10thn bcinta, kami putus. Aku gelisah, jodoh xsampai2. Bila “brubat” tergamam dpt pesanan mcm nie.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum kepada semua pembaca di ruangan ini. Nama aku Ana.. Aku berusia 33 tahun, single dan bekerja di sektor swasta di KL. Aku bekerja sebagai Sr Executive yang mana aku rasa kerjaya yang dimiliki sekarang agak stabil.

Aku suka membahagiakan family aku.. Mak ayah dan adik beradik.. Apa yang mak ayah aku nak, sedaya upaya akan aku cuba tunaikan.. Tapi hidup aku kosong tanpa suami, anak-anak2 disisi.. Aku cemburu tengok kebahagian kawan-kawan aku yang lain.. punya suami dan anak-anak. Sumpah terasa sunyi sangat bila kau sorang di KL jauh dari family..

Kadang itu, aku cuba juga kuatkan diri, berfikiran positif tapi sapa lah aku.. manusia biasa yang ada rasa nak bahagia.. Aku pernah kecundang pada cinta.. Cinta aku dikhi4nati setelah hampir 10 tahun bercinta.. dari zaman U sampai lah bekerja aku dengan si dia.. tanpa aku sedar, dia ada pasang perempuan lain dibelakang aku.

Aku kecewa sangat sampai aku minta mak ayah aku bawa pergi jumpa ustaz buat aku lupakan dia.. 10 tahun aku tunggu dia.. Dan alhamdulilah setelah beberapa bulan hati aku dah stabil dan tak ingat pada si dia lagi.. Di tempat kerja aku ada sorang kakak cleaner yang asal dari negara seberang (tak nak lah aku sebut dari negara mana). Aku selalu borak dengan dia..

aku dah anggap dia macam kakak aku sendiri. Dia memang tahu aku ni single dan mencari pasangan. Tapi entah lah.. aku sebenarnya dah macam berputus asa nk cari pasangan, nak start all over again, nak mengadap kecewa kena reject lagi. Aku lawa okay, haha.. cuma kebanyakakan lelaki yang aku kenal dalam web mencari pasangan (islamic) semua macam takut nak mendekati aku..

Maaybe sebab position aku.. entah la.. aku pun tak tahu.. Lama- kelamaan aku pun dah tak active main apps yang mencari pasangan sama ada islamic or non islamic.. sebab apa? sebab aku macam dah malas.. kita nak serius, diaorang nak main- main.. looking teman borak lah, teman mengopi laa… To cut the story short.. Kakak cleaner itu ada suggest pak ustaz dekat negara dia untuk ubatkan aku.

Lebih kurang macam ubat dari jauh lah.. untuk mudahkan jodoh aku.. kot ada benda yang menghalang ke or lain-lain.. Dah lama sebenarnya dia pujuk aku untuk try.. tapi aku lengah-lengahkan sebab yela, takot juga perubatan dari negara seberang nie.. entah betul entah tidak.. takot pun ada ser4m pun ada.. so aku ignore selama beberapa bulan..

Tapi lately agaknya aku rasa down sangat dengan diri aku bila ramai kawan-kawan aku yang kahwin dan ada yang dah beranak 2 3 orang anak. So 1 hari itu aku cakap dengan akak cleaner itu aku nak cuba (masa ni sy4itan tengah seronok r4suk).. So aku transfer sejumlah wang, bagi gambar, nama, nama mak ayah (Ya Allah, ampunlah d0sa-d0saku, masa ni tak fikir d0sa, cuma fikir nak dapat jodoh).

Aku ragu-ragu, berkali-kali aku tanya dengan akak itu, “betul ke dia buat semua itu berlandaskan ayat quran? Betul ke dia pak ustaz?” Dan setiap kali itu juga akak cleaner itu cakap, “iya dik, betul dik, dia memang terkenal dengan perubatan islamik di negara saya”… Dan aku pun teruskan juga sebab niat nak dapat jodoh yang terbaik..

Aku lupa.. bukan minta pada orang tapi pada Allah.. Ya Allah, ampunilah aku atas kesilapan yang telah aku lakukan.. Selang beberapa hari kemudian, aku dapat pesanan suara dari pak ustaz itu.. 1 pesanan yang buat aku terduduk.. buat aku rasa berd0sa sangat pada Allah sebab ragu-ragu dengan takdir aku..

Dia minta gambar aku tanpa sehelai benang.. B0G3L.. Ya Allah.. aku rasa macam sumpah ditipu hidup-hidup.. Alasan dia gambar yang aku bagi dulu tutup semua anggota badan aku.. so dia tak dapat scan.. Allah.. aku rasa macam nak pitam, nak munt4h masa itu dengan permintaan j1jik dia.. Aku terus call akak cleaner itu, cerita apa yang pak ustaz itu mintak kat aku (as expected, dia back up pak ustaz itu)..

So aku terus cakap aku nak cancel berubat sebab aku dah rasa ini tak betul.. Sangat tak betul.. After end call dengan akak cleaner itu terus aku buat solat taubat mohon ampun pada Allah.. Moral of the story, sentiasa lah percaya takdir Allah.. Dia tak bagi sekarang mana tahu Dia bagi yang terbaik di kemudian hari.. Sentiasalah berdoa, redho dan berfikiran baik-baik pada Allah..

Lepas ni aku nak continue balik bangun pagi untuk solat tahajud, solat taubat dan solat hajat.. Tiada yang dapat bantu kita selain Allah yang Maha Kuasa.. Aku syukur sangat Allah tarik aku dari buat d0sa yang sangat besar.. Syukur Ya Allah Terima kasih sangat Ya Allah…

Aku takot juga sebab dah bagi gambar aku pada pak ustaz itu walaupun tutup full (macam-macam dia boleh kenakan aku, nauzubillah). Tapi aku berserah dan redho saja sebab salah aku, aku dah tersilap langkah.. Aku mohon Allah lindung aku dari benda-benda yang tak baik.. Yang benar, – Ana (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Siti fadzilah – Saya pun berkahwin agak lewat..seusia awak skrg.. 2x putus tunang,2 x putus cinta.. Berkawan tu entah beraa org.. Tp..x lekat jg jodoh.. Umur 30thn .sy bgtahu aruwah mak.. Jgn desak sy utk berkahwin.. (Sbb sy bertunang,pun sbb aruwah mak nk sy kawen cepat). Sy dah fed up nk bercinta..dah fed up nk kenal llaki..

Tp Allah uji sy..aruwah mak jatuh s4kit. Sy rse takut..andaikata mak sy pergi..kepada sape sy nk berpaut.. Sbb sy sgt rapat dgn aruwah mak.. Sy berdoa pada Allah,semoga Allah hadirkan jodoh yg baik utk sy..yg blh bimbing sy,yg blh jaga sy. Alhamdulillah..sy bertemu jodoh pd usia 33thn..

Bkn llaki kaya, bkn llaki tampan..tp llaki baik di mata sy.. Percayalah..Jodoh Allah dah aturkan..cuma kita sebagai hamba..kena berusaha,kena berdoa.. bykkan solat hajat. Kkdg jodoh kita lambat,sbb inshallah kita akan dpt jodoh yg baik.. Bersangka baik Pada Allah.

Sarah ariana – Bila baca komen dlm ni ada yg kata confessor sombong dan memilih. Sbb dia cantik dan bekerjaya nak cari yg sekufu. Lebih baik kena cop sombong dan memilih drpd kena cop gedik dan gatal. Lg pun perempuan ada hak utk memilih. Biasanya pempuan memilih ni sbb dah terkena dgn sp3sis bi4wak. Jantan kaki kikis. Belum apa2 dah mintak belanja mcm2. Lepas tu bg hint nak tgk apa harta yg kita ada.

Siap ckp elokla dah ada rumah dah ada kereta. Tinggal basuh kaki je dia. Aik!! Mcm terbalik dah ni. Maafkan saya… Ni mmg pengalaman saya sendiri. Jd saya sgt berhati2 dan sgt memilih. Lebih baik tak kawen drpd terkawen dgn sp3sis bi4wak yg dah siap berkira2 loan ape nak suh kita buat bila dah kawen nanti.

Lily rizana – Belajar untuk bahagia dan hargai apa yang awak ada. Kalau awak nak kahwin sebab rasa kawan lebih bahagia dan awak tidak, awak silap. Kahwin ni banyak ujian yang sampai satu tahap awak akan rasa awak Tak jumpa pun bahagia pun dalam perkahwinan. Sebab manusia tu tak perfect, suami tu macam kita jugak, banyak cacat cela nya.

Jadi enjoy saje dengan life awak sekarang, hargai diri, tambahkan ilmu. Semua ini rahsia Allah, mana tahu jodoh awak baru nak ambil SPM minggu depan. Ada sebab seseorang tu Allah bagi cepat, ada sebab kenapa lambat.

Nur ida hashim – dik, akak kawin masa akak dah 4 series, tahun ni nak masuk tahun ke 2 perkahwinan & Alhamdulillah dikiurniakan seorg Puteri yg bijak, satu masa dulu Che Da pun mcm adik, sedih, str3ss, sunyi lebih lg bila tgk sahabat, saudara sekeliling semua dah berkahwin & beranak pinak. Macam usaha CheDa buat tp benarlah ALLAH swt jua yg Maha Mengetahui apa yg terbaik utk hamba2NYA.

Sampai satu tahap CheDa redha, benar2 redha dgn apa jua yg ALLAH aturkan utk CheDa, xlagi mencari atau mengharap adanya jodoh utk CheDa. tp jalani hidup seperti biasa bersama aruwah ayah & bonda tercinta. Tiba2 satu hari suami menegur diFB, fast forward, xsampai setahun kami bernikah & setahun kemudian Lahir cahaya mata kami.

Suami CheDa ni dulu sama skolah dgn CheDa tp masa disekolah ‘CheDa xkenal langsung dia, tp nak cerita itula, fully submit to ALLAH swt, He is d Most knowing what is the best for His servants & waktu yg tepat utk kurniakan kebahagiaan buat hamba2NYA, maaf CheDa xpandai nak karang.

Sumber Iium