Rasa hairan, suami xbrjump ank luar nikahnya bbelas thn. Rupanya ini yg suami rahsiakn, sbaik ditanya.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Dah lama saya hendak menulis perihal anak tiri saya ini. Disebabkan muncul kisah adik Amir minggu ni buatkan saya teringat akan anak tiri yang tidak pernah saya jumpa.

Saya dan suami berkenalan di mana masing masing ketahui status masing masing yang masih bujang. Namun setelah mengenali dengan lebih rapat dan berkeputusan untuk bertunang bakal suami saya ni membuat kejutan yang menyatakan beliau merupakan seorang duda anak sorang.

Yang ironiknya setelah berpisah selama 10 tahun (tidak berhubung) mereka rupanya hanya berpisah tanpa disahkan percerraiannya. Masing masing mahu move on dan sudah mempunyai pasangan masing masing. Jadi proses percerraian berjalan dengan lancar dan saya menerima dengan setulus hatinya akan status suami saya.

Namun untuk maklumat para pembaca, anak tiri saya merupakan anak luar nikah dimana suami saya dan bekas isterinya terlanjur ketika masih bersekolah. (Bernikah ketika kandungan usia 7 bulan) Dan setelah dipersetujui suami saya memberikan belanja nafkah kepada anak pertamanya tiap bulan kepada bekas isteri.

Namun apa yang saya ketahui anak tiri saya ini bukan dijaga sepenuhnya oleh bekas isteri tapi diberi kepada mak ayah sedaranya sejak bayi di kampung. Saya tidak pernah berjumpa baik bekas isteri atau anak tiri saya itu tapi pernah bertanya kepada sepupu suami yang bersekolah sekali dengan anak tiri saya itu.

Apa yang diceritakan buat saya betul betul sedih. Tidaklah did3ra macam aruwah Amir itu tapi kelihatan selalu bersendiri dan sering bertanya bila ibunya nak balik kampung untuk bawak jalan jalan. Dan pernah bertanya untuk berjumpa dengan ayahnya sendiri. Oh ya, anak tiri saya ikutkan berumur 14 tahun untuk tahun ini. Saya juga mempunyai Anak anak yang baru setahun dua.

Tujuan saya menulis ini bukan apa tapi saya ingin pembaca memberikan pandangan kisah keluarga saya ini. Oleh kerana saya sedih memikirkan anak tiri yang mungkin kurang perhatian, dimana suami saya juga tidak pernah berjumpa bertahun tahun sejak anak itu berumur 2 bulan oleh kerana dipisahkan terus ketika mereka bergaduh.

Melibatkan hal keluarga ketika itu, mereka (ayah sedara bekas isteri) melarang suami dan keluarga untuk berjumpa dengan anak tersebut. Saya pernah meminta suami untuk berjumpa dan membawa kembali anak tersebut dalam keluarga kami. Mungkin ada rezeki lebih kami boleh terus menjaga jika dizinkan. Namun suami saya berkata tidak bersedia.

Bila saya tanya, tidak bersedia dari segi apa. Dia ceritakan kembali, kisah anak tersebut dengan dia pernah berkahwin hanya segelintir keluarga yang tahu. Jadi dia tidak mahu menjawab jika ada yang tanya budak tu siapa dan sebagainya. Selain itu, dia juga tidak ingin membawa kembali memori pahit terhadap ibu bapanya oleh kerana pernah dim4ki dan dimalukan ketika hendak berjumpa dengan anak tersebut ketika kecil.

Dia berkata ibunya telah move on dari kisah anak pertamanya ini. (Ibunya telah jaga anak tersebut sejak lahir namun dipisahkan ketika anak tersebut 2 bulan oleh kerana suami dan bekas isterinya bergaduh). Jadi dia tidak bersedia hendak membawa kembali anak tersebut dalam keluarga takut ibunya teringat kembali kisah sedih dulu.

Saya hanya memikirkan kebajikan anak tersebut dan ingin melihat dia gembira dapat berjumpa dengan ayah kandungnya sendiri. Tapi oleh kerana perasaan tidak ready ataupun boleh saya panggil mungkin eg0 suami saya membuatkan dia berkeputusan untuk tidak berjumpa buat masa ini.

Perlukah saya memberikan suami saya ruang atau terus mendesak suami untuk berjumpa dengan anaknya sendiri. Sekian..– Ibu yang sedih (Bukan nama sebenar)

Reaksi Warganet

Roslina Jaafar – Bagi saya, dah berlalu Sudahlah. Tapi sekarang masih mmpunyai ruang dan masa untuk baiki apa yang silap. Anak tiri juga punya rasa, naluri. Perasaan. Tak mahu dia membesar dengan perasaan marah. Geram dengan ibu bapa kandung. Lagi pun bukan dia yang minta lahir ke dunia.

Bagi saya dunia Ni manusia hanya mainkan watak. Biarkan orang nak Kata apa. Biar kita hadap di dunia. Janganlah di akhirat. Tak mampuu. Untuk ibunya. Biar lah beritahu awal dan Dari hati ke hati. Biasa orang tua pun mengerti jika anak perlu betulkan langkah dulu yang silap. Harap Puan dapat buat keputusan yang terbaik

Ashika Mitra – Nanti lepas beberapa tahun, anak tiri tu dah berjaya kaya raya, famous, jangan suami tt pergi cari anak tiri tu balik dan mintak suruh jaga diri dia yang tua ye. Kelak kita tak tahu ape akan berlaku ye tt, tuhan tu dalam sekelip mata boleh je rampas segala galanya. Time tu jangan suami tt menyesal.

Mane tau esok suami tt dpt stroke ke, nak tengok dia still ego ke tak. Langsung tak berhati perut suami tt dan ex wife dia. Geram sungguh baca nie. Mereka ni tak layak jadi manusia pun sebenarnya

Aisyah Nur – Dari pembacaan saya, takda istilah bapa kandung bagi anak tidak sah taraf. Jika orang yang menyebabkan ibunya hamil berkahwin dengan ibu kepada anak tak sah taraf tadi, hubungannya sekadar macam bapa tiri sahaja. Jika ibunya mennggal, yang bertanggungjawab untuk jaga anak tersebut bukan lelaki yang menyebabkan ibunya mengandung sebelum nikah.

Tetapi waris sebelah ibu yang bertanggungjawab. Sebab anak tak sah taraf dinasabkan sebelah ibu. Tapi tak salah kalau lelaki itu ada ehsan dan simpati untuk ambil tanggungjawab jaga kebajikan anak tersebut.

Ummi Adham – Carilah ruang yang agak selesa untuk berbicara dengan suami. Sebenarnya masih ada taman dalam keegoannya, pujuklah baik baik. Ingatkan dia anak tetap anak, walaupun tak sah taraf. Buatlah kebaikkan semampunya, kerana suami adanya anak itu. Tebuslah kesilapan dulu dengan kebaikkan yang berterusan. Moga d0sa d0sa silam diampuni Allah.

Semua orang berbuat d0sa. Cuma kecil atau besar jika bertaubat dengan sebenar benarnya pasti Allah terima. Buktikan suami puan mampu untuk jadi yang terbaik. Sis perlu memainkan peranan untuk membantu suami dan anak itu. Setiap kebaikkan yang sis buat kebaikkan yang sis dapat. Jika tak dapat untuk sis, jadi habuan anak anak.

Syahidah Abdul Jalil – Bernikah ketika usia kandungan bekas isteri 7 bulan, maknanya suami puan dan anak itu hubungannya seperti bapa tiri, walaupun secara bi0loginya bapa kandung. Jika hendak bawa anak ini ke dalam keluarga Puan, mungkin anak tadi itu, bukan anak tiri Puan, tapi hanya anak tiri suami Puan.

Tidak automatik jadi anak tiri puan. Jadi kena ambil tahu tentang auratnya dengan anak anak puan kelak. Saya fikir kena semak perkara ini secara betul betul. Jika keduanya sudah mencapai kata sepakat bersetuju perkara pertama hendak dibuat ialah:

A. Pengangkatan sah. Supaya tiada timbul sebarang isu kemudian hari. Yang susah anak suci itu. Sebab bapa tiri (suami puan) tiada hak menjaga anak itu (setelah bercerrai dengan ibunya).

B. Dilarang sama sekali ungkit mengungkit baik sesama puan dan suami, puan atau suami dengan anak tersebut. Namun ada baiknya fikir dahulu dengan baik. Semoga semuanya dimudahkan.

Sumber IIUMC