“Carilh suami bduit dik”. Bila dia dh guna ayat, kena taat suami. Istri kena bantu suami. Masa tue kau dh tersepit.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Bila kau bergaji besar, tapi suami kau selalu tak ada duit. Ya, kau boleh bersabar tapi kau akan selalu sedih dan goyah.

Adik2 yang belum kahwin, akak nak nasihatkan kepada adik2.. carilah suami yang berduit. Jangan dik, jangan ambil lelaki yang tak berduit, buat suami. Jangan. Please. Kau akan menyesal nanti dan penyesalan kau nanti TIADA UBATNYA.

Bila dah kahwin, kau jadi isteri, kau kena taat suami. Time tu, semua benda suami yang betul. Ya, kau boleh bincang dengan suami, minta kat dia, tapi kalau dia memang selalu takda duit, kau minta baik2 pun lama2 kau akan kena balik dengan dia.

Dia akan pakai modal dia suami tak guna, rasa lemah, kau boleh la sebab kau bergaji besar bagai.. lama2 hati kau akan hancur, dik. Akak pesan lagi, jangan kau ambil lelaki yang tak berduit tak bergaji, buat suami. Hidup kau akan sedih.

Kau tau lelaki ni bila dia dah kahwin, dia akan tetap dengan cara dia, dia nak keluar lepak dengan kawan lama2, nak beli barang yang dia suka, Ddan macam2 benda la yang sebenarnya dia tak boleh buat sebab dia memang tak ada duit dan dia sepatutnya tolong kau di rumah sebab kau penat sangat2 bekerja.

Tapi kau tau, nanti bila dah lama kahwin, dia takkan tolong kau pun. Dia akan buat gaya macam dia bagi kau nafkah yang cukup dan dia akan tetap tak tolong kau pun. Time tu kalau kau nak tegur atau marah dia kerana kau penat bekerja, kerana kau nak minta tolong dia, time tu kau tulah langit tinggi ke rendah.

Dia akan cakap kat kau balik, dia akan pakai ayat suami ketua keluarga, isteri kena bantu suami, isteri kena taatkan suami semua tu. Time tu kau baru tersedar kau dah tersepit sebab kau nak minta nasihat ustaz ustazah pun balik2 mereka minta kau redha, sabar. Jaga aib suami. Setakat itu je kapasiti ustaz2 ustazah ni.

Mereka semua, termasuk ibu, bapa kau, mak bapa mertua kau semua takkan memihak pada kau time ni walaupun kau cakap baik2 camna sekalipun. Kau tetap akan di salah erti. Sekali lagi, saya nak pesan, janganlah ambil lelaki yang memang takda duit, and saya nak explain pun tak reti panjang2 tapi adik2 tolonglah sedar,

Ini adalah perkara paling penting berbanding baju kahwin adik tu designernya siapa, hantaran ambil gubahan ikut style artis mana, pre wedding kau photographernya sapa. Adik2 cari dulu suami yang betul2 mempunyai kewangan yang kukuh dik, seboleh2nya gunakan khidmat CTOS ke CCRIS ke untuk tau macamana kedudukan kewangan kawan lelaki yang adik nak buat suami tu.

Kalau dia tak ada duit dik, kau jangan tunggu dia dik. Pergi jauh2 dik. Ingat, kau kahwin untuk bahagia dik, bukan untuk susah duit, susah hati setiap hari setiap masa. Jaga hati kau baik2 dik. Hati kau lebih penting berbanding hati kawan lelaki kau, berbanding hati bakal mak mertua kau, hati orang keliling kau.

Jaga hati sendiri, itu yang paling penting dan kalau kau jaga hati kau sendiri, kau akan dapat kebahagiaan yang kau cari selama ini. – Rara (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Fatin azhana – Sy faham maksud penulis ni. Dia nasihat supaya cari yg sekufu. Jika wanita berharta dan berduit, carilah yg sama padan. Agar tidak diguna-gunakan utk kepentingan sang lelaki. Mula-mula wanita akan redha atas kekurangan, lama-lama mula mengungkit. Begitu juga lelaki, x sanggup dh berusaha lebih.

Lama-lama keluar lah ayat merendah-rendahkan diri sendiri sbg suami yg gagal.. suami yg miskin dan sebagainyalah, asbab dh x nak berusaha keras meningkatkan kualiti dan kebahagian hidup berkeluarga. Well, carilah suami yg tahu tanggungjawab, ada akhlak dan pengamalan agama yg baik. Siapalah kita nak demand tinggi melangit. Bukan bidadari surga pun.

Farah hanani – Lain pandangan sy sis… Sbb sy kwen dgn suami sy dia bru hbis masters, bru nk start kerja. Mmg hidup dri zero smpai skrg alhamdulillah ckup mkn pkai ada kereta moto.. Kami x mewah, tpi alhamdulillah setahun skali dia belikan brg kemas kat sy… Betul point jgn cri Laki x bergaji, x berduit..

mmg jadi tanggung biawak hidup namanya. Kalau dia kerja + tahu tggjwb bg nafkah tu Kira bgus sgt dah… Biar pun x bnyk tapi ada… Kalau Kita sbgai isteri nk membantu ckupkan apa x ckup tu lagi besar pahala… jgn Kita pulak tanggung semua suami lepas tgn pulak..

itu yg x betul. Cari suami/ isteri yg sanggup susah pyah dri awal hidup berkahwin ni susah nk jumpa. Tapi InsyaAllah Masih ada.. doa lah ye jumpa jodoh yg baik2 ni…

Nisa ishak – Point dia sekarang bukan cari lelaki yang berduit tapi lelaki yang bertanggungjawab. Beza kak berduit & bertanggungjawab tu. Ada je lelaki yang berduit tapi tak bertanggungjawab, duit guna untuk berjoli. Isteri jugak yang kena keluar duit sendiri untuk keluarga.

Tapi kalau lelaki ni ada tanggungjawab. Dia tak berduit pun, dia akan kerja keras. Buat 2 3 kerja untuk keluarga dia. Sebab apa, sebab dia paham tanggungjawab dia sebagai lelaki, suami, ayah. Macam mana nak cari lelaki yang bertanggungjawab ni? Berdoa banyak2 Allah kurnia kan kita suami yang paham tanggungjawab dia sebagai suami.

InsyaAllah Allah akan makbulkan. Kalau masa kenal pon tak kerja berbulan. Kerja nya melepak aje. Kalau kau terima jugak sebagai suami, kau la yang buta.

Nonie syukri – Emmm.. Kesian lelaki yg miskin. Kira tak boleh nikah la ya. Tggjwb suami paling utama adalah didik akhlak dan agama isteri. Lepas tu bg makan apa yg suami makan. Bg tmpt tnggal sebagaimana suami, bg pakaian sebagaimana suami @ sekurangnya setahun tu ada pakaian baru 2helai ke mcm mana (lebih krg kena rujuk balik).

Yg jd masalah kalo laki mampu flat je or rumah kg je, tp bini demand rumah semi D. Hidup ni mcm roda. Hr ni mgkin sng, esok ssh. Hr ni ssh, esok senang. Kalo harap nk sng dr kecik smpi tua, kat Syurga je ada. Kat dunia tak dak. Nama pun ujian bg org mukmin tempat kt dunia ni. Kalo sng manjang, tu bkn org mukmin. Kerana Syurga itu sangat mahal, pasti diuji.

Firman Allah dah bgtau sesiap supaya kita be prepared mentally dan physically. Jd, yg paling penting adalah berilmu dan bertanggungjawab. Bukan cari laki berduit. Kalo jenis berduit tp joli katak, tak reti tggjwb tak guna jd laki pon. Sekadar pendapat dan pengalaman sy saja la.

Sumber Iium