“Dend4m suraya”. Bila nmpk aku ckp hal kakak, ibu ayah akn hntar ke hospt. Diaorg kata aku xbetul. Diam2 aku cari kakak.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Jumaat – Dia kembali lagi semalam. Waktu aku sedang menonton televisyen bersama keluarga. Dia kembali. Berdiri di belakang sofa kami dengan renungan mata tanpa kelopak dan senyuman kosongnya. Merenung ke arahku. Secara curi-curi, aku tersenyum kembali.

Aku diamkan saja. Takut akan merunsingkan ibu dan ayah. Aku kekalkan fokusku pada skrin televisyen sehingga filem tamat. Kali kedua aku menoleh ke arahnya, ia sekadar terapung perlahan menuju ke arah dapur dan menghilang. Begitulah gamaknya akhir-akhir ini setiap kali aku terlihat kelibat kakak. Hanya itulah yang mampu aku lakukan. Diamkan saja, atau ibu dan ayah akan menghantarku ke pakar ps1k1atrik semula.

Aku tak mahu ke sana. Tempat di mana aku dianggap tidak sium4n. Kata d0ktor, aku menghidap “par4n0id h4llucin4ti0ns”. Kata d0ktor lagi, “dia” yang aku maksudkan cuma kakakku sendiri. Pengalaman-pengalaman yang aku lalui bersama kakak yang membuatkan aku melihat kakak seperti itu. Kakak, yang menurut ibu tujuh tahun lebih tua dariku, selalu bercerita tentang kisah-kisah h4ntu sejak aku masih kecil.

Sehingga aku percaya bahawa kakakku itu bukan seorang manusia. Sehingga aku melihat kakakku sendiri seakan-akan satu entiti berambut panjang mengurai dengan anak mata berbintik kecil hitam dan senyuman luar biasa lebar yang tidak pernah lekang dari mulutnya yang tidak berbibir. Namun, yang peliknya, aku tidak pernah melihat kakakku itu dengan rupa paras yang menurut ibu sepatutnya bagaimana rupa kakak sebenarnya.

Sejak dari kecil, itulah paras kakak. Bukan seorang remaja perempuan yang rupanya seperti remaja-remaja lain. Tidak pernah pula aku melihat kakak sedang belajar atau bermain bersama kawan-kawan. Lain pula halnya dengan kakakku yang seorang lagi, Tina. Lebih tua tujuh tahun dariku juga. Dia juga selalu bercerita tentang kisah-kisah h4ntu kepadaku.

Tetapi aku hanya melihat dia sebagai seorang remaja perempuan yang normal. Tapi kenapa tidak kakak? Aku selalu bertanya samada Tina mempunyai kembar. Tapi ibu dan ayah asyik menafikan. Kata mereka, kami cuma dua beradik. Tina dan aku. Aku dengan Tina dahulunya cukup rapat, namun sejak beberapa tahun semenjak aku disahkan menghidapi gangguan ment4l, ibu asyik memarahi Tina, menyalahkan dia kerana cerita-ceritanya menyebabkan minda aku terganggu.

Sekarang Tina cukup jarang bercakap denganku. Setiap kali kami bertemu, Tina segera mengalihkan pandangannya. Aku akur. Mungkin itulah yang terbaik buat diriku sendiri. Jam menunjukkan pukul 2:00 pagi ketika aku menulis catatan ini. Hatiku tergerak untuk menulis kerana Tina yang entah sudah berapa lama tidak bercakap denganku, bertanyakan sesuatu kepadaku beberapa jam yang lepas.

“Adik… Kak Tina minta maaf kalau selama ni Kak Tina menakut-nakutkan adik. Tapi, betul ke adik nampak muka Kak Tina ni macam h4ntu?” Aku sekadar merenung dia dan menggeleng. Aku tak pernah melihat Tina seperti seekor hantu. Kakak yang seorang lagi tu, ya. Tapi bukan Tina. Adakah semua orang keliru dengan apa yang aku ceritakan?

Sejujurnya, aku langsung tidak pernah tahu siapa nama kakakku yang seorang lagi tu. Dia memang sentiasa ada bersamaku sejak aku kecil. Tidak pernah berkata apa-apa. Tidak pernah juga berbual-bual dengan ahli keluargaku yang lain. Dia sekadar duduk bersama kami di dalam rumah itu.

Makan bersama kami. Menonton televisyen bersama kami. Tidur bersama kami. Namun, aku sudah diajar oleh ibu dan ayah untuk tidak berkomunikasi dengannya. Seperti yang aku katakan tadi, mereka anggap aku berh4lus1nasi. -Tamat catatan-

Sabtu- Siang tadi, sikap Tina terhadapku cukup luar biasa. Dia seakan berusaha untuk bercakap denganku. Bertanyakan perihal sekolahku. Bertanyakan tentang rakan-rakanku. Apa yang menariknya pada dia tentang perihal seorang budak lelaki yang baru bersekolah darjah empat? Tapi aku layankan sahaja. Mungkin dia hendak berbaik semula denganku.

Kata Kak Tina, Isnin nanti dia akan melangkah ke alam universiti. Semakin jaranglah kita berjumpa nanti, katanya. Aku rasa aku terlihat matanya berair sewaktu dia berkata begitu. Mungkin juga matanya masuk habuk. Siang tadi ibu dan ayah cukup sibuk menyiapkan persediaan Kak Tina untuk Isnin nanti. Sekejap-sekejap ke pekan. Sekejap-sekejap bercakap dalam telefon. Aku buat endah tak endah saja.

Terperuk di dalam bilik. Sekali-sekala kakak masuk merenungku. Aku menjeling ke luar bilik, kemudian tersenyum kembali pada kakak. Kalau ibu dan ayah tak nampak, bolehlah aku berbuat begitu. Kalau ibu dan ayah tahu aku berikteraksi dengan kakak, pasti Tina akan disalahkan lagi. Aku sangat berminat untuk berkawan lebih rapat dengan kakak. Lebih dari aku berminat untuk berkawan dengan Tina.

Tina membosankan. Dia tidak mahu lagi bercerita tentang kisah-kisah ser4m kepadaku. Kakak pula, entah kenapa, aku rasa tenang bila bersamanya. Dia membuatkan aku terkenang semula kisah-kisah yang Tina ceritakan sewaktu kami rapat dahulu. Walaupun kakak tidak pernah berkata-kata, tapi auranya membuatkan aku rasa senang. Tidak membosankan.

Ibu, ayah dan Tina keluar petang tadi. Mereka ajak aku, tapi aku berpura-pura tidur. Tidak minat untuk turut serta. Selepas aku dengar bunyi enjin kereta ayah menderu mennggalkan perkarangan rumah, aku celikkan mata semula. Aku lihat kakak sedang berdiri di sebelah meja belajarku. Badannya membengkok ke kiri, merenungku yang sedang berbaring.

Aku tersenyum kepadanya. Dia tersenyum kembali. Entah buat berapa lama dia sekadar berdiri begitu, aku tak pasti. Aku hanya berbaring di atas katil sambil membaca buku komik. Dia hanya mematungkan diri di sebelah meja belajarku. Sedang aku asyik membaca komik, dari ekor mataku, aku seakan perasan yang kakak semakin hampir denganku. Aku biarkan saja.

Aku berbaring terlentang dengan buku komik aku pegang menghadap ke atas. Selang beberapa minit kemudian, tanganku terasa lenguh lalu aku turunkan buku komikku. Terkejut aku apabila wajah kakak berada betul-betul di hadapanku. Dengan senyumannya yang tidak pernah lekang. “Kakak ni! Terkejut adik.” Ujarku mesra. Kakak tidak membalas. Aku bangkit dari katil untuk ke tandas.

Aku perasan anak mata kakak mengekori setiap pergerakanku. Selesai urusan di tandas, aku melangkah keluar. Aku lihat kakak sedang memerhatiku dari atas tangga. Seakan-akan mahu aku mengekorinya. Aku berfikir-fikir sejenak, kemudian mengayun langkah ke arah tangga. Aku lihat kakak terapung perlahan lalu masuk ke dalam bilik Tina. Aku terpaku sebentar. Bilik Tina adalah kawasan larangan bagiku.

Kalaulah Tina tahu aku masuk ke dalam biliknya, habis aku. Tiba-tiba kakak menjenguk keluar. Aku tersentak sebentar, kemudian menurut. Aku rasa kali terakhir aku masuk ke dalam bilik Tina adalah sewaktu umurku enam tahun. Bilik Tina kelihatan kemas. Di atas rak bukunya tersusun banyak novel-novel seram dari pelbagai penulis. Kakak sedang berdiri di hadapan rak buku Tina.

Seakan-akan sedang membaca setiap satu tajuk-tajuk buku yang tersusun di atas. Aku menggaru kepala, hairan. Perlahan-lahan kakak mengangkat tangan pucatnya lalu menuding ke arah salah sebuah buku di atas rak. Seperti mahu aku mengambilkan buku itu untuknya. Aku menarik keluar buku itu. “Dend4m Suraya” oleh Agus Mahmuddin.

Macam tak terkenal aja penulis ni. Bukunya pun nipis. Ada dalam 98 mukasurat sahaja. Cetakan pada kulit hadapannya pun tampak murah dan tidak meyakinkan. Sekadar gambar sesusuk tubuh berkain putih. Namun, apabila aku am4ti betul-betul, gambar pada kulit buku itu saling tidak tumpah parasnya dengan kakak. Giginya yang runc1ng dan halus. Tidak berhidung. Mata besar tanpa kelopak.

Sentiasa tersenyum dengan senyuman luar biasa lebar. Aku tersenyum sendiri. Tanpa sempat aku berkata apa-apa, kedengaran bunyi deruan enjin kereta ayah masuk ke dalam perkarangan rumah. Cepat-cepat aku berlari keluar dari bilik Tina, meninggalkan kakak masih berdiri tercegat di sebelah rak buku tadi. Sampai sahaja di bawah, ayah melangkah masuk disusuli oleh ibu dan Tina.

Tina tergamam memandangku. Kemudian pada tanganku. Aku menunduk memandang tanganku sendiri. Buku tadi! Tina menderu ke arahku lalu merampas buku itu dari tanganku. Tanpa berkata apa-apa, dia berlari ke tingkat atas. Ibu dan ayah sekadar memerhati gelagat kami. Aku mengangkat bahu dan berlalu masuk ke dalam bilik.

Ketika aku sedang menulis catatan ini, kakak sedang berdiri di sebelahku. Dengan badannya yang membongkok, wajah kakak berada betul-betul di sebelah mukaku. Sekali-sekala terbit bau busuk dari mulut kakak. Maaf ya, kakak. Adik gurau je. -Tamat catatan-

Ahad- Siang tadi, kami semua ke Tapah, hantar Tina ke universiti. Dalam perjalanan, aku dan Tina langsung tidak bercakap. Cuma ibu dan ayah sekali-sekala bersuara memberi nasihat kepada Tina tentang kehidupan sebagai seorang pelajar universiti. Aku berharap betul kakak turut serta dalam perjalanan tadi. Tidaklah aku berasa bosan.

Sebelum kami pulang, sempat juga Tina menarik lenganku. “Kalau adik nak baca buku apa sekalipun dari rak Kak Tina tu, bacalah. Tapi jangan baca buku Dend4m Suraya tu!” Ujar Tina bersungguh-sungguh. Aku sekadar mengangguk. Aku pun tak teringin nak baca buku tu. Macam buku lama saja, fikirku. Kalau tak nak sangat aku baca, kenapa tak bawa saja buku tu sekali dengan dia?

Tapi lain pula halnya sebaik kami sampai di rumah malam itu. Hatiku terasa membuak-buak untuk pergi mendapatkan buku itu. Sebaik ibu dan ayah masuk ke dalam bilik untuk tidur, aku ke hulu ke hilir mencari kakak. Langsung tidak kelihatan. Begitulah kakak, fikirku. Apabila dia tak mahu dirinya dilihat, memang tak ada siapa yang dapat melihatnya.

Dalam kegelapan, aku duduk sejenak di hadapan televisyen yang tidak terpasang. Kakiku tidak berhenti bergoyang. Menantikan kehadiran kakak. Namun kakak tetap tak muncul-muncul. Sesekali aku menjeling ke atas tangga. Berfikir-fikir. Setelah entah berapa lama aku duduk berseorangan, aku buat keputusan untuk naik juga ke atas.

Aku lihat pintu bilik Tina tertutup. Aku pulas tombolnya. Tidak berkunci. Hatiku melonjak. Sebaik sahaja aku memetik suis lampu, mataku terus terpaku pada buku itu. Di tempat yang sama aku ambil sebelum ini. Aku mencari-cari juga kalau-kalau kakak ada di dalam bilik Tina. Tak ada.

Aku pun menarik keluar buku itu dan turun semula ke bawah. Semasa aku sedang menulis catatan ini, buku Dend4m Suraya tergeletak di sebelahku. Esok sajalah aku mula baca. Cuti sekolah pun ada seminggu lagi. P/s: mana kakak ni? -Tamat catatan-

Isnin- Tak patut. Tak patut baca. Aku patut ikut cakap Tina. Buku ni… aku tak patut baca. Aku dah faham kenapa Tina berkeras melarang aku baca buku ni. Siapa dia Agus Mahmuddin ini? Kenapa dia tulis buku begini? Macam mana buku seteruk ini boleh dijual di Malaysia? Jap. Betulkah buku ini dijual di Malaysia? Sekejap.

Tak ada ditulis nama penerbit pada buku ni. Kulit belakangnya kosong. Buka sahaja kulitnya, terus helaian pertama cerita. Tapi kenapa cerita dalam buku ni cukup sama dengan kisah aku? Semua yang ada dalam buku ni pernah berlaku pada aku! Kakak yang gemar bercerita tentang kisah hantu pada adiknya. Adiknya dibawa jumpa pakar ps1k1atrik kerana h4lus1nasi melampau.

Tapi pengakhirannya… kenapa pengakhirannya macam tu? Mana kakak ni?! Aku perlukan penjelasan. Aku tertidur sebentar tadi. Aku dikejutkan oleh satu dentuman pada lantai tingkat atas. Aku tak berani keluar dari bilik ni. Tanganku sejuk mengg1gil. Aku cuma berharap. Dentum4n tu lagi! Lagi sekali! Lagi sekali! Aku tak pasti berapa kali bunyi dentum4n tu aku dengar. Bunyinya semakin kuat.

Seakan-akan seseorang mengh4ntukkan kepala di atas lantai betul-betul di dalam bilikku ini. Aku buka sedikit pintu bilikku tadi. Tak ada apa yang pelik. Cuma hidungku menangkap bau h4nyir yang mel0yakan. Aku cari juga kelibat kakak, tapi tak ada. Kenapa semuanya berwarna merah? Apa salah kanak-kanak seperti aku perlu menanggung s3ksaan jiw4 yang sebegini?

Hulu Selangor Sepasang suami isteri warga emas ditemui m4ti di dalam sebuah rumah teres dua tingkat dekat sini, awal pagi tadi. Menurut pihak p0lis, punca kem4tian kedua-duanya adalah akibat pend4rahan ot4k selepas kepala kedua-duanya dihent4kkan berulang kali pada lantai tingkat atas rumah berkenaan.

Berdasarkan siasatan, sspek dikenalpasti sebagai anak lelaki kepada kedua-dua mngsa yang berusia tiga puluh tahun. Rekod juga mendapati sspek mempunyai sejarah menghidap gngguan ment4l. Pihak p0lis kini sedang cuba menghubungi kakak kepada sspek untuk membantu sias4tan.

Sebuah buku catatan juga ditemui di dalam bilik sspek yang menunjukkan bahawa sspek sememangnya hidup dalam h4lusnsi semenjak kem4tian kakak sulungnya, Suraya Md.Isa, tujuh tahun lepas. Di dalam catatan tersebut, sspek didapati menganggap bahawa dirinya masih berumur sepuluh tahun dan masih mempunyai dua orang kakak yang tinggal bersamanya.

Menurut pihak hspital, sspek didapati sering berkelakuan kasar dan manghamburkan kata-kata kes4t setiap kali ditanyakan sesuatu. Kata d0ktor lagi, sspek hanya akan menggunakan bahasa yang elok ketika menulis. Berdasarkan rekod juga, lelaki itu pernah beberapa kali cuba untuk menc3derakan kakak kedunya, Kartina Md. Isa, 37 yang membuat keputusan untuk berpindah keluar dari rumah berkenaan setahun yang lepas.

Menurut catatan yang ditemui, sspek sering berh4lusnsi sedang meluangkan masa bersama keluarga, sedangkan sepanjang hidupnya, sspek dikurung di dalam sebuah bilik bawah tanah yang tidak mendapat kelulusan dari mana-mana pihak berwajib. Suspek hanya dibawa keluar sebulan sekali untuk dibawa berjumpa dengan pakar ps1ki4trik.

Sspek didapati telah membuat lakaran dan tajuk pada buku catatannya atas nama Dend4m Suraya. Menurut pakar ps1ki4trik juga, beliau langsung tidak tahu-menahu tentang fakta bahawa sspek hidup di dalam kurungan sepanjang berada di rumah. Selepas si4satan dijalankan, polis mendapati pintu bilik kurungan sspek telah dibuka oleh seseorang dari arah luar. Rakan subahat sspek masih sedang dicari pihak p0lis. -Berita tamat-

Sumber GFS