Tgamam ank tbaca msg suami curg. Bila dia mgadu, aku terus bsemuka. Rupanya mgkn sbb kurgnya “layanan” yg aku beri. Aku izinkn.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum admin. Mohon hide profile saya. Tujuan saya bukan meminta pandangan,sekadar luahan. Rasa tak mampu nak pendam. Cerita agak panjang. maaf.

Suami saya bekerja dengan gaji kasar 2.4k Saya pula berniaga kuih muih untuk minum petang. Proses pembuatan kuih bermula 7 pagi hingga pukul 4, setiap hari. Kami mempunyai 4 orang anak, semuanya perempuan berumur lingkungan 13 tahun hingga 3 tahun. Petang pula saya akan keluar sendiri meniaga hngga hmpir menjelang maghrib.

kalau cepat habis, cepat lah saya balik. kalau lambat habis, lambat lah saya balik. Aper pun saya akan pastikan sebelum maghrib saya akan sampai rumah sebab saya kesiankan anak2. Sebelum keluar berniaga, saya akan pastikan lauk dah siap masak. nnti pndai2 lah kakak nya jaga adik2.

Isu timbul biler badan dah terlalu penat setiap hari saya mengaku memang hilang keinginan untuk memberi layanan pada suami. Badan penat, kepala pun penat. Semua perkara nak difikir dan ditimbang tara. Dari segi kewangan (repair kereta yang saya guna untuk berniaga, belanja dapur, duit lauk, bil api air, belanja anak2.

buku rujukan anak2, duit jajan, duit topup anak2 untuk kelas PDPR, dan banyak lagi perbelanjaan sampingan) dari segi sikap anak2 yang nk dibentuk. Dari segi pembelajaran anak2. kekemasan rumah (sebab suami saya tak boleh rumah bersepah. Memang anak2 sangat membantu tapi faham2 sahajalah, kadang2 walaupun diorg dah kemas, mesti ada yang tak sempurna.

Tak macam kita, orang tua buat krja) Jadi, biler badan dh penat, fikiran dah makin bercelaru, mood untuk ‘bersama’ memang hilang. Mesti ada yang bertanya, mana suami? Tak kan suami tak bagi duit? Untuk pengetahuan, dapat sahaja gaji, orang pertama yang di beri ialah ibunya. kemudian, dia ada simpan sikit, untuk em3rgncy katanyer.

untuk rumah kami, kalau dia rasa dia nk beli, baru lah dia belikn beras, telur, minyak, garam, gula. kalau dia tak terasa nak bli, dia tak beli. Dia tak anggap tu tnggungjawab yang wajib untuk seorang suami. Mungkin sebab saya ada duit meniaga sndiri jadi walau penat macam mana skalipun, selagi saya boleh brgerak untuk mencri rezeki.

saya akan trus berusaha sebab saya tahu anak2 berpahut di bahu saya. Baru baru ni mungkin kerana kekurangan layanan dari saya di bilik tidur suami mula berhubungan dengan seorang perempuan yang menyedihkan, bukan saya yang tau prkara ni dulu tapi anak sulung saya. kebetulan papanya tertinggal hp.

dia nak guna hp papanya untuk wasap saya yang tengah meniaga msa tu, dia terbaca wasap perempuan. bersayang2. Anak saya tekejut. Saya balik meniaga, dia trus bgtau saya. Saya snap gbar perempuan tu, saya snap phone number dia dan malam tu jugak saya call dia untuk tahu cerita sebenar. rupanya suami saya bagitau yang dia bujang terlajak. Belum kahwin.

Dengan tenang, saya terus terang dengan perempuan trsebut, andainya ingin berkahwin dengan suami saya, teruskanlah. Lebih baik berhubungan dengan ikatan yang sah dari berhubungan dengan cara maksiyat. Saya bagitau, saya tak marah, saya redha sebab suami bukan hak saya, suami milik Allah yang boleh Allah tarik bila2 masa.

Wallahi saya kering air mata. perasaan marah pun tak ada. tak tau kenapa. mungkin sebab bukan pertama kali berlaku. Saya suruh dia berbincang dgn suami,kalau btul nk kahwin, kita jumper 6 mata, bincang secara matang. Saya tak kisah dah dengan syarat apa jugak yang berlaku antara kalian di depan hari nnti, jangan babitkan saya dan anak2.

Tapi perempuan tu kata, bagi dia fikir dlu sebab kalau boleh dia tak nak ganggu rumahtgga orang lain dan saya beri dia masa untuk fikir.. Kalau ikutkan wasap yang dihantar kemungkinan mereka pernah berwasap sesuatu yang diluar kewarasan manusia normal koeang faham2 sendiri sebab saya j1jik nak sebut). Wsap yang trdahulu dah dipadam.

Masa tu, semua tndakan saya ni tanpa pengetahuan suami. saya pendam sorang. Dia taktau yang saya dah tau. Tapi sampi biler saya nak pndam. Akhirnya saya lebih mendiamkan diri. Kurang brercakap dengan suami. Kelamaan suami seolah2 tahu tentang hal ni. tentang hubungan dia yang saya dah hidu tapi dia buat diam.

malah dia pula yang makin menjauhkan dari dari saya. Dia mula lock hp dia. Tak bercakap dengan saya. jadi, kami sama2 berdiam dan saya memendam. Kadang saya menangis kuat2 dalam bilik mandi sebab saya takut terlepas marah dekat anak2. sedangkan anak tak salah. saya sayang anak2 saya. Mereka lah anugerah yang Allah turunkan sebab sumber kekuatan saya.

Saya pesan dengan anak2, masalah papa dengan mama, biar kami yang selesaikan. anak2 tetap wajib hormat papa. Jadi mereka tetap layan papa macam biasa. Cuma yang sulung agak berdend4m walaupun dh berkali dinasihati. Buat suami2, andai ada kepincangan pasangan, berbincanglah. Cuba selesaikan bersama. rendahkan eg0. bukan menambah lagi masalah yang sedia ada.

Saya tetap menyayangi suami saya walau terlalu terluka dengan tindakannya. Bagi saya, anak2 tak patut melalui pecah belah keluarga yang berpunca dri percerraian ibu bapa. Dengan itu, saya terus bertahan. Doakan saya kuat. doakan saya mampu mendidik anak2 saya menjadi hamba Allah yang cemerlang duniawi dan ukhrawi. Amin..

Reaksi warganet

Cek wan – Tanggungjawab smua sis yg tanggung ..lbih baik xda suami sis…ada pn buat semak kelambu ja…ank2 pulak dh besar gituu. duk tunjuk teladan xelok pulak sedekah jela suami tuu kt pumpuan tuu…biar dia wik wikk sepuasnya….laki xda mende lain dh…mai dh tua..

ada penyakit bagai baru nk menyesai…pstuu salahkan ank2 buang pak tepi jln…masa ank2 kcik xnk mik tanggungjawab …cari pumpuan beda nk wik wik ja.

Norasmah salleh – Bab tanggung jawab semua lepas pd isteri. Tp bila ada masalah, salahkan isteri tak nak melayan kehendak dia. Perkahwinan tu indah, tapi Islam jugak tak melarang umatnya berpisah andai tiada lg kesefahaman. Tak semua org sukakan penceraian. Byk hal perlu ditimbang tara,bukan hanya perasaan sendiri je.

Jika mampu beri suami peluang kedua, cubalah, moga ada harapan suami berubah. Tp jika hati tak mampu menerima, mata tak mampu memandang,bahu tak mampu memikul, carilah jln penyelesaiannya. Bahagia itu milik kita, kitalah yg menentukannya.

Sophie comott – Bercerrai atau tk, tu pilihan n pandangan masing. Cuma sy nk bg tau tersgt lah slh berfikir utk bertahan demi ank2. Sedangkan em0si ank2 akan lebih terganggu bila hidup dlm keadaan hubungan ibu ayah dia kurang baik. Ank2 pun akan dididik tentang kebiasaan d0sa, curang n pengabaian nafkah n keluarga tk bahagia.

Pun soal diri sendiri, mampu ke kita sendiri menahan siksa? Percaya lah, kita rasa ank masih kecik, tk fhm atau terpaksa fhm, tp sebaliknya ank2 faham n tau situasi n kesakitan ibu. Hingga lama2 ank membesar bertambah kebencian pada si ayah. Siapa kata kita akan dijanjikan bahagia bila berkahwin? Siapa janji ank2 akan bahagia bila ibunya terus dis3ksa?

Farhana aisyah – kalau semua kat bahu awak..abis???ape fungsi suami???..rasanya ada ke x sama je…fikir balik utk diri sndri n ank2.. kalo dh redha utk bermadu.. letak syarat…nafkah ank sorang rm200 (walaupun xckup tp ada)letakkn syarat rumah n bil2..bg dia byr…then madu la…biar madu baru ajar tggjwb pulak…

biar dia rasa… saya tak galakkn penceraian.. tp kalo di takdirkan bcerrai.. sis tak rugi ape2..ank2?? selama ni kakak n diowng jge diri masing2..kalo bcerrai p tuntut nafkah ank..jd suami dia xkuar duit.. mne tau lepas jd ex husband dia wajib bg nafkah ank ikut perintah mahkamh…

cuma keadaan sis…ada suami pun mcm xde suami..jadinya buat la keputusan yg betul..setakat nk sumbang benih baik tak pyh…ingt binatang ke..nk lepas kn n4fsu tp tggjwb mmg xde.

Sumber krt