Harijadi aku suami belikn bunga. Pelik, ipar perli bgtau suami xpenh bg bunga dkt mertua. “Diam” reaksi yg tbaik buat masa ini. Tp smpai bila.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Terbaca confession cemburu seorang mertua.

“Cemburu seorg mertua”. 2bulan aku off hp xnk dignggu. Bila buka tsenyum lega terima whtapp cerrai dr suami. Mak jaga laa ank mak elok2.

Rasa sedih dan kesian dekat confessor tapi selepas semua yang dia hadap dan harungi, ending agak kurang menyakitkan hati. Semoga confessor lebih gembira kini. Aku mempunyai pengalaman yang hampir sama tapi aku rasa tak seteruk confessor. Aku juga berkahwin dengan dengan orang dari negeri di selatan.

Masa baca confession lepas, aku rasa suami dia dari negeri yang sama sebab ada ciri-ciri tersebut. Aku dan suami sekufu dari segi pelajaran dan jawatan. Gaji kami tidak jauh berbeza. Tapi suami merupakan seorang yang bergaji paling tinggi dalam kalangan keluarganya dan memang menjadi tempat mereka meminta.

Malang sekali aku tidak tahu hakikat itu sebelum kami kahwin. Kami jarang bertemu apetah lagi bertemu keluarganya. Aku pernah berjumpa sekali sebelum kahwin. Dan dalam masa yang singkat tu semuanya Nampak okay. Aku Nampak mereka bukan keluarga berada tapi aku assume mereka sama seperti orang kampung biasa, orang susah, humble sahaja.

Lepas kahwin baru Nampak sikap sebenar. Mentua tidak bekerja tapi gemar berbelanja. Oleh sebab tidak bekerja dan tiada pencen, maka tiada duit bulanan. Tapi mereka sangat suka berbelanja macam berduit. Contohnya nak bercuti berjalan sekeluarga tapi tak mahu keluarkan duit dan mengharapkan suami aku.

Kalau nak tanggung mentua sahaja boleh tahan lagi tapi masalahnya adik beradik yang dah berkahwin dan bekerja pon sama sahaja perangai. Kalau boleh nak bercuti tanpa keluar duit. Bila aku perasan dan tegur, suami cakap keluarga yang lain kurang berduit dan memang akan mengharapkan dia. Dulu masa hari raya, suami akan belikan semua baju sedondon, beli kelengkapan raya lain.

Selepas berkahwin, masa hari raya, kebetulan aku beli baju designer dan adik suami perasan. Dia tegur dan cakap untunglah dapat pakai baju mahal. Terus keluarga dia ingat suami yang belikan aku baju tersebut. Padahal aku beli sendiri. Aku dah biasa beli barang sendiri dan tak pandai meminta. Masa keluarga mentua datang tidur di rumah kami, mereka lihat barang kelengkapan rumah aku.

Sambil cakap seolah-olah lengkap dan elok hasil duit suamiku. Padahal aku turut menyumbang. Ada yang aku teringin beli, aku beli guna duit sendiri tapi tak perlu la aku beritahu mereka semua benda. Bila Nampak barang rumah aku macam mewah, dia minta di rumahnya. Contoh aku pasang coway di rumah sebab aku ada anak kecil dan kami suami isteri bekerja, maka aku belilah coway.

Mentua pon nak seolah dalam fikiran dia kalau suami aku mampu belikan aku, maknanya anak dia mampu belikan dia. Masa harijadi, suami belikan aku bunga. Adik dan kakak suami cakap suami tak pernah belikan mentua bunga walaupun mentua yang lahirkan suami. Aku diam. Masa Nampak aku pakai barang kemas baru, mereka ingat suami belikan aku, mentua cakap – anak-anak takde seorang pon belikan dia emas. Aku diam.

Masa keluargaku ajak bercuti sekeluarga. Kami seronok dan upload dia media s0sial sebagai kenangan. Keluarga suami nak bercuti juga walaupun mereka baru je bercuti. Masalahnya cara keluarga aku bercuti lain dari mereka. Keluarga aku akan berkongsi bayar semua benda. Tapi adik beradik aku ada yang lagi berada biasanya akan berkongsi rezeki dan payung beberapa benda.

Contohnya payung duit hotel/minyak. Tapi kami tak pernah minta, mereka sendiri yang offer. Berbeza dengan keluarga mentua. Mereka nak yang up, tapi pakai duit suami. Mula-mula aku nak diamkan diri dan redha tapi lama-lama terasa hati juga. Bayangkan, setelah bertahun berkahwin, kami berjimat.

Perabot, langsir dan pinggan mangkuk tak pernah bertukar, pakai apa ada. Tapi kalau nak beli juga, aku guna duit sendiri, tak reti minta dari suami. Berbeza dengan keluarga mentua. Baru ni kakak suami nak beli kereta baru tapi tak cukup down payment. Aku beritahu suami, biarkan kakak dia simpan duit dulu sebelum beli kereta, tak perlu berhutang.

Tapi mentua cakap nak tunggu kakak dia simpan duit, tak belilah kereta baru sebab kakak dia boros. Bila suami tak bagi, keluarga mentua sindir-sindir cakap aku kedekut sebab mereka percaya aku yang kawal duit suami. Balik kampung pon ada isu. Mentua dan adik -beradik suami kalau boleh setiap tahun dan setiap cuti yang ada mesti nak kami balik kampung suami di selatan.

Dah berkahwin mestilah kena bergilir. Tapi yang menyakitkan hati bila keluarga suami seolah tak faham. Mentua cakap suami dah jarang balik kampung beraya sejak kahwin dengan aku. Ehhhh. Anak kau dah kahwin kot, haruslah bergilir. Kakak suami pula cakap setiap tahun dia je yang balik kampung tolong mak mentua aku prepare masak. facepalm.

Kakak suami tu kahwin dengan orang sekampung dan adik beradik suami dia ramai, maka bolehlah setiap kali raya dia duk rumah mak dia. Dan mujurlah mentua dan ipar dia tak menangis sedih ahli keluarga tak cukup di malam dan pagi raya. Kalau dia dapat mentua sama perangai macam mak dia, baru tahu tinggi rendah.

Bab kenduri macam confessor cakap pon betul. Tahulah semua saudara duduk sekampung. Kenduri buat selang seminggu atau sebulan dan expect kami balik every single time. Kelakar, bukan. Bayangkan. Raya pertama nak anak-anak balik kampung raya pertama Bersama. Raya keempat ada kenduri saudara di kampung yang sama. Habistu, bila aku nak balik kampung aku? Jarak bukan dekat.

Tapi tak pernah nak faham. Kalau cakap tak dapat pergi, mulalah drama. Nasib suami aku kadang-kadang boleh diharap walau kebanyakan masa aku rasa dia lebih diam sebab tak mahu membesarkan cerita. Aku pula memang kerap diam dan pendam sebab bila bersuara, aku jadi penat sebab mereka sentiasa nak menang. Penat bergaduh.

Mereka sentiasa rasa mereka betul. Bahasa mereka pakai paling senang faham dan elok. Aku tak suka bila mereka cakap tak faham orang yang cakap slang pantai timur, utara atau sabah Sarawak sukar difahami sebab sepatutnya kelainan dirai. Masakan mereka paling sedap walaupun bagi aku tidak.

Well. Taste masing-masing. Tapi janganlah terlalu membangga diri. Cara mereka paling betul. Muka mereka paling cantik. Tapi ni semua sebab mereka tak pernah membesar di luar dari negeri mereka. Sebab tu terasa diri sangat bagus dan sempurna. Selain soal duit, aku tak suka bila mentua selalu cakap pasal menantu tak jadi dia.

FYI, menantu tak jadi dia doktor. Aku pula engineer, dia selalu canang kat orang kampung anak menantu dia engineer. Kadang aku sampai malu sebab aku tak suka orang tahu aku siapa dan kalau di bandar engineer tu bukanlah apa sangat sampai nak canang satu dunia. Tak perlu berlagak ujian dunia. Bila lalu klinik atau hospital, mula la dia cakap, dia hampir dapat menantu doktor.

Aku tak tau nak rasa apa. Menurut suami, mak dia yang berkenan kat doktor tu, bukan suamiku. Aku tak faham apa perlunya ayat itu diulang-ulang. Kadang-kadang aku terfikir, kalau rasa aku tak sesuai untuk anaknya, kenapa pinang aku. Kalau rasa orang kampung dia sempurna dan bagus, kenapa accept aku? Kalau rasa nak anak support satu keluarga sampai bila-bila, jangan bagi dia kahwin.

Sebab bila dah kahwin tapi tak boleh berlaku adil, kesian anak tu kena tanggung. Kena fikir Panjang sikit. Aku bertahan sebab aku boleh bersabar dengan suami aku lagi setakat ini. suami pon baik dengan keluarga aku. Aku pon dah malas nak start all over again dan aku nak anak-anak aku Bahagia.

Sebelum lupa, mentua aku takla teruk dan kej4m semua benda tapi sifat mereka boleh buat aku geram dan str3ss. Ayat laser selalu meluncur laju tapi lepas tu pl4y v1ctim. Penat asyik kena faham cara mereka yang serba serbi hebat bagus kaya sempurna walaupun kau tahu hakikat sebenar. Aku berdoa semoga kita semua diberi Hidayah dan aku terus kuat dan bersabar.

Untuk yang belum kahwin, tak salah cari yang betul-betul sesuai. Tak salah lambat kahwin. Tak perlu terburu-buru. Aku yang tak terburu-buru pon tak sekufu segala segi jugak. Carilah yang sekufu termasok bakal keluarga yang sama pemikiran. – Orkid (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Raja jay – Tak… dia macam ni… masa depa tegur, cakap terus “tu saya beli, bayar bulan2 potong gaji saya.” “Benda-benda dalam rumah ni banyak saya yang beli sebab saya suka… abang tak kisah style mcm mana pun, asalkan tak guna duit dia… saya seronokla dapat hias rumah ikut citarasa saya.

walaupun guna duit sendiri xpe la… asal hati suka.” Ulang banyak kali part duit saya dan guna duit sendiri tu… berdiam diri dangan depa tak membantu keadaan. Kena belajar berterus terang la.

Munir razali – Ni bukan kisah mertua dari selatan timur atau barat. Ni memang kisah realiti. Seorang ibu iri hati pada menantu. Hakikatnya, menantu pun ibarat anak sendiri.. Tapi x ramai fikir mcm tu. Ada yg buat msuh. Nk kata menantu control anak dia. Kalau menantu tak kerja dituduh pulak menghabiskn duit anak dia plak.

Yg kerja plak sama jg. Ada yg menantu gaji tinggi, tetap dipandang serong konon2 menghabiskn duit anak. Agaknya kene tampal payslip kat dahi. Mana yg dpt mertua baik, bersyukur dan hargailah spt ibu sendiri. Mana yg kurang bernasib baik, berdoalah. Hati manusia, Allah yg pegang. Kalau x insaf, anggapla ia sebahagian ujian Allah. Selagi suami tu baik, pertahankan lah rumahtangga masing2.

Farhana shafawati – Dah boleh stop kot org2 melayu ni..skeptikal dengan isteri menantu n adik beradik.. kalau pegi rumah org.. jgn anggap anak n adik beradik kite je yg klua duit.. lebih2 lagi isteri die keje.. malu sndri nnti…heboh konon2 sume pakai duit anak n adik beradik..

rupenye menantu n ipar tu yg klua duit kat rumah tu.. buat malu je.. anggap je la isteri anak tu anak sndri..insyaAllah bahagia dunia akhirat.. ipar duai kan adik beradik juga..brksh syg sesama sndri tanpa menjadikan adik beradik tu tempat bergntung.. kan lebih baik.. die ada tggjwab…jgn sbb kalian..tggjwb die ke laut..x pasal d0sa je yg dikumpul.

Sumber Iium