Hairan, isteri byk “berdiam”. Sbb sunyi, setahun ak terjebak. Tp bila dgr adik ak minta cerrai, ak rasa tertampar.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum semua. Aku merupakan pegawai pegawai kerajaan bahagian professional. Aku rasa semua maklum berapa sangat lah gaji kakitangan kerajaan gred 41.

Isteri pula, bekerja di syarikat oil and gas sebagai chief engineer. Tak perlu aku maklumkan disini berapa gaji isteri aku, cukup la aku katakan berganda ganda lebih dari gaji aku. Waktu dulu kami sama sama susah. Kami bermula dari bawah, tetapi rezeki isteri aku agak mencurah curah selepas kahwin. Berbeza dengan aku masih di gred yang sama.

Mungkin asbab d0sa yang aku lakukan pada dia. Aku tak nafikan, apabila isteri bergaji besar, hidup agak selesa. Rumah besar, barang barang bejenama, berkereta continental, makan pun mewah. Ya, aku tak mampu untuk semua itu, memang isteri aku yang banyak membayar kesemuanya. Tetapi itulah orang kata, kebanyakan lelaki akan tetap mencari keseronokan lain biarpun isteri dah sempurna.

Cuma nasib aku baik, Allah tutup d0sa aku dari pengetahuan isteri sampai sekarang. Cuma itula, Allah balas dengan cara lain. Rumah tangga adik perempuan aku yang huru hara hingga menyebabkan pencerraian. Suami adik aku mempunyai perempuan lain. Aku ibarat tertampar apabila adik perempuan aku berani meminta cerrai dengan suaminya.

Betullah kata orang, perempuan sekarang tidak heran atau takut pada pencerraian. Walhal adik aku hanya kerani di jabatan kerajaan dan suaminya pula seorang chief akauntan di sebuah bank. Waktu kerja isteri aku tidak la sesibuk mana. Cuma terdapat waktu waktu tertentu dia terpaksa pulang lewat.

Isteri aku perfect dari segi banyak segi. Dia cantik, putih, bibir merah tanpa lipstik, tak gemuk dan tak pendek, pembersih, pengemas dan pandai urus anak anak. Alhamdullilah, Allah kurniakan dua orang anak. Cuma satu saja yang aku perasan, dia memang jarang ketawa. Paling kuat pun hanya senyum lebar nampak giginya yang putih. Amat jarang untuk lihat dia ketawa.

Isteri aku dulu tak lah pendiam mana, kalau bergayut di telefon minimum 30 minit. Tapi selepas kawin memang jadi pendiam. Pelik aku. Kalau orang lain merungut isteri membebel, rumah bising, tetapi bukan isteri aku. Rumah aku akan bising dengan suara tv, suara anak anak. Mungkin ini yang membuatkan aku agak kebosanan.

Komunikasi kami sangat lah formal setiap hari, dialog yang sama setiap hari. Waktu pagi, dialog utama kami, ‘hati hati pergi kerja, jangan nakal nakal, jaga diri, dah sampai call’. Bila dah sampai office, ‘dah sampai office, jangan lupa breakfast’. Waktu lunch, ‘tangkap gambar makanan, jemput makan, jangan lupa baca bismillah, makan dengan siapa?’.

waktu balik kerja, ‘otw balik rumah, hati hati drive, nak order makan apa hari ni’. Dah sampai rumah, ‘jom makan (makanan biasa aku beli), nak tengok cite apa, nak solat jap, nak madi jap. Bila aku tanya isteri, ok kerja hari ni, ‘biasa je, ok saja macam biasa’. Dia pula tak pernah tanya kerja aku, dia memang selalu diam. Cakap pendek pendek, kalau buat karangan aku rasa tak sampai satu muka surat.

Boleh dikira berapa patah perkataan sahaja dia keluarkan dalam satu hari. Aku jadi pelik macam mana dia boleh berjaya dalam kerjaya. Mungkin asbab dia pemurah dengan suami dan anak anak, keluarga sendiri dan keluarga mertua, Allah murahkan rezeki dia. Aku pernah tegur dia kenapa diam saja tak cakap apa apa?.

Aku pulak di soalnya balik, nak cakap apa, takde benda nak cerita pun. Aduh… blank aku. Masalah ini lah yang membuatkan aku terjebak dengan perempuan lain hampir setahun. Tetapi aku dah bertaubat dengan kejadian yang menimpa adik aku. Memang aku buang terus no telefon yang aku pakai untuk perempuan tu. Tak sanggup aku kehilangan isteri dengan anak anak aku.

Jangan cakap aku sayang dia kerana duit dia, tidak sama sekali. Aku berkahwin dengan dia semasa dia biasa biasa sahaja. Level kami sama. Cuma aku tak pasti bagaimana nak ubah isteri aku supaya menjadi seperti isteri orang lain yang kuat berleter. Dia sangat perfect dari segala segi, cuma masalah dia adalah terlalu senyap. Jangan usulkan aku untuk bawa dia pergi bercuti dan buat surprise.

Aku tak pernah miss buat surprise untuk aniversary dan birthday dia. Bercuti setahun sekali adalah minimum, tapi biasanya memang isteri aku la yang usulkan tempat untuk bercuti. Tapi tu la, selepas bercuti kembali diam seperti biasa. Tolonglah aku bagi cadangan yang bernas. Aku takut aku lakukan kesilapan yang sama. Sekian… Wan – Wan (Bukan nama sebenar)

Reaksi Warganet

Zee Ekyn – Setahun ade perempuan lain. Dia tak tau? Mustahil sangat tu. Dia dh tau. Cuma dia fikir anak anak, dia malas nak gaduh.Cube encik try ngaku dan minta maaf atas kesilapan. Dapatla jawapan dia nanti. Perempuan bila dia senyap maknenye, Perasaan dia dah hilang.

Encik Gagak – Confessor jangan ngaku. Ntah dia tahu ke tak. Tibe jadi per4ng. Baik kau solat taubat. Buat sarapan pagi untuk isteri dan anak anak. Tolong basuh pinggan. Layan isteri macam pemaisuri. Biar dia tengok effort bangun pagi awal dari dia. Sedia sarapan tu sebagai effort kau nak berubah.

Wanita dia tengok kau, bukan base on janji manis. Dia tengok kau buat perubahan ke tak. Bila dia rase dia nak luah, dia akan luah. Waktu tu kau minta maaf sambil peluk cium je.

Madamne Que – Alasan untuk curang sunyi.
Haha. Cantik, bagus serba serbi. Stil, ko rasa wife ada kekurangan. Air laut, makin diminum makin haus dik. Ntah ntah ko pun sama membosankan sebab tu la wife tak berminat nak sembang dengan ko. Ko pun skrip yang sama hari hari. Dia pun jawab yang sama la.

Cuba cari topik yang dia minat: ko kata dia pakai barang barang branded. Cuba test tanya pengetahuan dia. Buat buat tanya soalan walaupun ko dah tau jawapan. Pancing la dia.

Contoh Ehh mahal g1le handbag ni. Guna kulit apa ni? Apasal orang pompuan ni minat sangat ngan kain norwex ni eh? Sama je kan ngan kain microfibre lain. Apa yang best? Dan sebagainya. Haih. Ada suami tak suka dengar isteri membebel, str3ss diorang cakap.

Ni wife tak banyak cakap, cakap perkara perkara penting, nak yang suka membebel pulak. But dik, akak rasa ada yang wife ko pendam ni. Cuba ko tanya dari hati ke hati.
Selalunya pompuan jadi gini bila tawar hati.

Hazirah Hj Hamzah – Kalau isteri kuat berleter nanti macamna pulak? Mampu ke hadap? Kalau dia diam, awakla banyak cakap. Banyak tanya dia. Concern pasal dia. Tanya la benda remeh pun. Dah makan ke belum? Kerja di mana hari ni? Makan apa hari ni?. Lama lama mungkin dia akan bercakap banyak. Ataupun sebenarnya dia tau awak pernah curang. Hati dia sakit.

Dia pula wanita bijak buat silent treatment. Silent treatment lagi sakit dari membebel bebel sebenarnya. Memang perempuan sekarang tak heran pun kalau bercerrai sebab dah ramai pandai berdikari dan bawa diri. Jangan buat pasal je.. Buat pasal tunggu je la apa yang isteri bijak akan lakukan.

Miraei Kiroro – Boleh jadi en sendiri pon membosankan si isteri tanpa sedar. Buat rutin baru dalam hubungan en dgn isteri. Ajak sembang, dia bagi jawapan pendek, en tanya lagi mintak dia huraikan. Biar kita nampak ‘b0doh’ sekejap takpe untuk biasakan dia respon seperti yang kita nak.

Kadang mungkin si isteri risau suami penat dengan kerja sebab dia cuba letak situasi suasana kerja dia yang smua orang tau memang penat dan busy. Jadi en kena pndai main peranan, fahami isteri dan cuba cari punca kenapa makin berkurang bilangan patah perkataan isteri en. Kalau ikutkan sebelum berkahwin elok cakap bnyak.

Mungkin asbab str3ss kerja atau bebanan isteri yang btambah dek kena ambik sebahagian role suami dalam menampung keperluan nafkah keluarga. Kena bnyakkan komunikasi dan itu kena bermula dari en dahulu sekiranya mahu perubahan. Kadang kita susah nak akui silap sendiri dengan jadikan alasan isteri pendiam untuk kita cari keseronokkan dengan perempuan lain.

Sumber IIUMC