Dilabel suka cari pasal, tp pandai cari duit. Bab garang kalah mak tiri. Dilema seorg “kakak sulung”.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum. Sebelum ni aku ada terbaca satu confession tentang kakak sulung dia. Menarik cerita dia. Seronok juga baca.

Rasa nak gelak pun ada sebabnya memang ada part yang sama. kihkih. Btw aku seorang kakak sulung dari 4 orang adik beradik. Perwatakan seorang kakak tak sama bila dia dengan member & adik-beradik. Jauh sangat beza dia. Sapa sulung meh sep sikit.

Peng0rbanan seorang kakak sulung ni besar tau. Lagi-lagi kau ni perempuan. Kau lah paling tua. Kaulah paling besar dari adek2 kau. Kakak ni peganti ibu ayah bila takda. Peganti bila mak ayah kau keluar bekerja. Peganti mak ayah kau bila memerlukan pertolongan.

Tanggungjawab kau banyak sebenarnyaa. Nak list pun tak tertulis tauu. Ada some part perangai si kakak-kakak ni tau. Ni nak share apa sebenarnya hati seorang kakak. Tapi depends jugaklah. Tak semua macam ni. Tapi mybe majoriti sama.

1) Kakak kuat bebel/tegas

Seorang kakak memang kuat bebel. Ni paling teruk. mungkin tak semua la. Kalau boleh semua benda nak complain. Tak faham aku. Part paling tak tahan telinga bila kakak dah siap kemas rumah. Adek2 buat sepah. Masa tu kau kena tadahlah telinga. Potpetpotpet dia.

Fuhh ! Kakak ni kuat bebel ni mungkin sebab dia banyak benda nak buat. Bukan 1 kerja bukan 2 kerja. So adek2 kenalah faham sikit. Mungkin dia penat dengan kerja yang tak settle2. betul ke idok tuu kakak2 sekalian.

2) Kakak Pandai cari duit

Selalunyaa kakak2 ni pandai cari duit sendiri. Berdikari & bertanggungjawab. Mungkin sebab dia sulung. Ada adik2 dia bersekolah & perlukan perbelanjaan. Walau sesibuk dia, walau sebebel dia segarang dia takpernah lupakan adek dia.

Asal makan je ingat adek kat rumah. Senang cerita, apa yang seorang ibu risaukan makan minum anak dia, macam tu juga kakak risaukan makan minum adik dia. Kalau ada rezeki lebih sikit dia suka belanja makan. Bawak adek2 dia jalan2. Dekat2 pun jadi.

3) Kakak Garang macam mak tiri/macam singa

Mungkin memang anak sulung macam ni kot. Dia punya garang kalah mak tiri weh. Macam singa pun ada. Bila dah start marah tu, Segala muka bengis dia, Dia punya meng4muk kalah tarzan. Pantang dicabar bila adek2 dia degil tak dengar cakap.

Sapa yang pernah kena tarik telinga, kena pang pang pelempang tu, yang kena hanger tu mai habaq cepat. Hahaha. Sebenarnya, seorang kakak takda niat pun nak buat macam tu tau. Mungkin tengah bengang. Terlepas jugak. Kalau dah kena tu redha jelaa. Semoga jadi baik sikit (sikit je).

3) Rajin Layan Adek

Huh ! bayangkan semua nak kena layan. Yang ada adek sekolah tu lagi lerr. Karenah tak boleh nak elak. Kejap nak ajak beli pen. Kejap nak ajak beli pensil. Kejap nak beli paper colour. Photostat lah.

Esok ada jamuan nak cari makanan lah. Semua kakak. Korang tahu. Penat macam mana pun dia. Dia akan layan semua permintaan korang. Walau pun kau kena hadap bebel dia dulu. Hui. tu perkara biasa. Kahkah.

4) Kakak suka cari gaduh/pembuuli tegar

Aku percaya ramai kakak2 ni suka buuli adik dia. Paling terok si bongsu. “woi dek amik remote cepatt !!!!” “woi dek pergi ambik air akak kat belakang, akak haus” “woi dek pergi buka pintu jap ada orang datang” “woi dek goreng nuget kejap akak lapar” semuaa woi woi woi adek adek.

Aku perati je si bongsu ni. Salute jugak sebab kena bvli hari2 pun muka bongsu ni redha je. HAHAHAHAH. Terserlah ler kak oi 50% rajin 50% pemalas. Tapi percayalah dek, kakak2 ni bvli pun sebab sengaja nak cari gaduh. Gaduh gurau2. biasalah tu. Tak bvli tak best betul tak.

Sebenarnyaa, Dalam tak sedar kakak sangat sayang adek2 dia. Baik buruk dia, korang tetap adek dia. Kakak sangat penyayang. Ambil peduli adik2 hal korang semua. Percayalah, korang takkan nampak kebaikkan dia sebab korang selalu nampak kakak asik bebel+garang+tegas+kuat marah.

Semua sebab dia nak didik korang jadi manusia. Sebab kakak ni makan asam garam dulu dari yang lain. Apaapa pun hormat kakak macam mana korang semua hormat orang lain. Walau apa pun perangai dia, dia tetap kakak korang. Kalau dia salah tegur dia. Manusia tak sempurna.

Perangai garang bebel semua tu mungkin memang dah ada dalam diri mereka. Kalau berubah pun. Berubah sikit jelaa. Nak 100% berubah tu aku sendiri pun tak percaya. Hahahah. Untuk si kakak dahlah tu jangan jadi singa sangat. Okbaii. – Kaklong cirah

Reaksi warganet

Tyra tarmizi – Kakak sulong aku pun cam tuh jgak. Garang giiler. Aku ni jenis suke buat lawak b0doh. Tp bila depan dia, aku tapis la siket lawak2 hambar aku tuh. Sebab klu x kena gaya, dptla aku merasa jelingan m4ut dia tuh. Takpun kata2 pedas sedas dua. Tp serius aku ckp, aku respect g1la kat ank sulong ni and aku bangga ngan kakak aku.

Kepada adik2 spt aku, redho aje la kalau sekali sekala dibvli sebab kita xkan pernah alami dan paham apa yg depa dah rasa sebagai yg sulong. Karakter-karakter ni mungkin ‘develop’ dlm diri depa disebabkan title ‘ank sulong’ ni. So, give n take lah.

Asyraf hilmi – Adik adik aku yg kecik tu, klau ibu terjerit jerit panggil buat taktahu je. Tapi sekali je ibu sebut nama aku, pdhal aku tgh bring dlm blik. Mencicit dorg lari lpas dgr ibu sbut nama tu. Kalau bab marah ke apa ke, semua tak jalan. Tapi kalau ibu dh start pnggil aku suruh settlekan.

hbis dua ekor tu menyorok dlm kain baju la, bwah bantal la. Paling dorg takut dgn hanger. Terketar ketar mntak ampun, padahal kita acah je. Adik adik panggil Kak Ros sbb garang sgt. Kadang2 kelakar masa tgh baik2, nnti ada salah sorg ckp ‘ayong jgnlah garang sgt’.

Ummu zulkeflee – Xsemestinya sulung perempuan… klu second perempuan…n atas dier lelaki… Mesti slalu dengar k.ngah yg garang…. Lebih kurg la…dlu asik kne panggil singa…skrg org panggil k.ros…
Adik2… sila faham…kami dari kecik.. sentiasa lg tua.. selalu diberi tanggungjawap utk jaga adik2…

apa2 jd kitaorg slalu kne marah.. mungkin dlu korg x igt sebab korg kecik n lupa…
Kakak korg tu penyayang sebenarnya…tp hati kering…please kurg kn mintak macam2.. dorg akn igt klu xdpt tunaikn lg…lg sedih klu x mampu nk tunaikan… -k.ngah.-

Ct naiemah – Aku ank sulung Dr 5adik bradik..nk kta garang 2 xla Sgt kot..tp akula merangkap org kanan mak aku..segala hal dlm umh aku la kna buat..ingt msa kecik2 dlu, kalu nk crita pnjg..boleh buat novel.. hmm tp skrg adk2 aku semua dh besaq..ada yg dh kawen n yg tgh dok rncang nk kawen pn ada..syukur alhamdulillah SBB kehidupan depa semua baik2..

aku tumpang seronok dgn kehidupan depa..tp zaman kecik2 dlu yg pling best moment..xbleh lupa..aku bangga JD ank sulung dlm kuarga aku..aku xmnta depa bls tp ckup sekadar depa hormat n hargai APA yg pernah aku buat utk depa dlu n ingt APA yg aku lakukn utk depa.. wlupn aku ni xbaguih mna..aku SAYANG depa semua..

Sumber Iium