“Sah dia org xbetul nie”. Aku suluh bucu surau, hairan dgn pkaian lelaki tue. Saat ditegur, aku terdiam. Kuat bsangka buruk aku.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. 7 tahun lalu, saya masih ingat lagi kisah ni. Masih terbayang bayang dalam ingatan tentang memori kisah yang dialami sendiri. Tanggal 31 Januari 2014, saya pasti tidak dapat melupakan tarikh ini sampai bila bila.

Malam itu, saya berseorangan pulang ke Besut. Mennggalkan 2 sahabat saya di Kuala Terengganu. Saya bertolak lewat, dalam kira kira pukul 11.30 malam. Dalam perjalanan, saya sakit perut yang amat sangat. Dan saya terus membelok mencari surau yang berdekatan. Dan yang saya jumpai surau di Wakaf Tembusu. Apabila saya sampai, kedengaran bunyi salakan anjing.

Saya memberanikan diri sendiri dengan membawa lampu suluh. Selepas keluar tandas, saya teringat bahawa saya perlu menunaikan solat Jamak Takhir Maghrib dan Isyak. Saya pun terus menunaikan solat di ruang luar surau disebabkan surau itu berkunci. Ketika solat, di hadapan saya seakan akan ada tangan yang melambai dan benda yang bergerak di hadapan.

Hati saya tidak keruan, namun saya teruskan solat. Seusai solat, saya mengambil lampu suluh dan menghalakan tempat yang saya nampak tangan yang melambai tadi. Astagfirullah, rupanya ada gelandangan di sudut surau. Pakaian cukup aneh sekali, dengan pakaian seperti seorang pemesin rumput, lengkap dengan “mask” dan sarung tangan.

Tidurnya beralaskan kotak kotak yang disusun rapi. Dia sedikit terganggu dengan lampu suluh yang saya halakan. “Sah dia orang tak betul nie”, bisik hati saya. Kemudian, ketika saya singgah di Petronas berdekatan untuk mengisi minyak kereta, tergerak di hati saya untuk membelikan sedikit makanan kepada gelandangan di surau tadi.

Sekadar memohon maaf kerana saya telah menggangu tidurnya. “Assalamualaikum Pak Cik, nie saya bagi roti dan air mineral pagi esok. Makan ye. Maaf ye tadi pak cik kacau tidur”. Kata saya sambil meletakkan roti Gardenia dan air mineral Mesra di tepinya. “Terima kasih, nak. Alhamdulilah, jazakalllah” balasnya.

Saya terkejut. Saya salah sangka pada pak ini awalnya. “Balik mana nak?” “Balik Besut pak cik” “Bawa kereta elok elok malam malam, jalan gelap”. Saya tersentuh. Betapa pak cik itu masih mampu mendoakan perjalanan seorang musafir seperti saya. “Nama pak cik apa yer?”. “Nama pak cik, Abdul Rasid. Pak cik tumpang tidur dekat surau nie”

“Kenapa pak cik tumpang tidur sini?”. “Pak cik berniaga minyak angin rata rata. Tue motor pak cik. Pak cik kalau datang sini, nie lah tempat bermalam pak cik”. Saya tersentak. Betapa hidup seorang golongan marhaen seperti pak cik ini amatlah perit. “Pak Cik, kenapa pakai macam baru lepas mesin rumput ye pak cik?”

“Oh, nie tak nak bagi nyamuk ketik. Kat sini nyamuk banyak”. “Kenapa tak pakai je Fumakilla? Saya boleh tolong belikan”. “Tak usahlah nak, pak cik tak tahan asap dia”. Saya terharu. “Pak cik, saya minta diri dulu ye. Maaf kacau tidur”. “Tak mengapa nak. Dekat sini tak hidup mana kariah surau nie. Surau berkunci. Kalau ada pun solat jemaah, Isyak sahaja.

Subuh pak cik sembahyang sorang sorang sahaja”. Saya mennggalkan Pak Cik Rashid dengan seribu tanda persoalan. Sepanjang perjalanan pulang, saya memikirkan nasibnya. Bagaimana dia bersusah payah mencari sesuap rezeki, barangkali untuk anak anaknya di rumah nanti. Melihat keadaan hidupnya, air mata saya mengalir perlahan.

Dalam perjalanan pulang, betul betul jiw4 saya berkecamuk. Dan di minda saya, saya hanya mampu teringat pada lirik lagu Ramli Sarip “Perjalanan Ini” dan kata kata kawan saya sebelum ini. “Manusia itu sebetulnya pengembara!”. Rupanya, ada persamaan antara pak cik dan saya. Ya, kami sama sama bermusafir di atas Muka bumi pinjaman Tuhan, walaupun caranya yang berbeza.

Harap harap kau belajar merindui asal-usulmu kerana ia akan sentiasa menantimu sehingga kau m4ti. Belajarlah daripada dinihari segala isinya yang pasti akan terus setia menemani. Moga moga dapat kau jadi lelaki paling berani untuk mendiami liang tanah ini kembali. InsyaAllah!!!

Barangkali Allah sedangkan menguji saya, dengan membeli harga sebuah kemanusian, menerusi kisah seorang tua dan surau usang! Semoga Pak Cik Rasid dimurahkan rezeki dan diberikan keberkatan hidup di dunia dan akhirat.

Reaksi warganet

Zack hunter – simple cerita ni tapi memberi kesan.. even TT punyer small gesture utk belikan.sedikit mknan buat pakcik tu adalah tanda ramai lg jer manusia yg baik di muka bumi ni.. kita pun boleh usaha jadi agen kebaikan dan focus membantu org.. benda2 remeh yg buat konflik tu kita try elakkan.. thanks TT

Fitriah zaid – xpasti kalo surau wakaf tembesu kat mana.. mmg ade petronas.. n tok jiring tu pun ade Petronas n byk surau. tkut ye tukor ape ke.. sbb dekat2.. hehehe. tp mmg pun, kalo tgk pokcik2 hok mcm kerja mbkt ke, mesin rumput ke.. rasa lain sikit kan ticer.. tgk dorg buat kerja mcm xdak masalah je.. hari tu sy ade nmpk sorg pokcik ni.. zmn smk.. pakaian lusuh je, duk igak/ pegang kucing.

sy perhati je igt ye ngenak.. sbb kucing tu mcm meronta gitu. sy g dekat sikit pokcik tu kejut, ye serba salah senyum2 kata ye ltk ubat kat kucing2 terbiar area pasor tuu.. ye mari sebok lalu.. pokcik tu mcm dhaif sgt dgn moto usang, tp bakti dia duk rawat kucing2 sakit mata/ kurap tu…(tiber rasa nk tulis panjang2 )

Shafiq azli – Terima kasih gop baca. Tergerak hati sgt nok share SBb MMG terkenang sungguh pada dia .sampai skrg tertanya kenapa la saya tak ambil no pak cik Rashid tu. Sihat kah dia sekarang.

Minta maaf la dgn orang wakaf Tembusu SBb location tu takut confuse. Takut jugak org cari surau tu..bila citer kawan kawan mungkin pak cik tu x wujud sebenarnya. Cuma Allah hantar . Wallahualam

Nisa asfar – Saya rajin membaca malam ni, confession ni memberi keinsafan dan peringatan. Kisah throwback 7 tahun lalu dan renungan hakikat kehidupan.. Macam mana confessor boleh teringat nak cerita kisah lama tu kat sini.. Semoga Allah permurahkan rezeki p.cik Rashid dan confessor juga.

Sumber – Apai Syifa (Bukan nama sebenar) via IIUMC