Pelik, atas singki ad racun tikus. Tgok mak nk hntar mknan dkt ayh, cept2 aku halang. Smpai m4ti aku xmaafkn mak.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum semua. Aku nak kongsi pengalaman hidup aku yang sebenarnya effect em0si aku sampai harini. Tentang aku yang takkan pernah boleh maafkan mak aku sampai m4ti, mungkin.

Aku anak tunggal, hidup dengan ayah aku sejak umur 8 tahun. Aku lahir dalam keluarga yang dhaif. Ayah aku penoreh getah dan ambik upah potong rumput rumah orang cari rezeki lebih. Mak? Mak aku tinggalkan ayah aku masa aku baru 8 tahun. Mak ikut lelaki lain, ajk kampung kat felda yang boleh bagi kesenangan hidup dekat dia masa tu.

Hari ayah aku pergi noreh, depan mata aku dia naik motor ikut lelaki lain entah pergi mana. Dekat tengahari pandailah dia balik settle dapur kejap. Orang kampung bukan tak mengata.. dah mengata dah. Tapi memang begitulah keadaan dia. Aku ingat lagi, aku tak pernah rasa mak ikhlas bela aku, lahirkan aku.

Pernah mak t0njol kepala aku tiba2 sebab aku duduk dekat meja makan. Ada hari tu kaki aku luka sebab main bola kampung terseret. Terc4but kulit lutut aku tunggu masa gugur. Aku balik mengadu dekat mak dengan rasa berharap mak sapukan ubat. Apa yang mak buat? Mak tarik kulit tu lepas tu seb4t guna hanger dekat bahagian luka tu.

Menangis aku. Benda yang keluar dari mulut mak c4ci m4ki aku menyusahkan tak guna cari peny4kit. Ayah takda malam tu aku tak ingat ayah pergi mana. (Mana kaki palsu ayah kau ye? Sabar… Kat bawah kang aku jelaskan.) Satu hari, aku jumpa racun tikus punya paket dalam sinki.

Aku curious sebab aku ni lasak memang biasa tak pernah aku jumpa tikus kat rumah ni. Takat lastik cicak, kejar lipas, sebat kalkatu tu memang profession aku, saham cari makan. Tiba2 mak keluar dari bilik kata nak pergi hantar makanan dekat ayah. Aku tak fikir sangat apa2 masa tu walaupun memang mak tak pernah kesah pasal makan minum ayah selama ni.

Mak pernah jerit dekat aku dengan ayah, kalau kau jantan2 nak makan, masak sendiri! Pergi carik janda! Ya Allah… Janda pun aku tak tau pebenda masa tu. Ingatkan nama kedai. Sambung balik bab racun tu. Mak keluar dengan mangkok tingkat pergi ke ladang getah. Jarak dia tak jauh pun dari umah aku kira boleh jalan kaki je.

Entah macam mana aku tiba2 tak sedap hati, aku ikut mak aku pergi ladang tu. Aku kejar mak aku. Aku tak tau apa2 masa tu aku menangis dah walaupun aku rasa takkanlah mak sanggup racun ayah. Entah macam mana, mak perasan aku mak tanya kenapa ikut nak buat apa? Aku pun ingat2 lupa apa aku jawab balik tapi memang muka mak lain macam takut.

Tiba2 mak capai ranting kayu kat atas rumput mak seb4t aku. Adalah dua tiga motor budak kampung lalu pandang je aku kena bel4sah dekat situ. Allah tolong aku, ada sorang pakcik ni naik motor dia berhenti tanya kenapa pukl anak. Aku yang menangis ni terus lari balik rumah. Kawan2 aku yang jalan kaki nampak sampai kejar aku nak tau kenapa aku macam tu.

Malam tu ayah balik, ayah bergaduh dengan mak. Aku perasan ajk kampung tu dalam kereta tunggu luar rumah. Mak suruh ayah cerraikan mak sebab dia kata ayah aku d4yus tak pandai bela bini. Tulah malam mak aku tinggalkan aku dalam keadaan aku tarik tangan mak jangan tinggalkan aku.

Mak sep4k aku, dia kata aku boleh hidup dengan ayah. Mak nak tengok bapak aku boleh ke bagi aku hidup dengan pendapatan noreh dia masa tu.

(2018) Tahun lepas, mak cari kitorang. Mak tanya kabar aku, ayah, cucu dia dan isteri aku. Semua ni terkant0i sebab aku terjawab telefon ayah aku masa dia dalam tandas. Aku kenal suara tu walaupun dah berpuluh tahun dia tinggalkan aku. Aku menangis sangat2, jatuh air mata jantan aku depan isteri aku malam tu sebab aku marah sampai menangis.

Kenapa ayah keep in touch dengan mak aku lagi sedangkan perempuan tu dah buat macam2 dekat kami. Perempuan tu pernah cuba racun ayah, aku yakin satu benda ni. Ayah kata mak s4kit. Mak dah bercerrai dengan suami ajk kampung dia tu. Mak perlukan duit untuk di4lysis.

Sebab dia dapat tau daripada makcik aku (kakak mak, tolong jugak aku membesar masa mak lari dulu) yang aku dah jadi engineer, dia nak mintak bantuan duit. Kau rasa dend4m aku tak membara ke, bila mak aku cari aku sebab duit? Kenapa bukan sebab menyesal kenapa mesti sebab duit je? Aku tengking ayah malam tu.

Aku kata jangan berani contact mak lagi sebab aku takkan lupa apa yang dia buat dekat ayah, dekat aku. Tergamak mak tinggalkan aku macam tu. Benda tu tiba2 diam lepas beberapa minggu, aku boleh cakap dengan ayah macam biasa. Alhamdulillah bini aku sangat harmonizer dalam hal ni. Dia selalu bagi positive vibe bila aku mula nak fikir bukan2.

Betul lah, perempuan dah jadi mak dia akan pandai handle banyak benda, tapi dalam kes ni mak aku terkecuali lah eh? Ada satu hari tu, aku balik kerja lambat sebab memang serabut dengan projek dekat bintulu. Balik2 bini aku hidangkan makanan, siap tuangkan lauk semua. Lepas dia dukung anak aku, dia amek tempat kat sebelah teman aku makan.

Entah macam mana sambil aku makan aku menangis. Aku tak terungkap rasa sakit dalam diri aku, aku tak pernah rasa perempuan care pasal aku macam ni. Mak aku tak pernah layan aku macam ni, tak pernah teman aku dekat meja makan pun. Pernah masa aku manja2 nak mintak mak suap aku, mak hantuk kepala aku atas pinggan kaca warna kuning (pinggan orang dulu2 tu).

Ya Allah nasib tak pecah kalau tak berparut dah kepala aku. Mak aku kata tak guna, aku dah tolong masak kau mintak macam2 lagi baik mampos. Bini aku sampai menangis kat sebelah tanya kenapa aku jadi macam tu, dia masak tak sedap ke atau aku tak suka lauk dia masak.. aku tak tercakap, sebab aku rasa sakit sangat2 bila teringat mak buat macam tu.

Kaki palsu ayah? Ayah hilang kaki sebab terlibas mesin rumput. Mula2 dia inf3ction luka tu dah teruk sangat2 kum4n mereb4k. Masa tu kitorang tak mampu nak tanggung kos perubatan mahal2 semua. Akhirnya, ayah hilang kaki (bukan semualah). Aku takkan lupa macam mana ayah berk0rban untuk aku sampailah aku masuk u pun ayah masih nak bagi duit dekat aku.

Aku tau ayah tak dapat banyak duit tapi sebab dia tahu aku takda mak. Ayah pernah je belas4h aku teruk2 sebab aku ponteng sekolah konon2 nak member0ntak jadi budak buat masalah sebab masalah keluarga. Balik tu ayah belash aku bebirat belakang. Tapi malam tu aku terjaga dalam pukul berapa pagi, ayah datang bilik aku.

Aku boleh dengar lagi dia sedu2 menangis sapu ubat untuk aku. Lama dengan aku2 mengalir air mata sebab rasa d0sanya aku dekat bapak aku. Aku menyesal sangat. Harini, Nilah hasil dia.. lepas setahun kerja, aku kumpul duit untuk ayah buat kaki palsu. Aku nak ayah senang jalan2 cari makan, lagipun hobi ayah mesen rumput.

Takde rumput pun dia still akan on mesin tu biar berbunyi. Hahahaha ayah, ayah. Macam mana aku boleh terinspirasi nak tulis benda ni, sebab aku cucikan kaki palsu ayah. Sambil lap sambil menangis teringat jasa ayah untuk aku selama ni. Readers.. Ayah dah empat hari dalam wad, semput mungkin sebab dah terlalu tua.. keuzuran dia buat aku takut hilang ayah.

Aku ambik turn jaga ayah dengan wife, isteri memang banyak main peranan dalam urusan jaga ayah. Aku ada benda nak pesan sesama kita

A. Jadilah anak yang baik. Kadang2 parents kita, pasangan kita tak mampu provide kesenangan harta yang banyak dekat keluarga dia but kita kena selalu ingat effort dia.

B. Jangan biad4p dengan orang tua especially ayah mak kita (dalam kes ni ayah akulah, aku sayang ayah).

C. Doakan aku, untuk maafkan mak aku, terima dia.

Terima kasih semua. Sekian. – Khai

Reaksi warganet

Alyna adam – Apa yg aku cakap ni, mungkin ramai yg tak setuju. But you all maybe tak pernah faham what it’s like being ab4ndoned by your own parent… Satu ni aku nak ingatkan ke confessor… Apa2 pun dia still mak kau. Biar la kau susah nak maafkan dosa dia, tp sebagai anak, kau ada tanggungjawab terhadap dia. Doakan dia, walaupun tak ikhlas (keikhlasan tu will come later).

Pasal dialisis tu, aku sarankan kau JANGAN agree utk bantu dia financially utk setiap treatment. Sebab nanti bila kau selalu kena jumpa dia atau bila duit kau banyak tersalur ke dia, kau lagi susah nak maafkan dia, trust me on this. What you can do is, kau arrangekan bantuan dialisis utk dia.

Banyak bantuan available, google it. Pasal memaafkan tu, hmm… Kita ni manusia… Kita boleh memaafkan, tp mungkin susah nak ikhlas maafkan dan more importantly tak boleh nak melupakan. I was aband0ned by my dad. Aku mampu maafkan di mulut, aku mampu doakan dia dalam solat, tp Ya Allah, susahnya hati ni nak ikhlas memaafkan dan melupakan…

Even lepas dua tahun dia mennggal, what he did in the past still affects my life and my brother’s. Sebab aku manusia… Dan aku faham kalau kau susah nak maafkan mak kau, sbb kau pun manusia… Tp buat masa ni, kau settlekan dulu tanggungjawab wajib ok?

Wan azura – Mama aku accid3nt tahun 2008 ms tue aku br 18 thn.. dan di sbbkan accidnt tu kaki sebelah kanan dia kena potong kbtln dia ada di4betis…alhamdulillah x lama lps potong dia dpt kaki palsu..bg aku mama aku seorg wanita yg hebat..sbb apa aku kata dia hebat?

Sbb dia boleh jaga aku ms aku terlantar sakit…dr kedah ke ipoh sampailah aku di transfer ke hospital ampang… dialah yg jaga aku siang malam…. disbbkan dia aku jugak jd kuat utk terus kuat melawan sakit…. i love u mama.

Hasmie aziz – Aku nangis baca citer ko khai.. smoga ayah ko diberi kesembuhan supaya ko dpt lagi berbakti kt ayah ko.. smpai puas… sbb semua org akan m4ti.. tak terkecuali.. utk mak ko plak.. aku doakan ko dilembutkan hati utl memaafkan dia.. walaupun ko xnk terima dia..

sbb ko dah lalui terlalu pahit utk diigt.. tp igtlah.. mak ko pernah berjasa jgk utk ko.. dia sanggup bertahan sakit beranakkan ko.. klau dia xnk ko, awl2 lgi dia dh racun ko.. dosa dia ngn ko dan ayah.. biar allah saja yg balas. Dan aku lastu sekarang ni pun dia dh dpt kifarah ape yg dia dh bt dlu.

Sumber Iium