Sbb desakn hdup, ibu tpksa serah Ira dkt mama. Bila Ira dpt straight A, ibu nekd ambil ira. Rupanya ini alasan ibu pisahkn ira dan mama.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum warga pembaca sekalian. Sejak akhir ini kita semua agak terkesan dengan cerita duka yang menimpa adik Amir yang mennggal kemungkinan did3ra. Cerita adik Amir mengingatkan saya tentang kisah keluarga kami kerana terjadi hampir serupa.

Cuma bezanya tiada pend3raan terjadi dan ibu saya adalah ibu tunggal dan tidak berkahwin lain sampai sekarang. Adik saya (saya namakan sebagai Ira) diberi kepada keluarga angkat ketika berumur 9 atau 10 bulan kalau tak silap. Alasan diberi kerana ibu baru bercerrai dan tidak mampu menjaga Ira kerana jarak Ira dan saya ketika itu cuma setahun.

Ibu cuma seorang kerani dan bekerja jauh dari keluarga. Atok dan nenek dah mennggal. Pakcik dan makcik pulak semua tinggal jauh. Ayah?? Hmm ayah lagilah tak mampu dengan tidak bekerja dan ketika itu terlibat dengan najis ddh. Memang tak lah. Allhamdulillah Ira diberi jaga kepada sebuah keluarga bahagia dan sempurna bagi saya. Juga kenalan lama ibu.

Latar belakang keluarga baik baik dan senang. Ira mempunyai mama, papa, kakak dan abang kiranya complete dah. Papa bekerja sebagai kontraktor, mama pulak dulu seorang nurse tapi berhenti kerana nak tumpukan kepada keluarga dan manjaga anak sendiri. Mama sukakan budak dan menginginkan anak ramai malangnya kerana mama bersalin czer, mama hanya mampu mempunyai 3 anak.

Seperti keluarga Amir kehadiran Ira disambut gembira oleh mereka. Kakak dan abang happy ada adik baru. Tapi saya tak pasti tentang perjanjian ibu dan mama ketika memberi Ira untuk dijaga ketika itu. Yang pasti juga tiada hitam putih. Setiap hujung minggu kami akan melawat Ira dirumah mama. Kiranya moment perkembangan Ira kami dapat lihat.

Dari merangkak berjalan dan bercakap. Ira pulak ketika itu sangat comel dan tak banyak kerenah. Ketika umur saya 6 tahun. Ibu ditukarkan ke utara. Ibu ada terfikir untuk membawa Ira bersama kerana nanti kami akan berpisah jauh sebab Ira di selatan. Tapi setelah dipujuk rayu oleh mama, Ira tak dibawa bersama. Maka berpisah lah kami, huhu.

Kadang kadang 5 bulan sekali baru berjumpa. Kadang kadang setahun. Pejam celik pejam celik Ira akhirnya berumur 8 tahun. Turning point untuk mengambil Ira adalah selepas keputusan UPSR. Ira mendapat straight A. Baru ibu tahu Ira rupanya seorang sangat cemerlang disekolahnya. Budak bijak orang kata. Saya pulak beshe beshe jee. Hehe.

Kemudian ibu memberitahu hasrat untuk mengambil Ira. Alasan ibu sebab kesiankan saya takde kawan kata ibu. Dengan linangan air mata, mama serahkan Ira. Begitu juga kakak dan abang Ira. Moment tu sebijik macam dalam video adik Amir tu. Saya tengok pon sedih. Maka tinggallah Ira dengan kami. Saya gembira kot sebab dah ada kawan sebilik tetapi tidak Ira.

Dia tak gembira. Huhu. Dia hanya banyak termenung dari melayan saya. Ibu dah buat macam macam. Belikan buku, mainan, bawak jalan jalan. Ibu layan Ira macam princess untuk buat Ira tersenyum. Tapi memang betul kebahagiaan tu terlalu subjektif dan tidak dapat dibeli. Tidak dapat dipupuk sehari dua ok. Ira rindukan keluarga dia disana.

Jarak memisahkan, hanya dapat dengar suara. Tiap malam saya dengar Ira menangis ketika tidur. Saya akan cerita pada ibu. Pelajaran dia sedikit merosot begitu jugak dengan berat badan. Ira selalu beritahu saya mama masak sedap, ibu masak tak sedap. Tapi bagi saya sedap je. Yelah dia dah biasa dengan masakan mama kan.

Lebih kurang 5 bulan Ira tinggal dengan kami. Ibu bercakap dengan Ira dari hati ke hati. Sebelum ini Ira tak pernah meluahkan isi hati. Dia tak pernah mmber0ntak dan komplen pada ibu. Memang bagus didikan mama. Ira cuma banyak termenung dan sedih. Ibu tanya Ira, “Ira nak balik duduk dengan mama ke”. Ira diam cuma dia menangis.

Ibu tanya lagi kemudian. Ira cakap dia rindu mama, papa, kakak, abang, sekolah, makanan, bilik dia, suasana dan segalanya yang dia ada disana. Saya nampak air mata ibu masa tu. Tapi ibu tak salahkan Ira. Akhirnya ibu terpaksa pulangkan Ira demi kebaikan Ira. Kami sayangkan Ira tapi kami terpaksa terima tempat Ira disana bersama keluarga angkatnya. Bukan bersama kami.

Sekarang Ira berumur 20 tahun sedang melanjutkan pelajaran di sebuah IPT di ibu negara. Saya juga, cuma berlainan IPT. Alhamdulillah hubungan kami ok. Sesekali kami akan berjumpa dan lepak bersama. Saya juga rapat dengan keluarga angkat Ira. Kalau mereka datang melawat Ira mereka pon akan datang melawat saya juga. Hikmah disini keluarga saya bertambah besar. Hehe.

Jadi kesimpulannya kepada parents diluar sana, utamakan lah em0si anak anak lebih dari segalanya. Seriously saya pernah bertanya ibu kenapa ibu tiba tiba nak ambik Ira. Ibu beritahu masa tu ibu fikir Ira bijak dan mungkin akan jadi aset jangka panjang ibu. Nnti Ira dah kerja dia akan bagi duit pada mama bukan pada ibu. Tapi nasib baik ibu cepat sedar yang em0si Ira adalah paling penting masa tu.

Seriously guys. So please jagalah anak kita dengan ikhlas untuk medapat keredhaan Allah sebab anak tu amanah bukan bola untuk ditendang kesana kemari. Kepada adikku Ira, if u read this kak long tetap kakak Ira walaupon kita tak dibesarkan bersama tapi drah yang mengalir adalah sama. Ira adalah adik Kak Long sampai bila bila.. – Kak long (Bukan nama sebenar)

Reaksi Warganet

Mai Mohd Azman – Saya ada 1 kes dekat belah kakak sepupu. Dia bela anak angkat mngsa pencerraian. Mak budak tu taknak, serah dekat orang. Lepas tu mak dia kawen lain. Tak faham kan, buang anak, cari suami baru. Sekarang anak tu dah besar.

Belajar oversea lagi. Tapi bapa angkat very very strick. Setiap kali mak kandung nak jumpa, bapa angkat will escort anak dia jumpa mak kandung, haha. Padan muka mak kandung.

Biskut Merry – Ye, betul la tindakan ibu awk tu dengan pulangkan Ira kembali pada famili mama. Agaknya macam ni jugalah sikap arywah sepanjang tempoh 2, 3bulan dia di rumah baru. Untuk parents (peringatan diri sendiri juga) fikirkan la hati anak anak kita.

Jika kita dah serahkan dia kepada orang lain, bayangkan kita sendiri yang dah besar panjang ni jauh dari ibu ayah, mesti rindu kan?. Apatah lagi budak budak usia kecil tu. Patutnya step by step la pikat hati anak tu..

Nurul Azlin – Bab untuk jangka masa panjang tu semua parents akan ada thoughts macam tu. Jangan lah kecam mak kaklong sebab dia pun manusia yang kekhilafan. Korang yang kecam tu macam tak pernah buat silap pulak ek. Tapi mak kaklong cepat sedar dan sanggup mengalah untuk kebahagiaan anak kandung dia.

Kaklong jangan terasa dengan mulut nurtizen puaka yang mengecam tu. Korang yg mengecam tu tak duduk tempat mak kaklong yang ibu tunggal struggle nak besarkan anak anak sorang diri. Mesti lah dia dah fikir panjang nak serahkan Ira dulu. Keadaan yg terdesak menghimpit dia. Utk kebaikan Ira dia sanggup korbankan kasih. One noble act she did.

Tahniah kaklong punya ibu yang sangat luhur hatinya. Sedih baca sebab terkenangkan saat perpisahan berendam air mata menjeruk rindu terhadap anak sendiri. Naluri seorang ibu yang pengasih dan penyayang nak yang terbaik untuk masa depan anak dia. Bab rezeki Ira nak bagi duit untuk balas jasa dekat mak dan mama tu, kita serahkan kat Allah je dah lah.

Kameena Ismail – Pada saya mak mak ni kena fikir, jika layanan yang baik diberi, layanan itu akan kembali pada dia. Kalau ikhlas menjaga, inshaAllah keihklasan juga akan dibalas. Sama mcm duit ke apa. Anak ni kalau ada duit takkan kedekut langsung nak hulur dekat ibu atau ibu angkat atau sesiapa la.

Bagi saya, kalau masa kecik kecik dulu, kau kedekut, itu kedekut, ini kedekut, kejap kejap carut, kejap kejap komplen, kejap kejap berkira. Yang membuatkan budak hari hari rasa nk lari rumah. Dengan ayat menumpang3x, fikir la balik bahagian mana sebenarnya hak kau?

Tapi tula sebagai anak, bila anak dah bekerja. Tetap kami melayan baik baik walau dulu kami tak dapat layanan sebegitu dulu. Satu benda je la, rapat. Ini tak mampu nk buat. Duit je la boleh hulur. Tapi itu jela tujuannya pun kan, huhu. That is all that matters. hish. Apa apa pun pengalaman mematangkan. Kami nk jadi lebih baik dr mereka.

Chempaka Biru – Saya tak salahkan mak TT berfikiran macamtu. She’s a single mom. Suami tak boleh harap. Tiada keluarga sanak saudara yang bagi support. Wali lelaki lain kepada tt pun tak membantu..

Memang dia harapkan Ira dapat ubah nasib dia. Tapi mak TT ambil keputusan yang betul untuk lepaskan Ira. InsyaAllah dengan didikan baik daripada keluarga angkatnya, Ira takkan lupa mak dan kaklongnya.

Puteri Pelangi – Saya ada anak buah yang saya layan macam “adik”, saya sebab mak saya jaga dari baby. Banyak duit dan tenaga dihabiskan daripada baby hingga 14tahun umurnya kerana kami juga orang susah. Memang semua dilebihkan untuk dia kerana kami memang sangat menyayanginya.

Bila dia meningkat sek menengah, dia selalu pulang ke rumah ibunya ketika cuti sekolah… Ketika kembali semula ke rumah, dia mula menunjukkan “perangai” menjawab apabila ditegur, melawan, tak nak bantu kerja rumah. Akhirnya dia mintak balik semula dengan ibunya. Tetapi difitnah kami yang taknak jaga dia. Dengan perasaan sedih, kecewa kami lepaskan.

Hubungan kami semakin menjauh. Alhamdulillah, dia juga telah berkahwin kini. Cuma nya saya terkilan, akibat hasutan, dia melupakan jasa ibu saya membela dia daripada baby hingga 14tahun. Sekarang saya dah move on “adik” saya tu dari hidup saya. Dari jauh saya doakan dia agar terus bahagia selalu.

Sumber IIUMC