“Benda tu mmg suka pad xbersih”. Dlm surau, Ayush tiba2 meracau. Dia mrangkak keluar, terus mnerkam.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Kejadian ini berlaku di salah sebuah syarikat yang terletak di Kuala Lumpur, syarikat yang diusahakan oleh orang India. Terjadi pada hari sabtu yang lepas, kebetulan waktu itu pejabat Suzy perlu bekerja separuh hari.

Ada seorang staff tiba tiba terkena h1steria pada hari tersebut. Sehari sebelum kejadian itu berlaku, ada seorang staff bernama Ayush sedang datang bulan (period). Dia masuk ke dalam bilik Suzy (admin di syarikat tersebut) untuk meminjam pad. Waktu itu hari sudah petang tunggu masa untuk pulang sahaja. Sewaktu Ayush masuk untuk meminjam pad pada Suzy, Suzy sudah perasan yang wajah Ayush kelihatan seperti tidak sihat.

Mungkin dia mengalami senggugut sebab hari pertama dia period. Suzy pun bertanya pada Ayush sambil menghulurkan pad yang Ayush mahu pinjam itu. “Ayush ok tak ni ? Pucat jer muka.” “Ok kak… Sakit perut sikit jer.” “Nak ubat tahan sakit tak ? Akak ada ni kalau Ayush nak.” “Takpelah kak… Ayush ada ubat tu, malam nanti Ayush makan.”

Suzy menganggukkan kepalanya sahaja selepas mendengar Ayush berkata begitu. Lima minit kemudian mereka pun berkemas kemas untuk pulang. Semasa hendak masuk ke dalam lift, Suzy melihat Ayush seperti sudah ok sedikit, nampak dia bergurau dengan rakan sekerjanya. Kemudian mereka pun berpecah untuk pulang ke rumah masing masing.

HARI SABTU, Pagi tu seperti biasa semua staff datang pejabat, punch card dan duduk dimeja masing masing melakukan tugas masing masing. Kebetulan Ayush dengan rakan serumahnya Izati datang lewat pada hari itu. Jam 9.30 pagi baru mereka sampai dipejabat. Lebih kurang jam 10 pagi, Ayush bangun untuk pergi ke tandas.

Tiba tiba sahaja dia merasakan badannya seperti panas dan berpeluh peluh sedangkan penghawa dingin sudah pun terpasang dipejabat itu dan keadaan didalam pejabat ketika itu sejuk sangat. Masuk sahaja Ayush didalam tandas, dia terasa seperti sesak nafas pula. Kebetulan waktu itu ada dua orang staff didalam tandas tersebut.

Ayush menggosok gosok dadanya dan cuba untuk bernafas seperti biasa. Dua orang staff yang melihat Ayush memegang dadanya terus bertanya pada Ayush. “Ayush kenapa ni ? Semput ke ?” soal Laila. “Ayush tak boleh nak bernafas la kak.” jawab Ayush sambil menepuk nepuk dadanya. “Ayush kalau tak sihat tak payah la kerja hari ni… Balik jer rehat.” kata Dira pula.

“Kak… Ayushh…” Pap ! Tiba tiba Ayush jatuh pengsan didalam tandas, mujur Dira sempat menahan tubuh Ayush dari jatuh diatas lantai. Laila dan Dira menjadi panik, mereka mengangkat Ayush dan membawa Ayush masuk ke dalam ruangan pejabat. Hendak masuk ke ruangan pejabat mereka perlu menempuh dua pintu terlebih dahulu.

Tidak terdaya rasanya sewaktu Laila dan Dira hendak mengangkat Ayush ketika itu. Terasa tubuh Ayush sangat berat seperti dihempap batu yang besar walhal tubuh Ayush tidaklah besar mana pun. Kurus dan kecil sahaja orangnya. Pintu pertama didepan tandas berjaya dibuka dan sedaya upaya Laila serta Dira mengangkat Ayush.

Sampai di pintu kedua Dira membuka pintu dan meminta tolong seorang staff lelaki untuk membantu mereka mengangkat Ayush untuk dibawa masuk ke dalam surau. Walaupun syarikat tempat Suzy bekerja adalah milik India, bos mereka tetap menyediakan sebuah surau kepada pekerja Islamnya. Tiga orang cuba mengangkat Ayush juga tidak berjaya, datang lagi tiga orang staff membantu.

Akhirnya Ayush berjaya dibawa masuk ke dalam surau. Suzy yang mendengar kekecohan berlaku diluar biliknya segera keluar untuk melihat. Sampai sahaja didepan surau, Suzy lihat Ayush sudah dibaringkan dan mendengar Laila memanggil manggil namanya. Lima belas minit memanggil Ayush dari pengsan akhirnya Ayush membuka matanya. Laila memberi sedikit minuman kepada Ayush dan bertanya pada Ayush sama ada dia masih sesak nafas lagi atau tidak.

Ayush menganggukkan kepalanya menandakan yang dia masih lagi sukar untuk bernafas. Izati datang ke arah Ayush dan memberi inhaler kepada Ayush. Ayush menyedut inhalernya berulang kali. Suzy dan staff yang lain menyangkakan Ayush pengsan sebentar tadi adalah kerana penyakit asmanya. Manager syarikat tersebut menyuruh salah seorang untuk menghubungi ambulans bimbang keadaan Ayush semakin teruk.

“Kak Suzy, cakap kat madam, tak payah lah call ambulans.. Ayush ni memang macam ni setiap kali dia period.” kata Izati. “Memang macam ni yang macam mana tu Zati ?” soal Suzy keanehan. “Dia kalau period memang mudah nampak ‘benda’ tu kak.” jawab Izati. “Benda ? Benda apa yang dia nampak ?” soal Suzy lagi yang sudah meremang ketika itu.

“Macam ni kak… Ayush ni dari malam tadi dah rasa lain macam. Dekat rumah malam tadi dia dengar macam ada orang menjilat jilat dekat dapur… Tapi dia buat derk aje pastu tidur. Pagi tu bila bangun kitorang pergi la kat dapur, tengok tengok pad yang Ayush guna semalam ada atas lantai. Baru Ayush perasan yang dia tak cuci bersih pad dia semalam…

Yang dia dengar semalam tu mungkin ‘benda’ tu duk menjilat drah h4id dia kot. Ayush ambik pad tu terus bungkus dan buang kat tong sampah bawah rumah.” terang Izati panjang lebar. Melopong mulut Suzy, Laila, Dira dan Alisa mendengar cerita dari Izati itu. “Kenapa tak cuci bagi bersih pad tu. Memang kegemaran benda tu lah kalau biar camtu aje.” sampuk Dira.

“Mana Zati tahu Ayush ni.” balas Izati menjongkitkan bahunya. “Habis kenapa boleh sampai pengsan ?” soal Suzy lagi. “Mungkin dia nampak benda tu dalam tandas kot.” jawab Izati. Pucat wajah Suzy ketika itu bila mendengar Izati berkata begitu. Suzy sudah merasa seram dan menggosok gosok lengannya. Suzy menjengukkan kepalanya untuk melihat keadaan Ayush. Ayush masih menangis dan tidak mahu bercakap sepatah pun.

Mereka menyuruh Ayush berehat sahaja didalam surau untuk seketika. “Zati teman Ayush kat sini. Tak payah buat kerja hari ni. Takut nanti dia sesak nafas lagi.” arah Suzy kepada Izati. “Ish tak nak lah kak… Zati takut.” kata Zati menggelengkan kepalanya. “Apa Zati ni… Kawan baik sakit pun takut nak teman.” kata Suzy memarahi Izati, Izati hanya tersenyum dan terus berlalu ke mejanya semula.

“Ayush ok ke kalau duduk sorang dalam ni ? Ke Ayush nak duduk kat meja Ayush ?” soal Laila kepada Ayush. “Takpe kak… Ayush nak baring sekejap kat sini.” balas Ayush lemah. Setelah mendengar jawapan dari Ayush, mereka pun bersurai untuk membuat kerja masing masing. Ayush ditinggalkan seorang diri didalam surau. Pintu surau sengaja dibuka sedikit oleh Dira kerana jika terjadi apa apa mereka boleh mendengar dari luar.

Selang 20 minit, tiba tiba diluar bilik Suzy menjadi kecoh semula. Berderau drah Suzy ketika itu, pantas dia keluar semula dari biliknya untuk melihat. Apabila Suzy keluar sahaja dari bilik, kelihatan Ayush sudah terbaring diatas lantai sambil menghempas hempas tubuh badannya. Lima orang staff memegangnya, kesemuanya di tendang oleh Ayush.

“Kenapa ni Kim.” soal Suzy kepada Akim. “Tak tau lah… Tiba tiba Ayush ni menjerit dalam surau… Tau tau dia dah keluar merangkak terus dia terkam kak Salmi.” terang Akim. “Allahuakhbar…” kata Suzy mengurut dadanya. Menggigil kakinya melihat keadaan Ayush ketika itu. Ini pertama kali seumur hidupnya melihat orang ker4sukkan. Sebelum sebelum ini hanya melihat di kaca tv sahaja.

Suzy melihat beberapa staff masih berusaha untuk menenangkan Ayush. “Yang lain mana yang lemah semangat jangan dekat. Takut berjangkit jangkit pulak nanti.” kata Suzy kepada staff perempuan yang lain. Mereka cuba memegang Ayush kembali sambil salah seorang staff lelaki bernama Hairul membaca ayat Qursi ditelinga Ayush. Ayush menjerit dan meronta ronta, garau suaranya ketika itu. Wajahnya bertukar ke merah merahan, dia terus meronta ingin melarikan diri.

Sedang Hairul membaca ayat Qursi tiba tiba Ayush menendang Hairul dan cuba bangun ingin lari. Pantas Ayush dipegang oleh beberapa orang staff yang lain. Hairul pergi ke arah Ayush dan memegang umbun umbun kepala Ayush. Ayat Qursi dibacakan sekali lagi dan akhirnya Ayush terkulai jatuh pengsan sekali lagi. Mereka membawa Ayush masuk ke dalam surau semula.

Hairul meminta segelas air masak dan dia mulai baca ruqyah di hadapan Ayush. Laila dan Dira masih disisi Ayush dan memegang kaki tangannya. Selesai bacaan ruqyah dibacakan, Hairul memberi Ayush minum sedikit dan menyuruh Laila menyapukan air tersebut dimuka Ayush. Ayush nampak sedikit tenang dan sudah mulai bercakap seperti biasa.

Bila keadaan kembali tenang sedikit, Laila bertanya pada Ayush apa yang dia nampak sebenarnya. Perlahan lahan Ayush bercerita pada Laila, Dira, Suzy dan Alisa. “Masa nak ontheway datang kerja tadi memang Ayush dah rasa lain macam.. Ayush rasa macam ada benda ikut. Dari dalam lift lagi Ayush dah rasa.” kata Ayush menerangkan keadaan sebenar.

“Masuk jer dalam tandas, hati Ayush rasa tak sedap… Tu yang rasa sesak nafas… Ayush nampak benda tu ada dalam tandas. Lepas tu masa Ayush duduk sorang sorang dalam surau ni, benda tu datang kacau Ayush… Dia datang dekat dengan Ayush lepas tu Ayush tak ingat dah apa jadi. Muka dia h0doh kak… Rambut panjang lepas tu lidah terjelir keluar.” sambungnya lagi.

“Patut la aku ada dengar benda tu ketawa mengejek dalam tandas tadi.” kata Dira pula menyampuk, Dira juga seorang yang mudah merasa akan kehadiran makhluk seperti itu. Suzy sudah merasa tidak sedap hati, laju jantungnya berdegup. Pantas dia membaca Al-Fatihah, 3 Qul dan ayat Qursi. Dibuang jauh jauh perasaan takutnya itu. Suzy pergi kepada Ayush dan bertanyakan keadaannya.

Apabila melihat keadaan Ayush semakin pulih, Suzy masuk semula ke dalam biliknya menyambung kerja. Badannya masih menggigil takut, hendak ke tandas pun dia tidak berani pada hari itu. Satu jam kemudian Suzy nampak Ayush duduk dimeja kerjanya semula, mungkin dia sudah pulih sepenuhnya. Mujurlah ada Hairul yang pandai serba sedikit untuk membaca ruqyah dan menghalau makhluk yang menganggu Ayush itu.

Keadaan pejabat yang hura hara tadi kembali aman. Semua staff membuat kerja masing masing sehingga lah jam 1 tengahari. Sewaktu di lift ketika hendak pulang, Suzy berjumpa dengan Ayush dan menasihati Ayush pergi berubat minta dijauhkan dari segala gangguan. “Ayush tak pergi berubat ke ? Pergi la darul syifa jumpa ustaz… Jenuh jugak kalau tiap kali peri0d Ayush kena h1steria.” kata Suzy.

“Ayush ni memang macam ni kak.. Kat office lama dulu lagi kerap dia kena… Dah cuba pergi berubat tapi tak menjadi. Ustaz kata dulu ada orang dengki lepas tu dia hantar pendamping dekat aruwah mak Ayush… Sampai mennggal mak Ayush dibuatnya… Ingatkan bila mak Ayush dah takde benda tu pun takde la… Ada lagi rupanya, mungkin Ayush ni jenis yang lemah semangat… Memang mudah la benda tu nak kacau.” terang Izati kepada Suzy.

“Lahai… Jahatnya orang tu… Takpelah la Ayush ikhtiar la macam mana sekali pun… Kesian pulak akak tengok Ayush tadi.” Nasihat Suzy sebelum mereka bersurai. TAMAT (Begitulah ceritanya dari kawan Ain si Suzy tu… Suzy kata Ayush pun tak kerja dah dekat syarikat tu. Manager suruh dia berhenti 24 jam. manager tak nak perkara tu berulang lagi katanya)

P/s : Ingat ya kaum hawa sekalian… Memang tiada sebarang athar atau hadis yang menunjukkan bahawa tuala wanita yang terkandung drah h4id perlu dibasuh terlebih dahulu sebelum membuangnya bagi mengelakkan ianya dimakan oleh makhluk halus.

Bahkan tidak ada riwayat dari para Sahabat dari kalangan wanita menyatakan bahawa mereka membasuh tuala tersebut sebelum membuangnya. Juga tidak terdapat arahan dari Nabi agar membasuhnya.

Tetapi ianya adalah sebagai langkah berjaga jaga supaya kita tidak terkena gangguan oleh makhluk halus ketika diri kita sedang datang kotor dan tidak dinafikan juga bahawa syaiitan adalah kalangan yang memang menyukai perkara yang kotor dan najis.

Seeloknya kita cuci dahulu dan bungkuskan tuala wanita itu dengan surat khabar sebelum kita membuangnya. Itu juga melambangkan keperibadian kebersihan tentang diri kita. Sekian dari Ain.

Sumber – Ain Najwa via KCHM