“Dilema suami ddk dgn mertua”. Ditudhnya ak biawk hdp. Brg dapr, bil semua ak byrkn. Aku nekad bg pilihn dkt isteri.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum, kepada semua pembaca. Diharapkan admin dapat appr0ve luahan hati aku ni. Nama aku Alim, sudah berkahwin.

Kalau kebanyakan cerita mertua menindas menantu perempuan. Nie cerita aku mertua menindas menantu lelaki. Ya, aku duduk dengan keluarga mentua. Bukan sebab aku tak mampu, sebab atas permintaan isteri aku dia nak duduk jaga mak dia yang tak berapa sihat. Aku pun ada mak juga kalau nak ikut kan, mak aku lagi la ibu tunggal.

Tapi atas sikap tolak ansur dan kasih sayang, aku turutkan juga selepas berbincang dengan kakak aku. Rumah aku dah sediakan, lengkap. Boleh saja kalau kami nak masuk pindah rumah aku. Kalau menantu perempuan tak selesa duduk dengan mertua, kami yang lelaki pun nak privacy juga. Mula-mula semua okay, dia cakap mak dia okay, adik beradik dia pun tak ada masalah.

Adik beradik dia seorang lelaki, abang, 3 perempuan termasuk dia. Rumah biasa sahaja tapi bagi aku memang tak ada priv4cy. Aku ni kerja sendiri, ada laptop, Internet dah cukup. Gaji aku ni lebih dari mampu kalau nak ikut kan. Belanja rumah dia aku bagi, sedang kan adik beradik dia yang dah kerja pun tak buat macam tu.

Aku tak hulur lah direct, nanti malu pula nak terima. Aku bagi dekat isteri aku je. Masalah lepas beberapa bulan keluar lah perangai buruk masing masing. Aku kan kerja sendiri, ada office kecil untuk aku fokus buat kerja. Ada hari aku malas pergi office, duduk saja lah dalam bilik.

Bila aku duduk dalam bilik masing masing berbunyi cakap aku biawak hidup lah, lagi lagi adik beradik dia yang menggnggur tu. Emak dia? Tak padan dengan sakit pun nak bising juga. Lagi lagi aku tengah makan. Aku makan duit aku okay. Aku dah la bagi duit makan, bayar bill nak suruh aku buat apa lagi.

Memasak? Sidai baju? Adik dia yang duduk 24 jam depan TV main motor saja buat apa? Sedap sedap p3rli mengenai buang sampah, hemp4s hempas pintu bila aku tengah makan. Ayah dia yang tak kerja dari dulu asyik pergi kedai kopi saja melepak buat apa. Sekarang yelah terperap saja dalam rumah. Asyik p3rli saja aku ni, p3rli aku duduk rumah mertua, tak buat kerja rumah, makan duit anak dia.

Kadang kadang nak saja aku sembur depan muka kira guna kalkulator duit dia pakai tu. Mulut celup4r betul masing masing. Aku memang dah hilang sabar, aku bagitau isteri aku yang aku nak pindah juga aku tak kisah. Dia pun bukan nya pernah nak bagitau aku yang hulur duit dekat rumah ni, takut mak dia malu katanya.

Dia tak nak walaupun dia dah tahu aku tak selesa. Pening kepala aku ni. Sekarang waktu PKP lagi lah str3ssnya aku ni. Nak jaga mak ayah, aku pun ada mak juga. Lagi lah syurga aku kat mak aku ye. Aku tinggal pujuk dia nangis nangis masa aku cakap keputusan aku. Kalau aku boleh toleransi dengan adik beradik aku, tak kan dia tak boleh.

Ingat lelaki saja ke nak berk0rban semua benda tinggalkan mak ayah? Ingat hati ni tak ada nak terg0lek tengok TV, masak sama sama? Penting kan diri betul lah dalam hidup ni. Aku dah bagi masa dekat isteri aku. Lepas dapat beksin keluar dari rumah ni, kalau dia tak nak keluar juga, aku balik jumpa dia sekali sekala saja atau dia datang rumah sana sendiri.

Tanggung lah akibat kalau tak nak taat dekat suami. Jadi apa apa jangan salahkan aku. Lelaki pun ada hati yang perlu dijaga. – Alim (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Atiq azhar – Bila keadaan mcm ni jd, anak tu memang kena main peranan. Sbg anak, tak kire lelaki atau perempuan boleh tegur sikap mak ayah sendiri kalau nmpk bukan2. Orang tua mmg mcm tu ada je tak kena. Tapi kita sbg anak kena nasihat la. Janganlah keruhkan lagi keadaan. Kalau suami bg duit makan apa semua, cakap dgn mak kita.

Sebolehnya isteri jagalah air muka suami. Mana2 pasangan kahwin mmg tak selesa tgl dgn orang lain. Nak hadap sikap pasangan sendiri pun ambil masa.. Inikan nak hadap perangai orang lain. Cakap baik2, tinggal asing lebih baik. Balik jenguk, ada masalah call.. Tak bermaksud tak tinggal sekali derh4ka.

Lagipun ayah mertua ada lagi tanggungjawab suami (ayah mertua) la jaga mak mertua. Adik-beradik ada pula tak kahwin tinggal sekali. Memang akan jadi masalah. Kita hidup bukan nak gaduh2..tapi dah berjumpa setiap masa jadi banyak buruk dr baik, baiklah keluar bina hidup tempat lain.

Zulhimi jol – Geram baca, bertambah str3ss. Bertabah la broo. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Kalau saya jadi awak, lama dah saya keluar dari rumah tu. Duduk rumah sendiri. Isteri patutnya bagitahu yang awak ada bagi duit untuk belanja rumah semua. Kasi jelas semuanya, tak perlu selindung.

Nak malu apanya, mulut celupar laju saja, takkan menantu bagi duit nak malu malu meow pula. Isteri awak tu bagi dia sedar tanggungjawab dia macam mana, kalau dia berdegil juga, selepas dah berbincang, you know you’re not happy, so you should know what you should do.

Hidup di dunia ni sekejap saja, untuk apa kita sengsara kalau kita ada pilihan untuk rasa gembira. Moga dipermudahkan bro.

Ar kurobe – Cuba missed bg duit sekali sekala. Ckp la ada hutang nak kene bayar. So bulan ni sesak sikit. Tengok lagu mana mertua ang sebut lak. Silap hb bini ang ckp hang berhutang x dak duit mintak bini. Pun par4h jugak. Balik rumah je la bang. Ckp dkt bini kuasa hang tertakluk dkt kawasan. So rumah mertua, mertua tanggung, rumah sendiri sendiri tanggung.

Lgpun hang ada mak hidup lg, bini boleh cari lain. Mak x boleh ganti. Gerenti terketar2 bini kau nak buat decision. Dah kahwin buat je la cara mcm dah kahwin. Nak duduk bawah ketiak mak jgn sibuk kahwin.

Nuraz wan – Itulh senangnya, jadi lelaki.. . sbb isteri wajib taat pd awk. .kenalh awk guna kuasa vet0 awk tu.. Klu dh isteri tu sayang sgt kat mak dia, knp nk khwin? Duduk jelh bawah ketiak mak dia… Dia patut utamakn maruah awk sebagai suami, dlm erti kata, knp pndai takut mak malu sbb suami yg beri duit, sdgkn itu hakikat..

Tp tdk beritahu hal sebenar, yg mmbuatkn jatuh maruah suami.. . Entah2, dia ambil kesempatan brlagak mcm dia yg tanggung segala.. Lepas ni, jngn lg beri duit pd isteri.. Lihat apa reaksi dia, awk order je makann sendiri.. Jngn termakan hak org plk..
KlU isteri merungut tnya ttg duit.

awk beri syarat suruh dia kembalikn maruah awk yg dia biarkn org lain pijak, sbb nk jaga air muka mak dia sgt.. Tak tahu ke, lepas khwin keutamaan dia pd suami? Cari isteri lain sj utk ajak duduk rumah awk sendiri, klu dia tak mahu pindah.

Sumber Iium