Sakinah tiba2 “hilang”. Dia muncul dgn ank2 slps 9thn. Aku tergamam tgok dia. Mula2 kesian tp skrg rasa nk blok je.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum semua. Lately ada banyak kisah keluarga yang di paparkan dekat sini. Tentang jodoh, dan juga perkahwinan. Aku pun tergerak hati nak berkongsi kisah kawan baik aku. Kami satu kampung dan sama sekolah. Namakan dia sebagai Sakinah saja.

Sakinah, berkahwin dalam usia yang sangat muda dalam umur 22 tahun, waktu tu aku masih lagi belajar di universiti. Sakinah sangat menyanjung tinggi dan memuja muja suaminya. Suami adalah segala galanya bagi dia. Masa Sakinah mula mula kahwin dulu, adalah masa tu cuti semester aku balik kampung. Aku dengan seorang lagi kawan kami Aimi pergilah melawat Sakinah di rumah sewanya di bandar.

Kami sampai waktu tengah hari dan waktu tu Sakinah tengah mengandung anak pertama. Kami pun seronoklah, jumpa kawan lama. Ingatkan boleh sembang sembang santai. Tapi terasa sikitlah, sebab Sakinah hanya berminat untuk bercerita tentang suami dan keluarga mertuanya saja. Maybe dia teruja sangat kot dengan perkahwinan dia. Mood pun masih lagi mood pengantin baru jadi dia pun macam agak ‘show off’ sikit.

Tambah lagi kami dua orang masa tu single. Lagi banyaklah drama manja dia dan suami dia depan kami. Macam suami dia nak mandi dia pun, “abang nak mandi ke, jap ya ayang ambilkan towel.’ Dan dia asyik memuji muji dan mengagungkan tentang suami dia non stop. Suami dia baik, caring, suka makan itu, suka makan ini, hobi suka memancing, suka buat itu, buat ini, siapa kawan kawan dia dan macam macam cerita lagi.

Siap cakap, selera suami dia bukan main, kalau nak makan maggie pun kena tumis bawang bagai Tak macam kita makan maggie b0doh saja. Habis cerita tentang suami dia sambung cerita mertua pulak. Mertua dia dari keluarga have-have. Anak anak ada kereta seorang satu ye. Duduk kawasan perumahan dekat bandar tu, dekat kawasan orang have-have ok.

Bukan di kalangan rakyat marhaen macam kami ni. Ada banyak tanah, harta dan segala bagai kekayaan. Yes, Sakinah memang sebut benda ni, keluarga mertua dia orang ada ada. Dia cerita ayah mertua baru beli tanah, nanti nak tambah business lagi. Habis bab mertua dia ulang balik cerita tentang suami dia. Sampailah petang kami nak balik, dia masih lagi duk menyanjung suami dia dengan pelbagai story.

Khabar kami, cerita kami, update kami takde. Sesi haritu hanya sesi tentang suami dia yang tercinta dan keluarga mertuanya sahaja. Aku tengok Aimi buat muka boring. Yalah satu hari kena dengar orang memuji laki dia huhu dan bila balik Aimi kata, “Lia kau tahan dengar cerita dia?”. Aku senyum jela. Kat s0cial media pun sama, Sakinah hari hari, pagi petang akan post tentang suami.

Suami dia pergi keje update, balik kerja update, “masak untuk imamku, dinner with kekasih hatiku, terima kasih abang”, macam macam la caption sweet dia. Dah dapat anak, semua tentang anak, dia akan update. Dan weekend pulak masuklah aktiviti bersama mak mertua have have dia. Macam tu lah dia pusing pusing.

Memang non-stop lah dia duk memuji muji suaminya. Macam suamiku adalah yang terbaik di dunia ini. Tiba tiba Sakinah hilang dari radar. Lama dalam 9 tahun jugaklah. Betul betul macam dia lari dari semua orang. Tiba tiba pada satu hari raya dia datang rumah aku, bawa anak anak dia 3 orang. Terkejut aku tengok dia. Kurus kering, muka macam bermasalah, anak anak macam tak terurus.

Kesian tengok. Bila balik saja aku bagi duit raya. Aku bagi tak banyak, dalam RM5 saja sorang. Aku dengar anak dia cakap, “mama banyaknya”. Sedihnya dengar, terfikir juga apalah masalah Sakinah ni. Lepas raya tu aku dan Aimi ada melawat Sakinah, dia dah pindah ke kawasan perumahan lain. Bukan kawasan perumahan, dia pindah ke pedalaman kampung.

Dan keadaan rumah dia betul betul sedih. Rumah macam design rumah felda lama. Rumah tu dah uzur, nak masuk rumah kena lalu semak samun dan lalang yang sampai ke paha, tinggi betul. Dalam hati aku, teruknyalah suami dia boleh bagi anak bini tinggal dekat rumah macam ni. Dengan lalang, semak samun bahaya sebab diorang ada anak anak kecil.

Kata mertua have have, kenapa pulak boleh tinggal dekat rumah macam ni. Dalam rumah pun teruk berkecah sana sini. Dan Sakinah pun buka mulut. Katanya dia bahagia setahun saja, lepas tu hidup macam dalam ner4ka. Suami berhenti kerja sebab nak buka bengkel, nak kerja sendiri la kononnya. Mertua bagi modal OK, tapi suami malas kerja.

Kalau rajin buka bengkel, kalau malas tidur berhari hari. Nak pulak suami his4p 1ce (batu), kalau h1sap 1ce tu 3 hari tak bangun. Dah banyak kali kena tangkap dengan polis, duit Sakinah pun habis buat jamin suami. Bukan duit saja habis rantai, gelang even cincin kahwin pun habis dah digadai. Suami kadang kadang tak balik rumah berhari hari, sebab apa duduk dekat bengkel dengan kawan kawan dia.

Bukan sibuk bekerja, menghisp ddh la. Ada duit sikit pergi judi, sambil sambil minum ar4k. Kalau suami dia OK maksudnya time tu ada girlfirend lain. Pakai smart, wangi sebab nak pergi dating dan ada kawan suami dia cakap dekat Sakinah, suami dia pernah check in hotel dengan girlfriend dia. Girlfriend yang di pilih biasanya yang bekerja,.

Yang ada duit untuk sponsor hidup dia. Sakinah kalau bersuara sikit, habis kena. Bukan kena lempang, kaki pun suami dia bagi. Especially, bila suami dia m4buk, Sakinah biasanya akan kena pkul. Kadang kadang tu Sakinah dah takde duit, minta suami dia pergi kerje, itu pun Sakinah akan dipkul. Anak Sakinah selalu cakap, “along benci abah, abah selalu pkul mama.”

Rumah tu buruk ya, Sakinah yang cari sebab suami dia tak peduli pun. Cari yang murah murah, sewa RM300 sebulan, itu pun menggigil nak bayar. Suami dia kan ada bengkel. Suami dia tak peduli pun, dia boleh duduk dekat bengkel. Peduli apa dengan Sakinah dengan anak anak. Nak ikut ikutlah, tak nak sudah.

Bengkel tu port suami dia menghisp ddah dengan kawan kawan ddah lain. Mestilah la Sakinah tak selesa duduk bengkel tu. Anak anak boleh tengok abah diorang cuck cuck jarum. Dah banyak kali polis serbu bengkel tu. Dan memang polis dah aim bengkel tu. Sakinah keluar dari rumah sewa yang lama tu sebab diorang tak boleh bayar. Suami dia tak kerja.

Mula mula diorang duduk dengan mertua. Rumah mertua dia bukanlah have-have pun, teres satu tingkat saja. Kongsi duduk dengan 9 orang adik beradik suami dia yang lain. Walaupun ada anak 3 orang, Sakinah takde bilik, dia dengan anak anak tidur dekat ruang tamu. Suami dia memang takde common sense, hidup macam orang bujang. Balik 3 pagi boleh bawa kawan kawan tengok movie dekat ruang tamu.

Anak bini tidur dekat tepi. Esok pagi nak sekolah. Lantaklah itu bukan masalah dia. Mertua? Mertua dan ipar duai benci Sakinah. Sakinah jadi bibik dalam rumah tu, kalau Sakinah masak takde siapa akan makan. Tapi baju baju, tudung ipar ipar dia semua Sakinah yang tolong seterika. Suami dia dan semua adik beradik suami dia yang 9 orang tu Sakinah kata tak pernah solat, cuma mak mertua dia aja yang solat.

Raya? Sakinah tak pernah merasa beraya rumah dia. First, second, third kadang seminggu hari raya baru Sakinah balik rumah dia. Kalau balik itu pun sehari dua saja, suami dia panas punggung. Tak boleh duduk lama lama rumah Sakinah. Susu anak, belanja anak sekolah pulak macam mana? Sakinah selalu pinjam duit keluarga dia. Kadang mak mertua dia kesian bagi la juga, cucu kan.

Suami dia tak peduli langsung. Like macam kau nak hidup nak m4ti suka hati kau lah. Yang suami dia peduli hanyalah nfsu semata. Sakinah cerita kalau suami dia nak, suami dia akan jadi baik, cakap lembut lembut, bergurau, beli makanan, barang dapur, lepas tu mulalah. Lain waktu, kalau mood dia takde memang dapat kaki.

Suami dia pernah lafaz cerrai pada Sakinah even pernah cakap dekat kawan kawan dia, Sakinah dengan dia dah tak ada apa. Satu hari diorang gaduh suami dia cakap, “aku dah tak nak dekat engkau dah, kita cerrai talak satu.” Sakinah meraung, menangis, merayu suruh fikir nasib anak anak, tapi suami tak peduli.

Selang beberapa hari, suami dia belanja makan, sebab malam tu suami dia nak bersama. Bila pergi mahkmah untuk sebutan cerrai, suami tak cerita yang diorang pernah bersama. Sakinah pulak diam saja depan hakim. Balik tu dia cerita dekat aku. Suami dia dah suruh Sakinah dan anak anak keluar rumah tau. Aku pulak yang jadi pening.

Aku cakap fakta tak betul kena sebut yang tu, kalau dah bersama tu dah kira rujuk. Suami dia pulak elok elok saja lepas tangan suruh keluar rumah. Nafkah anak isteri pun takde bagi. Aku push juga dan suruh Sakinah cakap dengan mertua dia. Masa tu kecoh juga sebab suami dia nak kahwin dengan girlfriend dia. Aku cakap juga macam mana nak kahwin lain, kes ni pun tak settle lagi.

Aku tak tau lah macam mana lepas tu, sebab aku ada dekat KL. Tak silap aku, suami dia ada jumpa dia lepas Sakinah keluar dari rumah. Bukan nak ajak berbaik ya, macam biasalah nak jumpa sebab nfsu dia. Mungkin Sakinah ada juga cakap tentang rujuk tu rasanya, sebab dia ada pergi pejabat agama lepas tu dan kemudian mereka officially rujuk.

Tell me what, Sakinah happy sangat lepas rujuk, dan suami dia tak jadi kahwin baru. Lepas rujuk tu Sakinah kembali upload sweet sweet moment dia dengan suaminya di s0cial media. Sakinah pun dah pindah ke rumah yang better sikit di kawasan lain dan suami dia buka bengkel dekat tempat tu.

Lepas setahun macam tu Sakinah call aku balik menangis, dan sesi meluah bermula lagi. Drama drama yang berlaku dekat atas tu repeat lagi. Tambah lagi drama dengan keluarga mertua pula. Katanya dia nak bercerrai, dah tak mau dah hidup dengan suami dia, cukup cukuplah. Sakinah nak pinjam duit, nak top up, nak pinjam kereta dan macam macam lagi.

Aku bagilah yang termampu. M4ti m4ti Sakinah cakap dia nak cerrai, tapi lepas tu senyap. Macam biasalah, dalam senyap senyap tu Sakinah kembali bersweet sweet dengan suaminya dan Sakinah pun mengandung anak keempat. Aku pun macam hmm OK lah. Lepas melahirkan anak keempat, Sakinah kembali call aku menangis nangis. Frustrated sangat dengan suaminya.

Sesi meluah lagi, again and again. Seperti selalu Sakinah nak pinjam duit, nak top up dan nak pinjam kereta. Aku bagi saja, cuma aku cakap lah, Sakinah kerjalah, susah kalau bergantung dengan suami yang macam tu. Aku repeat banyak kali, kerja la. Dekat rumah dia ada supermarket baru buka, mintaklah kerja situ.

Sakinah kata, siapa nak jaga anak anak dia. Anak anak dia tengah membesar. Jiran dia suami isteri kerja sampai ke malam, anak anak sekolah rendah dah merokok. Tapi mak bapak tak tahu. Budak budak sekarang bahaya. Aku kata OK lah, Sakinah pandai menjahit kan buat la baju, ambil tempahan ke. Dia jawab dekat kawasan rumah dia dah ramai orang buat baju. Dia cuma kerja dekat kedai makan malam malam.

Petang petang dia tolong jiran jiran buat kuih. Tapi tak banyaklah dapat dalam RM20 sehari. Aku dah lost words, tak tau nak cakap apa. Keras kepala Sakinah ni. Suami dia fail as a husband, memang fail teruk. Tanggungjawab entah ke mana, nafkah pun kelaut. Nafkah isteri anak anak, bukan kena ke atas keluarga isteri atau kawan kawan dia. Tapi Sakinah tetap sanjung suami dia.

Kena balun pun takapa asal ada suami. Aku pulak rasa yang aku jadi punching bag Sakinah. Bila susah datang cari aku, mintak pinjam duit, top up pun mintak dengan aku, dengar luahan dia non stop. Tentang benda yang sama saja, gaduh dengan suami, terasa hati dengan mertua, nak pinjam duit. Bertahun tahun aku dengar luahan dia dan seriously aku dah exhausted.

Sakinah asyik harapkan aku bagi kata kata motivasi dekat dia, beri semangat untuk dia teruskan hidup. Letih sangat nak support em0si orang ni. Memang aku tak berkira apa dengan dia, sebab dia susah, dia pinjam duit aku beratus aku tak pernah mintak balik. Tapi untuk dengar masalah dia again and again, aku memang dah exhausted, aku dah serah diri.

Tak larat sangat sangat dah. Time dia bahagia boleh pulak lupa kita, adik dia kahwin beberapa tahun lepas pun dia tak jemput aku, huhu. Kawan aku Aimi dia jemput pulak. Bukan aku kisah, tapi budi bahasa kau ke mana. Aku dah bagi motivasi, ajak ke arah agama macam macam aku buat. Selalu mintak dia buat solat tahajjud semua tu. Sampai aku mintak kawan aku guide Sakinah berniaga, sebab aku dekat KL, Sakinah dekat kampung.

Aku yang jadi celaru fikir macam mana nak bantu dia, nak tengok hidup dia bahagia, tapi Sakinah tetap Sakinah. Masa dia bahagia dia akan hilang, time sedih dia akan call aku, atau akan message aku suruh aku call dia, “tolonglah Lia call aku, aku takde kredit” sambil menangis nangis. Dia akan ulang ayat sama, “cukup lah, cukuplah aku tersiksa dengan suami aku”. Itulah skrip dia.

Masa bahagia kenapa duk meratib tentang suami dari pagi sampai ke malam, dapat apa ye? Dapat show off ? Lepas tu? Ingat ada orang kisah ke? Orang pun ada suami ada anak juga, tak kalut lah nak show off dekat socmed. Dari duk memuji muji suami tu kenapa tidak memuji dan berzikir kepada Allah? Tak salah kita sayang suami, tapi cukup la rasa sayang tu, jangan la melebih lebih sangat memuji, jangan kita lupa Allah yang zahirkan kasih sayang tu.

Entahlah Sakinah, tak tau nak cakap apa dah. Tak salah kalau kita sayang suami sebab itu sifat manusia. Tapi janganlah kita terlalu mengharapkan suami, serahkan hidup kita bulat bulat kepada suami. Sedangkan yang layak sebenarnya hanyalah Allah. Kita bergantung hidup hanya kepada Allah, Allah ya Razaq Allah yang beri rezeki, bukan suami.

Allah ya Rahman Ya Rahim yang Maha Pengasih dan Penyayang yang beri kebaikan dan rahmat dalam hidup kita, Allah ya Wadud yang beri kasih sayang kepada suami isteri. Mintak maaf aku terpanjang sikit, teremo sikit, aku penat. Aku fikir nak block saja Sakinah ni. Minta maaf banyak banyak Sakinah, aku doa kau bahagia, aku penat sangat sangat. Moga anak anak kau berjaya esok, dan kau akan bahagia selamanya. – Kamelia (Bukan nama sebenar)

Sumber IIUMC