Final dh dekt, aku paksa C ajar. Mak C s4kit, aku ungkit semua bend. Abis belajr tgamam tgok ap jd dkt C.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Sebelum saya memulakan cerita, saya ingin ucapkan terima kasih kepada admin sebab sudi siarkan cerita saya. Terima kasih juga kepada yg sudi membaca.

harap kisah saya ini menjadi pengajaran terutamanya bg mereka yg masih lagi belajar terutamanya belajar di ipt. 10 tahun yg lepas, selepas spm.. saya menyambung pelajaran di sebuah ipta di ibu kota. Kos yg saya amik bukanlah minat saya. Tapi disebabkan desakan ibu saya yg suruh saya belajar, saya turutkan juga.

Bagi saya ketika itu yg masih belum matang, cukuplah sekadar habiskan pengajian dan selepas itu saya bebas. Bagi pendapat saya, ckuplah sekadar saya mempunyai sijil untuk minta kerja. Ketika saya belajar, saya mempunyai 3 sahabat karib. A,B dan C. Antara keempat2 kami, C adalah seorg pendiam dan tidak pandai bergaul.

Namun, dia rajin study dan sentiasa mendapat result yg cemerlang. C juga tiada kawan selain kami. C juga pernah ckp kat kami kalau kami tak ada kutip dia, maybe dia seorang2 pergi ke mana sahaja. Saya, A dan B boleh dikatakan kami dari family yg senang manakala C sebaliknya.

Namun begitu, atas nama persahabatan, kami sentiasa membantu C terutamanya dari segi kewangan dengan syarat, segala assignment yg diberikan lecturer C kene siapkan terlebih dahulu dan kami hanya tinggal copy paste sahaja. Begitu juga segala presentation, fyp atau apa2 sahaja yg melibatkan subjek C kene bantu kami untuk siapkan.

Yg kami tahu ketika itu hanyalah enjoy dan pergi ke kelas hanya sekadar memenuhi kedatangan bukanlah keinginan untuk menuntut ilmu. C pernah juga mengajak kami untuk buat study group dan dia sudi untuk mengajar kami apa sahaja subjek yg tak faham tapi disebabkan kami memang tak berminat untuk belajar, jadi segala cadangan yg diutarakan hanya sekadar angin lalu.

Kami lebih suka berg0sip tentang artis2 tempatan dan luar negara, fashion2 terkini dan gol0sip pasal senior2 kacak di tempat kami belajar. Tiada langsung keinginan untuk berbincang pasal study kecuali kalau nak final exam. Ketika itu memang kami memaksa C untuk mengajar kami dari A-Z.

Kami sering mengungkit segala pemberian dan bantuan yg kami bagi kepada C tanpa memikirkan keadaan dirinya. Pernah sekali sewaktu study week, C terpaksa balik ke kampung untuk jaga ibunya yg s4kit. Namun, disebabkan waktu final dah semakin dekat, kami memaksa C untuk pulang k e kampus dan mengajar kami semua.

C juga explain kepada kami bahawa dia terpaksa menjaga ibunya yg s4kit str0k tapi kami x endahkan. Kami mula mengugut akan menuntut segala pemberian yg telah kami bagi kepadanya dari awal perkenalan sehinggalah ke tahun akhir. C akur dan akhirnya pulang ke kampus mengajar kami.

Wktu tu kami x terfikir apa2 memandangkan C masih lagi boleh gelak ketawa bersama kami walaupun adakalanya dia termenung sendirian. Selepas habis belajar, kami berempat decided untuk mencari pekerjaan. Rezeki C lebih awal daripada kami kerana dia tidak sempat menganggur telah diterima masuk ke Petronas

(ketika itu masih lagi stabil dan gah) sedangkan kami bertiga masih lagi terkulat2 mencari pekerjaan. Kami bertiga gigih mencari kerja namun semua hampa. Adakalanya kami cemburu dengan C kerana tidak sampai setahun dia bekerja, dia sudah mampu membeli kereta yg agak mewah dan sebuah rumah teres satu tingkat untuk keselesaan ibu dan adik2nya.

Namun begitu, C tidak pernah sekali pun melupakan kami. Dia sentiasa membelanja kami di kedai2 makan yg mewah dan faham kami masih belum mendapat pekerjaan yg tetap. Setelah tiga tahun, kami bertiga (saya , A dan B) masih lagi di takuk lama. Kami sering bertukar2 kerja kerana sering mendapat tempat kerja yg teruk.

Saya juga fedup dengan makan gaji dan pernah cuba untuk berbussiness, tapi semuanya tidak menjadi. Apa sahaja yg kami lakukan semua tidak menjadi. Akhirnya saya pasrah dan saya mengadu pada Allah. Saya buat solat taubat dan menangis mengenangkan hidup saya tak seperti org lain. Saya juga dah bekerja hampir 3 tahun tapi saya x ada simpanan langsung.

Saya juga tak lepas buat loan beli kereta kerana tidak pernah bekerja di satu tempat lebih dari 6 bulan (asyik bertukar tempat kerja). Saya minta Allah beri saya petunjuk, kalau saya ada berdosa dengan mak ayah, tunjukkanlah agar saya boleh meminta ampun pada mereka. Saya buat solat sunat taubat hari2 agar Allah berikan petunjuk apakah punca semua ini berlaku.

Satu malam saya bermimpi, saya ternampak C sedang menangis tersedu2 di atas sejadah sambil memakai telekung seperti baru lepas solat. Dia berdoa sambil menangis. Saya terdengar dia berdoa lebih kurg seperti ini “Ya Allah, mereka banyak buuli aku Ya Allah.. selama ini mereka banyak buli dan pergunakan aku aku redha Ya Allah, tapi kali nie aku memang x redha.

Mak aku tengah sakit. Sampai hati diorg paksa aku balik semata2 nak ajar diorg. Walaupun diorg banyak membantu aku tapi kali nie aku mmg x redha. Berikanlah balasan setimpal kepada mereka kerana telah melukakan hati aku.”

Aku terus terjaga. Aku teringatkan C. Tanpa aku sedar menangis. Rupanya kami dah banyak melukakan hati C. Esoknya aku terus datangke rumah C. Aku terus peluk dia dan menangis. Aku minta ampun sebab melukakan hati dia waktu belajar dulu. Akhirnya kami sama2 nangis. C ckp dia maafkan aku dunia akhirat dan halalkan ilmu yg telah dia beri ketika kami belajar dulu.

Dia dah halalkan semua. Selepas itu, barulah pintu rezeki aku melimpah. Aku dapat jawatan ttap di sebuah company di ibu kota dan bekerja sehinggalah sekarang. Namun begitu, hubungan aku dengan C baik sehingga kini. Setiap kali aku teringatkan C, pasti aku menangis.

Oleh itu,adik2 sekalian. Berusahalah untuk dapatkan ilmu. Janganlah meniru. Biarlah kita dapat keputusan rendah asalkan itu hasil usaha kita. Kesan dia mungkin tak akan nampak sekarang tapi akan dtg kita juga akan merasainya. – Gadis yg Menyesal

Reaksi warganet

Asma mahadthir – dulu ms sy spm… bdk laki kan terer physics so mntk jawapan dgn dorang. klua result, dpt 2A 7B. pastu sy further stpm, dpt pointer x sampai 2.0 pun. then sy sambung stam. sy bljar sungguh2, sy cabar diri nk tgk mampu ke x sy berjaya dgn usaha sendiri, alhamdulillah result ok..

sedih jgk kdg2 bila fikir, patut dah jimat ms kalau bljar betul2, org lain semua dah degree kita terkontang-kanting lg… tp bila fikir balik sbnarnya Allah mmg susun utk kita spya jd pengajaran.. & mgkin Allah sbnarnya nak ‘bersihkan’ blk perjalanan hidup sy ms belajar & mencari kerja.

mana tahu kalau result spm sy cemerlang dgn sbb meniru tu pasti masuk u bagus then kerja hebat pulak, rezekinya tah berkat tah tidak…hasil meniru org kan. Alhamdulillah, semua benda yg berlaku mesti ade hikmahnya, lambat atau cpt & kita nampak atau x je.

Ezd arien – Bagus pengajaran daripada confession ni. Harap2 adik2 yang suka suruh classmate sign attendance class (walaupun tak datang) insaf ketika membacanya.. Ingat, ilmu yg berkat membawa kejayaan..

Aisyatul khadijah – Dia bukan setakat highlight ” jgn tiru copy paste final bagai” tapi minta petunjuk KT Allah. Kan nampak tak Allah dah tunjuk melalui mimpi.

Sumber Iium