Bila bwk je calon mesti mak ayah tolak. Jwpn mak nk yg sekufu. Tp aku dh “tlanjuur”. Bila bg hint jwpn nie aku terima.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum semua… Aku Nadia (bukan nama sebenar) berumur 26 tahun, bekerja sebagai penjawat awam.. Aku anak bongsu.

Dalam family aku hanya abang aku yang sulong sudah berkahwin, 4 orang masih single maybe akan single terus kot sampai bila-bila.. Tujuan aku menulis ni untuk aku luahkan beban yang lama aku pendam dan aku tak berani untuk cerita kepada sesiapa..

Mak ayah aku sangat takut kalau anak mereka salah pilih pasangan hidup.. Sebagai langkah berjaga-jaga, kami adik beradik tidak dibenarkan langsung untuk berkawan dengan lain j4ntina semasa sekolah. Disebabkan itu apabila sudah bekerja masih tidak pandai berkawan dengan lain jantina.

Mak aku sering kali merngut yang jodoh kami ini lambat. Anak sedaranya ramai yang dah berkahwin, tinggal family kami saja yang tidak laku-laku. Nasib baik abang sulong aku sudah berkahwin. Abang sulong aku berkawin diusia 30++. Alhamdulilah bertemu jodoh yang sesuai dengan dia, seorang cikgu di utara semenanjung Malaysia.

Awal perkahwinan mak ayah aku sangat happy, kononnya calon yang sekufu dan paling sesuai dengan abang aku sebab abang aku berjawatan senior engineer di salah sebuah syarikat terkemuka. Selang beberapa tahun abang aku seperti lembu dicvcuk hidung.

Pernah sekali aku lihat bila dirumah abang aku yang hidangkan untuk kakak ipar aku makan, selepas makan, abang aku yang akan angkat pinggan dan cuci pinggan isteri dia, belom lagi baju isterinya yang tak boleh basuh mesin. Selalunya abang aku yang akan settle kan semuanya. Pernah juga aku tengok abang aku berus seluar dalam isteri dia.

Mak ayah aku sedih bila tengok situasi macam tu berlaku. Disebabkan mak dan ayah aku terlalu memilih jodoh untuk anak-anaknya semua calon yang datang semuanya ‘direject’ mentah-mentah sekiranya calon itu datang dari kami sendiri. Kakak aku boleh dikategorikan sebagai andartu kerana tidak jumpa jodoh yang sesuai.

Kakak aku pernah beritahu aku buat apa nak cari kalau mentah-mentah akan ditolak. Disebabkan itu calon aku juga pernah ditolak oleh mak ayah aku. Aku pernah berkeras untuk mak ayah aku berkenalan dengan calon tersebut tapi mereka tidak mahu.

Calon tersebut bersedia untuk datang kerumah tetapi mak ayah aku melarang untuk datang, siap w4rning aku, kalau dia datang mereka tidak akan keluar rumah. Perkenalan kami selama 2 tahun hanya sia-sia disebab kan aku sudah terl4njur dengan lelaki tersebut.

Ya aku tahu itu kesilapan aku. Aku juga dah beritahu mak dan ayah bahawa aku ini dah kategori wajib untuk berkahwin. Tapi mak ayah kata cari lah yang berjenis (sekufu). Calon tersebut juga memang sudah stabil dari segi kewangan.

Aku juga pernah berjumpa dengan mak dan ayah lelaki tersebut, dan mereka berkata jangan tunggu lama-lama tak elok, tetapi mereka tak tahu tentang kami sudah terl4njur. Aku pernah bagi hint pada mak dan ayah aku sekiranya aku tersilap langkah. Tapi jawapan mak dan ayah,

‘Ikut suka kau, buat la apa nak buat’. ‘Kalau nak kawin sangat urus sendiri, mak ayah takmau terlibat, ayah tak mau jadi wali’. Bila dengar ayat tu aku terduduk menagis. Aku tahu maruah aku tak kan pernah terbela. Untuk beritahu aku sudah terlanjur memang tidak mungkin disebabkan mak dan ayah aku keduanya mempunyai d4rah tinggi.

Aku takut mereka akan diser4ng str0k. Tolong doakan aku kuat ya. Aku dah bertaubat untuk tidak akan melakukan semua ini lagi. Aku cuma nak kata bertuah korang dapat mak ayah yang mahu beri peluang untuk berkenalan dengan bakal isteri/ suami korang.

Doa kan mak dan ayah aku juga terbuka hati untuk beri peluang kenal dengan bakal kami pula ya, Terima kasih. – Nadia (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Nora adila – Aku rasa ramai tak dapat catch kenapa dia cerita bab abg dia. Maksudnya abg dia sendiri pun tak happy dapat bini yg maybe pemalas. Even mak pak dia pun kesian kt abg dia sebab kena ikut telunjuk isteri. Tapi tulah calon pilihan mak pak dia.

Kalau abg dia diberi kebebasan memilih maybe dia pilih isteri yg boleh ikut taste dia. Point dia kt sini adalah mak pak yg terlalu mengongkong pilihan anak2 sampai end up buat anak sendiri tak bahagia.

Aku bukan confessor ni eh. Hahahaa cuma aku berpengalaman berkawan dengan orang yg mak pak nak tentukan jodoh ni sebab tu aku faham.

Norsilawati jamimam – La abg ko tolong bini dia pun salah ke?..abg ko ade rupa kena nasi kangk4ng bini dia ke sampai ko kata abg ko lembu kena cucuk hidung?..diorg laki bini punya hal x payah masuk campur la..bini dia pun sama2 keje kan..

mmg elok la bantu membantu camtu..ko sampai skodeng abg ko berus underwear bini dia pesal?..x faham.. Masalah ko tu kasi selesai dulu..x payah nak judge sangat family abg ko tu..dia dah kawen..biar dia sendiri urus..

ko tu elok la bertaubat pasal kes terlanjur tu..doa yg baik2..minta Allah lembut hati mak ayah ko utk terima calon suami ko..z1na ni d0sa besar.

Sue saidi – Adik, akak faham perasan Adik. Semua komen asyik ktuk dan mengata. Bab terlajur dan bab abg long benda dah berlaku.
Bertaubat lah(taubat nasuha) sebab dah terlajur. Hal rumah tangga abg long biarlah, hal rumah tangga mereka jgn campur.

Berdoalah semoga Allah buka hati ibu dan ayah untuk menguruskan perkahwinan Adik. Hati mereka milik Allah, InsayAllah doa2 adalah senjata org islam. Berdoa kepada Allah yg Maha Kuasa…

Cuma cakap dengan ibu dan ayah mereka pun perlukkan satu sama lain. Begitu juga adik pun, perlukan pasangan juga. Itu fitrah seorang manusia normal. Akak doakan semua dipermudahkan. InsayAllah, jodoh dan aj4l rahsia Allah.

An-nur – Part terlanjur tu taknak komen lebih-lebih sebab benda dah jadi dah takleh patah balik. Terus istiqomah dan taubat. Lelaki yang baik yang nak dibuat suami takkan berani sentuh kita dulu selagi tak halal. Mungkin ada hikmah Allah tak izinkan pernikahan tu, ambik peluang taubat sungguh-sungguh perbaiki diri.

Mungkin tt boleh mintak orang yang lebih tua untuk sama-sama duduk berbincang dengan mak ayah tt. Kalau usia tt dah mencapai tahap yang sepatutnya berkahwin mak ayah dah tak patut larang. Feel you bila dah ada dalam situasi tt ni dah dikira wajib kahwin sebab dah terjerumus dengan z1na.

Kedua, cerita yang baik-baik tentang latar belakang bakal suami ni. Tambah la gula sikit dalam berbicara supaya manis mak ayah dengar, sejuk nak dibuat menantu. Psycho sikit masa bersembang tu. Banyakkan bangun tahajud dan mintak petunjuk dari Allah moga Allah bukak pintu hati mak dengan ayah.

Sumber Iium