Bakal suami mekanik. Mak ayh nekad minta 20k. Pelik, leps kawen mereka amik 2k je. Tkedu kami dgn apa yg dirancg mak ayh.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Aku berusia 27 tahun,berkelulusan master, bekerja di selatan dan telah berkahwin dengan hantaran 20k, barang kemas sepersalinan beserta mas kahwin 3k. Sabar…jangan judge apa2 dulu.

Aku asal dari utara. Yang orang dok kata “perempuan utara ni mahal2..yes aku sangat terkejut bila mak abah aku kata duit kahwin aku 20k (17k+3k). So bermulalah episode ak direject oleh ramai lelaki yang ingin jadikan aku suri hati. Name it…dari kerja pejabat tanah..offshore..cikgu..semua tarik diri bila dengar jumlah duit kawin.

Bila dah cinta sesangat, ak siap pujuk mak abah, kurangkan duit hantaran. Jawapan dorang. “kalau kahwin pun nak minta kurang, macam mana nak bela anak mak”. “nak dapat sesuatu kena la usaha”. “senang dapat senang kena buang”. Sampaikan ada sorang mamat tu pernah kata.. ermm baik sy beli kereta kalau hantaran dah mcm tu.

Hadehh… Umur 25, akhirnya berjumpa seorang mekanik berkelulusan SPM yang juga mempunyai niat yang murni untuk jadikan aku suri hati dia. Dengar je 20k, dia diam dan cakap akan cuba kumpul duit. Wahh ni lelaki pertama yang sanggup sahut syarat mak abah aku. So malam tu jugak aku call tanya dan minta restu.

”adik boleh terima dia,mak setuju tak?..dia kerja mekanik je..” Alhamdulillah mak aku setuju. Mula-mula takut jugak,sebab abg ipar 1st kije offshore kat Vietnam, 2nd lecturer, 3rd PTD. Yang bakal suami aku mekanik cabuk je. Si dia masa tu gaji dalam 1k je tanpa kwsp,ada motor ex5 je..

Aku pulak 3k masa tu. So aku tersangat2 tak sangka yang mak aku approve si dia sebagai menantu. Bila dah dapat restu,bermulalah episode kami buat persediaan untuk masa depan. Apa kami buat? Ak punya part sediakan barang rumah siap2. Dari sekecil2 benda hingalah sebesar2 benda.. tv, sofa, dining table, microwave, oven, washing machine..

boleh kata rumah aku tu dah lengkap la. Semua tu ak beli sikit2 masa belum kawin. Rumah tu memang aku yang beli. Tak de sewa2. Dia? Dia kumpul duit..memang ikat perut habis. Makan bercatu, kadang2 apa yang aku masak..aku bekalkan untuk dia. Sampaikan makcik-makcik. kawan-kawan dia pernah kata

“apsal mahal sngat..ada emas ke kat dia punya *** tu?” “kita ni pipit dia tu enggang, mana nak sama..cari la perempuan lain, yang muda..yang hantaran murah2..muda2 ni senang nak beranak” “takpayah la kawin dengan orang jauh,kawin yang sama negeri,tak de la kena bayar mahal2”

“hantaran ko ni include GST sekali ke smpai mahal mcm tu sekali?” Siang kerja bengkel. Malam part time jual burger + baiki kereta sesapa yang rosak tengah2 malam. Aku memang tak bantu lansung dia kumpul duit. Dia amik masa 24 bulan untuk kumpul duit kahwin. Tempoh 2 tahun tu, nak jumpa/gayut tepon dengan si dia memang susah.

Padahal kami tinggal di taman yang sama. Cuma lain2 fasa je. Rumah sewa dia kat fasa lama,rumah aku fasa baru. Ni ada sikit pesanan untuk kaum hawa. Masa lelaki tengah kumpul duit,kita yang perempuan ni jangan la buat perangai,merajuk,paksa2 nak jumpa,nak hadiah,nak romantik macam drama kul 7 tu and so on.

Kena faham,diaorang menggunakan 200% kudrat yang ada semata2 nak halalkan hubungan dengan kita. Perempuan masa ni kena betul2 sabar,jangan bayangkan yang bukan-bukan, jangan pikir dia tak contact sebab ada perempuan lain ke apa. Awal tahun 2016,dia datang merisik. Raya haji kami kawin.

Jenis mak ayah aku,total duit hantaran hanya akan diambil pada hari akad nikah. So apa2 persiapan awal utk majlis pihak perempuan memang kena dahulukan duit pihak perempuan dulu la. Dah habis majlis, mak abah cuma ambil 2k sahaja dari amount sebenar. Aku pun pelik. Rupa2nya selebihnya tu diaorang pulangkan semula pada suami suruh guna untuk buat modal bukak bengkel sendiri.

“behind every successful man there is a woman”. Alhamdulillah dengan duit hantaran + loan PUNB, sekarang suami dah bekerja sendiri, hire pulak 2 pekerja lagi. Ada plan jugak nak bukak pusat servis sendiri. Kami berdua memang terkejut sangat. mak mertua cakap dengan aku, dia tak sangka anak dia yang mcm tak de masa depan tu boleh jadi tauke..

aku gelak2 je..kalau nak kenangkan tempoh 2 tahun si dia usaha kumpul duit tu..allahu tak sanggup nak kenang. Tak semua makabah kej4m. Ak dulu2 pun pikir mak abah nak jual aku ke apa mintak smpai 20k. Rupa2nya permintaan diaorang tu bersebab. Untuk korang yang rasa marah sebab makabah minta hantaran tinggi2 tu.

Aku doakan supaya mak abah korang ada plan special untuk korang. Insya’allah dipermudahkan urusan perkahwinan semua orang. – ABANG MEKANIK,I LOVE YOU

Part 2, Assalamualaikum semua.. Mula2 sekali akk nak minta maaf kat semua..akk tengok ramai lelaki yang sentap.. Conffession pertama tu tak lain tak bukan nak smpaikan kepada adik yang confess mak dia minta hantaran 12k tu. Akk doakan untuk dia,moga mak abah dia ada plan something untung masa depan diaorg berdua.

Confession pertama akak ringkas seringkas ringkasnya… supaya message akk yang tak semua mak abah kejam tu sampai. Kang akk cite mcm mana abg mekanik pikat akk..ngorat akk..korang muntah pulak..ye dok? Too good to be true? Tak lah. Ce tgk kat komen..ramai je yang share kisah sendiri..mak abah pulangkan duit hantaran lepas nikah.

Alhamdulillah, abg mekanik akak sekarang dah menjadi better person.. Mana2 mak sedara abg mekanik yang condemn akk dulu. Semua terdiam, dan xsangka abg mekanik leh bukak business sendiri. Siap offer anak2 dorang suh kerja dengan abg mekanik. Semua bertanya mana abg mekanik dapat modal..

masa duit hantaran dipulangkan hanya family akk dan mak abah abg mekanik sahaja yang tahu. Jumlah wang hantaran juga tidak didedahkan pada jemputan,hanya ahli keluarga dan sahabat terdekat yang tahu. Tak de letak cek dlm frame bagai. Kenduri akk dibuat secara rewang, dulang hantaran semua letak makanan sahaja.

Fotographer ada. Kenduri sebelah lelaki buat doa selamat je. Honeymoon tak de sebab duit dah habis ke hantaran akk. Mula2 rasa geram campur malu kat family abg mekanik. Sbb mak abah akk mintak mahal2 tapi buat kenduri ala kadar je. Tak faham dengan syarat mak abah akk.

Rasa mcm kenapa la mak abah minta mahal2,nak claim modal besarkan akk ke ape…hehe. Abg mekanik ada pengalaman sahaja, bab pelajaran dia kurang sikit. Kadang akk tgk dia tulis kat resit customer.. battery dah jadi betri, timing belt dan jadi timing bed. Redho je la,dah kami saling melengkapi,dia kurang kat situ,akk kurang kat sini.

Dia tiada sebarang sijil atau apa2 certificate dalam bidang baiki kereta ni. Akk go0gel sana sini,cari idea macam mana nak bantu abg mekanik. Since mak abah dah bagi modal,tak kan nak bukak business tanpa ilmu? Then akk dapat idea untuk abg mekanik sambung belajar. Since dia xminat belajar, so akk cari something yang berkaitan dengan kemahiran.

So sekarang ni dia tengah buat sijil skm tahap satu dan join seminar yang PUNB jalankan. Selain dari tu dia juga dapat job baiki kenderaan institusi kerajaan. Alhamdulillah rezeki lepas kahwin. Tapi susah jugak sebab gomen ni tak bayar direct pada kita..kena la tggu 3-4 bulan baru dapat lump sum payment.

Walaupun dah ada bengkel sendiri. Abg mekanik tak de la terus jadi kaya. Dia pun makan gaji bulanan jugak. Up siket la gaji,dulu 1k sekarang dah jadi tauke gaji dah jadi 2k. Untung selebihnya simpan untuk modal/asset bengkel. Abg mekanik,smpai sekarang tak de kereta. Rumah pun duduk di rumah y akk beli..Akk yang tak kasi dia buat loan. Kenapa?

Akk tak nak bebankan keluarga kecil kami dengan hutang. Business baru nak bercambah, xkan nak terus galak berhutang kan. Tunggulah abis loan keta akk dulu,pastu baru beli keta dia. Yang paling best..pagi2 abg mekanik hantar akak g kije. Pastu kereta akk dia guna untuk ke bengkel.

Alhamdulillah walaupun terpaksa share kereta, bersusah tapi akk happy je ada orang hantarkan setiap pagi. Gaduh la mcm mana sekalipun. esk paginya mesti terpaksa bercakap jugak.. Mak abah abg mekanik pun dah leh senyum lega. Dulu anak mampu bagi time ada lebihan duit, sekarang alhamdulillah tiap bulan dah consistent leh hulur sikit2 rezeki yang kami dapat.

Abg mekanik kadang2 dok throwback sensorang, dia kata bangga dapat bukak bengkel dengan duit penat lelah sendiri. Sedih tau, dulu tangan dia selalu luka, kuku hitam sbb main dgn minyak, mata merah sbb dok welding..da abis kije basuh tangan dengan chemical,part yang luka tu bila kena chemical paham2 je la pedihnya mcm mana.

Malam nya niaga burger,kena pakai sarung tangan,kang org tgk kuku itam,orang geli pulak nak beli. Masa tengah kumpul duit dulu, dari dok rumah sewa,dia pindah duk tingkat atas bengkel tempat lama dia kerja. Duk situ free,dok rumah sewa kena bayar. Alhamdulillah bos lama abg mekanik pun bnyak bagi support dan job kat abg mekanik.

Maafla kalau ada yang tiba2 telinga bernanah, telinga tumbuh bulu ke bila dengar part II,almaklumla..part I pendek,ada yang berem0si,tak percaya,xleh nak hadam. Diingatkan confession ni bukan nak cita pasal betapa sawitnyaaa kisah percintaan akk dan abg mekanik. Just nak ckp tak semua mak abah nak jual anak bila mintak hantaran tinggi.

Dan ramai je pasangan yang sama mcm situasi akk. Last sekali,akk doakan moga setiap pasangan yang pasang niat nak kahwin tu.. dipermudahkan jodohnya..tak kira la mahal ke..murah ke..xde hantaran langsung ke.. nanti dah tua..xde sapa akan ingat dah semua angka2 tu. Jaga suami kita baik2,jangan jaga suami orang.

Jauh lagi perjalanan akk dalam alam rumahtangga ni. Moga cabaran.dugaan yang datang dapat dihadapi. “A Womens loyalty is tested when her man has nothing.,A Man’s loyalty is tested when he has everything” Ok akk ngidam nak makan laksa utara..maklumlah baru dpt double line,abg mekanik belum tau……
– Suri hati mr mekanik

Reaksi warganet

Hanisha ramli – Isteri diuji saat suami tiada ape2. Suami diuji bile ada segalanya.
Dugaan akan dtg. Utk mematangkan kita..
Moga kekal bahgia selamanya.. Dikesempatan ini.. nak mintak awak2 semua doakan utk akak dan pasangan supaya peroleh zuriat utk kami.. tq semua.

Nurazhani – Dik, akak doakan awak bahagia dik..setia ke hujung nyawa la orang kata.. hehe..memetik kata2 awak tu, awak kira dh berjaya lepasi ujian suami xde apa2..next maybe ujian utk suami awak plak bila dia berjaya..

insyaallah akak doakan awak suami isteri berjaya lepasi segala ujian mendatang..semua rumahtangga ada ujian…kala diuji tu nanti, baca2 la balik confession sweet awak ni..moga jadi penawar..

Adi afiq – Wahh Alhamdulillah tahniah utk akak confessor sbb positif mengandung. Semoga Allah swt kekalkan hubungan mereka suami isteri, dimurahkan rezeki & dikurniakan zuriat soleh & solehah. Aamiin. Btw worth things to share. Done read both your confessions sis

Nurainshah – nk mkn lksa buat sndiri sbb kdg2 kt luar punya resepi dia blend skali empulur nenas tu kasi pekat kuah. mmg sedap pun kalo blend campur kuah. mmg xsmua org buat tp kne jaga2 la kesian nti double line jd 1 line balik.

Sumber Iium