“Awk tadah tgn tue knp”. Bila bos cina hairan tgok aku bdoa lps solat. Lps resign, saat brjumpa kata2nya buat aku trsenyum

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Dulu saya kerja di sebuah kedai orang Cina beragama Buddha. Bos saya ni agak kurang suka kepada Islam. Tapi, gaji diberi kepada saya berbaloi. Urus kedai dia, dapat dua ribu lebih sebulan.

Pergi dan pulang, dia ambil dan hantar. Peruntukan makan untuk saya sehari RM5. Elaun kehadiran penuh bulanan RM100. Duit raya Aidilfitri, Aidiladha, CNY dan hadiah hari jadi. Dia juga tidak lokek berkongsi apa saja dengan saya. Dia beli baju, dia beli untuk saya sehelai. Dia beli buah, untuk saya pun mesti ada.

Dia makan ais krim, dia beli untuk saya sekali. Malah, pernah beberapa kali dia hantar saya ke destinasi kerana masa tu saya tak ada kenderaan. Dia cuma tidak suka Islam. Dia pun sama macam orang lain, f0bia dengan Islam hasil putar belit media. Dia seboleh bolehnya tidak mahu saya solat di kedainya.

Tapi, saya tetap kena solat dan makan di situ sebab saya yang jaga kedai dia. Mula, saya cari satu ruang yang muat muat sejadah saya. Dia tak suka. Tapi, dia tak tegur. Masa saya sujud, dia lalu betul betul depan saya. Satu hari, dia tanya, “awak tadah tangan tu kenapa?” “Doa.” Balas saya. “Doa apa?” Tanya dia.

“Macam macam. Saya doa bos punya kedai ramai pelanggan supaya saya dapat gaji besar.” Jawab saya. “Awak pun doa untuk bisnes saya?”. Dia seolah sinis. “Ya. Sebab dalam bisnes bos ada gaji saya. Gaji saya tu rezeki saya.” Kata saya lagi. Saya tahu, kita boleh je buat aduan jika majikan tak bagi solat.

Tapi, mungkin ada juga cara lain yang lebih berhikmah. Lama lama, hubungan kami jadi sangat baik. Masa kerja, dia bos saya. Lepas kerja, dia layan saya macam kawan. Kerap kami pergi pasar malam sama sama. Saya jalan belakang dia sebab hormat dia majikan saya. Tapi, dia tak suka.

Dia kata, saya bukan maid dia. Sampai la satu fasa, doa saya diterima. Dia bersihkan stor. Belikan selipar baru. Itu ruang solat saya. Dia kata, dia buat bukan sebab nak sokong saya solat. Dia cuma hargai sebab saya jujur dan rajin. Itupun dah berbaloi untuk saya.

Seterusnya, dia hormati ketika Ramadan. Saya ingat, dia buat carian di internet apa yang patut saya makan bila puasa. Sepanjang puasa, dia sediakan susu kotak, barli dan kurma. Saya kerja sampai 8 malam. Dia akan ingatkan waktu berbuka saya. Sampai masa, saya berhenti. Tetapi, kami tetap berhubungan.

Satu hari, dia jumpa saya dan kata, “saya sudah percaya tentang doa awak.” “Percaya bagaimana?” Tanya saya. “Masa awak kerja dengan saya, pelanggan saya semakin ramai. Bila awak berhenti, pelanggan yang awak bawa dulu masih ada tapi dah tak tambah. Tak jadi semakin ramai.” Kata dia.

Saya senyum. Dulu saya pernah cakap kepada dia, seseorang yang datang dalam hidup kita, dia ada bawa rezeki dia sekali. Bila dia pergi, ada rezeki yang dia tinggalkan untuk kita. Sebab tu kita tak boleh sombong dengan orang. Antara rezeki tu termasuklah ilmu yang diajarkan, circle dia yang akhirnya jadi networking kita atau apa saja.

“Sekarang saya tak kisah kalau anak saya nak kahwin dengan orang Islam. Dia tetap akan jadi anak saya. Lepas kenal awak, saya rasa Islam bukan agama jnayah.” Saya angguk. Teringat dulu dia pernah cakap jika anak perempuan dia nak kahwin dengan lelaki Muslim, baik tak payah panggil dia mak.

Kita cuma perlu sedikit kesabaran bila dih1na oleh orang jahil lalu membimbing juga dengan sabar dan teladan. Kita perlu muhasabah untuk sedar diri status darjat kita di sisi manusia lain. Jika kita pekerja, rendahkan sedikit diri kita di hadapan majikan demi mewujudkan harmoni. Kita perlu berdakwah menyebarkan kebaikan Islam. Wallahu A’lam.

Reaksi Warganet

Nazirah Jamaluddin – Teringat ex boss saya juga, sangat baik dengan saya. Dekat ofis takde tempat solat tapi dia bagi solat dalam cubicle kosong. Siap dia ingatkan kalo waktu tu biasa saya solat tapi ada meeting sikit so tak solat lagi. Dia cakap, “ehh ni jam bukan awak suka solat ke?”.

Sangat baik sampaikan hari hari belanja makan. Kalo dia pergi tempat tak halal dia bagitau, “sory harini tak bawak u lunch, sebab nak pergi nonhalal restoren”. Tapi tetap dia bawak balik apa apa makanan buah tangan dan dia bagitau ni halal.

Kalau bulan puasa dia tak makan depan saya, siap sorok sorok dan cakp sory kalau terbau. Saya 2 orang je muslim yang lain smua cina. Sampai kawan saya ada mmpi bos saya masuk Islam. Bila bagitau dekat bos, bos gelak je dan senyum. Saya doakan dia dapat hidayah nanti.

Nur Hana Hidayah Yap – Pernah terjadi kat saya. Dapat keje dengan company cina. Disebabkan tempat tu memang tak pernah ade orang nak solat so memang payah jugak nak cari tempat bersolat. Sebab mana mana pon ade staf lalu lalang buat keje.

End up saya bersolat dalam bilik makan/rehat staf, siap pasang penghawa dingin. Manager mengosongkan bilik itu dengan mengubah jadual berehat untuk semua officemate. Untuk memberi laluan kepada keperluan saya sorang, terharu…

Nor Azneyani Zakaria – Bila baca ni, insaf sangat bila sedar yang tak semua Muslim mampu berdakwah dengan cara paling lembut begini termasuk diri sendiri. Nak buat laporan, nak berhenti kerja tak salah tapi beliau memilih untuk berlembut hati dengan situasinya dan juga dengan majikannya. Akhirnya, Allah bagi kemenangan paling manis.

Lee Jr. – Conclusion kat sini, dimana saja orang islam ada kerja, mesti mendirikan solat tak kira dimana tempat kerja kita. Pernah dulu dekat tempat kerja lama solat kat atas sejadah lapik kotak jer kat dalam stor. Masa top management nak masuk stor document, dorang terkejut nmpak owang semayang dalam tu.

Maka akhirnya tertegaklah 2 biji ruang solat lelaki dan wanita siap dengan kipas dan kunci. Kadang staf islam jugak yang jadi sebab ketidak fahaman dowang. Dan ada dengar kisah dari non muslim yang surau kerap disalahgunakan oleh staf. Bab solat jumaat pun satu hal jugak. Jangan sebab kelalaian kita, jadi fitnah dekat agama sendiri..

Rosita Lopius – Saya bukan Islam tapi saya pernah sebilik dengan orang Islam. Tuan rumah sya pun islam. Perasaan hormat dn rasa segan untuk makan depan orang yang berpuasa itu akan hadir tanpa dipinta. Kawan sebilik nak solat, diam dan duduk je dekat tepi. Rasa hormat itu sentiasa ada.

Walaupun orang tu cakap tak kisah, tapi diri sendiri yang sedar, pentingnya menghormati amalan orang lain. Begitu juga dengan orang yang pakai tudung, pakai tudung tu elok elok. Bukan pakai tudung tapi dada tersembul, dengan pakaian sendat.

Saya sangat hormat dengan orang yang pakai tudung dengan perilaku yang sopan dan tak sombong. Ni persepsi dari saya sebagai non-muslim ya. So biar agama berbeza, tapi tanamkan amalan mulia dalam diri masing masing.

Kredit – Encik Kacang via Oh! Media