“Bebas, aku cuma mahu bebas”. Kelahiran aku dibenci bapak. Dari bayi, dh jd mngsanya. Umur 16, dgn brseluar sekolah aku nekad.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum semua. Selama bertahun-tahun sejak aku follow page ini aku hanyalah pembaca pada masa lapang. Tapi hari ini rasa terpanggil nak menulis dan confess di sini. Pertama sekali nak minta maaf jika penulisan aku agak bosan untuk dibaca.

Aku bukanlah penulis, sekolah pun tak habis. Rasa terpanggil nak berkongsi tentang pengalaman hidup aku lepas baru baru ini tular dekat media s0sial kes seorang budak lelaki bernama Amir yang mennggal dengan kesan kesan pend3raan pada badan, dan disyaki dilakukan oleh orang tuanya sendiri. Aku lelaki, dan sekeras keras hati aku, aku menangis bila tengok video masa dia berpisah dengan keluarga angkat dia.

Jelas dan terang keluarga angkat dia sangat menyayangi dia Aku dapat rasa ikhlasnya kasih sayang mereka sekeluarga untuk Amir. Tanpa menyangka tindakan mereka mengembalikan Amir kepada keluarga kandung adalah keputusan yang salah. Aku doakan semoga keluarga angkat Amir tabah menghadapi ujian ini. Semoga Amir tenang dan gembira berlari di taman syurga di bawah lindungan Allah SWT.

Nama aku Arman. Usia aku dah hampir 37 tahun hujung bulan Februari ini. Syukur alhamdulillah aku masih diberikan peluang untuk bernafas dan mengejar mimpi aku. Meneliti kisah aruwah Amir mengundang sebak dalam diriku kerana aku juga pernah menjadi mngsa pend3raan fizikal dan ment4l semasa aku kecil sehingga menjengah remaja. Automatik air mataku berderai.

Rasa tr4uma dan f0bia mengimbau kenangan lalu. Sejak aku lahir, kelahiran aku dibenci oleh bapak. Sangat sangat dibenci. Cerita daripada nenek, semasa aku mula merangkak, bapak pernah ter4jang aku sampai aku tergolek sebab dia benci bila aku mendekatinya. Aku anak sulung daripada empat beradik. Tidak seperti adik beradik yang lain, hanya aku sahaja yang bapak benci dan sering dijadikan punching bag.

Sejak kecil, sejak aku boleh mengingat, hanya kata c4ci m4ki yang bapak hamburkan padaku. Alasan bapak membenciku adalah kerana mak mengandung terlalu awal ketika mereka baru berkahwin. Bapak menuduh anak yang mak kandungkan bukan anaknya. Malah mengatakan mak menjeratnya untuk berkahwin kerana ingin menjadikan bapak sebagai pak sanggup.

Bapak tidak mengaku aku drah dagingnya, walaupun tanpa membuat ujian DNA wajah aku sangat jelas mirip dengannya. Bapak tidak membenarkan aku memanggilnya bapak seperti adik beradik yang lain. Aku hanya dibolehkan memanggilnya pakcik. Aku tahu ramai antara kita pernah dipkul oleh ibubapa sebagai hukumn jika berbuat salah. Pastinya pkul sebagai tanda sayang, bukan?

Tetapi saat aku dipkul dan dibantai, aku hanya dapat merasakan benci dan marah yang meluap luap dari bapak. Aku sering dipkul secara tiba tiba tanpa melakukan salah. Aku pernah dilemaskan oleh bapak ke dalam kolah di bilik air kerana makan nasi dengan lauk ikan goreng yang disimpan untuk bapak. Aku tak tahu ikan itu untuk bapak. Tanpa rasa bersalah aku pulang sekolah dan makan.

Umur aku darjah tiga masa tu. Aku ingat lagi. Hidung aku pedih, aku menjerit, meraung minta bapak berhenti celupkan kepala aku ke dalam kolah. Sampai berdrah dahi aku terkena dinding kolah. Wajarkah budak 9 tahun dihukm begitu kerana memakan ikan yang dia tidak tahu tidak layak untuknya. Apa yang aku tak rasa. Tak cukup c4ci m4ki dan sumpah seranah yang menjadi makananku setiap hari.

Tubuhku juga seperti batang pisang, lunyai setiap hari dikerjakan bapak. Apa aku tak rasa. Sepak, terajang, penampar, tali pinggang, batang penyapu. Yang menyakitkan adalah aku tidak tahu apa salahku. Hanya mak yang menyayangi aku dalam keluarga. Tiap kali selepas bapak pukul, mak akan peluk aku. Aku akan menangis dekat pelukan mak.

Mak pernah minta maaf padaku sebab tak mampu lindungi aku bila aku dipukul. Bila mak lindung aku, mak sekali akan dipukul. Aku lebih sanggup dipukul daripada melihat mak dipukul bapak. Mak kerja menoreh. Bapak kerja ladang. Apa bapak beli, aku dihramkan untuk makan. Wang saku sekolahku semuanya daripada mak.

Baju sekolah, kasut sekolah, semua mak belikan. Berbeza dengan adik adikku. Semuanya bapak belikan. Makananku sehari hari juga diasingkan. Hanya lauk yang mak beli aku dibenarkan makan. Pernah sekali bapak tiada di rumah, aku teringin sekali mahu menjamah ketam di bawah saji. Ketam dibeli bapak untuk santapan adik adikku. Aku curi curi makan nasi berlaukkan ketam.

Petangnya aku dibel4sah teruk sampai bengkak mulutku. Bapak kutip kulit ketam dalam tong sampah, sumbat dalam mulutku. Adikku yang mengadu aku makan ketam itu. Aku serik dan berjanji tidak akan lakukannya lagi. Aku ke sekolah jalan kaki, adik adik lain bapak hantar naik motor. Walaupun jauh, tapi aku sekolah. Kerana sekolah sajalah tempat aku rasa selamat daripada menjadi mngsa kezaliman bapak.

Bajuku kuning sudah lusuh, kasutku berlubang sudah koyak. Tiada orang mahu berkawan denganku. Rambut aku panjang, hapak, pernah ada kutu. Tiada siapa peduli. Kata mak pakai sajalah apa yang ada. Nanti tahun depan baru beli baru. Aku pakai selipar dalam perjalanan ke sekolah. Supaya kasut burukku tidak bertambah rosak akibat berjalan jauh.

Sesekali ada yang baik hati tumpangkan, seronoklah aku. Umur aku 15 tahun. Mak mennggal. Dipatuk ular di kebun getah. Terlantar di rumah dua bulan, sebelum akhirnya dijemput Tuhan. Aku meraung macam nak g1la. Meratap, menangis sampai nak buta mata. Mak. Satu satunya orang yang sayang, yang melindungi aku, pun pergi.

Umur aku 15 tahun waktu itu, aku sudah pandai bertanya kepada Tuhan. Kenapa Tuhan lakukan ini padaku? Tidakkah Tuhan nampak hidupku sangat menderita, kenapa Tuhan ambil orang yang aku sayang. Terus aku ada siapa lagi? Aku marah Tuhan. Tuhan tidak adil, kataku. Selepas mak mennggal, bapak tetap juga memukulku. Satu hari kalau dia tidak belasah aku, mungkin tangan dia akan gatal gatal.

Aku nak ke sekolah, tapi aku tiada wang belanja. Aku beranikan diri minta, “Pakcik, boleh Man minta duit sekolah?” Dia tatap aku seakan mahu menelan aku. Tanpa bertangguh lama aku lekas lekas angkat kaki sebelum aku sarapan penampar pagi itu. Tiga hari selepas pemergian mak, aku rehat minum air sahaja. Air masak bekal dari rumah. Sambil baca buku dalam kelas.

Ada gadis kelasku, aku masih ingat dia berikan aku roti. “Makanlah, takziah Man.” Aku lelaki. Dan aku menangis tersedu sedu di hadapan dia tanpa segan silu. Dia tarik kerusi sebelah aku. Dan dia menangis juga. Orang pertama ucapkan takziah kepadaku. Orang pertama dan terakhir. Aku sudah lost contact dengan dia berpuluh tahun.

Tapi sampai harini aku ingat dia. Semoga Allah murahkan rezeki dia. Demi kelangsungan hidup, aku kerja sambilan kedai Cik Jah. Cuci pinggan, belajar buat air. Habis waktu sekolah, aku kerja. Sampai malam. Supaya aku dapat makan dan dapat wang saku untuk sekolah. Berbulan bulan aku sekolah dan kerja. Sampai umur aku 16 tahun. Hari terakhir aku dipukul bapak.

Aku ingat lagi. Aku balik kerja lewat malam itu. Balik rumah pintu sudah dikunci. Aku tidur di beranda rumah. Bapak bangun pagi itu dan hadiahkan aku sepakan di muka waktu aku nyenyak tidur. Alasannya kerana halang laluannya di muka pintu. Sepak, di muka. Bayangkan. Bukan perlahan. Umur aku 16 tahun. Aku menangis macam budak kecil. Bukan sakit di muka saja. Lebih sakit di hati sebenarnya.

Tak cukup dia sudah hadiahkan kaki di muka aku, dia ambil baju sekolahku yang baru aku beli awal tahun itu, dia bakar depan mata aku. Hati aku hancur. Aku ke bilik mandi, cuci muka yang berdrah, drah dari hidung. Aku mandi. Aku ambil beg sekolah. Aku ambil semua bajuku yang tidaklah banyak. Aku ambil semua dokumen penting. Aku hitung duit simpananku. Ada lebih RM300.

Aku pakai pakaian sekolah dan keluar rumah, aku jalan kaki ke kedai Cik Jah. Aku minta bungkus nasi dengan telur. Cik Jah siapkan makananku dan gesa aku segera ke sekolah. Aku salam Cik Jah. Aku tak pernah salam Cik Jah. Tapi hari itu beza. Salam terakhir. Aku tak beritahu aku mahu pergi. Cik Jah baik. Cik Jah yang jaga makan minum aku sejak mak pergi. Bila tiada pelanggan, Cik Jah suruh aku belajar.

Aku ke stesen bas. Naik bas ke Kuala Lumpur. Dari utara tanah air, bayangkan. Dengan pakai seluar sekolah. Tiada arah tujuan. Tiada tempat mahu dituju. Bebas, aku cuma mahu bebas. Aku menangis dalam bas. Sambil pegang muka aku. Bengkak bekas terajang pagi tadi. Aku sampai di Kuala Lumpur, sebatang kara. Tempat asing, tiada siapa aku kenal. Aku makan nasi yang dibekal Cik Jah.

Sambil air mata aku bergenang. Berapa hari aku merempat di stesen bas di Kuala Lumpur itu, sekarang stesen bas itu sudah pun ditutup. Beberapa hari aku di Kuala Lumpur, khuatir duit belanjaku makin susut, aku cuba cari kerja.BAku nampak iklan jawatan kosong di bengkel motor. Aku cuba nasib. Walaupun tiada pengalaman membaik pulih motor, malah aku sendiri tidak pernah bawa motor.

Aku yakinkan bos itu aku akan belajar dan kerja sebaik mungkin.BDia terima aku bekerja. Aku belajar dari kosong. Aku kerja di situ, sebelah malam aku akan kembali ke stesen bas untuk lelapkan mata. Sementara aku kumpul duit mahu sewa bilik di mana mana. Berminggu minggu.BBila waktu rehat, aku cepat cepat ke bilik air dan basuh pakaianku lalu sidai di belakang kedai sebelum aku ambil sebelah petangnya.

Sehingga satu malam, lena aku dikejutkan seseorang. Bos aku sendiri, dan isterinya. Aku panggil mereka Uncle Lee dan Miss Lee. Rupanya mereka mengintip pergerakan aku kerana curiga mahu tahu di mana tempat tinggalku. Mereka larang aku tidur di stesen bas sebaliknya pelawa aku tidur di tingkat atas kedai.

Aku setuju dan gembira. Walaupun bilik kecil dan sudah lama tidak digunakan, aku sangat terharu dan gembira. Aku sapu dan kemaskan, rebahkan badan atas tilam nipis dan tidur keletihan. Baru aku terasa masih ada Tuhan mengasihiku. Bapak? Bapak tak perasan pun aku tiada. Tiada siapa peduli kehilangan aku. Aku ada atau tidak, sama saja. Lebih baik tiada, ada pun membawa s1al saja.

Walaupun kerja berat dan gajiku tidaklah mewah, tetapi hidupku terasa sangat bahagia. Tiada siapa lagi memukul dan mend3raku. Tahun demi tahun berlalu, aku masih setia kerja di situ. Malah aku sudah boleh bertutur bahasa Mandarin kerana berkawan dengan anak pasangan Lee yang sebayaku, namanya Shawn.

Daripada tinggal di bilik atas kedai, keluarga Lee pindahkan aku ke belakang rumah mereka. Aku ditempatkan ke rumah kecil, sebenarnya stor. Tetapi lebih besar daripada bilikku di kedai. Keluarga Lee layan aku seperti keluarga sendiri. Habis kerja aku balik rumah dan makan bersama mereka. Aku tak pernah makan beramai ramai begitu. Pertama kali aku makan begitu, rasa berdebar.

Tanganku menggigil pegang chopstick. Dan aku sebak lalu menangis. Inikah rasanya makan bersama keluarga? Aku tertanya tanya. Hujung tahun. Tahun kelima aku kerja. Keluarga Lee bawa aku melancong ke negara Jepun. Sungguh aku tak sangka. Jangan kata ke luar negara, dalam negara pun aku tak pernah melancong. Aku sudah tukar nama. Aku mahu dipanggil Ray. Aku tidak mahu dengar orang panggil aku Arman lagi.

Arman sudah m4ti di Kedah. Aku mulakan hidup baru di Kuala Lumpur. Setelah 16 tahun hidup aku dihancurkan luar dalam oleh bapak. Setelah ment4l dan fizikal aku lunyai dihent4m dan dibantai tanpa henti. Walaupun hidup di bandar besar tidak mudah, tapi jauh lebih senang daripada hidup menderita di kampung.BUmur aku 25 tahun. Sembilan tahun aku kerja. Uncle Lee buka cawangan baru dan beri kepercayaan aku urus.

Aku terima dan sedia belajar. Aku dah pandai ikut Shawn berhibur di disko. Aku ikut Shawn minum m4buk. Sampai termuntah kerana tak pandai minum. Shawn cakap aku macam perempuan, minum sikit mabuk lebih. Sampai Shawn kena pikul aku balik, aku sedar esoknya aku di rumah, atas sofa. Uncle Lee larang aku ke disko selepas itu.

Keluarga Lee jaga aku dengan sangat baik. Dulu, aku tak pernah dengar bapak cakap dia sayang aku. Sekali pun tak pernah. Dengan keluarga Lee, aku selalu dengar mereka cakap, kami sayang Ray. Aku bahagia dengan hidup aku. Umur aku 30, aku kahwin. Dengan seorang perempuan, kerja cikgu. Lepas kahwin, isteri yang bimbing aku supaya kembali kepada Islam.

Berbelas tahun aku duduk dengan keluarga cina, bayangkan. Aku dah jauh daripada Islam. Aku tak solat. Aku tak puasa. Aku cacah tatt00 ikut Shawn. Aku minum m4buk. Aku pakai rantai emas. Aku tanya isteri, kenapa dia nak kahwin dengan aku? Dia cakap sebab dia tahu aku baik. Walaupun luaran aku nampak tak elok, dia tahu di dasar hati yang paling dalam, aku bukanlah orang yang jahat seperti penampilan aku.

Ya. Tuhan masih sayangkan aku. Dia hadirkan aku orang untuk bawa aku kembali ke jalan lurus. Dan menakjubkan, keluarga mertua terima aku dengan hati terbuka. Layan aku sangat ramah walaupun penampilan aku sangat teruk masa tu. Malam pertama pernikahan aku. Malam pertama aku sebilik dengan isteri. Aku habiskan malam menangis ceritakan seluruh kisah hidupku.

Aku letak tangan dia dekat parut di badan aku, dan aku ceritakan satu persatu kisah di sebalik parut. Dan aku menangis teresak esak sampai pagi sambil dia peluk aku. Dia cakap, aku selamat dengan dia sekarang. Sampai sekarang pun, bila aku tidur dan mimpi bapak pkul aku, aku meracau. Dan isteri aku akan peluk aku. Aku tr4uma dengan masa lalu aku. Walaupun berpuluh tahun berlalu.

Kenangan yang pahit menghantui hidup aku bila aku pejamkam mata.NKami dah ada seorang anak. Aku sangat sayang anak aku. Apa anak nak, aku usahakan beli. Claim balik masa lalu, aku tak pernah beli mainan. Satu pun tak pernah. Adikku dibelikan mainan, aku nak cuba main sekejap pun bapak pkul aku. Aku tak nak anak aku hidup macam aku dulu.

Aku bersyukur kerana walaupun pengalaman hidupku tragis, tetapi tetap Allah hadirkan rasa sayang dan ihsan sesama makhluk. Maksud aku, kenangan pahit di masa lalu tidaklah menjadikan aku seorang pendndam atau jahat. Tetapi kepahitan itu menjadikan aku cekal dan tabah dalam kehidupan. Dah lebih dua dekad sejak aku tinggalkan kampung. Aku masih kerja tempat sama.

Masih menjadi sebahagian hidup keluarga Lee. Aku dah mampu beli kereta mewah sama dengan Shawn. Ya, beli apa semua nak sama dengan Shawn. Shawn kahwin aku pun kahwin. Anak kami lahir sama tahun, beza bulan. Mama Shawn cakap kami macam kembar. Dah lebih dua dekad. Tengok aku dah senang sikit, dah ada semua. Tiba tiba tahun lepas, adikku add aku di facebook. Tiba tiba mesej aku, katanya rindu.

Katanya bapak rindu. Bapak s4kit, bapak buasir, sampai terkeluar. Aku abaikan. Kata saudara mara, aku sombong. Aku lupa diri. Ya. Sebab sekarang aku Ray. Ray lao pan di sebuah kedai motor. Ray ada rumah besar. Ray ada kereta besar. Ray ada gambar melancong luar negara di fb. Semua nak mengaku aku keluarga. Semua nak claim. Cuba bayangkan aku Arman. Budak selekeh merempat di kaki lima. Tidur beralas kotak.

Rambut berkelumumur, baju lusuh kekuningan. Agak agak adakah saudara yang mahu mengaku aku keluarga? Tiada. Tiada siapa mahu peduli saat kita tiada apa apa. Orang akan nampak kita, bila kita berjaya. Tanpa mengetahui cerita di sebalik kejayaan kita. Allah Maha Adil. Selepas peritnya kehidupan di masa lalu, dan aku tetap dengan kesabaran, aku tetap berbuat baik, Allah kurniakan bahagia setelahnya.

Semuanya datang dari hati. Aku tak kisah orang nak judge aku, nak cakap aku anak derh4ka. Kerana Allah dan aku sahaja yang tahu siapa yang lebih banyak mengubur luka. Bagi aku, sudah cukup baik aku abaikan saja bapak, kerana ikutkan hati, aku sangat sangat teringin untuk membel4sahnya, memukulnya, menendang wajahnya, mer3jam kepalanya ke dalam air.

Sebagaimana aku rasa dahulu. Tapi aku abaikan, aku biarkan Tuhan membalas segalanya. Orang cakap aku eg0. Kalaulah boleh ingin sekali aku tukar kasut dengannya. Mahu dia rasa apa rasanya duduk di tempatku. Setelah itu aku mahu bertanya, mampukah dia sekuat aku? Orang boleh cakap apa saja yang mereka mahu. Sesedap rasa mengecam itu ini.

Tanpa mengetahui kisah di sebaliknya. Kenapa dan mengapa. Semoga catatan ini diterima dan sudi dipublish pihak admin. Semoga coretan ikhlas ini menjadi asbab untuk kita semua membuka mata untuk lebih cakna isu pend3raan. Dan semoga kisah hidup aku ini menginspirasi anda semua untuk bersabar dan tidak putus asa dengan ujian Allah.– Arman Lee (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Salina ramli – Menitik air mata baca kisah Arman. Semoga apa yang dilalui dijadikan iktibar. Kekal tabah ya dik dan jangan lupa sedekah atas nama ibu. Lupakan kenangan lama dan tak perlu terima mereka yang ‘membuang’ Arman. Kekalkan persaudaraan dgn keluarga Lee, mereka penyelamat adik. Jangan lupa syukur ke hadrat Allah yang pelihara anda dan keluarga kecil anda.

Liz safinaz – Sedihnya hati baca kisah TT. Beratnya dugaan masa lalu kamu dik. Tak terjangkau dek akal seorang ayah sanggup buat begitu dekat anak kandungnya sendiri. Ada adik beradik pun tak membantu. Syukur dikurniakan isteri yang dapat membimbing kembali ke landasan yang sebenar. Allah SWT memilih adik untuk melalui dugaan ini agar adik menjadi insan yang kuat jiw4nya.

Dan akak berdoa semoga tr4uma masa lalu kamu hilang. Sentiasa solat tahajjud bila tersedar dari igauan ngeri. Mudah-mudahan kehidupan adik hari ini dan ke hadapan sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah SWT.

Suriani megat – Confessor jika diberi kasih sayang dan pendidikan mesti menjadi seorang yang berpendidikan tinggi. Susunan cerita teratur, perkataan digunakan tepat utk menggambarkan situasi. Kagum dgn confessor yang tabah, keluarga lee yang baik dan isteri solehah serta keluarga mertua yg penyayang. Buat bapak atau Pakcik tu, doakan shj dari jauh. Semoga Allah permudahkan urusan confessor.

Sumber IIUMC