahu betapa teruknya rumah! Nak cakap rumah bujang bukan rumah bujang, nak cakap kandang lembu pun lagi teruk rumah ni dari kandang lembu aku rasa. Dengan pinggan mangkuk tak berbasuh, sinki bertakung penuh dengan sisa makanan, toilet tak flush, dengan lantai berminyaknya lagi, ruangtamu bersepah.

Hm senang cerita memang kotor lah! Aku pun tak faham macam mana dorang boleh hidup dalam rumah yang mengalahkan kandang lembu tu! Lagi satu masalah kakak ipar aku ni dia suka menjeling dan tarik muka. Tak kira la dengan mama aku ke, aku ke, nenek aku pun dia selamber je j3ling lepas tu tarik muka.

Kalau tarik muka, j3ling je takpe ni sampai nak hent4k-hent4k kaki, hemp4s semua barang konon nak pr0tes sebab mama mintak tolong dia buat kerja rumah. Haha. What? Seriously aku ada kakak ipar macam tu? Sangat teruk!
Tak lawa takpe lagi ni sampai tak hormat mama aku memang buat aku panas.

Sampaikan satu saat nenek dengan mama aku mengadu yang dorang terasa dengan sikap kakak ipar aku tu. Mengadu je takpe weh, tapi kalau sampai menangis? Aku pun buntu macam mana nak tolong betulkan perangai abang dengan kakak ipar aku ni. Aku fikir aku nie anak bongsu je kalau aku lagi tua dari dia memang pen4mpar aku ni dah lama singgah kat pipi dia tu.

Silap-silap ikutkan hati ni nak je aku halau dorang berdua keluar dari rumah ni. Biar dorang belajar berdikari sikit. Tapi aku sedar, aku tak boleh salahkan kakak ipar aku je sebab abang aku sendiri pun memang teruk! Macam mana nak dapat isteri yang baik kalau suaminya pun teruk kan?

Jadi, disebabkan abang aku sendiri pun tak kerja, segala keperluan dia, isteri dia dan anak dia semua aku dengan mama yang terpaksa tanggung. Korang bayangkan, mama aku cuma baby sitter je. Itu pun cuma jaga sorang baby. Sorang boleh dapat berapa je. Tak lebih Rm400 beb! Tak lebih! Tambah pulak aku yang hanya hidup dengan menggunakan sijil SPM yg cukup-cukup makan ni.

Dulu ada simpanan bolehlah aku belajar tapi lepas abang buat perangai macam ni semua duit simpanan habis sampai aku terpaksa berhenti belajar! Aku dahlah kerja biasa-biasa je. Bukan tak bersyukur cuma aku tak boleh terima kalau abang aku teruskan perangai set4n dia tu! Duduk pulak kat tengah-tengah bandar memang tak cukup beb.

Nak bagi mama lagi, nak bayar sewa rumah lagi, nak bayar kereta abang aku lagi. Oh ye, abang aku dulu pernah kerja sebelum dia khawin. Masa dia kerja dia ada beli kereta. Tapi semenjak dia khawin, bila dah pergi honeymoon, start cuti panjang dia cakap dia malas nak kerja. Haha. Kau ghase? Tak ke rasa nak bagi sebijik kat muka dia?

Abang aku pernah cakap dia tak suka kerja bawah orang. Kalau boleh dia nak ada bisnes sendiri, jadi bos, goyang kaki dapat duit. Tapi masalahnya, bila mak sedara aku nak tolong salurkan modal untuk buka bisnes sendiri dia taknak. Dia tolak mentah-mentah. Dia kata dia masih ada kudrat lagi nak usaha sendiri cari modal.

Masa dia cakap macam tu aku gelak je. Rasa nak munt4h pun ada. Hakikatnya sampai sekarang masih sama. Takda hasil! Sump4h weh aku geram g1la bila tengok dorang laki bini. Tengok macam tak ada pedoman hidup langsung! Kadang-kadang aku terfikir, lebih baik m4ti daripada menyusahkan mama bela anak dan menantu macam dorang .

Pasal kes kereta pulak, dah lah bulan-bulan aku yang bayar, roadtax semua aku yang settlekan, lepas tu boleh pulak kakak ipar aku ni pakai sesuka hati dia. Macam kereta tu bapak dia punya pulak! Yes, memang kereta tu atas nama suami dia tapi atleast mintak izin dengan aku dulu sebelum nak guna sebab aku yang bayar jadi aku pun ada hak!

Kalau setakat pakai kereta nak pergi keluar bandar, balik kampung ke takpe aku tak kisah ni nak pakai kereta tu untuk lepak dengan kawan-kawan, siap bawak pergi vacation memang panaslah jawabnya. Ye weh dia pergi vacation! Entah dari mana dia dapat duit pun aku taktahu. Part ni takpa lagi. Part dia sampai sorok kunci tak boleh blah.

Haha. Agak-agaklah aku dah kerja penat-penat cari duit untuk bayar kereta tu dia boleh buat macam aku ni takda hak langsung atas kereta tu? Anak dia pulak mama yang jaga. Walaupun dorang ada kat rumah pun mama yang kena jaga. Anak dia menangis ke, nak susu ke, nak mandi ke atau s4kit sekalipun, semua mama yang buatkan.

Aku rasa dorang nie cuma pandai buat anak je tapi jaga anak langsung tak pandai! Aku bila tenung je muka anak dorang mesti aku menangis. Sedih bila mengenangkan kenapa la anak yang tak berd0sa ni dapat mak ayah macam abang dengan kakak ipar aku ni. Langsung tak kisah pasal anak dia!

Lagi satu masalah, abang aku ni per0kok tegar. Hampir setiap hari mintak duit kat mama aku untuk beli r0kok! Aku tengok dia mintak duit aku rasa macam nak bakar je dia hidup-hidup macam mana dia bakar r0kok tu. Aku dah banyak kali pesan kat mama aku jangan bagi muka, jangan bagi langsung duit kat abang.

Biar je dia tapi biasalah hati seorang ibu kalau anak dah mintak duit takkan tak bagi pulak kan? Tapi aku yang pedih. Aku kerja, bagi duit tu pada mama supaya mama guna untuk diri dia sendiri tapi mama bagi pada abang pulak. Sebab apa? Sebab r0kok? Hahaha. Aku menangis cari duit, dia senang-senang je mintak.

Walaupun layanan mama aku terhadap abang dan kakak ipar aku tu nampak baik je tapi hakikatnya dia banyak makan hati. Mama selalu mengadu kat aku pasal perangai akak ipar yang tak reti hormat dia. Sampai satu tahap mama aku menangis! Ye, mama aku menangis sebab seorang anak dan menantu yang perangai macam h4ntu.

So, kepada lelaki yang dah berkahwin tolonglah jalankan tanggungjawab korang sehabis baik. Jangan abaikan. Sebab sekali korang abaikan, korang akan k0rbankan masa depan orang lain jugak. Kepada kaum hawa pulak, bagi yang dah berkahwin tolong respect dan hormat mak dan keluarga mentua.

Even mak mentua tu hanya mak mentua tapi ingatlah dialah wanita yang telah melahirkan suami korang. Tanpa mak mentua korang tu maybe korang pun takkan berkahwin dan takkan merasa ada zuri4t sendiri. – Adik Bongsu

Reaksi warganet

Roshashimah rosli – Bila org yg ckp x pernah rasa situasi mcm ni…ko kena faham, keras2 mana pun mak, mak akan syg anak terutamanya anak laki sulong sbb itu pengalaman perit first time bersalin…lg satu, the moment seseorg mak x backup anak die td, apa akn jadi pd family tu in terms of adik beradik, adik beradik akan gaduh.

apa ko x pernah tau dlm islam, kalau putuskan hubungan adik beradik apa akn jadi di hari pengadilan? Mak si bdk ni tersepit weh, sama ad ikutkan hati and f1ght die pnye right as parent or anak2 pnye future kat akhirat…if nak ckp something, cuba kau letak diri kau kat situ…ad byk reason bila someone bertahan..

bdk ni bayar roadtax sume sbb itu melibatkan transport utk kesenangan family in meaning die sndiri n mak die pun, high probability itu the only transport yg family tu ad…ko sbg anak xkan sggup tgk mak ko merana, akan stay together, if ko lari dr keadaan tu.. hidup ko akan lebih mudah.. Tapi mak ko mcm mana?

Fikir secara logik memang mudah sbb nya ko akan fikir dr sides ko shj, tp fikir apa yg org lain buat, walau meny4kitkan, ko terpaksa amik satu jalan yg paling safe atau minimum pain utk teruskan kehidupan.. lg satu, mak bdk ni mesti fikir nasib cucu die ad mak ayah mcam tu… maaf ak pnye komen em0ti0nal…mgkin sbb ak pernah lalui situasi ni…

mungkin x semua sama…tp, ak hanya tahu hikmah benda ni after mak ak mennggal…dik ak harap ko akan strong, work harder in life and have better future.. smoga Allah permudahkan segala urusan ko nnt…semua yg jadi akan ad hikmah.

cari solution betul2 or minta pandangan orang yg byk pengalaman n wise…yg penting, bykkan doa semoga Allah bg solution yg terbaik..if ad rezeki lebih, sambung belajar…best of luck.

Tiya smilove – Erm…camne nak cakap eh? Mama kau buat silap besar sebab mintak kau berhenti belajar. Sejenis pelik. Sebab kalau mak-mak lain, nak anak dorang belajar tinggi. Agaknya dulu mama kau ni favor abang kau kot? Tipikal makcik2 punya mindsetting.

Harapan tinggi menggunung kononnya anak lelaki ni diharapkan membela nasib keluarga.
anak perempuan pula hidupnya berakhir di dapur. Penyudahnya kau jadi mngsa menanggung biawak hidup. Aku rasa kau dah boleh start angkat kaki ajak mak kau duduk rumah lain.

Lantaklah dorang anak-beranak nak makan apa. Berkeras sikit. Silap-silap nanti, kalau abang kau ada anak lagi pastu anak-anak dia masuk sekolah pun kau yang kena tanggung. Jadi, apa yang tinggal untuk diri kau?

Ummi irfa – Boleh tak kalau saya kata, dia orang jadi macam tu sebab confessor dan ahli keluarga jugak. Kenapa mesti layankan jugak peel dia orang? Kesian? Kalau kesian jangan dilayan. Bagi pengajaran kat dia orang. Kenapa sampai perlu basuh baju dia orang,

kenapa bila anak dia orang nangis neneknya yang uruskan, kenapa tolong bayar roadtax semua. Biarkan dia orang belajar berdikari. Selagi dimanja-manjakan, mmg jangan harap la dia orang nak berubah.