“RM9 pun xmampu”. Mak xgaji lg, xmmpu nak beli buku bgtau murid kpd cikgu. Reaksi cikgu buat murid “Koyak” 10thn.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Umumnya pendidik atau mereka yang bergelar guru dan pensyarah, adalah mereka yang bekerja dalam profesion sangat mulia dan sentiasa dipandang tinggi masyarakat.

Sebab itu jika seseorang memilih untuk menjadi pendidik, mereka sentiasa dilihat sebagai ‘model contoh’ dan dihormati. Menjadi pendidik nampak mudah di mata orang, tetapi hanya yang menggalas amanah itu tahu bebanan yang digalas. Tugas seorang guru bukan hanya mendidik, malahan juga kadangkala perlu bertukar watak menjadi seperti seorang ibu atau bapa.

Apatah lagi mendidik dan mengajar pelajar-pelajar di sekolah rendah. Jiw4 kanak-kanak ini lebih suka didekati. Bagi seorang guru, pengalaman yang terjadi kepada dirinya dulu tidak dijadikan alasan untuk membalas kembali kepada pelajarnya, tetapi dibalas dengan kata-kata yang menyenangkan. Walaupun isunya hanya sekadar nilai buku, tetapi kesan kerana kata-kata akan mengh1ris hati anak-anak kecil dan bermain-main di fikiran mereka.

INI kisah tentang dend4m aku yang sudah terbalas, yang telah aku simpan lebih 10 tahun lamanya. Tadi masa dalam kelas (Darjah 2) tiba-tiba seorang student datang ke depan dan berbisik kat aku dengan muka runsing, “Teacher, saya belum beli buku lagi tau. Mak saya kata kalau mak saya dah gaji baru mak saya belikan.” “Okay takpe.. takpe, boleh je”, jawabku sambil tersenyum.

Lepas tu dia pun balik ke tempat duduk dengan muka happy and ceria. Kenapa aku kata dend4m? Sebab 13 atau 14 tahun yang lalu, aku pernah cakap benda yang sama persis macam apa yang student aku cakap kat aku itu. Dulu hidup kami agak susah, tapi guru kelas aku yang juga guru penasihat Puteri Islam tak habis-habis paksa aku untuk beli buku log Puteri Islam yang berharga RM9.

Korang jangan sembang ‘RM9 je’, orang punya susah jangan pernah kau buat main. Buku log, yang bagi aku kalau guna buku biasa pun tak ada masalah. Tapi cikgu ini, tidak. Dia memilih untuk menekan aku, despite knowing how hard our family was trying to survive life. Aku masih ingat lagi pada ketika itu, hari itu dan saat itu dengan sangat jelas.

Takkan pernah aku lupa. Masa itu cikgu tengah tampal kertas di papan kenyataan. Sama seperti yang pelajar aku buat hari ni, aku pergi ke cikgu dan berbisik, “Cikgu, boleh tak kalau saya tak beli dulu buku log itu? Mak saya kata kalau mak saya dah mampu baru, mak saya beli. Mak saya belum mampu lagi.”

Dengan mencebik, cikgu tu cakap, “RM9 pun tak mampu?”, sambil tangannya terus menampal, sedikit pun tak memandang ke wajahku. Sumpah hati aku koyak ketika itu. Bukti koyak? Aku masih ingat apa yang cikgu cakap sampai ke hari ini, suaranya, wajahnya dan apa yang sedang dilakukannya. Semua sangat jelas. Hari ini aku puas, sebab terasa dend4m aku dah terbalas.

Aku dah lama tak terima diperlakukan begitu oleh cikgu, tapi apalah sangat yang seorang anak kecil boleh lakukan. Jadi, selama lebih 10 tahun aku simpan tekad, apa yang jadi kat aku tak akan terjadi kat mana-mana budak lain. Dan hari ini aku puas sebab aku dah berjaya selamatkan seorang anak daripada rasa apa yang aku rasakan dulu.

Aku puas sebab apa yang aku nak orang buat kat aku dulu, aku berjaya buat kat anak murid aku sekarang. Sedikit “ok takpe” yang aku perlukan dari cikgu dulu, aku mampu berikan kat anak murid aku sekarang. Walaupun hanya seorang yang aku mampu tolong hari ini, aku harap satu je, semoga tiada siapa orang dewasa yang menyentuh em0si anak ini, macam mana e0osi aku disentuh dulu.

Kawan, tolong budak-budak bukan hanya dengan wang, bukan hanya dengan makanan, bukan hanya dengan mainan. Your words. Your words. Your words. Kata-kata kau juga beri kesan. Kata-kata kau yang kau boleh lupakan in few mins, budak-budak akan ingat sampai besar. Ambillah aku sebagai contoh paling dekat.

Anak-anak tak hanya ingat tentang lagu apa yang kau dendangkan, atau kisah apa yang kau ceritakan. Mereka akan ingat semua yang melukakan. And kids, dont deserve to be hurt. To many more little Balqis out there, I hope you’re doing fine. Dan aku akan terus membantu, walau dengan hanya kata-kata.

Reaksi warganet

Seetea nurhana – Perkara ini tk mudah sy lupakan…prnh satu ketika dulu…masa tu, ex sy tngglkn kami beranak…sy jugak terpaksa hutang money leaders ex… hidup serba kekurangan…tiba masa buka sklh…ank menangis beritahu cikgu perli dia x mampu beli buku kt dpn rakan sekelas…sakit hati ini Tuhan saja yg tau…

mmg dia org mampu bergaji besar…klo dibandingkan sy hanya pekerja tukang cuci yg prlu sarankan 4 org ank dgn hanya gaji 400.. tp skrg… ank2 tetap mampu sy sekolah kan sampai tinggi…sy ambk kata h1naan cikgu tu perkuat utk ank2 supaya belajar bersungguh-sungguh.

Norlilawati dahlan – Sy dlu..hdup ssh.. dapat biasiswa dr sek…kejap2 kuarkan duit.. duit tu buat blnje sek sbanrnye.. alasan nk kua beli bku…tp cikgu sya… arwah cikgu Ishak Dumun lepaskan je stiap kali sy minx…dn bku bank die x pernah tnya kenape x pulangkan……

rpanya die tahu ssh saya dn duit tu sy bantu adik2 yg lain blnja sek….. Bila abis sek.. kwn2 duit smpi 1k x guna… Saya..baki hnya RM 20 jer..bila habis sek dulu..tp aruwah snyum jgak…sbb die tahu..katanya…..awk dh buat yg terbaik….. Trima kasih cikgu….

sbb cikgu yg sbnarnya byarkn yuran dn beli bku sya waktu form 4 dn form 5….saya baca surat ayah saya suh bg kat ckgu tu……smga cikgu aman disana….dn dtmpatkan dklgan org2 yg beriman…jasa cikgu x akan mampu saya balas waktu h4yat cikgu.

Cahaya cintaku – Aku dh RS x mampu nk byr yuran SEK rm 25 sje usahkan nk byr yuran duit blnj sekolh pun xde…setengah tahun aku x byr dgn abg aku…aku ingt lagi nm aku dan abg aku alangkh trkjut bila cikgu buat pengumuman 1 sekolah siap sebut nm yg x byr yuran nm aku dan abg aku je bayangkan ms tu SEK menengah apa korg RS ….

siap sebut ini nm pelajar yg x byr yuran… kebetulan ms aku dtg bilik guru cikgu tu siap ckp rm25 je itu pun x mampu ke nk byr …dpn2 cikgu yg rmi…nsib baik untie aku kerani kt sekolh tu dia bru tau yg aku adik berdik xbyr yuran apa lagi dpn2 cikgu tu mkcik aku sound…malu cikgu tu..

mkcik aku siap ckp kau bolh ckp sbb kau cikgu ada gji ada kau tnya knp murid kau tk byr yuran…. masa tu mkcik aku terus jmp pengetua dan kmi dikecualikan byr yuran sbb SEK ada kbjikn untuk murid itu la Guna duit pibg dan sekrg aku pun kerani di sekolh so klu ada bdk kena MCM aku aku akan ckp blk dgn guru tu atau GB kena tau apaslh murid

Yasmin azza – Saya pun pernah lalui sikap cikgu tp berbeza kisahnya..pilih kasih..suka malukn dpn kwn2..p3rli..plg sedih waktu bapa sy lmbt byr yuran peperiksaan spm kena panggil je kebilik guru besar ssh sgt waktu tu kebetulan adik sy pmr upsr byk nk dibayr. Dhla bapa sy gj xbesar…sy down..mmg saya anti cikgu yg mcmni..

mmg beri kesan sampai skrg.. pttmya pendidik tau erti kesusahan ibubapa ada sifat perikemanusiaan..kalau pljr tu kelasa bawah xpandai jgn dibeza2kn xikhlas nk mendidik.. tugasmu mulia jgn kerana ko sorang rosak nama semua cikgu yg ikhlas… sbb kdg2 pelajr tu xbjaya sbb utamanya sbb cikgu.. sekian..

Sumber Balqis Huda