“Dilema keluarga t0xic”. Abis blajr aku dihalau. Mula bkawan aku “tjebak”. Bila dh bjaya, ini aku rasa.

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalammualaikum warga IIUM Confession. Hai nama aku Kim. Ya bukan nama sebenar. Aku berumur 27 tahun ini. Aku macam korang juga, silent reader. Cuma hari ini, terdetik dalam hati, teringat peristiwa 10 tahun dahulu selepas aku terbaca confession seorang sahabat tentang t0xic family.

Aku dilahirkan dalam keluarga yang susah. Anak ke-4 dari 12 beradik. Dari aku kecil, sebut saja apa pun, penyep4k, ter4jang, penyapu, r0tan, tali pinggang, paip getah sehingga ke batg besi dari kerusi yang patah, semua pernah hinggap pada badan aku. Aku ibarat ‘pvnching bag’ dalam keluarga.

Abang dan kakak-kakakku, adik2 semua dimanjakan, cuma tanpa sebab kenapa, hanya aku yang diperlakukan sebegini. Aku dibuang sekolah ketika tingkatan 3 akibat mer0kok. Iya, aku diperkenalkan dengan r0kok pada tingkatan 1 akibat kekecewaan yang dihadapi. Boleh bayang tak betapa teruk aku kena pkul waktu tu?

Betapa h1na diri ni dim4ki, disump4h. Iya, itulah kehidupan seharian aku. Aku mula bekerja Kepci ketika 16 tahun, pergi kerja dipaksa, balik kerja dim4ki dengan ayat hanya tahu makan tidur saja. Sampai lah aku berumur 17. Iya, detik dan saat ini, pada 10 tahun yang lalu, masih segar dalam ingatan, hari terakhir aku melihat wajah ibu, ayah, keluarga aku.

Aku dihalau, dibuang oleh keluarga tanpa sebab dan munasabab yang aku ketahui, malam kejadian, aku disep4k diter4jang hingga belakang kepala aku bertemu dinding. Masih segar bayangan beg dan baju aku dicampak keluar dari rumah. Dan masih jelas jeritan yang menempik di ruangan telinga pada saat itu.

“Kau keluar dari rumah ni, mulai sekarang kalau aku nampak muka kau lagi dekat sini, m4ti kau aku kerjakan anak tak guna.” Berbekalkan sebuah beg, 2 helai baju, sehelai seluar, dan baki duit yang ada hasil kerja rm70, aku membawa diri, tidak lagi toleh kebelakang.

Penat, kecewa, sedih, marah, sehinggakan aku rasa tiada lagi harapan. Aku berlari membawa diri di tengah padang di kegelapan malam, semalaman aku menangis tanpa henti, betapa seks4nya sampai aku persoalkan pada tuhan, kenapa aku dilahirkan? Aku tekad, aku pergi membawa diri ke Utara tanah air, dengan bantuan kawan yang setia, aku bawa diri jauh disana.

Setiap hari aku tunggu mesej, panggilan, mungkinkah ada lagi harapan? Aku terjebak dengan ddah pada permulaan hidup aku disini, terukir pelbagai tatu dibadan kerana saat itu aku hilang kepercayaan kepada Tuhan Yang Maha Esa. Sehingga satu hari terdetik dalam hati untuk pulang, pulang ke pangkuan jalan.

Aku berubah, alhamdulillah aku masih diberi hidayah. Aku baiki hidup aku sedikit demi sedikit. Sehingga ke hari ini, 10 tahun telah berlalu, aku hidup sendirian, tak ada seorang pun datang mencari aku. Aku yang hanya sehelai sepinggang, hari ini aku ada segalanya.

Aku hidup bahagia walau tanpa keluarga disisi, semuanya aku usahakan sendiri. Cuma aku belum bernikah. Aku tak ada gambar ibu yang melahirkan aku, yang ada cuma kenangan walaupun pahit masih tersimpan dalam hati. Aku harap aku tak pernah lupa wajah ibu. Apa ibu sihat, cukup makan, dijaga? Entah iya entah tidak.

Mungkin ada yang tanya macam mana aku hidup tanpa redha ibu dan ayah, ya jujur aku sendiri tidak tahu. Cuma berbekalkan azam dan kekuatan, aku bert4rung untuk teruskan hidup walau jalanku penuh onak dan duri. Wahai ibu, saat aku dipkul, dih1na, dim4ki, engkau hanya berdiam, mungkin kerana engkau tak mampu untuk berbuat apa2. Aku cuba faham disetiap tindakan engkau.

Sehingga ke hari ini, aku memaafkan engkau. Jujur aku rindu ibu. Aku cuma berharap, jika masih ada jodoh, Tuhan pertemukan aku denganmu ibu, jika tiada, maafkan aku kerana lahirku begini, tak pernah aku pinta untuk jadi begini, takdir Tuhan yang menentukan. Family kau t0xic? Renungkan semula, seteruk manakah yang kau rasa? – Kim (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Mozainah rashid – Sedih auntie baca perjalanan hidup anak. Syukur, Alhamdulillah, di hati anak masih ada ingatan pada ibu. Dan, selagi ada rasa rindu, pulanglah kepada ibu. Jika sekarang anak dah ada segalanya, jenguklah mereka dan buktikan anak telah berjaya harungi susah payah hidup ini tanpa mereka. Buang jauh2 amarah (jika ada). Auntie yakin, anak seorang pemuda yang hebat. Semoga Allah memberkati hidup anak. Aamiin.

Neng shahirah – Di atas redha ibu bapa, ada lagi redha yg tertinggi, iaitu redha dari yg Maha Adil, yg Maha Halus meneliti dan menghakimi segalanya. Ya ibu bapa tidak derhaka kepada anak, tp ibu bapa boleh z4lim kepada anak.

Berdoalah confessor supaya Allah lembutkan hati confessor dan ahli keluarga supaya boleh balik berjumpa mak. Jika sudah berjauh hati, confessor binalah hidup yg baik dan carilah keredhaan Allah yg satu. Doakan ibu dari jauh.

Hafiz natero – Ada la sebab tu ayah awak pukl awak tu. Sebab yang awk sy dan kita semua pun tak tau. Tapi awk kuat. Allah bagi ujian yg kita semua mmpu hadap. Bagus tindakan awk dgn move on. Maafkan lah mereka. Now pun awk da berjaya dalam industri mlm. Income puluh ribu sebulan.

Maybe da smpai masanye awak bantu keluarga awak. Insyaallah dengan memafkan mereka hidup awak lebih tenang. Kalau awk ternampak komen sy ni harap awk pm. Sy. Sy nk bantu awak. Sy rasa awak takde insurans lagi. Sy nak awk ambil insurans dan buat hidup awk lebih tenang okey.

Noor hashimi – Adakah TT anak angkat? Adakah TT di waktu remaja sgt nakal, buat sesuatu yg sgt teruk? (Cerita x jelas) Adakah TT kuat melawan, x suka sekolah etc.? Adakah TT…. Ohhh terlalu byk persoalan bermain di minda. APA pun peristiwa Masa silam, bersyukurlah Masih bernafas…

Allah syg awak TT. Peluang utk terus berjuang menjadi insan berguna kpd diri sendiri, baiki kesilapan jika ada.. Manusia x syg x apa ,asal Allah syg dan sentiasa melindungi hambanya yg sabar, redha, syukur dan terus berdoa yaà.

In sya Allah, Kita semua doakan TT bertemu jodoh yg serasi dan hidup bahgia.Semua org berhak utk hidup selesa, gembira. Aamiiin..
Dah jgn Sedihh lagi.

Sumber IIUM