“Knp kain putih tue pjg sgt kakak”. Lewat pg mdobi, dtemani wnita bselendang. Bila tegur skit pn xlayan. Semak cctv, mgigil ak dbuatnya.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum Dan salam Sejahtera.. Dekat sini Aku nak kongsikan pengalaman yang Aku alami malam semalam… Kisahnya bermula begini Aku akan ceritakan dari awal..

Kisah ni bagi Aku lebih kepada misteri. Semalam Hari Khamis pagi tu Aku pergi kerja macam biasa pada waktu pagi dan balik pada sebelah petang.. Dalam pukul 5.00p.m aku sampai rumah.. Setibanya aku dekat rumah aku mandi Dan makan setelah itu aku pun pergi masuk kedalam bilik Aku untuk kutip pakaian baju aku yang kotor dan aku rendam dekat dalam satu baldi malam nanti baru aku basuh..

Lepastu aku teringat tadi waktu dekat tempat kerja aku minum Nescfe lepastu air tin tu tumpah dekat atas baju aku..Jadi aku pergi kedalam bilik dan ambil baju kerja aku dan aku rendam sekali dekat dalam baldi.. Aku cadang lepas Maghrib baru aku nak cuci tapi lepas waktu maghrib aku terlelap sampai lah satu masa aku terjaga.

Aku terbangun sebab nak ke toilet.. Waktu aku nak masuk ke dalam toilet aku baru perasan dan teringat yang baju kerja aku rendam tadi aku belum cuci aku pun ambil pakaian yang aku rendam tadi dan masukkan Kedalam mesin basuh.. Dan masa tue pulak mesin basuh buat hal.. Aku tekan button start dia tak berfungsi.. Sakit pulak hati aku masa tu..

Dah lah besok Aku nak pi kerja.. baju kerja aku Ada 2 helai.. sehelai lagi entah mana aku letak masatu aku pun tak ingat.. Lepas aku belek-belek button mesin basuh tu aku tekan start pun dia tak fungsi jugak nak tak nak Aku kena pergi dobi jugak malam tu. Aku tengok jam dekat dinding dah pukul 12.15 a.m.. Aku pun terkejutlah, Terperanjat aku dibuatnya…

Aku ingat baru pukul 9.00p.m atau 10.00p.m Malam… Waktu itu family aku semua dah tidur.. Aku pun ambil kunci kereta, baju yang dalam baldi tadi aku bilas aku masuk Kedalam beg Plastik letak dekat bonet kereta belakang lepastu aku masuk Dalam kereta, start enjin kereta dan pergi ke Dobi.. (Dobi yang mana atau area mana aku tak bagitahu dekat mana)..

Apabila aku sampai dekat dobi tersebut aku lihat keadaan sekitar memang agak sunyi sepi.. Almaklumlah pukul 12.30a.m kedai pun semua dah tutup.. Hanya Dobi tu sahaja yang 24jam.. Aku turun Dari kereta masuk kedalam sambil bawa beg plastik berisi pakaian kotor Aku.. Setelah aku masuk kedalam mesin tersebut aku pun pergi dekat mesin tukar syiling.

(Ini Part Yang Buat Aku Agak Tr4uma Bila Nak Menulis Kisah Ni). Sewaktu aku sedang nak tukar duit syiling Di mesin tersebut.. Ada seorang Wanita Yang dalam lingkungan lebih kurang umur 33 ke 38 thn masuk kedalam dobi tersebut sambil membawa bakul berwarna biru dan dia memakai kain selindang yang menutupi wajahnya sehinggakan aku sukar nak lihat mukanya..

Aku sangka itu Customer jugak macam aku nak cuci baju.. So aku pun bagi salam dekat perempuan tu tapi dia tak menjawab salam.. Dia terus masuk dan pergi dekat mesin basuh baju.. Aku pun diamkan ajerlah. Lepas Aku dah tukar Wang kertas kepada syiling dekat mesin tadi.. Aku pergi dekat mesin basuh yang aku masukkan baju aku tadi..

Lepas dah masukkan syiling aku set (Warm) dan aku kena tunggu 24 minit… Sambil menunggu 24 minit tu baju aku tengah cuci aku ambil tempat Duduk Di bangku berhadapan dengan mesin yang aku tengah cuci.. lepastu Aku keluarkan handphone Dari pocket seluar untuk buka FB tengok komen tentang kisah pengalaman aku yang aku kongsikan sebelum ni dekat korang Dalam group (KCHM)..

tengah aku baca Komen dekat FB… aku toleh kepala Aku dekat wanita yang nak cuci pakaian dia… Sewaktu aku lihat perempuan tersebut masukkan kain berwarna putih Kain tu agak panjang.. Bila aku perhatikan dalam bakul dia tu memang semua kain bewarna putih.. dan kain tu memang panjang.. Aku pun tergerak hati nak bertanya..

Aku pun tegur dia lagi dan cakap “Panjang betul kain kakak tu?.. buat apa kain panjang macam tu?”.. Tapi dia tak menjawab, aku pun malas nak bertanya lagi.. lepastu aku memandang ke arah luar dobi dan aku berbisik dalam hati… “Ehh perempuan ni datang dengan siapa? Naik apa? Sebab aku tak nampak pulak ada kereta atau motor dekat luar”..

Sewaktu dia masuk Dalam dobi tadi pun aku memang tak perasan atau nampak dia naik motor atau kereta atau kenderaan lain.. Aku nak tanya dekat dia mesti dia tak jawab punya pertanyaan aku “Sombong” (Gumam Aku didalam hati). Aku pun terus tak endahkan dia lagi.. Aku pun duduk disitu dan menunggu baju aku siap..

Dan setelah itu pula aku masukkan baju aku dekat mesin pengering pakaian.. Setelah baju aku siap dibasuh dan kering aku pun lipat baju Dan masukkan kedalam Beg plastik spare yang aku bawa dari rumah tadi.. Setelah selesai lipat aku pun berjalan keluar nak ke tempat kereta aku.. sewaktu aku hendak keluar dari dobi.. wanita tadi masih ada lagi dekat bangku Dalam dobi..

lepastu aku lihat kain yang dia masukkan tadi kedalam mesin rupa-rupanya daripada tadi lagi tak dicuci dibiarkan macam tu jer.. Aku pun pelik dan bertanya… “Kakak nak basuh baju tak de syiling atau tak cukup syiling.. kalau kakak tak cukup ambil lah duit syiling ni, saya bagi ikhlas bagi sebab tadi waktu saya tukar duit syiling ni ada lebih, kakak ambillah..

kalau tak cukup saya tambahkan lagi”.. Tapi dia Tetap tak menyahut atau menjawab sepatah kata pun.. aku pun malas nak layan lepastu Aku keluar dari Dobi.. Lepas Aku masukkan pakaian dekat seat tempat duduk belakang aku masuk Dalam kereta dan beredar Dari situ… Perempuan tadi Masih lagi dekat dalam Dobi.

Besoknya 04 september 2020… Petang tu lepas aku balik kerja.. aku rasa tak sedap hati.. aku singgah dekat Dobi yang aku basuh baju malam tadi.. Dan aku Telephone nombor pengurus syarikat dobi terbabit dan aku nak minta tolong dia putarkan semula CCTV yang aku datang Malam tadi pada Lebih kurang pukul 12.30 a.m hingga ke 1.20a.m..

Dan selang beberapa minit kemudian Salah seorang pengurus dobi itupun sampai dan dia buka pintu bilik yang ada dekat dalam Dobi tu, Setelah itu dia putarkan semula CCTV Malam tadi pada pukul sekian-sekian. ALLAHUAKHBAR!!! Bila aku lihat balik CCTV Malam tadi rupa-rupanya dekat dalam Dobi tu aku memang bersendirian dan tak ada 1 pelanggan pun yang datang kesitu untuk basuh baju…

kecuali aku seorang sahaja.. Dalam CCTV terbabit aku dilihatkan waktu malam tadi aku bercakap sorang-sorang yang mana waktu itu tiada sesiapa dalam Dobi terbabit.. Merinding bulu Roma 1 badan aku menggigil waktu itu termasuk pengurus Dobi berkenaan yang melihat rakaman CCTV terbabit. Habistu siapa perempuan yang aku lihat malam tadi?.

Nasib baiklah malam tadi Wanita tu tak perlihatkan wajah dia ke arah aku.. Dan nasib baik juga dia tak ikut aku pulang kerumah.. Sudahlah aku ada adik yang masih kecil lagi yang bongsu, kalau tidak naya aku..Mulai saat ini aku nekad yang Aku dah tak nak basuh baju dekat Dobi Bila larut malam lagi.

(Sekian Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh.) Yang Baik itu datang dari ALLAH dan yang buruk itu datang Dari kekurangan diriku sendiri. Kredit muhammmad saiful zulhaini

Reaksi warganet

Je wan hazmizan – Aku biasa pegi dobi jam antara 2-4pg ..tp xde la duk pikir yg bukan2 kan maklum la kita mendobi tu pun bukan suka2 tp tanggungjwb ketua keluarga..sbb kadang bila tgok bini selalu duk basuh baju jemur baju..sekali sekala aku bantu tp aku malas nk guna mesin basuh dan malas nk menjemur jd aku ke dobi je cuma selalu lewat mlm sbb byk urusan keje siang hari

Muhammad saiful – Maaflah Moderator dengan Pentadbir tak izinkan saya upload video dekat Dalam group ni.. harap maklum. Dan saya dah berjanji dengan owner pengurus Dobi terbabit yang saya tidak akan sebarkan video tu dan beritahu dimana lokasi berkenaan.. Mohon maaf sekali lagi saya berpegang pada janji.. cukup lah saya kongsikan pengalaman dan peristiwa yang saya alami..

Amirul Lo – Bersangka baik la…dia pakai selendang smpai ttup muka tu sbb dia x bwk mask kot.. Tp kalau aku la ditmpat kejadian.. dua tiga kali tegoq x mnjawab jgk.. mmdapat jgk la ngan aku..mau dok tarik kain putih hat panjang tu pastu aku lilit badan dia smpaj habis kain tu..hamek kau… sombong sgt.

Sumber KCHM