“Dilema kerenah ipar duai”. Bg pinjam kereta, abis diubah suai. Bila tegur, aku dsalahkn. Tp aku puas jd mcm nie.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum.. Aku Mona, alhamdulilah dah berkahwin, ada anak. Suami? Dia ok je. Yang tak OK, adik beradik dia, ha ipar duai aku la tu.

Aku saja la nak bercerita pengalaman ada ipar duai yang perangai dia… Sesak dada oi. Kalau tak kuat, aku rasa dah lama aku angkat kaki blah.. Kisah ni berlaku beberapa tahun yang lalu…

Kisah 1, Adik ipar perempuan kesayangan aku ni datang la bertandang dekat rumah kami laki bini. Oh ya, masa ni dia tak kahwin lagi. Sebelum ni ada jugak dia pernah datang, tapi tak selama yang kalini punya. Aku ingat datang kejap je, sekali duduk berminggu-mingu.

Yang paling best, duduk rumah kami macam Queen. Breakfast aku sediakan, lunch aku masakkan, dinner aku hidangkan. Padahal bilik dia tepi dapur je, pekak sangat ke tak dengar kak ipar dia dok masak? Kot ya nak datang jengah muka tanya aku kot-kot ada apa nak kena tolong ke, h4ram..

Minggu pertama aku boleh ikhlas lagi la, tetamu kan. Ni tidak, pintu bilik dia pun laki aku kena ketuk nak ajak makan sekali. Keluar bilik, tinggal cedok nasi je, dah habis makan, layan N3tflix. Ewah, ewah, ewah.. Lama-lama memang aku tegur la perangai adik ipar aku tu dekat laki aku.

Aku ni ada anak kecik, mana nak masak, mana nak urus rumah, aku pulak buat bisnes online, jem otak weh.. Laki aku boleh balas “biasa la tu.. tetamu”. Tetamu tok anjang dia, 3 hari je kot ya pun nak jadi tetamu kelas atasan. Aku h4muk la weh. Aku kata aku bukan babu dalam rumah ni.

Serba serbi nak dilayan bak permaisuri. Aku tak cakap banyak, aku kata nak balik kampung secepat mungkin. Dengan cara tu je aku dapat courier adik ipar aku tu terus ke kampung halaman dia. Kampung laki aku dengan aku tak jauh mana pun. Aku memang silent tre4tment dengan laki aku masa ni.

Sedih ada, terasa dibuuli pun ada.. Memang la beras abang dia beli, tapi aku yang masak. Kes ni selesai lepas kami pulang ke kampung. Dah hantar sampai depan pintu rumah, salam aku pun tidak, nak ucap terima kasih jauh sekali. Protes la tuh.

Lantakklah. Nak benci aku sekalipun. Ingat aku kisah? Lepasni, nak malas, silakan bermalas-malasan kat rumah mak bapak sendiri.

Kisah 2, Sejenis suka meminjam kereta orang. Dah la pinjam bukan kejap, ada kadang sampai sebulan. Memang la kereta tu abang kau yang bayar, tapi nama aku. Laki aku ni pulak Ya Allah Ya Rabbi baik hati tahap aku sendiri tak boleh hadam. Dah pinjam mulut tak reti nak bersyukur.

kata kereta aku banyak calar la, kemek sana sini. Hamboi KakNon.. Part paling aku panas dan memang aku melet0p, dorang boleh pergi modified kereta aku. Modified part mana, aku tak mau cerita. Dahtu, boleh pulak claim duit laki aku.

Sampai je rumah, laki aku check kereta aku, aku perati je dari dalam rumah. Malam tu aku hamuk la. Aku sound jangan nak memandai-mandai sentuh kereta aku. Buat itu ini. Laki aku boleh pulak kata aku tak suka adik beradik dia.

Benda ni memang buat kami laki bini gaduh. Cakap banyak tak guna, aku ambik simpan kunci kereta aku. Ha, gasak la korang nak balik rumah korang naik unta ke naik kuda ke. Puas hati aku. Lepas kes tu, dah tak ada sesi pinjam meminjam. Jual la air mata d4rah sekalipun, aku tak heran.

Kisah 3, Aruwah orang tua aku ada tinggalkan rumah sebiji dekat kampung. Dorang ni pernah datang la bertandang rumah tu. Alhamdulillah rumah tu besar, rumah sebiji atas tanah. Ada aircond setiap bilik, kira fully furnished la. Ipar duai aku ni boleh suruh aku letak barang-barang rumah tu dekat rumah mak bapak dorang.

Allah.. Jem kepala otak aku masa tu. Aku balas, nak ambik la sendiri. Urus sendiri lori ke apa ke. Aku tau dorang nak santak laki aku suruh handle semua. Banyak cantik? Tu tak masuk cerita nak duduk rumah tu FREE. At last, aku sewakan rumah tu dekat orang lain. Kurang-kurang hati aku tak s4kit.

Aku ni cuba nak berlapang dada. Aku bukan tak layan dorang baik-baik. Tapi kadang-kadang aku rasa dorang ni melampau sangat. Jenis kaki buuli pun ada, nak ambik kesempatan pun ada. Tu tak masuk pasal MULUT masing-masing lagi, burukkan aku depan mertua aku, kaki sound orang, suka bergaduh sana-sini.

Hadoi lah.. Korang kalau ada nak share pengalaman BURUK/ NG3RI dengan ipar duai, share la sekali. Moga dapat jadi pedoman untuk kita semua. Kadang Tuhan hantar suami ok, tapi Tuhan uji dengan ipar duai yang aneh-aneh. Betullah orang kata, hidup ni memang penuh dengan ujian. – Adik Iparmu (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Puan zuera – Puas hati baca..Tak di buuli.. Buat baik berpada-pada ,jangan sampai orang ambil kesempatan kat kita.. Banyak cantik duduk rumah kita, nak di layan macam puteri.. Nak makan pun kena ketuk pintu ajak makan.. Mesti malas duduk rumah mak dia, takut malas macam tu mak bebel dan lempar penyapu kat dia.

Biar diorang tahu apa yang kita tak suka.. Harta kita buat macam harta diorang pulak.. Ewah ewah.. Good job confessor marah bukan tak sayang nak ajar biar hormat dan beradab..

Zaleha abd razak – Saya kalau ada tetamu/ ipar duai yg menumpang mcm ni. Saya bagitahu sesiap, “buat mcm rumah sendiri”. Sebab klu suami turun kerja. Part sarapan tu sll pandai2 lah, sbb sy sendiri pun cuma amik shake atau x srpn. Direct tggu lunch.
Jadi pandai2 laa masuk dpur kalau lapar.

Masuk tghr tu pulak, sy akan masak lebih. Tak kisah sgt org tlg ke tak, sbb tugas memasak tu tetap sama,walau ada atau tak dia di rumah. Cuma kita tmbh portion je utk dia. Cuma satu je lah sy hrp, Jgn tambahkan kerja sy.. Haha

Cuci pinggan sendiri pun aku dah syukur.
Lipat bj sendiri pun aku dah syukur. Kemas bilik sendiri pun aku dah syukur. Tak tlg kerja lain pun xpe, sbb apa2 pun tu mmg dah tugas aku. Klu xde common sense, aku akan direct bagitahu elok2. Moga harmoni semuanya.

Norizan mamat – Salam, Ipar duai baik sangat sangat. Tapi tidaklah seperti adik beradik sendiri. Setiasa jaga jarak dan jaga diri. Sebab gurauan adik beradik sendiri kena beza dengan gurauan adik beradik suami.

Begitu juga anak sedara sendiri vs anak sedara suami. Biarlah suami layan keluarga dia dengan baik, kita raikan, kita gembira bersama mereka. Sama seperti suami dgn keluarga kita. Dia pun sentiasa jaga jaga. Makcik suami isteri la.

Kita layan keluarga dia seperti dia layan keluarga kita. Lihat cara dia. Mungkin itu cara yg dia suka. Dia tak masuk group wasap keluarga makcik, makcik pun tak ada dalam group keluarga dia. Dia gaduh dengan adik beradik dia, makcik tak terlibat. Apa apa, adik beradik dia urus melalui dia.

Balik kg, kita layan semua sama tak kira dia gaduh dgn siapa pun (biasa la adik beradik). Sama macam makcik. Makcik gaduh dgn orang, somi tak terlibat. Dia buat b0do jer. Layan macam tak tau cerita. Hahaha… Benda gini lama lama akan jadi habit lepas tu, orang akan jaga jaga juga dengan kita.

Sebab gurauan tak boleh buat main. Contoh, kalau adik beradik kita gurau pasal p0ligami, kita boleh jawab “nak cantas bla bla bla”, hahahaha… Kalau adik beradik suami gurau pasal poligami, dan dan makcik angkut baju masuk kereta. Hahaha…

Sebab kita rasa mereka tak suka kita, nak carikan isteri baru buat suami. Itu bukan gurauan. Itulah… Sentiasa jaga jarak jaga kelakuan. Menantu dan anak tak pernah sama. Adik dan ipar pun berbeza. Sayang tetap sama la.. keh… makcik setuju apa yg tt buat.

Sumber Iium