“Hana kan ada”. 13org adik bradik aku je yg “hiduup”. Knp mak lahirkn hana.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Tujuan aku tulis cuma bak luahkan rasa terbuku di dada sekian lama. Secara ringkasnya, aku Hana, umur awal 20an, anak bongsu daripada 13 adik-beradik, sedang berada dalam tahun akhir ijazah sarjana muda.

Sejak kebelakangan ini, seringkali aku rasa kalau sape boleh m4tikan aku, yes you can do that. First, Sejak pkp ni, aku hanyak duduk di rumah menghadap kelas online, pada masa yang sama aku jaga mak aku s4kit kr0nik yang tak mampu untuk berjalan dan aku juga uruskan rumah. Di manakah orang lain? Adik beradik aku separuh ada di kampung berdekatan manakala separuh bekerja di ibu kota.

Aku tak pasti di mana str3ss aku bermula. Tapi aku bagai nak g1la hadap kelas online, kadang2 line tersekat, pada masa yang sama aku serabut nak siapkan tesis ijazah aku atau tepatnya disertasi. Masa aku tengah kelas online, mak aku menjerit “Hana mana nasi! aku lapar ni tak makan nasi lagi!” dan macam2 lagi jerit4n yang aku rasa my4kitkan hati.

Fyi, aku bangun pagi then lepas subuh biasanya aku tinggalkan air susu untuk mak dan 7.45 aku mula kelas sampai 9.30 ada break, aku mandikan mak aku then terus ke dapur masak lunch terus then dalam 10.45 aku terus sambung kelas, habis dalam 1.15 macam tu. Mak aku makan lunch dalam jam 12.30 tengah hari. Bila lambat dapat makanan, dia marah.

After that lepas solat semua aku siapkan tutorial kelas, assignment dan disertasi. Ya aku rasa aku bukan lagi manusia, tapi robot. Second, Di rumah, aku ada mak, abang aku dan ayah aku. Kerja rumah dari sapu lantai, basuh baju, basuh pinggan, masak semua aku buat. Aku str3ss. Aku dah tolong masak untuk korang, tak boleh ke korang tolong basuh pinggan sendiri.

Hati aku s4kit. Ayah aku bila makan nasi, tinggal pinggan atas meja, then bersemut habis. Kalau rajin sikit, ayah aku letak pinggan di sinki dan basuh tangan terus blah. Abang aku pulak, pagi2 sebelum pergi kerja dia masukkan baju dalam mesin basuh then tinggal. Akulah yang uruskan proses sehingga ke almari biliknya.

Sekarang aku biarkan baju tu membusuuk selagi dia tak jemur sendiri. Third, Aku kadang2 tawar hati dengan adik beradik aku yang lain, dan ayah aku juga. Aku betul2 str3ss nak hadap final year. Tiap2 malam aku menangis tapi takde siape pun faham aku. Aku rasa semua orang serahkan beb4n pada aku. Ayah aku pulak selalu kerja jauh2.

Bila macam tu aku dan mak aku saja ada di rumah. Mak aku ni nak mandi saja panggil Hana, nak basuh ber4k panggil Hana, nak minum air panggil Hana, nak bangun duduk atas kerusi panggil Hana walaupun ayah aku dan abang aku ada. Semuanya Hana. Ayah dan abang aku pun bila lapar saja Hana.

Adik beradik aku yang lain bila balik sembangla nanti nak ajak mak aku duduk rumah dorang tapi tak ajak ajak pun. Sekadar sembang! Aku sangat2 tak sabar nak balik uni. Ayah aku pulak bila mak aku minta dia mandikan, dia panggil aku suruh uruskan. Situasi harian aku menyebabkan aku menyalahkan mak aku kenapa lahirkan aku.

Kenapa aku perlu jadi anak bongsu dalam keluarga ni? Kenapa aku tak m4ti masa kecil? Kenapa Allah bagi aku hidp? Kadang2 aku nangis sebab aku tinggikan suara dekat mak aku, aku cakap aku str3ss buat kerja ni semua. Mula2 aku ikhlas, lama2 aku rasa terpaksa, aku benci seolah-olah daripada 13 orang adik beradik, hanya aku saja yang hidup.

Tolong bagi ruang aku nak hantar esaimen, aku nak siapkan tutorial, aku nak fokus final year aku, aku kena marah dengan lecturer, takde sape faham aku. Aku fikir nak quit belajar. Kenapa suruh aku belajar cerdik2 kalau jadikan aku robot. Kepada readers sekalian, tolong ajarkan aku untuk kembali menjadi seorang yang ikhlas. Doakan aku, – Hana (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Farah mardiah – Mula2 sekali luah dkt adik beradik. Makayah. Kemudian kalau tak jalan juga, Mungkin confessor boleh limitkn kerja rumah? Just jaga ibu & focus pelajaran. And memasak. kalau ikutkanlah, memasak sediakan makanan bukan tgjwb confessor pun. Basuh baju just basuh baju ber3 dan bukan basuh tiap2 hari..abg biar pandia dialah.

Dobi kan ada? Dia kan bkerja? Kalau dia merungut suruh bt, suruh dia bayar. Baju dia tak payah lipat. Biar bt sendiri. Pinggan mngkuk? Biar je bertimbun dlm sink.. Nnti bila abg/ayah bising, time tu selit suruh basuh sendiri…or basuh sekali je, wktu malam..setiap kali wktu belajar, atau masa tlg ibu, titipkn doa dlm hati…

smbil tu selit sekali dkt mak.. doakan hana berjaya ya mak.. doakan hana dipermudahkn urusan jaga mak ya.. setiap kali bt,setiap tu mintk doakn.. ini sbnrnya berlaku berpunca drpd ‘budaya melayu’… Confessor pun baik sgt… Skli buat, dah diambil kesempatanla tu….. Tu yg 12 beradik yg lain lepas tgn.’hana kan ada’.

Abidatul akmaliah – Hana, maybe satu cadangan saya kalau boleh balik kolej sekarang, balikla kolej. Kadang memang diorang tak faham atau saja2 taknak faham. Sebelum keadaan awak jadi makin teruk, awak luahkan semua dekat adik beradik awak. Buat group whtsapp, luahkan dekat situ. Bukan awak seorang ja anak kepada ibu bapa awak.

Haa kalau diorang buat pekak je, mintak upah. Ni tahun akhir, memang banyaklah tugasan nak kena siapkan. Lepastu dekat rumah kalau ada abang awak, suruh abang awak mandikan mak awak. Kalau diorang bising, cakap nak kena selesaikan tugasan awak. Makanan beli je. Masak utk mak awak je.

Pinggan makan beli yg jenis kertas tu kalau dah diorang malas sangat nak basuh sendiri, ha pakai buang je. Senang. Kalau utk abang awak tu, biar dia uruskan sendiri. Tak payah nak buat utk dia. Biar dia sedar kat rumah tu awak bukan maid. Semoga dipermudahkan urusan awak.

Cik ros – Selagi kau duduk dlm rumah tu dan ada sifat tanggungjawab selagi tu la semua benda akan terbeban atas kau. Kau bincang la 1000x pun adik beradik kau x akan paham. Aku dlu pernah praktikal duduk rumah sndiri. Jadi aku paham apa kau rasa dik. Bila kita rsa tanggungjawab dan nak buat semua benda dlm rumah tu.

Ada 2 cara jer boleh kau buat dik Kau kena keluar dari rumah tu. Duduk rumah sewa dgn kawan2 ke. Biar je ayah dan abg kau atau adik beradik lain yg free uruskan mak kau. Pandai2 ler dorang. Mesti dlm 13 adik bradik tu ada yg suri rumah kan? Nak dgn tak nak je jenguk mak kau. Kau jgn balik duduk tetap situ selagi tak habis study.

Kena kej4m dan kuatkan hati sikit. Kalau kau redha dgn semua, kau stay la situ dan hadap la. Kau jadi pemalas. Kau urus hal2 wajib je. Urus mak kau. Lain2 buat lebih kurang. Lantai jarang bersapu, bilik air tak basuh, kain baju abg kau tak berbasuh. Tp ni kalau kau tak rimas la. Kalau aku rimas. Tapi kalau kau kurang buat keje rumah.

Sekali adik beradik 13 org kau blk dorg akn buat jga. Adik bdk ni kalau kita buat smua dia akan anggap kita ni bibik jer. Nak knduri ke apa ke pasti nak kau ada dr awal smpai akhir sbb mereka tau kau blh diharapkan. Kalau kau redha buat semua benda xpe la. Kalau rasa tertekan buat macam tu la.

Sumber Iium