“Siapa yg mgadu nie”. Atuk dh nyayuk, hairan pintu rmh tbuka, tp tok xde. Tiba2 telefon rmh bbunyi, habis pakcik2 “sembur” aku.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Nama aku afiqah. Aku tinggal berdua dengan tok aku (nenek). Dulu dengan mama. Tapi since mama pindah singapore sebab company mama kerja buka cawangan baru kat sana. So aku duk berdua je dengan tok.

Aku ada dua abang tapi dua dua dah kahwin, masing masing duk jauh. Oh ayah aku dah meningal. Sejak aku umur 13. Sekarang umur aku 25. Tok aku ni ada 7 anak. Tapi yang enam lagi tu (kecuali mama), jarang sangat dtg jenguk tok. Kalau tak raya tu tak nampk batang hidung masing masing. Dulu rajin juga makcik pakcik aku ni ajak tok duk rumah diorang nun jauh kat KL tu.

tapi sejak tok dah tua, uzur ni. Semua macam kisah tak kisah. Tok sekarang dah lupa lupa (aku taknak cakap nyanyuk). So maybe makcik pakcik aku tak larat nak layan kerenah tok. Korang paham paham jela kan kalau org tua ni orang kata diorang akan berperangai macam anak kecik balik. Kadang tu aku pun penat nak layan kerenah tok. Yela aku sorang je jaga tok. Dengan aku kerja lagi.

Bukan tak nak amik maid. Pernah aku ambil maid tapi maid aku asyik marah marah tok aku. Memang taklah aku bagi muka. So aku prefer aku sendiri jaga tok. Aku fikir kalau dulu aku kecik tok boleh bela aku, jaga aku masa mama ayah busy kerja. So takkan sekarang aku tak boleh jaga tok. Kan? Nak dekat setahun aku duk berdua dengan tok sejak mama pindah.

Semua okay je sampai la satu hari ni aku buka whtsapp group family (group family besar yg ada makcik pakcik sepupu). Aku nampak diorang tengah condemn aku. Cakap aku der4 tok, aku tengking tok. Aku tak bagi tok makan. Allah Allah. Bila masa aku buat semua tu. Sedangkan aku subuh subuh dah bangun masak untuk tok sebab pukul 7.30 aku dah keluar rumah nak pergi kerja. Tengking? Tak pernah.

Cuma kadang ternaik suara tu pernah lah. Aku ni jenis garang, kasar. Suara aku memang lantang walaupun cakap dalam nada biasa. Tapi takde lah aku dengan niat tengking tok. Kadang aku marah sebab tok tak nak mandi sehari suntuk, tak nak makan, tidur atas lantai. Aku sayang tok aku. Bila dia tak nak mandi memang aku marah sebab nanti badan dia juga yang lesu. Dia tak makan lagi la aku marah.

Aku taknak dia s4kit. Dia tidur kat lantai aku tak bagi sebab tok selalu ngadu sakit pinggang. Biasa aku marah benda benda biasa je. Cuma mungkin suara aku tinggi. Tapi aku pelik macam mana makcik pakcik aku yang maha kaya maha sibuk kat bandar tu boleh cakap aku macam tu sedangkan diorang jejak kampung pun jarang. Menangis aku baca whtsapp group tu. macam macam diorang m4ki aku.

Kata aku kurang ajar dari dulu tak ubah perangai. Kata mama dengan aruwah ayah tak pandai didik aku. Aku call mama. Mama cakap abaikan. Sebab dari dulu makcik pakcik aku tak suka family aku. Entahlah kenapa. Aku pula dulu masa form 1 sampai form3 aku selalu gaduh dengan tok. Yela jiwa muda. Member0ntak lah bila tok tak bagi keluar rumah, tak bagi tidur bangun lewat.

Lepastu tok selalu la bagitau makcik pakcik aku yg aku ni kurang ajar sebab melawan. Tapi tu dlu. Sekarang aku dah tak macam tu. tapi diorang masih cop aku macam tu. lantak pi la kat depa. Sejak dua bulan ni aku busy sangat. Balik lambat je selalu sebab aku baru naik pangkat. Kadang tu malam baru balik.

Tapi tak pernah aku tak masak utk tok sebab aku tak nak tok masak sendiri sebab tok dah ingat ingat lupa. Aku takut la kalau dia bukak dapur gas tapi lupa tutup api dia ke. Kan dah bah4ya. Satu hari tu aku balik je kerja. Masa nak naik tangga rumah (style rumah melaka), aku terkejut giila tengok pintu rumah terkangkang luas. Aku dah fikir pencuri ke per0mpak ke. Dah lah tok sorang.

Dalam handbag aku pula takde pisau kecik ke apa ke. Ada pepper spray je. Aduh. Cuak juga. Tapi aku masuk je. Masuk masuk aku terus cari tok. Sudah! Tok takde. Terus aku terfikir mungkin tok jalan jalan tapi lupa jalan balik. Orang kata org dh lupa lupa (nyanyuk) ni kadang suka berjalan. Terus aku keluar rumah nak start kereta cari tok.

Baru je aku masuk kereta tiba tiba jiran aku datang. Tok pun ada sekali. Siap bawa bantal selimut. Rupanya jiran aku cakap tok takut duk sorang. Dia fikir aku tak balik. Allah. Nasib la takde apa apa. Aku dah risau dah kot kot apa apa jadi ke. Dah la barang banyak dalam rumah. Kot pencuri masuk ke sembunyi belakang pintu. Tak ke bah4ya.

Tok makin teruk lupa lupa dia. Sekarang ni dah sampai terkencing atas tilam tak perasan. Kadang buang air besar kat toilet tapi tak masuk pun dalam mangkuk tandas. Aku lap, aku cuci je. aku nak pakaikan pampers tapi tok tak nak. Dia nangis. Dia cakap dia tak nyanyuk lagi. Sedih pula aku. Aku fikir mesti tok rasa aku dah tak sanggup layan kerenah dia.

Takpa lah tok. Selagi fiqah ada, fiqah jaga. Satu hari ni aku nak pergi bandar. Nak beli barang dapur utk sebulan. Memang rutin bulanan aku. Aku nak beli sekali susu tok, ubat ubat tok. Aku ajak tok ikut. Tok taknak. Katanya sakit lutut. Okaylah macam tu. masa aku nak keluar aku cakap aku balik lewat sikit.

Tok terus cakap dia nak pegi rumah jiran. Dia takut duk sorang. Aku pun hantar kat rumah jiran. Aku kunci pintu rumah sebab aku takut tok kangkang kan lagi pintu rumah. Tok ni walaupun lupa lupa tapi kaki dia kuat lagi jalan. Aku pun pergi lah supermarket. Dah petang macam tu aku terjumpa kawan aku dekat tepi jalan. So ajak la borak ajak lepak. Minum la kejap kan.

Tengah tengah aku duduk duduk tiba tiba aku dapat lagi whtsapp group cakap aku kurung tok. Kunci tok. Hah????? Apa benda ni. Makcik pakcik aku cakap aku kunci tak bagi tok balik rumah. Allah. Aku tinggal kejap je. Aku kunci pun sebab tak nak rumah jadi macam haritu lagi. Bah4ya kot. Aku dah tahulah siapa yang bagitahu makcik pakcik aku. Jiran aku.

Rupanya setiap kali aku ternaik suara dekat tok. Dia call makcik pakcik aku bagitau aku marah tok. Diorang tahu ke aku marah sebab apa? Suara aku memang lantang lagipun. Bukan aku pukl tok. Bengang betul aku masa tu. lagi satu tok ni dah ingat ingat lupa. Kadang dia dah makan. Dia kata belum.

Dia ada cakap kat jiran aku yg aku tak masak tak bagi makan sedangkan aku tak pernah miss masak utk tok setiap pagi hmm. Kenapa lah makcik pakcik aku taknak tanya aku dulu. Kenapa buta buta percaya cakap orang. Sedih nya aku. Kadang tu aku rasa nak meng4muk. Nak aje aku m4kikan, bahasakan sorang sorang makcik pakcik aku tu. korang dah la tak nak jaga tok.

Bagi duit belanja pun takde. Lagi banyak bunyi. Bukan tak pernah diorang bawak tok pergi rumah diorang sejak tok dah uzur ni. Tapi lepas tu diumpatnya tok dalam whtsapp group cakap tok kencing tak sedar lah. Tok tu lah ni lah. Jadikan bahan gurau pulak. Aku tak boleh tengok macam tu. sebab aku sendiri tak pernah nak bagitau kat group tentang perangai tok.

Tak ikhlas laa tu memasing jaga tok. Pandai cakap je. Satu hari ni tok buat aku jadi termarah yang marah. Mungkin salah aku. Aku yg tak mampu kawal. Macam ni. Tok ada bela ayam. Aku selalu bagi ayam tu makan nasi yang tak habis. Satu hari tu aku nampak tok bukak reban, ambil pinggan nasi utk ayam tu. tok makan. Allah. Menjerit aku. Kotor tu.

Aku dah masak kat atas. 3 jenis lauk lagi. Kenapa tok macam ni. Aku marah campur nangis sebab rasa macam dah tak larat. Aku sorang. Aku ulang. Aku sorang kena hadap macam ni. Mana pergi anak anak dia yg konon pandai snagat cakap aku itu lah inilah. Mana!! Aku terjerit kat tok. Aku cakap “apa ni tok. Kotor ni. Tok jangan la buat perangai.

Fiqah penat”. Tok jadi marah. Dia pula tengking aku “kau memang. Semua salah. Semua aku nak buat salah. Aku nak makan salah”. Allah. Aku jadi lemah masa ni. Sebab jeritan aku tu kuat kot. Jiran aku datang. Rumah kitorang dekat dekat sangat. So memang senang la nak dgr kalau jerit ke apa ke. Jiran aku marah aku. Dia cakap kenapa marah tok.

Aku cakap lah tok nak makan nasi utk ayam tu. jiran aku boleh cakap biarlah dia nak buat apa. Jangan larang. Kepala hotak dia. Kalau orang tua ni sakit nanti aku yg kena marah dengan makcik pakcik aku. Sekali lagi. Aku dah agak dah benda ni mesti jiran aku sampaikan dekat makcik pakcik. Tengah aku nak makan. Phone rumah tok berbunyi.

Wah dah berbulan aku rasa phone tu sunyi je. Kau tau siapa call? Pakcik aku. Ditengking nya aku. Dia cakap “tok tu dah tua kan. Yang marah marah tu kenapa”. Ya Allah masa ni aku dah rasa nak jadi kurang ajar. Aku kenangkan aku ni pangkat anak sedara. So aku masih respect. Aku dengar je dia sembur aku. Sampai dh sudah aku tanya “siapa cakap?

Makcik sebelah menyampai kan?”. Pakcik aku cakap “ye. Memang dia yang bagitau. Tak boleh ke jaga tok tu elok2. Anak anak tok kat sini nak kerja pun tak tentu arah dengar tok asyik kena marah”. Papp aku letak call. Aku dah tak tahan marah. Aku call mama. Aku nangis meraung. Aku cakap apa lagi dosa aku ni. Aku dah buat macam macam.

Semua tak kena. Mama pun nangis. Mama terus chat kat group. Mama cakap kalau rasa aku jaga tak betul. Ambil lah tok bawak pergi rumah diorang. Tak nak pula memasing bersuara. Diorang kta busy kerja? Aku tak busy? Aku kerja office hour juga. Jaga tok lagi. Ada je masa. Aku tunggu tahap kesabaran aku hilang, sorang sorang aku sembur kan.

Tok ni mak korang tapi korang sikit tak beratkan dia. Sikit tak tanggungjwab. Aku yang jaga dia siang malam. Aku juga yang dipandang jahat. Apa takde baik ke aku walau sikit? Aku harap umur tok panjang sebab aku masih nak jaga dia. Aku nak tok tengok aku nikah nanti. Aku harap Allah bagi aku kesabaran berhadapan dengan makcik pakcik aku yang kononnya bagus tapi mak kau sikit kau tak nak jaga.

Tujuan aku tulis ni bukan nak cakap aku baik. Tapi aku nak luahkan rasa sedih aku. Mana yang pernah bela orang tua yg hampir nyanyuk mesti faham. Akan ada masa kita termarah tapi bukan berniat. Pulak aku yang masih mentah ni jaga tok sorang sorang. Kadang aku kalah juga dengan perasaan.

Moga Allah beri kesihatan yg baik untuk tok dan beri kesedaran untuk anak anak tok yang aku ni bukanlah sejahat yang diorang fikir hmm. Berbaktilah dengan siapa pun selagi kita mampu. Manusia kadang lebih suka meneka dari bertanya. Lebih suka mengherdik dari selidik. Tak apa. Aku lali. Biar Tuhan saja tahu apa bakti aku pada tok.

Kredit Afiqah via iium