Tgh menuntut, aku nekad lamar istri. Tp 3kali ditolak. Bila aku redha, isteri dtg terima. Terus aku pening kepala.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum.. Hari ni saya tergerak hati untuk berkongsi sedikit mengenai perjalanan berkhawin dalam usia muda. Kerana saya dah baca beberapa post mengenai rakan yang banyak nak khawin muda.

Jadinya saya nak berkongsi sedikit, bukan nak tunjuk pandai tetapi hanya perkongsian. Saya berkhawin dalam usia yang muda. Pada umur 21 dan ketika itu saya dan isteri masih menuntut di sebuah IPTA yang sama di Malaysia. Saya mengambil aliran ijazah kejuruteraan dan isteri aliran sains matematik. Pernikahan saya dengan isteri pada hujung tahun 2 sem 1 ( sem 3 ) beberapa minggu selepas habis final exam.

Saya dari tahun pertama dah berniat untuk berkhawin, saya pendekkan cerita, saya buat istiharah untuk meminta bantuan dari Allah supaya memberikan saya calon yang memang dapat membantu saya dari segala segi. Waktu itu bulan ramadhan, pertama kali istiharah yang saya buat. Alhamdulillah, Allah makbulkan doa saya.

Sewaktu itu saya dapat mimpi, saya mempunyai 2 orang anak, yang sulung lelaki dan yang kedua perempuan. Ketika itu, anak sulung berlari dan terpijak adik perempuan. Saya marah anak sulung sebab tak berhati-hati. Semasa marah tu, isteri saya berkata pada saya yang anak sulung saya tak sengaja, tak perlu marah. Sewaktu isteri saya kata macam tu, saya paling kan muka, pandang dia tapi muka kabur dan saya terus terjaga.

So, saya ingat itu hanyalah mimpi.. Jadi tak lama lepas tu, saya mengikuti satu program kolej kediaman yang saya tinggal waktu tahun satu, dan waktu itu lah pertama kali saya ternampak isteri saya. Waktu tu dia di biro kerohanian dan saya biro pengaduan awam. Selepas habis program, saya pergi rumah kawan di langkawi dan waktu itu, punyalah terkejut isteri saya add saya.

Mula-mula memang tak approve sebab saya ni takkan approve kalau tak kenal. Tapi time tu hati terasa nak sangat skodeng fb tu. Tengok gambar yang di post, tak nampak sesiapa yang saya kenal. so tak approve lagi. Keesokan hari, saya tengok keseluruhan, akhirnya jumpa satu gambar isteri saya tapi jauh. Dengan penuh yakinnya saya approve dan terus msg untuk melamar kali pertama.

Dengan penuh yakin saya melamar, tapi sayangnya.. Kena reject hidup2.. Kecewa betul time tu.. tapi tak apa la. bukan jodoh. So, saya teruskan dengan istiharah, lama juga dan kerap saya buat. Akhirnya saya dapat mimpi ke dua. Ketika itu, saya duduk berhadapan dengan isteri saya, memang saya pandang muka dia tapi muka kabur.

isteri saya memegang anak yang baru sahaja di lahirkan. Saya senyum dan isteri semyum kembali tapi muka kabur saya cuba untuk lihat betul2 dan saya terjaga. Selepas dapat mimpi tu, saya teruskan hidup seperti biasa. Satu hari tu, semasa dalam meeting, saya dapat berita yang saya melamar tu kena pindah tempat pengajian untuk satu sem. Jadi sebelum dia pindah, saya ambil keputusan untuk melamar sekali lagi.

Dan keputusannya sama, di reject hidup-hidup. Saya pun tak tahu kenapa saya masih ingin melamar. Hati saya mengatakan dia adalah orangnya. Kiteorang memang tak berhubung or apa-apa. Saya msg untuk lamar, kena reject stop terus. Beberapa minggu selepas itu, sebelum puasa kami ada program, time itu saya kena handle membersihkan kbur, sewaktu kumpulkan orang, saya terkejut dia ada sekali, sepatutnya dia kena pindah.

Rupanya dia saja hadirkan diri untuk program tersebut, jauh kot tempat yang dia kena pindah dengan program. Selepas habis program, masing-masing pulang ke kampung halaman sebab sambut ramadhan, jadi saya buat istiharah dan minta bantuan, Alhamdulillah, Allah makbulkan saya dapat satu mimpi, dan saya mimpi, saya, isteri saya, kakak kesayangan saya dan beberapa anak sedang bermain2..

Time tu, itu la pertama kali saya duduk berhadapan dengan isteri saya dengan muka tanpa kabur. Mimpi yang lepas muncul satu per satu tanpa muka kabur. Saya terjaga, buat sujud syukur dan saya melamar kali ke tiga. Kali ni, jika saya lamar kena reject juga, memang tak lagi la saya lamar, dan saya anggap memang tiada jodoh. Dengan yakin, saya lamar..

Perghh.. kena reject hidup-hidup sekali lagi. Jadi saya beritahu dia, yang itu kali terakhir saya melamar, dan saya tidak akan lamar lagi. Masa itu, saya dah niat untuk beritahu parents, saya akan bernikah dengan sesiapa pun yang parents setuju. Elok cakap macam tu, isteri saya msg, dia kata dia kecewa dengan saya, sebab saya tak seperti bersungguh melamar dia.

Time tu, Allah je tahu perasaan saya, tak bersungguh dia kata, saya kata lah yang saya dah berharap, dan saya serahkan segalanya pada parents. So, isteri saya kata, sebenarnya dia saja nak uji saya, dan dia minta maaf. Dia tarik balik rejected yang telah di buat. Time tu saya pening kepala nak bagitahu parents macam mana. Sebab tadi dah kata serah pada dieorang.

So, dengan berani saya jumpa cakap saya dah jumpa dan saya nak bernikah dengan dia. Bayangkan time tu baru umur 20 tahun, cakap macam tu dekat parents. So, parents kata, nanti raya kita pergi merisik. fuh, perasaan penuh gembira time tu.. Tapi biasalah kehidupan, tak semua indah. Isteri saya time tu balik kampung dan sampaikan hasrat.

Ayah isteri time tu memang tak bagi sebab ayahnya kata muda sangat, lagipun dua-dua sedang belajar. Isteri saya msg, dan beritahu hal tu. Saya terus minta no fon ayah isteri, call kata nak jumpa. Esonya juga saya naik bas pergi untuk jumpa ayah isteri. 4 jam perjalanan.. Pertama kali jumpa, perghh, meng1gil satu badan. Tapi nak nikah punya pasal, saya beranikan juga.

Sewaktu jumpa tu, try “takel” ayahnya, tapi rasa macam tak Berjaya, last saya tukar taktik, saya straight to the point kenapa saya nak nikah. Saya kata, saya memang tak kenal anak pakcik kami tak couple, kami tak rapat tapi saya yakin, saya nak memperisterikan anak pakcik. Ayah isteri time tu senyum je.. dia kata, “Pakcik tak boleh bagi keputusan, pakcik kena bincang dengan family”.

Malam tu, mereka buat makan bersama family, sebelum ni ayah isteri tak pernah cakap apa-apa mengenai isteri dan saya nak khawin, tapi malam tu. Ayah isteri yang memulakan perbincangan dan Alhamdulillah, ayah isteri setuju dan saya teruskan dengan perancangan saya untuk merisik, terus membincangkan mengenai tunang dan nikah. ( Selepas ini, mula ujian dari Allah untuk menguji saya)

Raya lepas tu je, kami datang merisik, belah perempuan menyambut kami dengan meriah habis sanak saudara datang menyambut. Itu lah pertama kali saya jumpa dengan semua adik beradik isteri dan mak. Waktu merisik, kami bincang mengenai tempoh tunang, hantaran, dan sebagainya. Sebelum bermula, saya dah menyatakan dulu di depan semua orang, yang saya ada beberapa permintaan.

Saya ni masih belajar, saya hanya mampu RM8k sahaja. Saya tak nak tunang lama-lama sebab kami satu U, paling lama 6 bulan. Tapi waktu tu, keluarga isteri minta RM12k. Saya kata saya tak mampu, mereka turun RM10k, saya kata saya tak mampu dan saya hanya mampu RM8k sahaja. Waktu tu hero datang, abang isteri. Dia kata, tak perlulah hantaran tinggi sangat, kami ni bukan nak jual anak.

Kalau belah lelaki kata mampu RM8k, biarlah.. Itu je mampu, kita nak permudahkan benda halal.. Time tu, dalam hati saya bersyukur sangat Allah permudahkan dan Allah kuatkan hati untuk pertahankan RM8k. Selepas itu, kami bertunang, dalam majlis itu menyebut kami akan bertunang selama setahun sebab kami pegang jawatan dalam university.

jadi abang saya minta saya laksanakan amanah di university dulu baru memegang amanah yang lain. So, saya fikirkan betul apa yang abang saya katakana, tapi saya tetap nekad untuk tunang sekejap. Allah makbulkan doa saya dengan cara salah seorang kami kena letak jawatan kerana pihak atasan tak bagi dalam satu organisasi ada pasangan yang ada ikatan walaupun couple.

Jadi selepas fikir masak2, isteri saya ambil untuk letak jawatan dan saya ambil keputusan untuk tarik diri. Selepas kejadian tu, saya jumpa kedua-dua family untuk cepatkan nikah dari setahun ke 5 bulan. Waktu tu, ada rasa sikit menyesal sebab cepatkan tarikh nikah, sebab baru terasa beratnya nak jadi seorang suami, kena cari nafkah. Time tu la usaha pelbagai cara untuk mencari rezeki.

Cuba kerja sebagai guru tuisyen dan cuba teruskan dengan perniagaan membawa pelajar melancong ke singapura. Kami bernikah, dan saya terus mencari rumah sewa berdekatan university untuk memudahkan urusan kami, awal perkhawinan kami tinggal di rumah yang kosong. Kebanyakkan barang semua second. Peti ais tiada, pinggan mangkuk pun parents yang bagi. Dari situ belajar erti kehidupan, orang kata seronoknya nikah.

Tapi sebenarnya berat untuk menggalas. Pelahan-lahan melangkah, mula beli peralatan dapur untuk memasak, selepas itu beli peti ais. Selepas sebulan nikah, Allah memberi rezeki kami diberi zuriat. Waktu tu, perasaan bercampur baur, seronok ada, risau ada. Seronok sebab saya dapat anak, saya akan jadi ayah. Risaunya, macam mana saya nak cari duit untuk kelengkapan mereka.

Boleh ke saya jadi ayah yang baik. Dari situ saya belajar, saya yakin dan percaya pada Allah atas apa yang Allah janjikan. Allah akan mencukupkan apa yang kurang. Duit sewaktu isteri mengandung seperti air yang mengalir, beberapa bulan isteri tak boleh masak, tak larat. Jadi terpaksa beli kat luar. Saya masak pun, isteri tak boleh makan.. kena makan di luar jugak.

Tapi Alhamdulillah, Allah cukupkan. Bila tiada duit, dalam bank memang tinggal RM30, tiba-tiba dapat pangilan, “Abah dah masukkan duit, Kakak dah masukkan duit, Abang dah masukkan duit, Mak dah masukkan duit” memang saya tak minta pun, sebab saya nak belajar berdikari. Usaha sendiri, tapi Allah bantu dengan cara tu.

Kami bersanding lambat, kandungan cecah 5 bulan baru kami bersanding. Itu pun, saya dah minta belah perempuan jimat sejimatnya. Belah saya, saya tak bagi buat, sebab bagi saya ia membazir. Selepas tu, anak pertama saya lahir di muka bumi, sewaktu melawat isteri di bilik wad, saya berhadapan dengan situasi yang saya mimpi isteri saya memegang anak. Hanya mampu senyum dan bersyukur Allah permudahkan semuanya.

Lepas tu, saya sendiri kena usaha lebih kuat, sebab waktu itu baru mula sem ke lima iaitu tahun 3. Dengan subjek yang susah, kena cari rezeki untuk isteri dan anak, susu, pempers, taska anak kena bayar. Duit PTPTN masuk RM2300, sebulan je dah habis, sebab bayar sewa rumah dan semua di atas. Waktu tu, kerja sebagai guru tuisyen, buat pelancongan, dan servis printing, gaji sebulan pun baru dpat berapa ratus.

Fikir secara logic memang tak cukup. Tapi saya yakin pada Allah, itu sahaja. Yang penting saya usaha. Alhamdulillah, Allah cukupkan semua walaupun tiada duit lebih, tetapi cukup dan Allah mengajar saya lebih banyak berdikari selepas ada anak, tanpa bantuan kewangan dari family. Tidak lama selepas anak pertama lahir, kami di kurniakan lagi seorang cahaya mata. Waktu tu, kami terkejut dan tak sangka dapat dapat zuriat secepat tu.

Isteri tak dapat terima, sebab terlalu awal, dengan keadaan kami memang cukup-cukup je. Tapi saya kuatkan isteri untuk terima dan cuba naik perlahan-lahan. Bayangkan umur 22, saya akan menjadi ayah kepada 2 orang anak. Selepas itu, saya mencuba pelbagai cara untuk menjana kewangan. Alhamdulillah, rezeki anak, saya di tawarkan oleh satu sekolah swasta untuk handle pengangkutan pelajar.

Saya cuba mencari bantuan untuk membeli van, Alhamdulillah, Allah permudahkan. Di situ saya dapat menjana sedikit duit. Tidak lama kemudian saya di dedahkan dengan sukan sunnah iaitu memanah. Saya tertarik dan cuba balajar mengenai sukan memanah. Tak lama lepas tu, lahirlah anak perempuan. Seperti yang saya dapat hasil istiharah, seorang anak lelaki, dan seorang anak perempuan.

Selepas lahir anak perempuan, saya di kurniakan rezeki tambahan iaitu menjadi jurulatih di beberapa sekolah, mungkin jika ada rezeki akan ditawarkan untuk menjadi jurulatih di university, Alhamdulillah, income akan bertambah untuk mencukupkan mana yang kurang. Di situ saya belajar untuk membantu kawan-kawan lain yang ingin bernikah sewaktu muda.

Memberi mereka peluang untuk berniaga dengan tidak perlu keluarkan modal, modal sepenuhnya dari saya. Sebab saya tahu berapa peritnya untuk memulakan kehidupan selepas berumah tangga. Selepas ini saya akan membeli sebuah van baharu untuk menampung pelajar sekolah yang akan bertambah. Dan sekarang saya masih dalam pengajian dan atas usaha,sabar dan yakin saya perolehi apa yang saya usahakan.

Dugaan sewaktu berkhawin ini memang la berat, jika anda seorang lelaki, anda kena bersedia dari segala segi, mental dan rohani. Jika lemah dua itu, takut-takut, bila jatuh tak mampu nak berdiri. Bila berlaku keadaan itu. Keluarga anda merupakan taruhan yang paling besar. Duit merupakan element penting dalam satu keluarga. Usaha dan yakin.

Bukan duduk sahaja dan berdoa agar duit jatuh ke riba. Perkhawinan bukan sesuatu yang menyeronokan, tetapi perkhawinan adalah satu pembelajaraan yang mengajar beribu-ribu perkara. Kena bersedia kerana wanita ni pelik, em0si nya ya Allah.. macam-macam ragam. Untuk memilih calon, berharaplah kepada Allah. Sebab hanya Allah sahaja yang tahu, siapa yang paling layak untuk kita.

Kita tak dapat ramal masa hadapan, hanya Allah sahaja yang maha mengetahui. Jujur saya kata, jika bukan kerana isteri saya memahami saya, bersabar dengan dugaan, menguatkan saya ketika saya lemah, ketika saya jatuh, saya tak dapat nak harungi segalanya tanpa dia. Kami selalu mendapat pangilan dari rakan, untuk minta nasihat mengenai perkhawinan.

Benda yang sama kami ulang, minta pada Allah, dan pastikan si lelaki dah betul-betul yakin dan bersedia untuk menanggung beban , tangungjawab sebagai seorang suami.
Maaflah panjang sangat, terima kasih kerana membaca, saya harap sesiapa yang baca, mengambil ikhtibar dalam penulisan ini. – C. Az

Reaksi warganet

Ismi sha – Bguihnyaa dik.. matang.. berwawasan, jnis nmpk hala tuju hidup sndri. Tau apa yg diri nakk. Aktif berusaha. Satu2 jalan terbuka akhirnya.. Hebatnyaa….sy masa umoq 20 baru nk bljaq cmna nk tukaq dp fb. Hmm.

Azam yusof – Respect bro smpai 3 kali hati mmg kental betul tp tu la kan kalau dh bukan jodoh nk buat camna yg penting jgn pernah menyesal untuk mencuba.

Andak suhaila – Terbaik lh bro ni. pandai survive hidup. Blh jd contoh tuk jejaka yg sbuk nk cari pmilik tulg rusuk kt luar sana. No money no talk! Doa dn usaha prlu seiring.