“Bkn cinta pertama”. Hairan suami slalu”bkepit” dgn hphone. Naik geli bila lihat pbualan suami.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Salam kepada semua pembaca, Entahlah. Aku tak berapa minat menulis sebenarnya. Tapi aku cuba juga, bertujuan untuk berkongsi rasa dan melepaskan apa yang terbuku di dada. Aku lebih gemar membaca. Kalau menulis pun, lebih kepada puisi sebenarnya.

Begini ceritanya. Aku adalah seorang isteri bekerja, dan telah dikurniakan 3 orang anak. Alhamdulillah, tempoh perkahwinan aku dan suami hampir menjangkau 13 tahun. Tidaklah terlalu baru, tapi tidak juga dikira lama. Rumahtangga kami rasanya sama dengan kebanyakan yang lain. Ada hari indah dengan gelak tawa. Ada hari-hari sunyi tanpa suara sebab masing-masing sibuk dengan kerja.

Ada juga hari-hari yang kami bermasam muka, tapi selalunya tak lama. Suamiku (M) seorang yang amat bertanggung jawab. Ringan tulang. Urusan cuci baju, sidai baju, lipat baju, kemas rumah hatta memasak sekali pun kerapkali dia yang buat. Tak pernah dia merungut walaupun aku tahu dia juga penat dengan urusan kerja.

Aku pula lebih kepada urusan anak-anak kami. Homework, kelas online, mengaji dan hafazan serta kerja-kerja remeh seperti mandikan anak yang bongsu (3 tahun), susu dan lain-lain banyak aku yang buat. Adat berkeluarga, bila tiba rasa penat, kadang kami biar sahaja rumah dalam keadaan apa- adanya.

Tapi keadaan sedikit berubah bermula Disember tahun lalu. Aku lihat M ke mana-mana dengan handphonenya. M lebih banyak meluangkan masa bersendirian di hadapan meja kerja di biliknya. Bila aku tanya, ada sahaja jawapannya tentang kerja. Tapi, naluri isteri itu kuat dan takdir Allah, pernah sekali M tertinggal handphonenya semasa keluar ke rumah jiran.

Aku segera mendapatkan handphone tersebut dan membuka aplikasi whatsapp. Barulah aku tahu rupa-rupanya, M telah dihubungi oleh cinta pertamanya semula, Siti. Sejujurnya aku tak terkejut dan ini bukan kali pertama aku dengar nama Siti. Sejak awal perkahwinan kami, M telah beberapa kali menyebut nama Siti.

Pada ketika itu, aku beranggapan dia hanya mahu berkongsi cerita. Tapi rupanya M masih tidak dapat melupakan kasihnya dia terhadap Siti. Itupun setelah dia terlepas bicara dengan aku. Tidak mahu mengeruhkan keadaan, aku biarkan sahaja cerita itu tamat di situ dengan andaian tidak akan berlaku apa-apa. Lagipun Siti juga telah berumahtangga dan berada di luar negara mengikut suaminya bekerja.

Walaupun aku tahu, setiap kali tiba tarikh hari lahir Siti, M tak akan pernah lupa untuk emelkan kad ucapan digital. Hal ini sampai ke pengetahuan aku sebab aku dan M memang tidak berahsia. Password untuk email, malah password untuk bank online pun kami saling tahu. Ok, berbalik pada isi kandungan whatsapp antara Siti dengan suamiku.

Dalam whatsapp tersebut, Siti banyak berkongsi masalah rumahtangganya dengan suaminya. Tak perlu aku ceritakan secara terperinci di sini, tapi Siti aku kira seperti mahu meluahkan dan entah kenapa kali ini dia terfikir untuk kembali menghubungi M. Mereka sekeluarga telah pulang ke tanah air tahun lepas disebabkan beberapa masalah yang memburukkan lagi keadaan rumahtangga mereka.

Mungkin ada yang tertanya, bagaimana Siti boleh ada nombor handphone M? Untuk pengetahuan semua, M masih berhubung baik dengan abang Siti. Setiap masalah yang diceritakan oleh Siti, akan direspon baik oleh M dengan kata-kata nasihat. M merupakan orang yang memang gemar bercerita dan mendengar cerita.

Nasiblah dia, dapat aku yang lebih selesa memendam rasa. Perbualan mereka juga ada menyentuh tentang kenangan cinta lama (sekolah menengah). Kenangan tempat dating pertama, makan apa, pakai apa semua diceritakan semula. Mesra sekali perbualan mereka untuk aku yang hanya sempat sekali baca. Risau juga kalau tiba-tiba M pulang.

Dalam perbualan mereka, beberapa kali Siti meminta maaf kerana mengakhiri hubungan mereka dahulu. Aku tak tahu, menyesalkah dia? Dan balasan dari M yang benar-benar melukakan aku ialah ‘Saya tak pernah lupa setiap kenangan saya dan awak. Gambar awak masih saya simpan. Kenangan terindah buat saya’.

Aku tak mampu menghabiskan bacaan perbualan mereka. Air mata aku berjujuran tanpa sedar sehingga aku ditegur oleh anak sulungku. Aku lantas meletakkan handphone M kembali ke tempat asalnya dan masuk ke bilikku. Lagi pun anakku yang bongsu sudah mula menangis mahukan perhatian. Diamkah aku selepas dapat tahu?

Hajatnya begitu tapi aku kuatkan diri untuk berbincang. Keesokan harinya, setelah semalaman bermandi air mata tanpa disedari M, aku ajak dia berbincang. Aku katakan padanya yang aku tahu Siti menghubungimya. Jawapan M seperti yang aku duga. M tenang membalas sambil tersenyum padaku bahawa tiada apa-apa antara mereka, sekadar nasihat seorang lelaki kepada wanita yang dalam masalah.

Aku nyatakan pada M yang aku tidak selesa dan minta mereka berhenti berhubung, ingat Allah dan jaga ikhtilat. M kelihatannya akur dengan permintaanku. Tapi tak lama, tak sampai sebulan, kini mereka kembali berhubung. Aku tahu kerana telah jadi tabiatku untuk spot-check handphone M bila ada peluang. Nampak seperti isteri 0bsesif, tapi entahlah. Mungkin kerana aku dah tak percaya.

Isi perbualan mereka hanyalah perkara biasa-biasa seperti aktiviti seharian (makan, kerja etc). Cuma akan ada selitan kenangan lama. Contoh, ‘Saya baru lepas makan maggi, teringat pada awak sebab dulu awak selalu nasihat saya jangan makan maggi’ atau pun ‘Baru tadi saya pergi jalan-jalan ambil angin di tepi tasik. Macammana awak tahu. Macam ada instinct pula.’

Geli, hak tuih. Eh, terem0si pula aku. Aku tak tahu apa perlu aku buat sekarang. Tegur baik-baik sekali lagi? Atau biar sy4itan menguasai diri dan meng4muk macamkan dunia ini tempat abadi? Atau patut aku biarkan saja, tongkah saja arus ini dan lantak mereka hanyut dibuai mimpi? Atau patut aku minta dilepaskan, agar tak terbeban aku dengan masalah ini? Aku buntu… – Isteri M (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Abell nur – Aku pun ada prsoalan yg sma. Sungguh aku x paham manusia yg suka hdup dlam kenangan cnta lama sdngkan dah ada suami/istri depan mata. Lg 1 aku perasan org lelaki bila dah frust ptus cnta cepat2 cri pengnti sbnrnya bkan lebih kepda brsdia untuk cinta bahru tpi lebih untuk hlangkan bosan serta konon2 nak cpt move on.

Hakikatnya msih terprngkap dngn cnta lama. Bekas suami aku sndiri lepas ptus dngn cinta prtma dia. Dah ada awek len. Tpi msih like gmbaq bekas awek yg prtma. Mcm mna aku taw . Prmpuan kan stalker yg brjya. Aku hrap masa dia kwen dngn aku, cinta prtma dia dah luput dlm hti dia. Kalau skdar kwen dngn aku trdesak, hrap Allah bg pemblasan suatu hti nnti.

Mozainash ishak – Sudah dinasihat tapi, masih begitu juga. Something is not rite bila suami orang berwasap imbau kisah cinta lama dengan isteri orang. So, Sis cubalah create suasana yang di dalamnya cuma ada sis, suami dan anak2. Buatlah macam2 aktiviti bersama..solat, mengaji, gardening, cooking sama2.

Buatkan suami busy dengan sis dan anak2. JANGAN biarkan suami berada di dalam dunia yang cuma ada dia & Siti. In shaa Allah, bila dia busy dgn sis & anak2, slowly Siti akan dilupai. Jika masih tak ok, then barulah sis slow talk sekali lagi dengan en suami.

Mungkin boleh trigger amarahnya sbb dia dah cakap tak ada apa2 dah dengan Siti, tapi terus ingatkan dia tentang dosa dan neraka. Tanya dia apa motif masih berhubungan dengan isteri orang. Stress kan status si Siti tu. Sis pun jaga emosi ye. Semoga Allah merahmati keluarga sis ye.

Ainul fitri – akak tt pliz jgn percaya dgn sikap tenang laki tu. dr penulisan akak tt nmpk kelembutan jiwa di situ.lelaki kalau dh salah pandai cover.acer buat amukan rakssa gorgon sekali.biar kecut.benda dh terang2 salah.masih nak menafi.angkat tukul kak. par4ng ke.ini per4ng nm dia.dh boleh atur strategi kak.kukuh kn kewangan.perah duit laki tu siap2.

standby ape yg ptt.buat perjanjian hitam putih.buat benteng kuat dan teguh.lg2 persediaan ment4l.kot2 laki akk terbawa2 lagu “ku tunggu janda mu”.masa tu dh terlambat.jd kena mula dr awal sblm pokok cinta mereka berbunga dan berbuah kembali. caras dan cantas mn yg boleh.lps tu suruh laki tu ludah ke lantai n jil4t blk ludah tu.sanggup ke x agk ny tu.ya Allah,maaf komen agak kej4m.

Azalea nor – Bagitahu je suami siti tu, screenshot perbualan dorang, send, tngk apa jadi lepas tu. Kalau bincang dngn laki/siti, dia orang akan jadi defensive, do not intimidate/att4ck them. U will feel worse. Just go straight to siti husband, don’t negotiate with them, it doesn’t work the way u imagine and less effective. Alih2 akak yg akan disalahkan.

Akak tak yah marah2 siti tu / suami sendiri, nanti akak yg nampak perangai buruk, stay cool. Biar laki siti yg buat kerja tu dn settlekan mereka berdua. Keep ur hand clean, let others do the dirty job. Then u can play victim, kalau laki tanya pura2 terkejut je – mood mengh4sut. saya tk rasa normal laki orang dngn bini orang berhubungan mcm tu update2 aktiviti seharian, sbb mereka ada sejarah walaupun atas dasar kawan.

Sumber IIUM