“Har4m lelaki msuk dpur”. Ini punca mak minta cerrai. Tiba2 jd takut nk kawen. Tp lps kawen, tgamam aku tgok “aktiviti” klurga suami.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum, Straight forward seperti title aku ni, aku nak cerita tentang lelaki dan posisi mereka di dapur. Aku di lahirkan di dalam keluarga konservatif di mana lelaki ni dih4ramkan masuk dapur.

Tugas lelaki adalah hanya sekadar berusaha keras cari rezeki dan buat benda-benda bertukang di rumah,cuci kereta. Sambil cuci kereta tu, cuci depan rumah. Tak pun angkat benda berat. Benda-benda berkenaan pengurusan anak, dapur, mengemas dan segalanya memang di atas bahu perempuan.

Bukan keluarga aku sahaja, dari mak ayah aku sampai la ke atuk nenek dan makcik pakcik. Bila balik kampung nak raya, perempuan berhempas pulas buat segala bala, lelaki duduk depan tv berborak. Pasang lampu raya lepas tu sambung borak. Kenduri kendara pun sama. Tugas lelaki dalam kenduri hanya la jadi pengantara dengan layan tetamu.

Top up lauk la paling berat pun. Yang lain dari memasak ke mengemas ke basuh pinggan semua perempuan. Itu lah antara punca mak ayah aku bercerrai. Ayah aku malas kerja mengharap hasil dari mak aku, bila dah kena buang kerja masih dengan perangai malas tak nak langsung tolong kat rumah.

Mak aku yang letih em0si dan fizikal failkan cerrai sebab dia fikir dia nak kurang kan beban dia. Ye, dia anggap ayah aku beban. Memori aku terhadap perkahwinan mak dan ayah aku bukan la memori yang indah. Ayah aku pernah kant0i dengan perempuan lain dengan alasan mak aku selalu letih lesu nak layan dia.

Aku dengar sebutir sebutir apa ayah aku cakap masa diorang asyik gaduh pasal perempuan ni. Dan ayah aku pulak selalu ada orang backup. Mak dia dengan adik beradik dia. Tak ada seorang pun nak nasihatkan dia suruh bekerja dan elok la sikit perangai tu. Yang mereka tahu, abang dia hensem dan mak aku beruntung dapat bapak aku.

Mak aku tak terurus. Sibuk bekerja. Muka tak siap. Masak tak sedap. Padan muka mak aku. Setahun lepas kes perempuan tu mak aku suruh dia keluar rumah, baru la dia pulak yang letih lesu. Baru dia tau kepayahan nak uruskan rumah dan kerja dalam masa yang sama. Nak urus diri sendiri pun tak lepas.

Bilik sewa dia macam sarang tikus masa aku pergi dulu! Mak aku pulak lepas cerrai, anak dah makin besar. Rumah dah ada anak2 boleh tolong. Adik lelaki aku pun dah mula diajar buat kerja rumah sikit2. Dia dah boleh fokus kumpul aset. Jaga diri. Jaga badan. Dan dia makin berjaya dalam kerjaya. Lepas ayah aku, mak aku tak pernah teringin nak kahwin lagi.

Dia kata buat apa nak letih2 servis laki lagi? Dia dah tua katanya. Entah macam mana walaupun dengan memori yang buruk tu, aku boleh terdetik nak berkahwin dengan suami aku. Masa tu aku terbayang yang suami aku dengan kaki bersilang di depan tv meminta secawan kopi o untuk dia minum sambil menonton buletin utama.

Aku fikir, suami aku ni ada agama sedikit kalau banding dengan bapa aku. Insya Allah dia tak curang. Kalau dia setia aku sudi jaga segala gala. Aku boleh layankan kerja rumah, mertua dan ipar duai punya perangai. Itu dalam kepala 0tak aku Dulu. Suami aku orang negeri sembilan. Btw, aku dari satu negeri di pantai timur.

Sejak berkahwin, kami duduk sendiri. Mak mertua aku alhamdulillah layan aku baik. Tiap bulan tanyakan khabar aku. Anak dia layan aku dengan baik tak? Nafkah beri tak? Kalau bergaduh pun mak mertua aku boleh baca. Dia akan confront anak dia dulu. Dan aku pernah lihat sendiri keluarga mak mertua aku ser4ng abang dia sebab curang dengan kakak ipar dia.

“Kau ni long tak boto kau buek kak long ni macam ni. Kalau omak ado laei, m4ti la kau kono dongan omak!” Kau bayangkan mereka back up kakak ipar mereka. Kalau dibanding dengan situasi mak aku dulu, jauh panggang dari api. 4 tahun berkahwin. Ini yang aku perasan tentang suami aku, keluarga terdekat dan keluarga jauh suami aku.

Suami aku sangat hands on di rumah. Dia memang tak reti masak. Tapi bila aku masak, dia akan kedapur juga tolong kacau, tolong cuci, tolong kemas. Sejak berkahwin, aku jarang sangat pegang penyapu dan mop. Itu semua kerja suami aku. Bayangkan lah, dah setahun duduk apartment, aku tak tahu kat mana nak buang sampah sebab laki aku yang selalu buat.

Bila dia demam tak larat, 10 minit aku tawaf kat floor cari tempat buang sampah. Lepas tu dah tak ada dah aku pergi buang sampah lagi. Kalau bab anak pun memang dia cekap. Kalau sebelum terawih atau lepak, dia akan pastikan anak dia dah mandikan dan siapkan untuk tidur. Aku cuma tinggal susukan dan tepuk2 bagi tidur.

Tiap pagi pun sama. Dia siapkan anak ke taska. Dia hantar. Aku cuma perlu kemaskan beg anak aku dan siapkan bekal anak aku. Bila tak sihat baru aku take over. Bila kenduri, perempuan kerja nya beramai-ramai kupas bawang, racik itu, racik ini. Buat kerja2 persiapan nak masak. Buat kerja2 ringan macam bungkus doorgift.

Seorang perempuan akan lead dapur. Macam makcik suami aku. Dia akan bagitau Hussain kerja dia itu. Hassan ini. Ali itu. Halimah ini. Dan seterusnya. Lepas semua barang masak dah prepare, makcik tu akan letak kerusi sebelah dapur. Dia akan cakap ” Hassan, ekau masukkan bawang tu tumis. Pastu masukkan cili.

Haaaa kacau kacau” Yang lelaki akan buat kerja kerja fizikal macam mengacau semua ni. Lepas dah siap masak, yang hidang yang basuh pinggan yang top up lauk yang kemas meja adalah lelaki. Perempuan tolong2 je. Makcik tadi tu akan supervise sahaja. Lain-lain dibuat oleh lelaki.

Masa kenduri boleh nampak perempuan lawa2 tetapi yang lelaki semua dengan tuala kat bahu. Seluar lipat. Selipar sebelah lain. Baju basah dengan peluh dan bau masam. Sebab tu la famili dia masih mampu masak sendiri bila kenduri.BBila raya pula, nak tengok lelaki kat dapur goreng ayam. Basuh pinggan. Bancuh air bukan benda yang asing.

Adik-adik ipar aku sendiri pun buat. Dan Dalam 10 rumah, aku berani kata 9 rumah keluarga suami aku dapurnya diuruskan oleh kedua-dua jantina tanpa kompr0mi dan diskr1min4si. Benda yang aku tak pernah nampak 25 tahun hidup sampailah aku berkahwin.

Masa aku awal2 kahwin, jauh di sudut hati aku kata yang perempuan negeri sembilan ni tak pandai jaga suami. Sebab aku dibesarkan dalam keadaan kerja rumah itu adalah tugas wanita sepenuhnya. Sampaila mak mertua aku cakap dekat aku bila aku larang suami aku basuh pinggan awal2 kahwin dulu (beberapa hari lepas nikah masa bertandang).

Ye lah. Pesanan mak aku sebelum kahwin adalah kalau nak rumahtangga bahagia, aku kena masak. Rumah kena bersih. Suami kena jaga. Jangan bagi suami buat kerja rumah. Benda2 tu. Kesian. Mak aku rasa ayah aku curang sebab dia tak sempurna. Hence, she gave me that advice. Tapi mak mertua aku lain pulak caranya.

“Kojo rumah ni, samo2 buek. Ekau kojo. Dak Arep pun kojo. Kojo rumah kono buek samo2. Tanggungjawab samo2. Bilo samo2 buek takdo la ekau lotih bona. Mak dapek la cucu copek.” “Kito ni kono jago badan kito ni. Pinggang ni terutamo. Yang boghek2 yang payah2 mintak tulung.

Dio ketuo keluargo. Ingek ketuo duk arah yo? Huh. Uuuuuyaaaaiii… Mimpilah!” “Ekau jangan nak ghaso bersalah dio ni buek kojo rumah. Dari kocik mak dah biasokan. Tukar pampers sejak umo 10 tahun mak dah suruh buek. Ni sumo ni. Anak lelaki ko pompuan ko. Samo rato. Lelaki mak bagi lobih laei.

Kudrat lelaki ni kito orang pompuan tak boleh lawan!” Make sense. Bila kerja tu dibahagikan tak terbeban, kita akan ada lebih masa untuk ada hubungan yang berkualiti. Jujur aku cakap, sebab suami aku membantu, rumah aku jauh lebih bersih dari rumah mak aku masa kami kecik2 dulu.

Aku dapat masak hari2 untuk suami dan anak sebab aku tak rasa letih memasak. Tiap hari aku urut belakang suami aku tanpa rasa terpaksa tapi sebagai tanda aku hargai bantuan dia. Dan aku dapat menyusukan anak aku kerana ada suami yang support aku. Bila dia nak ON aku tak perlu nak cakap NO.

Aku dilayan baik dan aku mahu melayan dia dengan baik. Aku boleh jadi isteri yang baik kerana dia suami yang baik. Aku rasa aku seorang partner dalam perkahwinan ini. Bukan la isteri yang harus melayan kehendak suami semata mata. Dan dari situ, ketaatan aku dan kesetiaan aku untuk dia tanpa dipaksa.

Duit ringgit sikit pun aku tak berkira untuk dia dan memandangkan dia pun tak ambil kesempatan. Dia nak lepak pun aku tak larang sebab semua dah tersedia. Cakap pasal bab respect, sama2 buat tak bermakna aku tak respect suami aku. Aku kalau minta dia buat sesuatu, halus je suara.

Dia pun sama juga. Kalau tak dapat nak buat dengan alasan munasabah pun cakap la elok2 kan. Bukan nya kita baling pampers kat muka dia kalau nak mintak tolong dia cuci bontot anak. Aku tak pasti samada suami aku akan kekal begini. Setia, rajin dan bertanggungjawab. Aku berdoa semoga sesiapa yang suami mereka seperti ciri diatas akan kekal begini.

Dan yang mana dalam kategori ayah aku akan berubah seperti suami aku. Dan lelaki di dapur tidak akan dipandang janggal lagi. “Serve us, to serve you.” I am not saying that all family in Pantai Timur are like this and all family in Negeri Sembilan are like this. This is merely my personal experience. – YariSanti

Reaksi warganet

Norazlin manaf – Saya setuju dgn si pencerita. Menantu sy jg org N9… anak tunggal sy berkahwin dgn dia yg beza umurnya 8 tahun..Alhamdulillah mmang org N9 terbaik.. menantu sy rajin menolong di dapur bila anak sy memasak. Bila ada kenduri kendara dia lah yg paling menonjol dikalangan suami2 anak2 buah yg lain sbb ringan tulang..

Kakak2 sy semua memuji menantu sy rajin.. mungkin betul. sbb dia telah diasuh oleh maknya dr kecil utk buat kerja2 rumah..Adik beradiknya 4 lelaki.dan sorang saja perempuan. Memang kesemuanya sgt rajin membantu isteri masing2… baik dlm uruskan anak2 atau di dapur

Sy respect besan sy sbb pandai dlm.mendidik anak2 lelaki nya dan sy merasa sgt bertuah mempunya menantu yg di senangi oleh keluarga sy..Sy cukup sayang pd menantu sy sbb dia tak pernah say NO tiap kali sy meminta bantuan dia.

Tq kak.Ani dan Abg Abu Zarim(besan sy).sbb telah melahirkan anak yg begitu baik dan penyayang serta bertanggungjawap terhadap anak.kami selama 10 thn perkahwinan mereka.Tq Ahmad Yazid sbb sudi menjadi. menantu mama..Love u to the moon!!

Nabilah zain – Maaflah bukan nak burukkan mane2 negeri.Benda ni dah lama sgt sy perasan. Yang sy tengok depan mata, suami2 di pantai timur (kelantan) jarang menolong isteri buat kerja rumah terutama nya. Isteri kena layan suami macam king. Kemas rumah, masak di dapor, setelkan semua pakaian di rumah,cari rezeki, uruskan anak2.

Terlalu banyak beban atas bahu isteri. Ada isteri yg smpai pengsan sbb terlalu penat. Suami plk kerja cuma cari nafkah semata. Balik rumah goyang kaki, rehat dalam bilik atau depan tv. Yg lain2 dianggap semua kerja isteri. Isteri plk balik kerja xsempat duduk/rehat, terus terkejar kejar ke dapur.

Masa bila isteri nak urus diri sendiri? Kesian yg amat. Jadi kita sbg isteri jgn biar hidup penuh dgn str3ss, lesu & xbermaya. Bila isteri terlampau penat, rumah tngga lama2 akan jadi suram. Betol apa yg confessor ni tulis. Kita sama. Kita membesar dgn melihat situasi ‘suami is king’.

Brainw4sh suami kita perlahan2 spya mereka faham tggungjawab harus dikongsi. Bukan hanya dilepaskan atas bahu isteri seorang. Sy tulis berdasarkan pengalaman seorg wanita yg berasal dari pantai timur, dan melihat byk situasi begini berlaku di depan mata.

Ismi sha – Dah agakkk. Lelaki jenis mensucikan diri dri kerja2 rumah mesti banyak mai dr belah pantai timur and belah utaghaaa. Tk semuaa tp majoriti mai dri situ.Hahaha. Btw awak sama situasi mcm sy la. Sy dh set dlm kepala tkpala nt aku kena cekalkan diri layan suami and willingly to serve my husband lahh sbb dh decide nk kaweng kan.

Tup2 lepas kawen sebaliknya jd. Sama2 buat kerja. Sy pon tk pernah tau nk buang sampah kt mana sbb suami ja yg dok buang smpah. Suami sy pn lgsg tk reti masak tp dia rajin nk tlg. Hihihi. Dh berapa bulan kawen baru tau masa tu somi nk goreng ayam pn tk reti nk kena bt apa…