“Trima kasih suami krn sudh bkawin”. Lps papa jaga mesti ada luka. Kini aku nekad.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum.. Terima kasih Allah swt kerana sudah temukan jodoh untuk bekas Suamiku. Inilah kebebasan jiw4 untuk diri ini dan anak.

Syukur penantian bertahun lamanya untuk mendapatkan hak jagaan sepenuhnya dapat dilaksanakan dengan baik dengan izin Allah swt hanya kerana status bekas suami sudah Berkahwin. Tak perlu lagi saya bertengk4r dengan bekas suami tentang anak. Paling penting tiada lagi kebimbangan dihati saya tentang anak.

(Beberapa kali pulang dari bermalam dengan papanya, ada kesan luk4 di badan katanya jatuh. Kalau lebih dari sekali ada rasa bimbang dihati seorang ibu. Kami pula berpisah kerana keluarga bekas suami. Papanya selalu bawa anak saya ke rumah ibu bapa dia. Sebelum itu saya bersetuju dengan pihak mahkmah untuk bergilir2 dengan papanya dalam soal menjaga anak.

Saya ketepikan eg0 saya. Saya tak mahu bersoal jawab dengan Allah kelak. Saya cuba positifkan fikiran saya, Tapi saya tidak sedar saya sedang mempertaruhkan keselematan anak saya kerana disana dia dikelilingi oleh orang2 yang tidak sukakan saya). Syukur kini anak berada didepan mata saya. Membesar bersama saya.

Saya tidak mahu terus menerus mempertaruhkan keselematan anak saya. Tambahan pula isteri bekas suami tidak menyukai saya. Banyak kemungkinan yang akan berlaku nanti. Jadi, saya membuat rayuan demi rayuan (Sudah Tak kenal erti letih Masa itu) dengan pihak mahkmah sehingga anak saya berumur 21tahun untuk tidak mendapat akses bermalam bersama papanya.

Hanya mendapat akses lawatan, itupun dikawasan rumah saya, dan akhirnya diluluskan. Saya bersetuju tentang akses hak lawatan kerana saya masih memahami agama. Dia tidak mahu melawat anak atau tidak, terpulang. Saya berjuang habis-habisan demi anak saya. Apa yang keluarga bekas suami dan bekas suami sendiri lakukan pada saya dahulu sehingga saya dicerraikan, saya serahkan kepada Allah swt untuk membalas.

Tidak akan sempurna balasan dari manusia kepada manusia. Tetapi pembalasan dari Allah tidak ada cacat celanya. Segala tuduh4n keluarga dia dan dia sendiri keatas saya yang mengatakan saya ini isteri yang nsyuz, isteri yang mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu,

Yang setiap hari mem4ki h4mun suami, isteri yang mengalami peny4kit G1la, isteri yang jahat, isteri yang menggunakan b0moh untuk mendapatkan kasih sayang seorang suami dan pelbagai tuduhan lagi. Dia sendiri mengetahui sejauh mana kebenaran dari setiap tuduhan dia ke atas saya. Maka, berurusanlah dia dengan Maha Pencipta.

Saya percaya segala peng0rbanan yang Saya lakukan untuk dia sehingga dia boleh berada ditempat sekarang Allah pasti akan membalas dengan kebaikan dan kebahagian dunia akhirat, Dan Saya tidak pernah menyesali menjadi isteri yang sanggup bersusah payah dengan suaminya walau ketika senang dia ditendng oleh suami dan keluarga mertua.

Dan isteri baru yang sentiasa rasa tidak selamat dengan saya, mungkin dia perlu tahu, saya tidak berminat dengan suami anda. Jika satu hari saya ditakdirkan berkahwin bukanlah dengan bekas suami. Sungguh tidak terlintas untuk kembali. H1naan mereka kepada Saya, Saya benamkan dalam-dalam dalam hati dan fikiran saya.

Sekarang tumpuan Saya hanya pada anak dan ibu bapa Saya. Mereka adalah gudang pahala saya. Benar ada kata2 yang mengatakan, bagi seorang ibu anak adalah segalanya. Ketika hak penjagaan diberikan kepada seorang ibu, dia merasakan seluruh dunia adalah miliknya meskipun ketika itu dia tidak punya wang walau sesen.

Dia tidak kisah kudratnya di curahlan sepenuhnya untuk mencari rezeki yang halal buat anakknya. Benar, bila berlaku pencerraian, seorang bapa akan sibuk mencari pengganti tetapi seorang ibu akan sibuk untuk membanting tulang. Hakikatnya, kami seorang ibu yang ditakdirkan bercerrai dengan cara apa sekalipun.

Sama sekali tidak pernah kisah jika bekas suami berkahwin lagi walaupun mereka mengatakan telah mendapat pengganti yang jauh lebih baik dan lebih hebat. Kami anggap segala kata2 itu hanya atas niat untuk menyakiti. Maka, tidak perlu kami peduli. Bagi kami, anak-anak adalah permata yang berharga.

Kami boleh hidup tanpa suami, Tapi kami tidak boleh hidup tanpa anak disisi. Jika kami dibuang kerana tidak berharga dan sebagainya, ketahuilah bahawa harga diri kami terlalu tinggi saat kami sedang berusaha menjadi ibu yang terbaik buat anak2. Salam sayang, Single mother of one, – Nur Ain (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Azwa ghazalie – Alhamdulillah. Semoga segala urusan Puan dan anak-anak dipermudahkan. Begitulah. Kadang bila berpisah, bila pihak ibu diberikan hak jagaan penuh, pihak bapa akan dapat untuk hak berjumpa (melawat) atau lawat & bermalam. Biasanya part bermalam itu yang banyak dipersoalkan/dipertikaikan pihak ibu lebih-lebih lagi jika anak perempuan bermalam bersama bapanya.

Faktor keselamatan terutamanya (bukan saya kata bapa jahat) bukan. Cuma, kita ibu-ibu ini memang akan sentiasa berjaga-jaga. Lebih lagi, jika kita tahu masalah-masalah yang sering dihadapi. Sebab itu, memang ibu tunggal ini berjuang naik turun Mahkmah, demi hak anak-anaknya.

Saya pun ibu tunggal. Setahun ke dua tahun lebih naik turun Mahkmah untuk Hak Jagaan dan Nafkah Anak. Alhamdulillah, hak jagaan sepenuhnya pada saya dan pihak bapa hanya dapat untuk hak melawat sahaja. Bermalam tiada. Ini Mahkmah yang berikan keputusan, bukan dari saya.

Nafkah Anak untuk 3 orang adalah sebanyak RM1000 sebulan. Diputuskan juga oleh Mahkmah mengikut dengan kemampuan pihak bapa. Sebab itu, kita jangan putus asa. Teruskan berjuang demi anak-anak kita.

Zurainee noh – Alhamdulillah…syukur selalu.. rimas dgn situasi suami yg jenis tak sedar diri ni kan.. dahlah hidup susah, dah kahwin, isteri sama sama membanting tulang dan keluarga isteri byk membantu meneruskan hidup, keluarga belah suami, langsung x amik tahu sbb mereka pun hidup susah…Bila dah senang sikit, dah mula berharta..mulalah keluarga belah suami nk menumpang senang..mulalah k0nflik berlaku… eeermm…akhirnya.

Amy samat – Aj4l jodoh m4ut rezqi di tangan Tuhan. Kalau setakat itu rezqi berjodoh dh habis…tanggung jawab terhadap anak tak pernah habis. Membawa hingga ke akhirat… setiap tanggungjwb itu tak terputus seperti ikatan perkahwinan. Akan di hitung satu persatu…di tuntut jika culas kewajipan kpd anak2.Hingga mereka dh pandai berdikari/ dewasa. Tt bersusah2 dahulu bersenang2 kemudian.Semoga berbahagia di dunia sementara.

Nur aziera – Alhamdulillah..dipermudahkan segala urusan puan dan anak selepas bertahun berjuang,dari cara penulisan puan,puan seorang ibu yang cekal dan tabah..saya jugak sedang berjuang tuntut hadhanah di mahkmah dari tahun lepas tapi maklumla sekarang pkp,selalu bertangguh tapi saya tetap bersabar dan akan berjuang utk dapatkan hak hadhanah anak.

0rang laki lepas bercerrai bukan nak tuntut sangat hak penjagaan anak tapi saja nak sakitkan em0si dan fizikal kita..jangan ingat orang permpuan akan lemah bila dah bercerrai,saya sendiri dah lali nak hadap perangai psik0 dari ex.

Sumber IIUM